Pages

Sunday, March 28, 2010

NASI DAGING.

Bismillah Walhamdulillah..

Jam menunjukkan 10.15 pagi, 13 degree.Anak2 sedang menikmati sarapan.Bangun lewat sikit hari ni budak2 bertuah tuh.Tidur lewat + suasana sejuk dan mendamaikan ini..lipat mata sedap juga.( Ye ker kak Aizah?^_^ ). Kali ini ummi nak me'resepi' lagi.Nak cuba try buat nih kejap lagi.Tak tahu menjadi ke tidak nih.



NASI DAGING AIR ASAM.
Sumber dari sini.

Bahan-bahan:

1 kilo beras basmathi
½ kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega/ minyak sapi
½ cawan tomato puree
1 cawan susu cair
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:

Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan garam sehingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasi.

Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. Masukkan beras dan kacau seketika.

Masukkan air rebusan daging. Kalau beras disukat satu cawan pastikan air rebusan juga satu cawan.

Bila beras sudah mula kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.

Hidangkan nasi daging dengan *air asam dan daging yang telah direbus tadi.

Untuk buat air asam, satukan buah tomato, hirisan bawang besar, hirisan cili merah, air asam jawa pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula secukup rasa.


* nak cari belacan kat mana di Jordan nih yer? *_*




2 comments:

ummiluqman said...

nyum nyum terliur pulak tgk resepi ni..kalau berkesempatan nanti nak cuba la..thank you 4 sharing

ummu faqeh said...

sama-sama..sayapun tak sempat nak try lagi nih..insya Allah ada peluang kita try yer..

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!