Pages

Showing posts with label jordan - 2009. Show all posts
Showing posts with label jordan - 2009. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

SURAH AN-NABA'- by Hurul Jannah.


Selamat  tahun baru semua..Maaf ..tidak berkesempatan untuk mengupdate entri terbaru ..insya Allah..ummi akan cuba sedaya upaya mengupdate..

Ini video kak jannah menghafaz surah an-naba'.Yang 2 orang hero lagi tengah berseronok bermain.Semoga kak jannah diberi kekuatan ingatan untuk menghafaz.Dan insya Allah..pada bulan 4 tahun ini,kak jannah terpilih mewakili kelas darjah 1 seterusnya wakil sekolah untuk pertandingan hafazan hadis di Amman.

Alhamdulillah..cikgu dia menaruh kepercayaan kepada Hurul Jannah - seorang pelajar Malaysia..Semoga Allah memudahkan urusan ini..amin!



Friday, January 1, 2010

UCAPAN SETINGGI2 PENGHARGAAN!!!



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jam menunjukkan 4.00 petang.SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA!!!JUGA SELAMAT MENEPUH PEPERIKSAAN KEPADA ADIK2 SYABAB DAN AKHOWAT!

Alhamdulillah..disaat catatan ini ditulis, faqeh sedang seronok bermain2 di bilik bersama adik beradik yang lain..Ummi sudah kunci serapat mungkin pintu yang menghubungkan beranda dengan rumah kami..Tidak bersedia lagi ummi melihat tempat kejadian.

Namun sebentar tadi akhowat arab yang tinggal di sebelah mabna kami bertanyakan keadaan faqeh...ummi terangkan dengan bahasa arab+english + bahasa isyarat..(huhu..arab ummi kurang faseh, english boleh sikit2, akhowat tuh pulak yang tak faham)..Ummi lihat tempat kejadian..terus tangan ummi terketar2-masih trauma dengan kejadian tersebut.Subhanallah!!!

Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia mencintai dirinya sendiri.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Di entri ini sebenarnya ummi ingin merakamkan sejuta penghargaan buat semua yang sentiasa memberikan sokongan dalam apa jua bentuk sama ada material ataupun sekadar sepotong doa...semoga Allah saja yang membalasnya di dunia mahupun di akhirat kelak...kerana..
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."


kepada jiran2 ummi yang baik hati datang menziarahi ummi, walau kita tidak sebangsa, namun addin itulah penyatuan kita...

kepada kawan2 mutazawwij di jordan ini, syukran jazilan atas sokongan yang diberikan..

kepada syabab dan akhowat - sungguh jasa baik kalian semuanya..moga Allah sahajalah yang membalasnya..semoga ukhuwah antara kita akan terus berpanjangan selepas ini..jemputlah datang umah akk bila2 masa untuk bermain2 dengan anak akk..hehe..buat persediaan untuk melangkah ke alam keibubapaan kan..

kepada sahabat2 di Malaysia sama ada yang pernah berjumpa atau sekadar di alam maya ini...-sungguh terasa dekat di hati atas semua doa dan komen2 yang kalian tunjukkan..tidak tergambar perasaan kegembiraan di atas semua doa2 yang kalian tunjukkan..entri khas untuk kalian semuanya..ummi C&P semula semua yang kalian nukilkan di dalam blog ummi..juga kawan2 di YM dan juga FB-terimakasih banyak2..

yang terakhir dan yang teristimewanya..untuk keluarga di Cendering & Balok, Kuantan, Pahang, Malaysia....thank you so much..insya Allah, lepas ni Faqeh akan tidak nakal2 lagi..

DI SINI UMMI C&P SEMUA KATA2 SEMANGAT DAN DOA DARI SAHABAT2 UMMI..SEMOGA ALLAH SAHAJA YANG MAMPU MEMBALAS DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT KELAK..AMIN.

Aznika: Sabar ye Izma..

kakzie: semoga faqeh sembuh seperti sediakala.mcm2 ujian dn dugaan yg allah beri dlm hidup kita ni..semuanya ats kehendakNYa. kita kena redha dn bersabar.semoga tie dn family sihat sejahtera...

siti: salam izma...menitik air mata saya..sedihnyee..semoga segalanya selamat..banyakkan bersabar

sha: salam.. ya allah izma.. menitik airmata saye baca en3 izma... banyakkan bersabar.. tabahkan hati.. insyaallah, semuanya akan selamat.. semoga faqeh cepat sembuh, dan jgn nakal2 lagi yer sayang...

hayati smkkgb: Salam.Tahniah atas pengorbanan seorang isteri terhadap suami.Kak yati baru dapat berita dr en zahid yg izma ke Jordan.Syabas.Alhamdulillah anak selamat.Moga dia cepat sembuh.

ummiluqman- semoga faqeh cepat sembuh.. amin

ummuasiah-Kami doakan Faqeh cepat sembuh & kembali spt sediakala. Moga Allah kurniakan ketabahan & kesabaran yg tinggi buat akk sekeluarga. Ameen.

muneer-salamathu..marratan thani.salamathu. semoga ummu faqeh dapat bersabar.

kak aizah-Alhamdulillah, semuanya telah selamat..seperti seorang yang menantikan hukuman berat..tetapi tiba2 dibebaskan dari hukuman..maka kesyukuran dan kegembiraan yang tak terucap dek kata2..indahnya bila dapat melepasi ujian Allah kerana kemanisan akan dikecap sesudahnya..Seronok baca blog Izma, baru berkesempatan menatapnya..ajar akak buat blog cuti nanti ye..

Ummu Asiah-Ya Allah, selamatkanlah Faqeh & berilah ketenangan pada Kak Izma sekeluarga..

Salam...Izma bawak bersabor yerk.i nie kalo budak sakit cepat tul tersentuh...sebak rasa..update me okey..Aikin

kay- meremang bulu roma... moga adik faqeh cepat sembuh! tabah yek Izma!

ummiluqman-semoga Faqeh cepat sembuh, sabar hadapi dugan ni ya. Izma

azilah- ya allah izma.. sedih zila baca entry ni..kuatnya dugaan izma sekeluarga..zila doakan faqeh cepat sembuh ye n smoga izma tabah mnghadapi ujian ni..AMINN

cikgu dima- Insyaallah...
moga2 adik Faqeh sihat seperti sediakali....insyaallah....doa dari Malaysia....

ainul arina-salam faqeh, moga cepat sembuh yer. terkejut achik dengar. alhamdulillah takde apa2..

kak izma, moga dipermudahkan semua urusan. ^_^


faqeh..pertama kalinya makan nasi goreng ummi.Lapar sangat katanya..Alhamdulillah.. baru jer sampai dari hospital...


permintaan sejak dari duduk di hospital lagi..ingin menonton video nasyid kegemarannya dan juga bermain games katanya...




inilah dia ummuqusoi..kami sekeluarga ke rumah beliau.Bertanyakan keadaan kaki dia.



akhowat JUST-bakal2 doktor dah ni..dan akhhowat bayt Insyirah.Syukran ala ziaratukum..



Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

DISAMBUT PARA MALAIKAT- BHG 2

jam 6.15 petang ( malam ) , 28.12.2009 di Hospital Ibnu Al Nafis..
Ummi sampai jer, faqeh tengah muntah.Susu yang dia minum pagi tadi terkeluar semuanya.Sedikit pucat mukanya dan kepala sebelah kiri agak bengkak dari luar.Mungkin hentakan ke lutut UmmuQusoi.Faqeh tersenyum melihat adik beradik dia datang.Ummi peluk dan cium dia.Ya Allah besarnya kurniaanMu...Syukur padaMu Ya Allah aku masih mampu memeluk dan mencium insan yang ku kandung 9 bulan dan dilahirkan secara pembedahan ini..

Mumarridhoh ( jururawat ) yang merawat Faqeh melihat muntah yang dikeluarkan memastikan tiada darah atau benda2 yang asing.Alhamdulillah faqeh kelihatan agak bermaya setelah muntah sebanyak 4 kali.Alhamdulillah...syukur dipanjatkan padaMu.

Kak Jannah berbicara lagaknya seorang yang dewasalebih dari usianya.Berpesan dan bercerita kembali tentang kejadian yang berlaku dengan faqeh.Sungguh ummi kagum dengan ketokohan seorang kakak yang ada pada kak jannah.
( macam kak ros yang amat garang -kata acik2 JUST yer..)

UmmuQusoi juga turut berkomunikasi dengan faqeh..namun faqeh sudah kehabisan bateri..dia sudah letih dan mengantuk..ubat juga telah diberikan.Faqeh pula dikehendaki berpuasa.

selang beberapa minit kami di hospital,segerombolan sahabat 2 mutazawwij datang ke hospital.Kami juga agak terkejut pada mulanya,siapa yang brth pada mereka semuanya?huhu..rupa2nya Ammu Din yang brth.
Alhamdulillah..
kami rasakan kami tidak keseorangan menghadapi ujian seberat ini dari Allah..

Ya Allah, walaupun kami tiada ibubapa, adik beradik dan saudara mara kami di bumi Jordan ini, namun Kau kurniakan kami saudara mara dan sahabat2 yang amat prihatin dan menyayangi kami seperti saudara mara kami sendiri..Syukur pada Mu YA Allah...Eratkanlah ikatan ukhuwah antara kami semua, amin.

Mereka datang membawa buah tangan dan juga memberi kekuatan semangat kepada ummi sekeluarga..alhamdulillah..begini caranya Kau memakbulkan doa ummi supaya diberi ketenangan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

jam 9.30 malam, di rumah ..Ummi pulang bersama anak2 ditemani Kak Aizah dan U.Riduan..tanpa kehadiran hubby dan juga Faqeh..Adik Faseh ingin bersama abinya dan Abang Faqeh..Menangis juga dia pada mulanya..Namun setelah dipujuk, adik kembali ceria..siap main komando2 lagi kata Ammu Din..hehe

Sampainya di rumah ummi terasa kosong ...sunyi sepi..sedih mula menyelubungi diri ini.Ummi panjat doa dalam solat hajat ummi agar terus2 diberi ketenangan dan juga kesihatan berpanjangan kepada kami sekeluarga..

"Ya Allah..Engkau kurniakanlah kami ketabahan dan kekuatan semangat sebagaimana telah Engkau kurniakan kepada para anbiya' dan juga syuhada'Mu yang berjuang fisabilillah di bumiMu yang penuh barakah ini.Sesungguhnya hanya padaMu lah tempat kami mengadu..Ya Allah..aku bukannya tidak redha dengan ujian yang Kau berikan ini..namun Ya Allah..aku sekadar ingin mengadu kepadaMu...Hanya Engkaulah Tuhan yang kami sembah..Perkenankanlah doa permintaan kami ini..Amin ya rabbal 'alamin..


sesudah azan subuh..29.12.2009..
Ummi mulakan hari ini dengan penuh kesyukuran di atas semua kurniaan yang telah Allah berikan..Ummi meluahkan perasaan terpendam di dalam blog kesayangan ummi, namun belum bersedia berkongsi apa yang terjadi...

Ummi kuatkan semangat untuk memberitahu khabar berita ini kepada keluarga di Malaysia.Bercakap dengan Tok Ma...airmata ummi memang tidak dapat dibendung lagi..jauh beribu2 baru dari keluarga tersayang..Mana mungkin mereka dapat datang menziarahi kami di sini.Namun ummi kuatkan semangat katakan bahawa semuanya akan kembali pulih sediakala dengan bantuan Allah dan juga sahabat2 kami di sini.

Ummi katakan pada diri ummi bahawa ada lagi orang lain yang lebih berat ujian yang diberikan Allah kepada mereka berbanding dengan ujian yang Allah berikan kepada kami sekeluarga..Syukur di atas semua yang berlaku..Tentu ada hikmah yang tersurat dan tersirat ...

Jam 1.00 petang..ummi ke hospital ditemani akhowat JUST yang baik hati...Ummi sampai ketika itu Faqeh baru sudah keluar dari bilik air..Alhamdulillah, sudah boleh berjalan sendiri ke tandas.Faqeh telah dikeluarkan dari bilik ICU dan sudah berada di bilik biasa.

Abi bercerita pada ummi..ketika abi masuk ke tandas , faqeh dibiarkan keseorangan dalam keadaan tidak berpakaian setelah membuang air kecil di tandas..Abi keluar jer..faqeh sudahpun memanjat tingkap di bilik hospital tersebut..BERTUAH PUNYA BUDAK..memang tak serik2..heheh, bila ditanya kenapa panjat..sekadar ingin tengok pokok zaitun yang berada di luar sana..Itulah budak2 yang sedang mengeksplorasi kehidupan mereka..

Faqeh pada hari ini dibenarkan makan makanan yang lembut pada mulanya.Sampai jer kami, Kak Jannah dan adik faseh duk sibuk nak makan nasi goreng.Macam mereka pulak yang sakit..Faqehpun dah makan sup, laban dan juga jelly.Alhamdulillah..diapun minta nak makan nasi goreng,tapi masih tidak dibenarkan.

Faqeh masih ditahan di wad kerana doktor ingin lihat sama ada selepas dia makan, dia akan muntah ataupun tidak..Alhamdulillah..dia normal.Syukur padaMU Ya Allah...

jam 9.30 pagi - 30.12.2009.Alhamdulillah..faqeh telah dibenarkan keluar..Alhamdulillah..kami telah melalui masa2 yang sukar ..selepas kesusahan pastinya ada kesenangan..insya Allah..




alhamdulillah..faqeh dah start boleh makan sikit2.


syabab yang datang menziarahi faqeh..sebenarnya ramai yang datang..seganlah pulak ummi nak snap gambar mereka..nanti apa pulak kata akhowat dan syabab nikan?hehe
inipun ambik gambar dari belakang..kiranya gambar curiklah nih..ampun ya syabab!!
(saper ni yer?cuba teka?huhu) nipun guna kamera handset jer, 2mp,..nak guna kamera betul, nanti nampak beriya sangat..hehe

alhamdulillah..syukur di atas pertolonganMu ini..Kalamullah jangan ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan kita..susah atau senang..insya Allah kita susah, Allah tidak akan lupakan kita...

alhamdulillah..faqeh sudah boleh tersenyum kambing..

abi duk khusyuk mengajar kak jannah bahasa arab..esoknya kak jannah pekse bahasa arab..alhamdulillah..disaat ummi menulis entri ni , semua pelajaran peperiksaan kak jannah 100%..matematik, arabic dan english..MUMTAZAH, YA SYATHIROH!!!

catatan di katil faqeh


berposing sebelum keluar dari hospital

senyuman yang selalu ummi rindukan..

Wednesday, December 30, 2009

DISAMBUT PARA MALAIKAT!


Jam menunjukkan 4.26 a.m.11deg sekarang.Ummi keseorangan pada pagi yang dingin ini tanpa hubby di sisi...Hubby sedang menemani buah hati kami di Hospital Ibnu Al Nafis.Hari ni masuk hari kedua bermalam di hospital.

Mengimbas apa yang terjadi 2 hari lepas..tapi masih lagi menjadi trauma pada ummi apabila terbayangkan suasana tersebut..sehingga ke saat ini ummi masih tidak dapat lagi membuka pintu dan menatap tempat kejadian tersebut...pastinya air mata ummi akan mengalir sederas denyutan jantung ummi..Sungguh Ya Allah berilah ketabahan kepada kami semua!

Waktu itu jam menunjukkan 3.00 petang,28.12.2009.

ummi dan abi baru sudah bersolat asar.Abi membuat assignment dan preparation untuk presentation keesokkan harinya.Asiah dah terkejut ketika itu, ummi angkat dia dan bermain2seketika...
Anak2 ummi sedang bermain2di beranda luar.Memang itulah aktiviti harian yang paling menyeronokkan bagi mereka untuk melepaskan kebosanan.
Terutamanya Muhammad Faqehuddin.

Kak Jannah dan Muhammad Faqehuddin beberapa kali minta izin untuk mereka bermain2 di bawah dengan budak arab.Tapi abi tak benarkan kerana tiada orang akan melihat dan menjaga mereka.
Abi sibuk dengan ass. dan ummi sedang menjaga Asiah.

Memang setiap masa kami selalu berpesan kepada mereka agar berhati2 dan jangan memanjat atas beranda tersebut.Mereka suka sangat berada di luar kerana ada kakak2 arab selalu berkomunikasi dengan mereka, kadang2 siap baling coklat dan biskut dari mabna mereka..Apalagi kesukaan yang amat sangatlah bagi adik beradik nih.Komunikasi Kak Jannah juga semakin baik apabila berkomunikasi dalam bahasa arab dengan kakak2 tersebut.

Nak dijadikan cerita..Faqeh datang kat ummi nak kencing katanya.Ummi pun cepat2 cabut seluarnya dan pakaikan semula semua pakaian tanpa memakai pampers.Faqeh ni memang payah nak pakai pakaian sendiri...selalu kena marah.

Makcik2 arab ramai tengah berborak kat bawah.Seperti biasa Ummu Qusoi bersama jiran2 kami.Ummi pernah juga join the club, tapi setelah ada tanggungjawab lain,ummi lupakan sementara waktu.

tiba2..."ABI..FAQEH JATUH KAT BAWAH!"..kami terkedu dan bingung memikirkan kemungkinan mereka membuang barang atau sampah ke bawah..Ya Allah..abi menjerit pada ummi beritahu lagi sekali yang jatuh ke bawah adalah anak kami..FAQEHUDDIN!!!

Ummi sempat ambik tuala jer letak atas kepala terus jengukkan kepala ke bawah.
YA ALLAH, ANAK AKU!Berderai dah air mata nih...makcik2 arab semuanya dah kerumun faqeh yang terbaring lesu atas lantai.
Ummuqusoi sempat ambikkan air sapu muka faqeh.
Kedengaran tangisan faqeh,ALHAMDULILLAH..dia menangis!

Abi dengan secepat mungkin mendakap dan memeluk faqeh dan bawa naik ke atas.Terus dibaringkan.Ummi membuka semua pakaian yang berlapis2 dia pakai untuk pastikan tiada cedera dan patah .Faqeh terus2 menangis dan menangis..mungkin trauma dan rasa takut lagi.
Tangisan faqeh seiring dengan tangisan ummi dan abi.

Ummu Qusoi datang menenangkan hati kami..
bahkan semua makcik2 arab datang ke rumah kami.
Ummu Qusoi terangkan bahawa Faqeh terjatuh tepat2 atas ribaan dia.
YA ALLAH KURNIAANMU ..
KANAK2 SEPERTINYA DISAMBUT OLEH PARA MALAIKAT!
Ya Allah besarnya kurniaanMu..
Kau gerakkan hati UmmuQusoi untuk duduk betul2 di bawah faqeh.
Sedangkan sebelum ini mereka selalu berkumpul di tempat yang lain sedikit.

Faqeh jatuh betul2 atas ribaan UmmuQusoi dan kepalanya terhantuk sedikit ke lutut UmmuQusoi dan selepas itu terjatuh lagi sekali ke lantai.
UmmuQusoi pun tergamam dan terkejut..ingatkan anak2 buang sampah..rupanya buang orang!!!
( huhu..nak jadi keluangman kot..kata acik Ika.)

Seterusnya ummi beri dia minum air.Pada mulanya faqeh menolak,namun setelah dipujuk, dia minum sedikit air.Abi dah call Ammu Din..
Alhamdulillah..secepat kilat dia datang!
Faqeh dibawa ke Hospital Ibnu Al Nafis.

Ummi terus ambik Asiah pulak.Kesian kat dia.
Menangis takut mungkin tgk makcik2 arab ramai kat rumah kami.
Semuanya berkumpul kat dapur.
Kedengaran semuanya makcik2 tu suruh ummi bersabar.
Allahu yusallimuhu-Allah akan selamatkan dia..
Biiznillah khoir-dengan izin Allah, semuanya baik.
You take care of another bb, insya Allah , Allah will care of ur son!!!
Allahu Yukhollik,Allah Maak- Allah with you!Alhamdulillah..hati ummi sedikit tenang dengan kata2 perangsang dan semangat yang diberikan oleh jiran2 tetangga..
Syukur padaMu Ya Allah..

Abi call, Faqeh terpaksa admit.Doktor nak tengok perkembangan dia selepas beberapa jam terjatuh.Doktor dah scan kepala faqeh, alhamdulillah..pendarahan tiada, namun ada sedikit keretakan pada tempurung kepalanya.
Namun alhamdulillah,otaknya tiada apa2.
Syukur lagi sekali kupanjatkan padaMu Ya Allah.

Ummi bersolat maghrib dalam linangan airmata.Ummi solat hajat mohon Allah beri kesihatan sebaiknya kepada anak ummi dan juga ketenangan kepada kami menghadapi ujian ini..

Ummu Qusoi datang dengan kaki yang terhencot2.Kesian dia,kaki dia bertambah sakit bagaikan terbakar katanya.Yerlah seberat faqeh jatuh atas ribaannya dan kepala faqeh betul2 terkena kepala lutut UmmuQusoi.Dia datang bertanyakan keadaan faqeh dan tanyakan kami perlukan bantuan apa2 daripada beliau.Ya Allah, betapa mulianya hati dia.Baantuan dari segi kewangan juga dia bertanya,dan memahami kami hantar anak ke hospital swasta, yang mana biasanya memerlukan JD 500 sebagai depositnya.

Namun ummi cuma meminta dia menghantar kami anak beranak ke hospital malam ini juga.Alhamdulillah,setelah azan isyak , kami ke hospital bersama kereta AbuQusoi.Alhamdulilllah..

jam 6.15 petang ( malam ) , di Hospital Ibnu Al Nafis..

Ummi sampai jer, faqeh tengah muntah.Susu yang dia minum pagi tadi terkeluar semuanya.Sedikit pucat mukanya dan kepala sebelah kiri agak bengkak dari luar.Mungkin hentakan ke lutut UmmuQusoi.Faqeh tersenyum melihat adik beradik dia datang.Ummi peluk dan cium dia.
Ya Allah besarnya kurniaanMu...
Syukur padaMu Ya Allah aku masih mampu memeluk dan mencium insan yang ku kandung 9 bulan dan dilahirkan secara pembedahan ini..

p/s..oklah ummi sambung kat entri seterusnya nanti.Nak taip assignment hubby pulak nih.Esok dah nak hantar.Tengok gambar dulu yer.Insya Allah ada masa ummi sambung lagi.


inilah suasananya faqeh di bilik icu.Kak Jannah tengah bercakap lagi dengan faqeh.Siap berjanji akan belikan biskut oreo apabila faqeh balik rumah nanti.




Alat dipasang didadanya untuk melihat denyut jantung faqeh.


kak jannah duk beri kata perangsang kepada faqeh.siap beritahu ummi asyik nangis jer bila ingat kat faqeh.



tertidur..kesan ubat.Lagipun faqeh diwajibkan berpuasa sehari.

adik yang duk sibuk makan kacang kuda.Ummi bawa untuk abg faqeh, dia pulak yang tukang perhabiskan..hehe abg faqeh kena pose..

faqeh..sampainya selepas 2jam..4kali dia muntah.semua isi perut dia keluarkan.

UmmuQusoi sedang bercakap2 dengan kak jannah dan faqeh.
muka yang agak pucat pada mulanya.Namun setelah muntah 4 kali, sudah kembali kemerah2an pipinya.Alhamdulillah!
kesian faqeh,dicucuk dengan jarum ini untuk dimasukkan ubat dan air.






Tuesday, December 29, 2009

KU RINDU!!!!






di saat ini..
di waktu ini..
sungguh ku rindu padamu..
rindu pada gelak tawamu..
rindu pada kenakalanmu..
rindu pada tangisanmu yang selalu kedengaran..
rindu pada segala2nya...
rindu semuanya...

Ya Allah..
aku bersyukur padaMU
syukur pada rahmatMu
syukur pada KurniaanMU
syukur pada InayahMu..
syukur pada pertolonganMu..
syukur pada bantuanMU..
syukur pada ketengangn yang Kau berikan..
syukur pada kesihatan..
syukur pada ketentuanMu...

Ya Allah..
sembuhkan dia..
sihatkan dia..
pulihkan dia..
kembalikan dia seperti biasa..
sungguh aku amat menyayangi dia..

Ya Allah..
yakinkan hati2 kami..
tabahkan hati2 kami..
kuatkan semangat kami..
berilah kami petunjukMU ke jalan yang lurus...
tentunya ada hikmah yang tersirat...


Sungguh di kala ini hati seorang ibu berdetak..
berdebar2..
namun di selubungi dengan ketenangan..
kerana...
yakin adaNYa bantuan Allah..
Allah Maha Penyayang..
Allah tidak akan sesekali meninggalkan hamba2Nya..
Allah tidak akan menguji sesuai dengan tahap kemampuan

Yakinlah..
selepas kesusahan..pastinya ada kesenangan..
selepasa kegelapan..adanya terang...
selepas malam..adanya siang...

sungguh...ummi amat rindukan mu...
ummi amat menyayangimu..
ummi amat bersykur dikurniakan insan sepertimu..
dikau tidak ada dosa dan noda lagi..
kamilh yang mencorak segalanya..
kenakalanmu menghiburkan hati..
walau kadang2 menimbulkan kegeraman..
namun.....
sungguh di saat ini engkau tiada di sisi..
ummi amat rindukan semuanya ...
ummi rindukan kehadiranmu di sisi..
ummi sentiasa doakan kesejahteraan dirimu..
kalau boleh ummi ingin menanggung kesakitanmu..
ummi mampu berdoa dari sini..
agar semuanya selamat ...

dicatat pada 8.20 a.m,
12 deg,
thobik thani,
mabna bukhori,
syarikjamiah,
irbid,
Jordan






Monday, December 28, 2009

APA YANG PENTING?KERJASAMA!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jam menunjukkan 2.30 pagi...suhu 11 degree.Hm..menemani my hubby study.Esok nak presentation.Next week dah exam final.Ya Allah, permudahkanlah urusan suamiku.Berikan kekuatan fizikal, jasmani dan rohani untuk menghadapi peperiksaan kali ini.Berilah kekuatan daya ingatan dan ilmu yang berkat.Amin!

Apa yang ummi nak bercerita pada kali ini?Pasal Kak Jannah.Minggu depan dah nak exam jugak.Sama2lah study dengan abinya!Doakan semuanya yer!

Apa yang penting?hehe Kerjasama...benarlah kata wonderpets nih..kerja sekolah kak jannah perlu disiapkan beramai2.Seronok dan teruja melihat semua bahan2 yang memerlukan pencarian bahan2 yang sebenarnya.








abi yang bersemangat membantu kak jannah.Abg faqeh dan adik faseh tolong jugak..tolong tengok dan tolong menyibuk!hehe


inilah hasilnya!!!Setiap minggu pasti ada kerja yang dibawa balik ke rumah untuk dibuat.Semuanya perlu dicari bahan2 yang realiti.Pening gak abi nak mencari bulu ayam kan?hehe..nasib baiklah abi tak kutip kat tepi2 kedai ayam.Akhirnya,kami minta dari Ummu Qusoi.

Itulah memerlukan kerjasama antara semua pihak dalam menyiapkan kerja rumah anak2.Ummi dan abi serta adik beradik yang lain turut menyiaokan kerja rumah Kak Jannah.Dan hasilnya, amatlah memuaskan...Ummi dan abi dia yang teruja melebihi anak2 pulak!hehehe..yerlah dulu, ummi abi mana ada kena buat kerja2 macam gini.Zaman sekarang semakin canggih dan anak2 didedahkan dengan baha2 yang realiti agar mereka lebih kreatif dan inovatif di masa hadapan.Semoga Hurul Jannah menjadi seorang pelajar yang pintar, amin.

basol- bawang besar!


thoum- bawang putih!

khoruf- biri2 ( ni letak kapas jer..puas pulak nak cari bulu biri2 nih!)

zarrah- jagung. ( tapi muallimah dia suruh letak jagung keras jer..siap muallimah dia berikan pada jannah suruh letak,alhamdulillah..)

dikun- ayam jantan( bulu ayam betul tuh tau!)

zahrah - bunga




Monday, December 21, 2009

ALHAMDULILLAH..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jam menunjukkan pukul6 pagi.Anak2 tengah lena dibuai mimpi lagi.Ummi sekarang ni dah tak boleh berjaga malam2 menemani abi.Banyak faktor menghalang mata ini untuk terbuka.hehe..sejuk menyebabkan kita mengantuk,lagipun adik asyik nak berkepit dengan ummi jer.

alhamdulillah hari ni hari kelima dia demam...hari ketiga hari tu, abi tengok keadaan adik semakin teruk, abi terus bawa ke hospital pulak.Doktor kata ..kahak banyak dalam badan adik,itu sebab dia tidur mulut sentiasa ternganga dan dada dia selalu berombak2 tuh..

alhamdulillah setelah adik sedut gas ni...adikk dah kembali seperti biasa.Petang semalam adik muntah kahak yang banyak dan pekat..dan malam tadi adik dah boleh tidur dengan ok.Ummi harap hari ni adik dah boleh makan seperti biasa.Insya Allah.


adik yang lesu pada mulanya..


dan malu apabila disnap gambarnya!


abi yang sentiasa setia menemani adik ke mana saja..Ummi kat rumah jaga kakak dan abang.Syukran untuk Ammu Din,sahabat sejati abi,menemani abi sentiasa.Semoga Allah sahaja mampu membalas jasa baik Ammu!


Kali kedua setelah di X-RAY, masih terdapat banyak lagi kahak.Adik diminta sedut kali kedua.Dan Alhamdulillah...dah semakin berani untuk memegang sendiri.

inilah alatnya..apa hentah nama dia.Kena tanya doktor2 kat JUST nih...



Memang memeritkan apabila sakit demam di negara orang.Caj consultataion sahaja mencecah 10 dinar ( RM50 ) tak termasuk ubat2annya lagi, 4 dinar pulak.Hm..itu baru sekali pergi.. Takper ..inilah asam garam kehidupan hidup di perantauan..Saudara mara jauh,hanya Allah dan sahabat handai tempat kita bergantung harap.

Ya Allah, berilah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi ujianMu di perantauan ini..Dan permudahkanlah urusan kami Ya Allah.


Friday, December 18, 2009

ANAK ABI!!!

jam sekarang menunjukkan 7.00 pagi..sudah lama tidak mengupdate blog ini..Minggu lepas ummi yang demam..minggu in pula adik faseh pulak yang demam.. Suasana hujan lebat di luar sana...

Hari ni satu muharram.Adik faseh demam kuat semalam..ummi dalam keterpaksaan menyumbat ubat ke dalam bontotnya..Sudah sepuluh kali ummi abi berfikir, nak masukkan ker atau tidak..

Ya Allah hari ni merupakan hari ketiga adik faseh demam..Ya Allah,sembuhkanlah dan sihatkanlah dia Ya Allah..

Hari pertama..dia minum susu jer sikit..lepas tu semua makanan dia tak mahu..
Hari kedua..kami paksa dia makan telur dan kismis..itupun sikit jer yang dimakannya..
dan hari ini hari ketiga..harap2nya ada perubahan ..

adik faseh tidur meniarap di atas abi..

abi yang khusyuk membuat assignment...pengorbanan seorang abi...



sembuhkan dia Ya Allah...Kau tukarkanlah kesakitan yang ditanggung anakku ini dengan diriku..seorang ibu sanggup berbuat apa saja untuk kesihatan anaknya...

hari ketiga..adik demam ditemani tidur oleh abinya..

tidur adik tidak lena..dada selalu berombak2 dan setengah akan bangun meminta air masak...bibirnya kering..Ya Allah..sembuhkan dan sihatkan dia seperti sediakala..

SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA!!!



Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati." (Riwayat Bukhari) Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati." (Riwayat Muslim) mari pertingkat amal!O:-