Pages

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, March 28, 2010

NASI DAGING.

Bismillah Walhamdulillah..

Jam menunjukkan 10.15 pagi, 13 degree.Anak2 sedang menikmati sarapan.Bangun lewat sikit hari ni budak2 bertuah tuh.Tidur lewat + suasana sejuk dan mendamaikan ini..lipat mata sedap juga.( Ye ker kak Aizah?^_^ ). Kali ini ummi nak me'resepi' lagi.Nak cuba try buat nih kejap lagi.Tak tahu menjadi ke tidak nih.



NASI DAGING AIR ASAM.
Sumber dari sini.

Bahan-bahan:

1 kilo beras basmathi
½ kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega/ minyak sapi
½ cawan tomato puree
1 cawan susu cair
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:

Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan garam sehingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasi.

Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. Masukkan beras dan kacau seketika.

Masukkan air rebusan daging. Kalau beras disukat satu cawan pastikan air rebusan juga satu cawan.

Bila beras sudah mula kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.

Hidangkan nasi daging dengan *air asam dan daging yang telah direbus tadi.

Untuk buat air asam, satukan buah tomato, hirisan bawang besar, hirisan cili merah, air asam jawa pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula secukup rasa.


* nak cari belacan kat mana di Jordan nih yer? *_*




Saturday, March 20, 2010

KEK PISANG.

Bismillah Wla Hamdulillah..

Jam menunjukkan  1.34pagi,suhu sudah menjunam ke 6 degree!!!Ya Allah..bekunya tangan ini.Menaip sebelah tangan..yang lagi sebelah..di sorok dalam baju yang tebal2 nih...Dalam keadaan sejuk sebegini, petang tadi sempat lagi ke Jamiah..bermain roller blade.( Tak habis2 lagi ke'gian'nan ! ^ _ ^ ..)

Esok, insya Allah..ummi akan ke WIKIPEDIA bersama adik.Ya Allah , permudahkan urusan kami ke sana..amin! Kali ni ummi nak me'resepi' mood pula!..Nampak tak kek kat bawah ini?Huish..sedap ni.Kalu kat Malaysia..memang banyak dijual.Kat Jordan ada ker?Tak per..kita buat sendiri jer senang!




Kek ini sangat simple dan sedap.Sumber sini.


Resepinya:

3 biji telur

2 cawan tepung gandum (diayak bersama baking powder dan soda)

1 cawan gula

1 cawan minyak jagung

2 biji pisang ranum dilenyek

1 sk baking powder

1 sb soda bikarbonat

secubit garam

setitik esen vanilla

Cara:

1. Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

2. Masukkan pisang lenyek dan kacau rata.

3. Masukkan minyak.

4.Masukkan tepung sikit demi sedikit kacau sehingga rata.

5. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

6. Sapu loyang dengan sedikit minyak dan masukkan adunan.

7. Bakar pada suhu 180 selama 45 minit.

Taraaa dah siap dihidang memang sedap!!!

CUBALAH!ANDA PASTI SUKAKANNYA!




Monday, March 8, 2010

APAM TEPUNG BERAS





1 cawan nasi

2 cawan tepung beras

1 cawan gula putih

1 1/4 cawan air

1 sudu kecil yis

sepeket kecil eno



Caranya:

1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).



2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.



3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.



4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.





CHEESE CAKE.


1 cawan biskut lemak (biskut 4 segi)

3 sudu besar mentega

3 sudu besar gula



Lenyek biskut ngan mentega & gula. Masuk dlm acuan kek.

Bakar 10 minit padakepanasan 350°C.



4 ketul cheese Philadelphia (small pack)

4 biji telur ayam

3 sudu besar tepung gandum

1 cawan gula

1 sudu besar esen vanila

2 tin creame Nestle

1 biji lemon (di ambil perahan air limau)



1. Semua bahan tadi diblend kecuali 1 biji lemon, bila dah blend masukan perahan limau. Kacau sikit biar sebati ngan lemon. (kalau nak masam lagi taruk 10 biji cikgu tak marah).

2. Lepas tu tuangkan perlahan2 dlm acuan (acuan biskut yang dibakar tadi). Bakar kek dengan kepanasan sederhana 1 jam, atau 350 degree selama 30 minit atau sampai masak.



1 tin Blueberry Pie Filling



1. Bila masak kek tadi colour light yellow. Jangan panik bila kek dah nak sejuk selalunya terbelah sikit (crack). Paham-paham lah no, cheese kena bakar.

2. Bila dah sejuk, ambik blueberry pie filling tadi tuang atas kek perlahan-lahan biaq dia meleleh kat tepi-tepi kek tu, baru selera nengok. Kalau nak cantik lagi, cikgu suggest make-upkan kek nie, taruklah hirisan buah kiwi ka apricort ka, strawberry ka, whatever yang U suka.



P/s: CHEESE CAKE NIE TAHAN LEBIH SEMINGGU, COVER CAKE NGAN ALUMINUIM FOIL, SIMPAN DLM PETI SEJUK.



"SeLaMat MeNcUbA "



Wednesday, February 17, 2010

PIZZA DAGING TURKI.

MADAH MUQADDIMAH.

Jam menunjukkan 3.00 petang.Suhu sekrang sudah mencecah...uish tak sabr menunggu saat2 ini.. 25 degree!!! sukanya ..alhamdulillah..mentari muncul kembali.Sudah kembali panas!Ummi pula semakin mengantuk pula jadiknya bila perubahan cuaca nih.Malam2 tak boleh langsung nak berjaga,asyik tidur jer.Mungkin letih sangat di siang hari..Sudah lama rasanya ummi tak update blog ini.Hari ni hubby ke kelas, ummi ambik masa sekejap nak update blog nih..

Oklah kali ini ummi nak tepek lagi resepi .Kali ni pizza pulak..


resepi, klik sini.


Bahan-bahan:




Doh:


½ bungkus (1 sudu teh) yis kering


1 sudu teh gula


2 sudu makan susu


5 cawan tepung gandum


4 sudu makan mentega pada suhu bilik


2 biji telur – pukul ringan


1 sudu teh garam




Topping:


2 sudu makan minyak zaitun


1 bawang besar, cincang


8 oz. daging kambing cincang/kisar


1 genggam daun parsley, cincang


1 biji kuning telur, yang putih tidak diperlukan


1 sudu makan mentega, cairkan






Cara penyediaan:




Kulit Pizza:




Satukan yis, gula dan susu did lam sebuah mangkuk kecil. Biarkan selama 10 minit untuk yis bertindakbalas.




Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar dan buat lubangdi tengah-tengahnya. Tuangkan yis tadi dan masukkan mentega dan telur. Gaul rata menjadi doh. Keluarkan doh dan letakan di atas permukaan meja rata yang telah ditaburi tepung. Gunakan tangan untuk menguli doh selam 10 minit atau sehinggan doh menjadi lembut. Masukkan semula ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap. Ketepikan selama sejam supaya doh kembang.




Bahagikan adunan doh kepada bebola sebesar bola golf. Letakkan bola doh di atas permukaan kertas lapik biskut yang telah ditaburi tepung. Gunakan tangan untuk meleperkan doh menjadi bulat setebal ½ inci.




Topping:


Panaskan minyak zaitun di dalam periuk leper atas api sederhana. Tumis bawang besar selama 5 minit. Masukkan daging dan masak selama 5 minit lagi, kacau sentiasa. Masukkan daun parsley.




Panaskan ketuhar pada suhu 450ºF.




Ratakan bahan topping setebal ½ inci pada bahagian tengah permukaan setiap lapisan doh. Lipat sedikit sekeliling doh anggaran ¼ inci ke tengah untuk membina tembok kulit pizza. Ketepikan selama ½ jam untuk kulit pizza naik lagi.




Gunakan berus pastry untuk menyapu kuning telur pada bahagian tepi kulit pizza.




Masukkan setiap keping pizza yang telah siap ke dalam ketuhar dan bakar sehingga masak dengan warna keemasan anggaran selama 5-10 minit.




Setelah masak, berus mentega cair dengan nipis.




Sedia untuk dihidangkan.




Nota:


- Jika suka makan pizza dengan kulit lembut, masukkan pizza ke dalam periuk bertutup selam 5 minit sebelum dihidangkan.


- Jika suka makan kulit pizza yang garing, terus hidangkan setelah keluar dari ketuhar.


Friday, February 12, 2010

PANCAKE ROLLS & DAGING BLACK PEPPER

CORETAN UMMI.

Jam sudah menunjukkan 6.16 pagi, 9 degree sekarang.Ummi nak masak apa pagi ni?Hm..duk search internet di pagi Jumaat yang mulia ini,terjumpalah resepi yang menarik hati ummi.

Petang semalam ummi buat kuih gulung.Sebelum solat asar ummi dah kira ada 12 gulung kuihnya.Selepas solat jer, ummi kira2 sudah tinggal 6 gulung sahaja!!Bertuah punya budak!!!Anak-anak ummi dah angkut 2 seorang...hehe, minat sangat dia dengan kuih gulung nih.

RESEPI UNTUK SARAPAN PAGI INI.





PANCAKE ROLLS by Lydia@Skyblue.
Sumber : sini.




Ingredients (makes 6):


1 cup All purpose flour


1 tbsp White sugar


1 tsp Baking Powder


½ tsp Baking Soda


4/5 cup Milk


1 Egg, beaten


½ tsp Vanilla Extract


½ tbsp Cooking Oil


Pinch of salt




Fillings (suggestion):


Sliced Cheese


Jam


Kaya


Red bean paste






Methods:




Sift together flour with baking powder and baking soda, set aside.


In a mixing bowl, bring together all other ingredients, mix until well blended.


Stir in sifted flour and mix until just combined.


Heat a non-stick pan on low heat, transfer one-sixth of the batter into the pan. Cook until bottom is golden brown.


Remove from pan. When is cool enough to handle, place a slice of cheese on top or spread jam/kaya and roll it up. Set aside to cool with seal side down, this will help the roll to keep in shape.


Cut into serving size, also to reveal the beautiful pinwheel pattern.

INI UNTUK TENGAHARI PULAK.


Daging Black Pepper




500gm daging batang pinang


1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas


1 biji lada benggala hijau


1 biji lada merah


3 sb kicap manis


2 sb sos tiram


1 cawan air


1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air


1/2 sudu garam halus dan 1/2 sb gula


minyak utk menggoreng


Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.


Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada


Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.


Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram


Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.







Wednesday, February 10, 2010

OPOR AYAM MERAH.

Jam menunjukkan 4.30 pagi,8 degree sekarang.Tak berapa sejuk dah.Masih menunggu azan subuh berkumandang..

Petang tadi ummi sekeluarga dan kak da sekeluarga ke Al-Mukhtar dan Safeway.Banyak jugak kami berborong,yerlah sekali sekala keluar dengan hubby masing2.Selama ini, pesan jer pada hubby agar beli ini dan beli itu.Kali ini, borong sendiri.Hehe, seronokkan kak da!!!

oklah kat sini ummi nak tepek resepi lagi.Sekarang ni kena cari banyak2 resepi untuk masak lauk pauk ini.Ummi dah ada new job sekarang!Apa dia? Tukang masak tak profesional...  hehe.kak da jer ada jawapannya.Apa2 halpun seronok sebenarnya.Tapi tak tahu sedap ker tidak masakan ummi nih.Tak pandai masakpun, datang Jordan ni baru start mencari2 dan mencuba resepi2 baru,hehe.Harap2nya adalah keberkatannya memberi makan kepada orang lain dan membantu meramaikan pengunjung setia kaki2 bola warung din,hehe.Mudah2 an yer,amin!

Esok,insya Allah ummi nak try resepi ini.Doakan agar menjadi.Ha..kuih gulung tak try lagi buat.Sebabnya?pewarna hijau dan pan besar takder.Tapi takper, tadi baru pergi beli kat Al-Mukhtar, so, insya Allah dalam minggu ini, ummi akan cuba try test buat..Huhu,banyaknya ummi nak try buat.Kepok lekorpun ummi nak try buatkan kak aizah..Insya Allah, dah buat nanti kita makan sama2 yer...



OPOR AYAM MERAH by Noreen UK .C&P dari sini.

1 ekor ayam - dibuang kulit dan segala lemaknya, dipotong 8

1 sudu makan kerisek

1 cawan bawang goreng - ditumbuk halus

1/2 tin tomato puree



2 biji tomato - potong dadu

1 biji bawang besar - dihiris

1/2 biji kelapa - ambil 1 - 2 cawan santan



sedikit minyak untuk menumis

garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar Halus:-



10 tangkai cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin



3 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu teh jintan manis

8 hiris halia (*ummi letak 1 inci)

3 hiris lengkuas (*ummi letak 1 cm)

5 biji bawang merah

Gaul rata ayam dengan rempah kisar, perap sebentar.

Panaskan minyak, tumis bawang hiris sehingga kuning.

Masukkan ayam yang bergaul rempah, balik-balikkan sebentar.

Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk halus dan gaul hingga rata.

Masukkan pula tomato puree, tomato dadu dan kerisek. Masak hingga kering.

Apabila sudah kering, masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa.

Biarkan sehingga naik minyak dan ayam masak..Balikkan ayam sesekali.

Bila agak pekat, tutup api. Hidangkan dengan sebarang nasi, pulut atau roti..


Monday, February 8, 2010

KUIH GULUNG.

MADAH MUQADDIMAH.



بسم الله الرحمن الرحيم



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Jam sekarang menunjukkan 2.57 pagi, 5 degree sekarang.Petang tadi Acik Mun ada datang dengan Acik Mai.Sukanya dapat barang kiriman dari Malaysia.Entri seterusnya adalah berkaitan.Hehe..

Kat sini ummi nak tepek resepi yang ingin ummi buat pagi esok,insya Allah.Sudah lama rasanya ummi tidak letakkan resepi di sini.Senang jer buat kuih gulung ni.Waktu di Malaysia dulu, anak2 amat sukakan kuih ini.Doakan menjadi kuih ummi ni yer.


RESEPI.


Bahan-bahan :







Inti:







1) ½ biji kelapa parut



2) ¼ cawan gula kabung



3) ½ cawan gula pasir



4) 1 helai daun pandan



5) ¼ cawan air







Kulit :



1) 1 cawan tepung gandum



2) 1 cawan jus pandan



3) ½ cawan susu segar



4) 1 biji telur



5) ½ sudu teh garam







Cara penyediaan :







Inti:



1) Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan masak atas api yang sederhana.



2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.







Untuk kulit :







1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapisk.



2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.



3) Tuangkan sesenduk adunan dan lengganglenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan



nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.



4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah-tengahnya.Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemaskemas. Buat hingga habis.







Sedia untuk dihidangkan.



Friday, December 11, 2009

MASAK-MASAK!


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

buat kek coklat time harijadi hubby pada 10.12.09 yang lalu.Sebenarnya dah macam2 kek kukus aka apam yang dibuat dan pelbagai warna dan bentuk.huhu.Apam coklat dan pisang, semuanya ummi dah try..nak cari resepi baru lak yang menggunakan kukusan.Oven tak beli lagi.

resepi kek coklat yang diajar oleh kak irra.

Ok..mai akak ajar..
1cwn tepung gandum,
1cwn minyak masak,
1/2cwn serbuk koko,
1/2cwn susu pekat manis,
1sudu bikarbonat,
1/2sudu kecik garam,
1cwn gula,
4biji telur ayam,
1cwn air panas.
cara buat:
ayak tepung gandum bersama bikarbonat,masukkan serbuk koko,satukan air panas dengan susu dan kacau jadikan satu cawan,campurkan dlm bahan tadi,masukkan minyak,dan satukan telur dan gula pastu blend,dan campurkan dalam bahan tadi..pastu ambik mesin pemutar..putar hingga agak kembang.masuk dalam loyang,kukus selama 45minit..jadila kek coklat!nak lebih menarik,ambik coklat masak,cairkan dgn 1sudu minyak masak diatas air mendidih,pastu ratakan keatas kek tadi,taburkan dgn kismis@cklat rice ke@aper2 ajer...


yang ni pulak resepi dari kak nor.mohon copy ya!

APAM COKLAT by Alma MyR

1cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit.
Sedap dimakan panas2.



yang ni dicampur dengan pisang dan ditabur dengan kismis.
yang nilah baking powder.
perisa strawberi dan ditabur dengan biskut hancur di atasnya.

selamat mencuba!


Thursday, November 19, 2009

KENTANG PUTAR-ALA KFC

assalamualaikum..cuaca skrg mencecah 9 darjah celcius!!!sejuknyer boleh membekukan tangan nih!jam sekarang 2 pagi.memanglah sejukkan..

kali ni ummi nak tepek pasal makanan pulak...insya Allah pagi nanti ummi nak buat resepi nih.Sebelum ni dah buat,tapi kurang bahan2nya.jadik ummi dah dapat resepi ni, ummi nak trylah..



ummi amik dari blog kawan ummi.





Bahan-bahan untuk kentang putar

10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk (boleh beli yang dutch lady punya)
garam secukup rasa
Cara-cara menyediakan kentang putar!!
Rebus kentang dgn sedikit garam
Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit bagi hancur
Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.
Bahan-bahan untuk sos (gravy) kentang putar ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (boleh guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara menyediakan sos (gravy) kentang putar!!
Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak jadi kental @ bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
*** rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Pastu..apa lagi..makan la!!!!!!

Saturday, October 24, 2009

makanan...

assalamualaikum..24 Oktober 2009, jam menunjukkan 1.00 pagi.Cuaca pada hari ini agak sejuk, dan anak2 dah mula selsema dan gatal2 tekak.Musim syita' (sejuk) akan datang tak lama lagi.Ya Allah, sihatkan tubuh badan anak2ku, suamiku dan diriku sendiri..ummi menjalani rutin,sambil buat apa?hehe, Nur Kasih lah.Hubby tengah khusyuk study.

Ummi nak bercerita apa kali ini.Cerita tentang makananlah..


ha..tokma dan tok mok, inilah berasnya yang ada di jordan ni.Beras kat sini tak ada kanji dan panjang2.Import dari Thailand lagi nih.


ini pulak Zarrah (jagung).Manis jagung ni.Alhamdulillah, ummi rebus dan buat bubur jagung.( hm..semua orang tak suka makan, adik faseh jer suka makan.Apalagi ummi makan sorang2 jerlah,sedap! )


ini dia karipap yang ummi buat, inti guna serunding yang tokma buat.Hari yang lain pulak ummi buat inti guna daging kambing + batoto ( kentang ).


inilah rupanya selepas digoreng.


ini pulak plastesin yang abi beli.Anak2 seronok main.Inilah plastesin yang Kak Jannah buat kuih 'karipap warna warni' tuh!


ini pula ada beberapa sarang 'kuih'.hehe.nak main masak2 bolehlah kak jannah yer.



inilah rupanya ' kuih gertas' ciptaan anak2.Ummi uli dohnya, dan anak2 bz sekali menekap bentuknya.Ummi goreng dan ditabur gula.Faqeh lah yang suka sangat makan kuih ni.Tak makan nasi takper, dah kenyang katanya.


inilah khubz-roti arab yang dimakan dengan kari daging.( Lauk tengahari semalam yang tak habis, ummi simpan dan makan pagi esoknya pulak.Kena bijak dan jimat nak create makanan untuk keluarga ni,betul tak kak ira kan?)



ini pulak aiskrim yang abi beli, hadiah untuk faqeh.Sebab apa yer?huhu, faqeh dulu pakai pampers bila tidur malam, sebab selalu jer bocor.Tapi sekarang faqeh dah start tak pakai pampers.Itu sebab abi bagi hadiah kat faqeh.Tapi Kak Jannah yang makan banyak.

k, ummi undur diri dulu..ngantuk dah.

Thursday, October 1, 2009

salam aidifitri dari perantauan...

assalamualaikum...
hari ni 1.10.2009..bermakna dah hampir sebulan kami mengembara di bumi anbiya' ini...terlalu banyak perkara yang ingin dikongsikan dan terlalu banyak gambar ingin diuploadkan..
baru 2 hari yang lepas kami dapat internet di baiti jannati ini... alhamdulillah..selama 2 hari ni , dapat melepaskan kerinduan pada keluarga tersayang di Malaysia..dan juga dapat melepaskan 'kerinduan' diri ini pada "NUR KASIH"..huhu sempat lagi sambil menaip,sambil menonton.

oklah apa yang ingin diceritakan dahulu..atas permintaan mak teh..kami ceritakan dulu ttg hari raya kami di sini..

ok..ni gambar sehari sebelum hari raya..persiapan ala kadar kami di sini..apakah menu yang dimasak oleh ummu faqeh?

- ketupat segera nona..( ku import dari Malaysia )
- kuah kacang..( kacang tanah tak der kat sini, ada kacang putih yang besar jer, so..kacang tu digoreng dengan minyak dan di kisar menjadi lebih halus, tapi tak jadi halus sangat...)
- kentang putar dan cole slow ( ye ker ejannya cam gituh?..kuikui)
- mee rebus...

ini merupakan kali pertama kami beraya berjauhan dan ..huhu...tak blh nak cakap lah..asyik menitis air mata jer..tapi, alhamdulillah... tetamu yang paling awal datang ialah ummuqusoi...dia bawa "qohwah murroh"-maksudnya kopi pahit, pastu ada sejenis kuih,apa hentah namanya...kami hidang nasi impit dan kuah kacang.."harir" katanya.. pedas bangat katanya..huhu.. orang arab suka manis rupanya..



anak2 ummi yang amatlah rajinnya menolong ummi..ini tengah nak kisar kacang , nak buat kuah kacang...




ini pulak tangan abi yang memotong mende alah ni..rajin betul abi menolong ummi yer..








ini pulak gambar pada hari raya..
.alhamdulillah..meriah beraya kat sini dengan kunjungan kawan2 seangkatan dengan kita..ukhuwah kami jadi rapat apabila berjauhan di negara orang ni..


jannah kat umah kawan abi..kami pada waktu petang barulah free..dari pagi sampai ke asar, ada tetamu.



ini pokok zaitun..amat bayak ditanam di sini..bagus minyak zaitun ni..nanti di entri yang lain kita bercerita ttg minyak zaitunyer..



faseh yang cumel...

faseh lagi..

lagi-lagi faseh...

faqeh dan faseh yang sibuk bangat dengan tripod nih..


anak2 permata hatiku..


ini pulak jannah dan faqeh..yang kadang2 baik, kadang2 xbaik.hehe


ini pulak hari kedua kami beraya di rumah ummuqusoi..merangkap sebagai tuan rumah..kami tinggal di tingkat atas ( tingkat 2 )...ummuqusoi berada di tingkat bawah kami..hm..stail arab, dia hanya hidangkan teh atau kopi dan coklat sahaja..amat siple kan?..kalu kita orang Malaysia, penuh perut dah...


ummuqusoi ni amatlah baik orangnya..alhamdulillah, banyak nasihat yang diberikan...

ini pulak hari raya ke3-kami beraya di rumah kak ma @ kak farihah ( betul ke kak?huhu..mananya link blog akk ? nak gak tgk..)




anak2 tengah seronok tengok tv-rancangan kartun arab-tom n jerry faqehpun ada gak..jannah bersama kawan2nya...balik jer dari rumah kawan2 abi yang ada tv, mulalah kak jannah suruh abi beli tv gak..sabarlah sayang..duit kita masih banyak diperlukan ke arah perkara yang lain yer sayang.. api , air, makan minum dan sekolah jannah lebih penting sekarang..barang2 kat sini juga amatlah mahalnya..satu dinar bersamaan RM 5 duit kita...insya Allah ada rezeki lebih, kita beli tv musta'mal yer..



Friday, May 8, 2009

mari kita buat pizza!!!

heheh, ni entri yang ke 5 dah.. dalam sehari akanku pulun sampai habis masanya daily broadband ni..rugi wo tak penuhinya.apa yang nak diceritakan seterusnya yer..

ni kat dalam keter, otw nak beli bahan2 nak buat pizza..anak2 ikut sekali utk memberi sokongan kat umminya yang baru 1st time nak cuba2 buat mende alah ning!!!



ni tangan kak jannah dan abang faqeh, tak taulah dia main apa benda jadi camtuh tangannya..


, tapi kita bebolakan dia
mula2 sekali kita buat kulitnya dulu, biasa jer kulit dia ni, adunan macam nak buat kuih donut...



pastu kita buat intinya.. ni kami gunakan hotdog, nenas, daging hancur,carrot, tomato, semuanya didadukan..masak sekejap atas api yang tak berapa panas..



pastu ni sosnya, dibuat dari tomato puri dan sedikit bawang putih diblender..pastu perah asam limau sikit, sikit jer tau, jangan banyak sangat..



ha.. inilah pizza sebelum kita masukkan dalam oven.. lapisan pertama letakkan sos, pastu letak intinya..terakhirnya taburkan keju di atasnya..lagi banyak keju lagi sedaap..


yes, alhamdulillah yang ni dah siap masak dan siap utk dimakan..menjadi gak, tapi kena perbaikilagi pada masa hadapan..


tatitutu.. nanti kita buat resepi lain pulak yer..