Pages

Showing posts with label jordan - 2010. Show all posts
Showing posts with label jordan - 2010. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

TETAMU ALLAH- SIRI 2.

Bismillah walhamdulillah...

Syukur dapat juga mengupdate ...namun ummi tidak dapat berlama2 di hadapan laptop ini...ummi letakkan gambar2 dulu yer.



pemandangan di luar masjidil haram..subhanallah..ramainya ummat manusia.

 Solat berjemaah di luar masjidil haram juga sesak...

 Jemaah di tingkat 3 masjidil haram....

 saie di tingkat 3..

Para jemaah haji mengambil air zam2 di tempat saie...


Masjid Namirah di Arafah.Masjid ini mempunyai struktur yang sangat ajaib.Bahagian depannya terkeluar dari tanah Arafah,manakala bahagian belakangnya termasuk ke dalam sempadan Arafah.



Mengutip batu2 di Muzdalifah, untuk melontar di Mina nanti.

Para jemaah yang keletihan,berehat di mana2 saja.Kami berjalan kaki dari Arafah ke Mina..melalui muzdalifah.Alhamdulillah,Allah beri kekuatan pada ummi untuk berjalan sejauh itu..Allahu Akbar!




Alhamdulillah..melontar di ketiga2 jamrah .


..bersambung lagi...

...11.00 mlm..
..3 degree..
..irbid,Jordan...
..nak tidur,esok hubby dan Jannah pekse...



Sunday, December 12, 2010

MENJADI TETAMU ALLAH - SIRI 1

Pemandangan di Masjid Nabawi.

Assalamualaikum...alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa atas kurniaan Nya ..nikmat lapang dan sihat,maka ummi diberi kesempatan untuk mencoret di blog yang sudah lama sepi ini.

Jam sekarang menunjukkan 8.30 mlm,suhu sekarang 8 degree,Sudah masuk musim sejuk di Jordan ini,maka berlapislah baju yang dipakai oleh kami sekeluarga.

OKlah..kali ini ummu ingin mencoretkan serba sedikit pengalaman semasa kami menunaikan haji baru2 ini.

Kami memilih pakej yang dianjurkan oleh Persatuan Jordan .3 buah keluarga dari Amman juga memilih pakej ini.Alhamdulillah,kami berdua bertolak dari Amman.Anak2 kami tinggalkan di rumah adik2 akhowat di sini.Pagi sebelum bertolak kami menghantar Kak Jannah dan Abang Faqeh di hadapan Simsima untuk menaiki bas ke sekolah.




Perjalanan dari Amman ke Madinah memakan masa lebih kurang 30 jam menggunakan pengangkutan darat.Masa yang agak lama diambil ketika hendak melepasi border antara Jordan dan Arab Saudi.Terlalu banyak proses keselamatan yang perlu dilalui.Namun,semuanya dalam keadaaan terkawal.

Alhamdulillah kami sampai di Hotel Crown,Madinah menjelang malam.Ya Allah...terlalu ramai umat manusia di Masjid Nabawi.Alhamdulillah...keesokan harinya , kami bersolat Zuhur di Masjid Nabawi.Alhamdulillah..dapat sekali lagi menjejakkan kaki ke Masjid ini.

Di Masjid ini laluan untuk lelaki dan wanita diasingkan.Sebelum masuk,beg kami akan diperiksa.Hentah macamana nasib ummi ...guard tu ternampak handset dan kamera ummi.Maka,ummi tidak dilepaskan masuk.( Memang masjid ini tidak dibenarkan membawa handset berkamera dan juga kamera.) Kawan2 ummi semuanya lepas,mungkin guard terlepas pandang..Penyelesaiannya ,ummi meminta hubby simpan di dalam begnya.( Bahagian lelaki tidak akan dicek apa yang berada di dalam begnya.)

Ummi berlapang dada menghadapi situasi ini.Alhamdulillah..semuanya selesai dengan baik.Ummi memasuki Masjid Nabawi dengan kaki kanan dan membaca doa ...rasa bersyukur sangat2..Ummi terus menuju ke tempat air zam2,terasa penuh nikmat dapat membasahi tekak...Kami bersembahyang Zuhur,dan menunggu giliran untuk menziarahi Raudhah.Tempat yang mustajab untuk berdoa.

Setelah hampir 2jam kami menunggu..kami dapat memasuki Raudhah.Sebelum masuk,kami akan diasingkan mengikut bangsa2.Walaupun kami datang dari Jordan,muka kami tetap Malizi..Penjaga wanita di sini memuji sikap Malizi dan Indonesi yang beradap dan mendengar arahan.Memang kelakar juga dilihat beberapa golongan yang tidak sabar2 untuk memasuki Raudhah.Apabila pintu dibuka sahaja..terus diserbunya...Masya Allah..inilah sikap yang sepatutnya dihindari ..bertolak2 untuk memasuki Raudhah.

Alhamdulillah..setelah kami beratur mengikut giliran...kami dapat memasuki Raudah dengan selesa. Namun,untuk mencari tempat bersolat 2rakaat memang agak payah.Namun,alhamdulillah,Allah mudahkan urusan ummi untuk bersolat 2 rakaat,walaupun dalam keadaan terhimpit2.Seorang makcik arab memberikan tempat solatnya yang agak tersorok di belakang tiang untuk ummi bersolat.Ya Allah,syukurnya padaMU..Rupanya ini hikmah ummi agak susah untuk memasuki Masjid Nabawi ini..namun ummi diberi kemudahan untuk bersolat dan berdoa di masjid yang mulia ini...Alhamdulillah..bersangka baik dengan ujian dari Allah.

Oklah..ummi letakkan dulu beberapa keping gambar.Ummi akan sambung lagi di siri akan datang.Nak melelapkan mata ...musim sejuk ni, habis kaku tangan nak menaip ni...salam..




Hubby dan kawan2nya di Masjid Nabawi.Dari kanan..hubby,Ust Anuar Riduan,Ust Shahrul dan Ust Najib.( Sudah mendapat ttitle Doktor ,ahamdulillah sudah selesai PhD.)


pemandangan di luar Masjidil Haram.Ramainya ummat manusia....





Jinak2 burung merpati..Pemandangan indah di luar perkarangan Masjidil Haram.Tengah menunggu teksi untuk pulang ke tempat penginapan.







Para Haji dari negara ..( maaf ummi tak ingat tapi agak jauh dari Arab Saudi).Perjalanan mereka memakan masa 14 hari untuk sampai ke Mekah.Bas mereka menjadi bas serbaguna.Siangnya akan menjadi tempat duduk,malamnya pula akan menjadi katil.Subhanallah..sungguh kuat azam mereka...Ketika gambar ini diambil mereka sedang memasak untuk makan malam.Semua keleangkapan..periuk,dapur gas , bahan2 mentah dibawa dan diletakkan dalam stor bas tersebut.Masya Allah ..kagumya kami lihat kesungguhan mereka.





....10.00 mlm...
...7 degree...
20 Disember 2010
Irbid,Jordan
Mengantuk,tangan dah sejuk...
...bersambung...






Tuesday, December 7, 2010

Anak Dara Nyanyi Lagu Arab.





Lagu yang di hafal dari tv kat Jordan nih..Toyour Al Jannah.Channel yang memang dikhaskan untuk kanak2.Semuanya memuatkan koleksi2 nasyid kanak2.Jannah tiap2 hari tengok..


Sunday, November 7, 2010

DEBARAN MENJADI TETAMU ALLAH....




Salam pada semua..tinggal beberapa minit lagi untuk kami berangkat ...doakan kami dipermudahkan urusan menunaikan haji...Maafkan salah silap kami...

Buat anak2 ummi...jaga diri elok2...jangan nakal2..Buat adik2 Casa Intelek..terimakasih banyak2 tolong jagakan anak2 akak...

Buat kawan2 semua...maaf salah silap..doakan kami...

7.11.2010.
7.00 pagi.
14 degree.
irbid,Jordan.



Wednesday, October 27, 2010

Amalan-amalan ketika mengandung.

Assalamualaikum....

Sudah lama rasanya tidak berpeluang untuk mengupdate blog kesayangan ummi ini.Apa yang terjadi?Apa yang berlaku?Ummi tak sihat ker?Ummi ada masalah ker?

Hm...banyak perkara yang berlaku sejak dua menjak ini.Selepas hari raya Aidilfitri yang lalu,ummi sibuk menguruskan anak2 ummi masuk sekolah.

Kak Jannah dan Faqeh sudah mula bersekolah.Alhamdulillah.Mereka dapat belajar dengan baik.Malahan Kak Jannah pernah mendapat anugerah pelajar mithali kerana menunjukkan akhlak yang baik.Abang Faqeh pulak ..asyik dapat "bathol" dari Mama Batul dia..
( Bathol- hero maksudnya...)

Adik Faseh pun sibuk nak sekolah jugak.Tapi sekarang dah tak boleh panggil adik dah...kena panggil abang..sebab apa????hehe..adik dah nak jadi abang...

Alhamdulillah..kami bakal mendapat zuriat di bumi penuh barakah ini..Ummi sebenarnya tak boleh lama2 mengadap laptop ni..cepat pening sekarang.Asyik loya2 dan muntah jer.Badanpun cepat letih.Alahan mengalahkan anak sulung sekarang.Memang tak samakan alahan di negara sendiri dengan negara orang kan..mengidam macam2...Moga Allah mudahkan urusan kami sekeluarga...

Insya Allah...minggu hadapan...7.11.2010 ..ummi dan abi akan menunaikan haji selama 2minggu.anak2 ummi yang lain akan ditinggalkan bersama acik2 di sini.Moga Allah mudahkan urusan dan berikan ummi kekuatan untuk menghadapi semuanya...amin!

Di sini ummi C&P amalan2 ibu mengandung.Sumber dari sini.


1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
3. Membaca ayat-ayat Al-Quran

Surah-surah amalan ketika mengandung

o Al-Fatihah dan ayat Kursi
o Seluruh surah Yassin
o Seluruh surah At-Taubah
o Seluruh surah Yusuf
o Seluruh surah Luqman
o Seluruh surah Maryam

o Surah An-Nahl ayat 78

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

o Surah Al-A'raf ayat 189

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur
Link laman-laman web Al-Quran

* Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
* Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.

4. Membaca doa

o Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

o Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

o Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

o Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

5. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri

- Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga perkataan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

- Adab suami terhadap isteri

1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3. Selesaikan selisih faham
4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat




Thursday, September 23, 2010

CARA SEMULAJADI MENGHAPUSKAN LIPAS!

Posted By PakarHowTo On September 6, 2010 (10:03 am) In "How To"

Setelah saya berkongsi artikel tentang cara membunuh cicak di blog ini, ada beberapa pembaca yang meminta saya untuk menulis berkenaan dengan cara untuk menghapuskan lipas pula.



Baiklah, bagi memenuhi permintaan mereka, di bawah ini saya kongsikan dengan anda, bagaimana cara untuk menghapuskan lipas.

Harap ianya bermanfaat.

Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu. Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka. Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.


Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.



Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
Selalu cuci bilik air.
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
*Ingat : MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur. Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat. Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya. Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.



Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau.
Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!

Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

Sekian.

Artikel tulisan : HAFIZ ANUAR BIN ABDULLAH





Friday, September 17, 2010

EID MUBARAK 1431.

Bismillah Walhamdulillah...
17 September 2010,bersamaan 8 Syawal 1431.Sudah 8 hari Syawal berlalu.Kemeriahan beraya di Jordan tidakkan sama dengan kemeriahan beraya di tanah air.Dari segi makanan dan suasananya sudah pasti.

Di Jordan....
pergi beraya di rumah jiran arab,gula2 dan kek menjadi hidangan mereka bersama Qohwah(kopi) ataupun syai ( teh).Budaya mereka sebegitu.Dan jika diberitahu kepada mereka..Masya Allah..mereka akan terkejut.
Malizi ( orang Malaysia ) ni banyak makan.Dahlah suka guna air banyak kata mereka.Mungkin di negara kita terlalu banyak airkan...

Dan suasana itu sudah dua kali kami sekeluarga lalui beraya eid fitri di sini.Dan insya Allah..berbaki lagi 3 tahun kami di sini.Sudah pastinya akan dirindui suasana berada di bumi anbiya' yang penuh keberkatan ini apabila sudah pulang ke Malaysia.

Namun apabila berada di sini..pastinya akan merindui suasana di Malaysia bukan?Ketupat pulut,lemang,sambal belacan,rendang,lotong,nasi daganga,keropok lekor...semuanya dirindui...

Yang penting sekarang,kami sekeluarga amat bahagia dengan suasana berada di dataran syam ini.Bumi yang pernah dihuni oleh para anbiya' dan para syuhada' ini.Bersyukur kerana diberi peluang yang jarang2 diperolehi oleh orang lain.Alhamdulillah..amat2 bersyukur dengan kurniaan Allah ini.Ambil peluang sebanyak mungkin selama keberadaan di sini.Jangan sia2kan kurniaan Allah ini.Berusaha memperbaiki diri dari sudut rohani dan jasmani.Cari sebanyak mungkin mutiara2 ilmu yang banyak bertaburan di sini.Bumi ini bumi penuh berkat.Allah akan bantu hambaNYa yang ikhlas kepadaNya.Itulah ayat penguat semangat di kala kerinduan melanda kepada keluarga di tanah air..

Oklah ummi nak bercerita tentang raya kami di sini....Kita tengok gambar yer..




ini Kak Jannah yang rajin menolong ummi buat kuih.Sebelum ni kat Malaysia,main kuih tunjuk jer.Kat sini,tengok resepi kat internet,ejas sikit2,tengok bahan apa ada kat sini,terus jer buat.Alhamdulillah,menjadi juga...Syukur..


Ini hari ke 28 kami berpuasa di sini.Ada kawan arab hubby berbuka puasa di sini.Kami ingin menghidangkan kepada mereka nasi maqlubah( sejenis nasi yang digemari oleh orang2 Jordan nih ).Jadinya jemput UmmuQusoi( tuan bangunan kami yang tinggal di bawah rumah kami) tolong ajar ummi dan kawan2 ummi memasak.Alhamdulillah...Allah mudahkan urusan kami untuk menjamu keluarga arab kawan hubby itu.Seronok dan puas rasanya.Adik2 akhowat ( kat sini pelajar perempuan dipanggil akhowat, pelajar lelaki syabab ) ada yang datang membantu.Ukhuwah kami terjalin di sini.Ukhuwah islamiyah itu terlalu indahkan..Pastinya akan dirindui suatu hari nanti,.

Ini gambar kami pada hari pertama.Tema tahun ini putih.Gambar yang bawah sekali tuh,berlatarbelakangkan bangunan rumah kami.Kat sini..semuanya rumah bertingkat2,macam rumah flat kat Malaysia.Tapi tak banyak tingkatlah.Macam imarah ( bangunan) rumah kami kat sini ada 4 tingkat jer.Yang budak2 pakai baju merah tuh,jiran sebelah bangunan kami,anak Kak Abidah,yang baru sampai lebih kurang 2minggu di sini.


Ini pula gambar pada hari raya ke4,atas sekali tuh kawan2 Jannah.Israq,Rashel,Hamudeh
( nama dia Mahmud,tapi dipanggil hamudeh..nama manjalah tuh.Nama Muhammad,Ahmad,Mahmud..maka nama manjanya Hamudeh...Macam kita kat Malaysia,orang ganung pakai awang dan mek untuk nama manjanya.Kat Indonesia pulak,bujang!!!betul tak tok abahnya..bujang sokmo walau cucu dah masuk 8kan?? ). Kami kenal keluarga mereka ketika kami tinggal selama 2 minggu di Syajarah.Alhamdulillah keluarga  mereka amat2 baik.Nanti ummi ceritakan tentang pengalaman kami berada di Syajarah yer.

Ok,gambar seterusnya ..baju raya baru dapat dari Malaysia.Kiriman Tok Abah dan Tok Ma.cantik!Gembira sakan anak2 ummi nih.Siap dapat duit raya dari Pak Long lagi tuh.Baju Upin Ipin pun tak terlepas.Sungguh ...berjauhan dengan keluarga tersayang...mempunyai 1001 perasaan yang tidak dapat ditafsirkan..kerinduan..kesedihan...kegembiraan...kebahagiaan berjauhan..semuanya bercampur baur semuanya..Dan suasana yang ditunggu2 pastinya kepulangan kami sekeluarga ke Malaysia...

Namun..apabila menerima kiriman dari tanah air,terubat segala kerinduan.Terbau2 udara tanah air.Kalu boleh,minta diposkan orang2 tersayang dalam beg kargo!Huish..mana boleh kan???Namun sekarang,zaman sudah canggih.Setiapa hari boleh skype,boleh bermesej,boleh berFB.Jangan tak tahu yer,tok abah dah makin canggih sekarang nih.Zaman IT katakan.Sekurang2nya..terubat juga kerinduan kepada keluarga di sana.Namun,air mata tetapkan tumpah apabila teringat kepada mereka yang tersayang.

Sungguh RINDU itu PERIT !Namun..kena kuatkan semangat..utuhkan hati..Kata2 hubby tersayang penguat semangat.."Susah dalam masa 4 tahun sahaja,untuk senang 40 tahun,insya Allah.." Makanya hati2 di Jordan dan juga di Malaysia kena tabah..Bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian.Untuk senang , bukannya mudah bukan..Tabahlah wahai hati2...Mohonlah doa agar dipermudahkan segala urusan!amin..


Ha..dah puas meluahkan perasaan kat atas tuh..kita tengok makanan pulak..Alhamdulillah ini menu kami pada tahun ini.Rendang!!!Wah..tak pernah2 ummi buat kat Malaysia nih..( ummi tolong tok ma masak jer..tak buat 100% lah.) Kat sini..semuanya kena buat sendiri.Nasib baik hubby tolong sama.Tolong hiriskan daun kunyit tuh.Tolong goreng kacang untuk buat kuah kacang,dan tolong perhabiskan kacang yang digoreng!!!

Di sini semuanya kena berdikari.Semua kena buat.Hatta nak makan jemput2 pun buatlah sendiri.Takdernyer nak beli2 kat kedai.Bulan puasa pun,tiap2 hari masak.Alhamdulillah,bila kita selalu masak nih,lama2 kita akan pandai sendiri masak2 nih sebenarnya.Tak percaya cubalah try,test.Tapi mungkin di Malaysia..tidak berkesempatan untuk memasak tiap2 hari..Tapi..nak seribu daya,tak nak seribu dalihkan..

Nak buat rendang,siap tanya tok ma lagi tuh...Ingat2 lupa sebenarnya.Tanya tuh untuk akidkan ( kuatkan ) sebenarnya.Alhamdulillah..menjadi.Tahun depan boleh buat lagi,insya Allah.Seterusnya nasi hujan panas.Tapi ummi nak letak namanya nasi soifi syita' ( musim panas dan musim sejuk,salji gitu!).Pastu ayam masak pedas dan acar timun versi Malaysia punya.Kalu versi arab potong dia lain sikit.Arab letak bandurah (tomato ) dan baqdunis ( daun sup) dan laban ( susu masam).Perah asam limau sikit.Sedap juga..


Ini lagi gambar bersama kawan baru si Afnan.Sama2 hero !Sama2 cergas!Di bawah sekali,kami beraya di rumah akhowat di sini.Alhamdulillah..suasana beraya sesama pelajar2 Malaysia di sini amat2 meriah.Yerlah duduk berjauhan dengan keluarga dan saudara mara.Kawan2 lah yang dapat menghiburkan .Ukhuwah antara kami di sini juga terjalin erat.Dan suasana ini agak payah untuk ditemui ketika berada di Malaysia.Namun..semuanya atas diri sendiri sebenarnya...


ha..gambar apa pulak nih..ni pada hari raya ke3 nih.Gambar atas sekali,hubby dan anak2 bergambar di hadapan rumah sahabat kami sebelum bertolak ke Masjid Thaal.Yang pakai serban kat kepala tu,pegawai agama Jordan.Sebelum majlis bermula..hubby beri khutbah nikah dulu.Dalam bahasa Melayu yer..Selepas itu,pengantin lelaki diijabkalbulkan oleh my hubby!!!Terkejut juga kami.Sebenarnya ikut perancangan,hubby hanyalah wakil kepada pengantin perempuan,tapi pada hari kejadian...hubby disuruh akad nikahkan mereka..

Apalagi..jadi tok kadi bidan terjunlah hubby.Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan.Akad nikahnya dalam bahasa arab.Pegawai agama tuh baca, hubby dan pengantin lelaki ikut jer.Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur.Alhamdulillah!!

Budaya arab kawen berlainan dengan kita.Bertunang ,mereka sarungkan ciicin belah kanan, dan apabila kawen,cincin yang sama akan dipindahkan ke belah kiri pula.Beruntung Malizi kan..ada 3 cincin gituh!cincin merisik,cincin tunang dan cincin kawen gituh!Tapi mas kawen dia kat sini..mahal tak patut..siap ada mahar muajjal lagi..disebut semasa akad nikah.Mahar tersebut hanya disebut,namun akan diberikan kepada pengantin perempuan..andainya perceraian terjadi antara pasangan.Ada pro dan kontranya.Tak sedaplah masa akad nikah,dah sebut2 hal perceraian..namun bagusnya,pengantin lelaki akan berfikir 2,3 kali untuk malafazkan cerai kepada isterinya kerana akan terpaksa membayar mahar tersebut.Mahar tersebut boleh mencecah 30 ribu JD tuh = RM 150 ribu!Huish!!!

Ok,bercerita tentang pengantin baru di atas.Pengantin lelaki pelajar JUST (Jordan University of Scince Technology ) ambik bidang Kedoktoran,dan bakal menjadi doktor tahun hadapan,orang Selangor.Manakala pengantin perempuan pelajar Yarmourk,ambik bidang agama,orang Melaka.Berlatarbelakang yang amat berbeza...namun..itulah kemanisan rumahtangga..perbezaan menambahkan variasi dalam kehidupan,titik persamaan itulah yang mengeratkan kasih sayang sebenarnya...Semoga kekal bercinta hingga ke Firdausi kepada pasangan pengantin Firdaus dan Annis Athirah,amin!

Alhamdulillah..syukur diberi peluang untuk berbakti kepada orang lain.Dan jangan mengharapkan orang yang kita buat baik akan membalas dengan kebaikan yang sama.Mungkin Allah balas dengan perkara yang lain dengan orang yang lain.Berlapang dadalah dalam membuat kebaikan,yang penting niat kena IKHLAS.

Oklah rasanya setakat ini dahulu coretan ummi kali ini.Semoga ada manfaatnya bersama.Mohon doa dari Allah agar jauhkan kami dari sifat2 mazmumah..sinari kami dengan sifat2 mahmudah,amin!


...siap dinukilkan pada...
1.10 pagi.
21 degree.
16.9.2010 = 8 Syawal 1431.

Imarah Bukhori...Irbid,Jordan.
Anak2 dan hubby dah tidur.Ummipun nak tidur.


Wednesday, September 1, 2010

PUASA KAK JANNAH!

Bismillah Walhamdulillah..

Pukul 1.00 thari
"Abi,Jannah laparlah".
"Pergilah main lukis2 dulu sayang."


moh kita main lukis2 dulu yer..

Pukul 2.00 petang
"Abi,nak buka poselah,tak larat dah nih!"
"Jannah pergi tengok tv dulu yer..kejap jer lagi nak buka"


Pukul 3.00 petang
"Abi, tak tahan dah nih..lapar sangat nih.."-
"Sabarlah sayang,sikit jer lagi.Rugilah kalu berbuka sekarang!"
Sambil abi membelai dengan penuh kasih sayang puteri sulung ini.

Pukul 4.00 petang
"Abi,nak main laptoplah abi".

Pukul 5.00 petang.

"Abi, nak main roller bladelah abi".

Pukul 6.00 petang.
"Abi,nak gi kedai,nak beli makanan banyak2 gitu nak buat bukak pose".

Pukul 7.00
Sudah terpacak depan meja makan.Semuanya ada 7 jenis makanan yang ingin dimakan oleh Kak Jannah. Muka ceria jer bila nak berbuka.

Syawarma,nuget ayam,air kotak 2 kotak,jajan 3 jenis..

Pukul 7.45
"Jannah suka bila bukak pose,sebab boleh makan banyak2!Tapi tak best pose, sebab takleh makan !!!!"

Pukul 8.30 malam
"Abi,kami semua nak gi tawarikh( cam upin n ipin)..eh silap..terawikh.."


"Abi,cantiknya lampu2 kat kedai tu.Dia pasang sebab apa abi?"
Memang cantik. Budaya di sini suka pasang lampu2 yang cantik2 ini bersempena bulan Ramadhan ini.




Alhamdulillah..itulah karenah HURUL JANNAH berpuasa pada tahun ini.Setiap hari berlainan karenahnya.Tapi kita sebagai ibubapa perlulah sabar dan kreatif memujuk anak2 yang baru mula2 belajar berpuasa.Malahan sembahyang juga perlu dididik seiring dengan berpuasa.Mendidik dan mentarbiyah ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang amatlah tinggi.


Hari ni sudah masuk 22 umat Islam berpuasa..bermakna...8 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua...Bermacam2 perasaan akan hadir dalam setiap manusia..ada yang sedih,ada yang gembira.Sedih kerana Ramadhan akan meninggalkan kita,dan belum pasti lagi kita akan berjumpa lagi .


“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan malaikat Jibril akan turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” [Surah al-Qadar: 1-5].








Saturday, August 14, 2010

RAMADHAN KAREEM!


Bismillah Wal Hamdulillah..

Alhamdulillah..hari ni sudah 4 Ramadhan 1431.Sudah lama rasanya ummi tidak mengupdate blog kesayangan ummi nih.Banyak yang berlaku sejak 2,3 bulan yang lepas.

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!

Puasa di Bumi Jordan.

Kali ini merupakan kali kedua kami berpuasa dan akan beraya di Bumi Urdun ini.Alhamdulillah..sungguh berbeza rasanya berpuasa di perantauan.Semuanya berbeza!Makananannya,sahurnya,berbuka puasanya,terawikhnya.Di sini tiada "Souq Ramadhan",pasar Ramadhan tiada di sini.Mereka berbuka dengan apa yang ada.

Semalam Ummu Qusoi ( jiran arab,merangkap pemilik bangunan kami ) ada bertandang ke rumah ummi.Dia memberitahu,menjadi satu kebiasaan di sini untuk berbuka puasa sekadarnya.Berbuka dengan kurma dan air dahulu,setelah itu bersolat Maghrib.Setelah itu barulah makan nasi.Juga di sini berterawikh di Masjid Jamiah Yarmourk.Setiap malam akan diabacak satu juzu'.Suasananya berbeza di sini.Imam di sini membaca dengan penuh tartil dan amat tegas bacaannya.Untuk kita mengantuk amat susah.Bahkan menjadi kebiasaan para jemaah memegang Al Quran ketika berterawikh.Indah sungguh suasananya!!!

Namun merindukan suasana berbuka puasa di Malaysia itu satu kemestian!!!Semuanya dirindui!!! Masakan ma ( mak ummi) dan mak ( mak abi ) amat dirindui.Namun di sini juga ada mekanan yang menarik dan sedap.Sekarang pula musim buah2 an di sini.

Puasa Kak Jannah!
Alhamdulillah..sudah tiga hari Kak Jannah berpuasa.Hari pertama...setiap 2 jam mesti minta kat ummi nak berbuka puasa."Laparlah ummi"..Alhamdulillah..berjaya berpuasa ke akhirnya.Namun ada upah yang diminta.Malamnya selepas solat terawikh,kami ke kedai buku,beli buku ceruta arab dan juga senaskah Al Quran.Al Quran memang dah lama ummi janji nak beli setelah bulan lepas Kak Jannah mengahafaz surah2 Juzu' 30 di Markaz Hafsa.

Yang ummi kelakarnya..kulit ayam yang menjadi faveretnya disimpan dalam peti ais nak dibuat berbuka puasa.Bahkan air masakpun dia terliur..Bila tiba waktu berbuka..ada 5 jenis makanan yang ingin dimakan.Amat gembira dan ceria wajahnya.itulah karenah puteri sulung kesayangan ummi.


Di sini ummi letakkan perkongsian bersama..

Khutbah Rasulullah Menyambut Ramadhan

Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu'.

Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.
Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rezeki kepada mukmin di dalamnya.

Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.

Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw, "Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu."

Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.
Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.
Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.

Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga." (HR. Ibnu Huzaimah).



ok,di sini ummi letakkan serba sedikit gambar bersempena bulan Ramadhan.

kad ingatan dan Qolbi dan Ain Sham.Syukran lakuma!!

Buah tamar yang segar,anggur,kuih, dan juga air tamarhind.

Buah tamar dan epal.


buah2an di musim panas..nanas,delima,pear dan anggur.





Menu hari pertama..Ayam percik,acar timun dan kobis goreng.Sup warna hijau tu UmmuQusoi yang beri.Tak tahu nama dia,tapi sedap.



kinafah dan daging kambing.Menu hari kedua.Kinafah???

 ada kawan ummi ..SUISZ yang mengidam nak makan kinafah nih.Kat sini ummi ambik gmbar ni smlm time pergi beli kinafah nih.Moga gembira yer!!!!!!!!!


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA!!!
REBUTLAH PELUANG SELAMA BERADA DI BULAN YANG PENUH BERAKAH INI..





Monday, July 26, 2010

ELAIKA- NASYEED FROM MOHD UBAYD

 

The word of this nasheed are the words of Imam As-Syafie when he came to die,Masya Allah!


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku

I submit my hopes to You, O Lord of all creation,

TELETUBIES ARABIC VERSION

Bismillah Walhamdulillah..

Video dari kawan ummi,Najihah dari FB dia.Boleh nak ajar anak2 bahasa arab nih.





SYUKRAN YA UMMI!


Bismillah Wal hamdulillah..

"Faqeh tolong ambikkan telefon abi atas meja dalam bilik sekejap"
..." ok,abi ini telefon abi"...

Abi pun terus mengambil telefon tersebut..namun pada masa yang sama Faqeh belum beranjak dari tempatnya..sambil memandang2 abinya...namun abi masih belum memahami apakah kehendak Faqeh sebenarnya..

"Abi sokmo gitu ok..dok ingak nak cakap syukrang!" 
( loghat teganung pekat,biarpun berada di Jordan!)...

"Dok ingak setarang abi nok kabo..syukran ya Faqeh!Abi minta maaf dok ingak!" 
(Bapa borek anak rintik!..yer  ker peribahasa nih..)

"'Afwan ya abi.." 


Pada situasi yang lain pula.

"Ummi,Faqeh nak makan nestum.Lapar"

"Faqeh,ini nestum Faqeh ..makanlah"

"Syukran ya ummi".
.Ummi tidak sempat menjawab apa2..kerana sibuk membuat kerja lain pula.

"Ummi..sokmo gitu..Faqeh cakap syukran,ummi kenalah cakap 'Afwan'."

"Ok..afwan " ^__^


Itulah karenah Faqeh yang membuatkan ummi tersenyum sebenarnya..Sekarang sudah seminggu Faqeh demam..Masih lagi kurang  bermaya dan masih tidak membuas seperti biasa.Insya Allah nanti hero kesayangan ummi akan kembali membuas. Nanti ummi pula yang tak terlarat melihat karenahnya.Itulah Faqeh,bila sihat,ummi selalu marah kerana suka menyepahkan rumah.Apabila sudah demam,sunyi pulak tanpa 'kebuasan' dia.Asyik nak tidur jer.


Apa yang ummi ingin berkongsi mengenai ucapan terimakasih/ syukran/ thank you/toche/syukriya.Perlu diajar anak untuk mengucapkan terimakasih,malahan ibubapa juga seharusnya menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Sebenarnya mengucapkan terimakasih ini memupuk rasa rendah diri. Kerana kita memerlukan bantuan orang lain sebenarnya dalam sesuatu perkara.Insya Allah apabila anak2 telah dididik daripada kecik untuk biasakan diri mengucapkan teriamakasih,insya Allah..anak2 akan mudah mengucapkan terimakasih dan rasa bersyukur dengan apa yang ada.

Di sini,ummi C&P dari sini.

Anak kecil yang mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membantunya atau memberinya sesuatu sangat jarang dijumpai. Alangkah gembira dan sejuknya hati kita apabila anak sekecil 3 tahun mampu menilai penghargaan yang diberikan kepadanya dengan mengucapkan terima kasih.

Pernah satu hari anak saya mahukan susu buat kali kedua. Akan tetapi dia tidak ingat di mana dia meletakkan botol susunya. Kemudian saya mencarinya dan anak saya memberontak kerana saya tidak menjumpai botol susunya. Penatnya ibu mencari botol susu tersebut, tapi anak pula marah-marah sebab ibunya tidak menjumpai botol susu yang dihilangkannya.
Kadangkala, rasa tertekan dan kadangkala ibu bapa boleh rasa stress dengan keadaan ini. Namun, tindakan mendidik anak adalah tanggungjawab kita. Bukan pihak nursery atau tadika. Kita yang perlu diperhatikan terlebih dahulu sebelum orang lain.


Baiklah, sekarang mari kita mengajar anak mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan kepadanya. Terdapat 2 perkara yang perlu dielakkan untuk mengajarkan anak berterima kasih.
Yang pertama, untuk mengajarkan anak berterima kasih akan menjadi sukar jika anak anda memperolehi setiap benda yang diingininya sejak kecil.
Yang kedua, terlalu banyak hadiah yang diberikan kepada anak kecil adalah keterlaluan dan sangat berat bagi dirinya. Anak kecil akan keliru dengan pemberian hadiah yang sepatutnya istimewa tetapi menjadi seolah-olah pemberian biasa seperti ibu memberi makan. Sebolehnya, berikan hadiah kepadanya di atas satu-satu pencapaian yang diperolehinya.


Untuk mengajarkan anak berterima kasih, pertama sekali ia mesti dimulakan daripada ibu bapa dan orang sekelilingnya. Ucapan terima kasih ini mudah sangat tertinggal atau terlupa, akan tetapi ia sangat penting. Ucapan ini dapat menghasilkan peribadi yang sering merendah diri dan tidak berbangga-bangga dengan harta atau sesuatu yang dimilikinya.

“Terima kasih sebab ambilkan buku untuk umi”
“Terima kasih sebab picit kepala umi”
“Terima kasih sebab jadi anak yang baik”
“Terima kasih sebab selalu tolong umi kemas rumah”
“Terima kasih sebab sayang umi”

Banyak lagi ucapan yang boleh diberikan kepada anak-anak kita. Dengan permulaan inilah, anak-anak kita akan belajar untuk menghargai sesuatu dan belajar merendah diri di hadapan orang. InsyaAllah…


dicatat pada jam 2.00 pagi.
Suhu: 21 degree
Menemani hubby study,esok exam!
Mood: Ngantuk,nak tidur dah.
Faseh dah bangun minta tidur sebelah dia.
Faqeh,alhamdulillah lena tanpa batuk2 dah,sebelum ni,selalu batuk malam2.

Ok,selamat malam!

Wednesday, July 21, 2010

PUASA SUNAT SYA'BAN.

Bismillah Walhamdulillah..
Hari ini bertarikh 20 Julai 2010, bersamaan 8 Sya'ban.Sekejap jer masa berlalu meninggalkan kita.Rasanya baru semalam berlalunya Ramadhan dan Syawal.Ramadhan tidak lama lagi bakal menjelma.Bermakna kali ini kali kedua kami sekeluarga akan berpuasa dan beraya di perantauan.

OKlah kali ini ummi petik dari blog kawan ummi di sini...
berkenaan puasa sunat Sya'ban. 



Tuesday, July 20, 2010

AWARD- MR HAPPY!

Bismillah Walhamdulillah..
Jam menunjukkan 6.00 petang.Suhu mencecah 34 degree.Agak panas sekarang.Anak ummi Abang Faqeh demam hari ni.Hari ni dah masuk 2 hari insya Allah,esok lusa,baiklah .
Kali ini ummi baru berkesempatan mengambil award dari kawan ummi 
Azilah a.k.a Nuhaz.Syukran!
Adakah anda HAPPY sekarang ?

Alhamdulillah..amat bahagia berada di bumi anbiya',bumi penuh keberkatan ini..