Antara budaya arab Jordan yang menjadi adat mereka di setiap kali hari raya menjelma...
1-Pagi raya mereka berbondong ke masjid untuk solat raya.
Anak2 semua diangkut bersolat.Kalau terlewat sikit untuk pergi solat hari raya,alamatnyaa solat kat luarlah...
2-Malam raya mereka tiada membuat apa2 persediaan.Malah menurut tuan rumah kami,Ummu Qusoi,mereka penuhkan malam raya dengan bertakbir bertahmid dan membaca Al Quran..
Allahu Akbar!
3-Puasa sunat sebelum raya haji amat2 digalakkan.Bahkn di sekolah juga cikgu2 akan mengingatkan supaya berpuasa di hari Arafah.Alhamdulillah,ada yang menggalakkan,anak2 akan mudah melaksanakan ibadah sunat ini.
Ummu Qusoi juga akan berpuasa bermula 1 Zulhijjah sehinggalah ke hari raya baru berbuka..Allahu Akbar.
Jannah juga sentiasa diingatkan oleh Ummu Qusoi untuk berpuasa..Allhu Akbar!
4-Pgi raya mereka tiada hidangan berat2.Hattakan kalau kita pergi ziarah rumah mereka,akan dihidangkan gula2 dan kuih makmur dan kopi atau syai(teh). Seperti dalam nasyid di bawah.Gula2 menjadi satu kewajiban bagi setiap rumah untuk dihidangkan kepada tetamu pada hari raya.
Hattakan promosi pasaraya sebelum raya memang banyak gula2 ni...Itu yang mereka pelik tengok kita pada malam raya sibuk memasak macam2..Budaya masing2 kan..
5-Hari raya untuk berhibur kanak2.Mereka ada budaya memberi duit kepada kanak2,tapi hanya keluarga terdekat akan diberi.Apabila kanak2 dapat duit,mereka akan ke taman2 tema untuk bermain.Kalau lihat video di bawah memang itu budaya mereka.Hari raya hari berhibur dan habiskan duit di taman2 tema.Itu budaya mereka.
Hattakan kalau kita ke pasaraya sebelum raya,malah malam raya..memang lengang jer ,tiada ramai yang berpusu2 ke pasaraya..Tapi kalau pergi selepas raya,Masya Allah..penuh orang..Hattakan orang kampung semua akan keluar ke pasaraya untuk berhibur..Iya..itu budaya mereka..
6- Rancangan tv juga semua berkitan dengan raya.Sudah masuk 2 minggu raya..namun tv Toyor Jannah masih memaparkan lagu2 raya.Allahu Akbar terasa suasana raya masih meriah di sini.Raya haji di sini lebih meriah berbanding raya puasa.
7.Nasyid2 dan lagu raya yang dikumandangkan semuanya ada pujian kepada Allah.Jika dilihat dalam nasyid2 raya di dalam Toyor Jannah ( nasyid Deemah Bayar di bawah) mereka akan ada memberi hadiah dan hidangan kepada fakir miskin.Alhamdulillah..dalam masa yang sama kami terangkan kepada ank2 penting berbuat baik kepada orang susah.Allah...
Allahu Akbar..masing2 ada budaya masing2.Apa yang baik,kita ikut. Apa yang tidak elok, kita tinggalkan..Wallahu A'lam.
Memberi hadiah dan gula2 di pagi raya kepada orang susah.Amalan mulia!
Berhibur di taman tema ,pagi raya dihidang gula2 dan kuih makmur.Memang mudah dan seronok!
Dua perkara penting yang perlu ada untuk merealisasikan semua perkara...
Ini video kedua yang ummi hasilkan ketika di bumi Jordan ini.
Kisah kura2 dan arnab.
Diceritakan oleh Jannah dengan dibantu oleh Ummu Qusoi- pemilik bangunan rumah kami.
Alhamdulillah ukhuwah kami sekeluarga dengan Ummu Qusoi amat baik.
Syukur dikurniakan jiran yang baik hati..
Semoga ada manfaat bersama!
Kisah Upin dan Ipin juga ada yang berkaitan dengan kura2 dan arnab.
Anak2 ummi suka sangat tengok kisah ini.
Banyak pengajarannya!
Juga di sini ummi kongsikan satu tulisan yang berkaitan arnab dan kura2.
Mohon kongsi yer adik penulis.
Semoga ada ganjarannya di ssi Allah ,amin!
Sumber dari sini.
Belajar dari kesungguhan kura-kura.
Pernah beberapa kali aku rasa down sangat (menyerah kalah) bila tengok kawan-kawan yang semakin hari semakin jauh meninggalkan aku Semakin hari semakin banyak kejayaan yang diraih oleh mereka. Kejayaan-kejayaan yang mampu perhebatkan lagi dakwah mereka. Terasa sangat diri ni jauh tinggal di belakang.
Bila tengok ada yang dah tinggal 2 tahun je nak habis degree. Ada yang dah mula buat master. Ada yang dah jadi penyampai yang hebat, yang mana menyentuh hati-hati manusia dan membuat manusia sekeliling ingin bersama dalam gerabak dakwah. Ada yang menjadi penulis dan ramai sangat lagi yang berjaya menempa kejayaan dalam hidup mereka saban hari membuat akusedih sendirian.
Seringkali hidup aku diisi dengan tidur yang berpanjangan kerana kekecewaan yang panjang. Pandangan-pandangan manusia di sekeliling aku dan desakan-desakan dari ibu ayah dan adik beradik membuat aku rasa saya tewas. Oh.
Yelah, umur dah awal 20-an, tapi macam takda apa-apa pun. Rasa macam dah 20 tahun masa di buang macam tu je. Aku faham mengapa mereka mendesak begitu, tidak lain adalah agar di hari tua kelak aku mampu menyara mereka kembali. *ehem*.
Tidak lain tidak, kerana mereka mahu aku berjaya seperti orang lain.
Hingga satu hari bila aku fikir-fikir balik, ternyata ada hikmahnya kenapa Allah susun hidup saya macam ni. Ofkos la setiap apa yang Allah susun tu ada hikmah kan? Tapi untuk apa yang berlaku pada aku ni, aku dapat satu ibrah (pengajaran) yang saaaangat hebat !
Allah susunkan aku gagal dari form 1 hingga form 5.
Aku gagal dalam alam IPT. ( sekarang menunggu-nunggu jawapan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang baru.)
Boleh kata semuaaaanya ada hikmah ! Dan Allah izin satu hari nanti impian aku tercapai, aku akan ceritakan kepada kalian apa hikmahnya.. :D
Sang kura-kura dan sang arnab.
Aku yakin ramai yang tau cerita arnab dan sang kura-kura ni kan? Secara ringkasnya ia adalah kisah perlumbaan sang arnab dengan kura-kura. Yang mana sang kura-kura dicabar oleh sang arnab, dan di pengakhirannya perlumbaan dimenangi oleh sang kura-kura.
Ketika aku fikir-fikir balik kehidupan aku yang tak nampak pokok pangkal ni kan, Allah izin terlintas difikiran aku mengenai cerita ini.
Sang kura-kura ni, dia bagi pengajaran yang sangat hebat dalam hidup aku dan untuk hidup kalian juga semestinya.
Yang mana dia telah buktikan, sikap konsisten dia akhirnya mampu membuat dia berjaya.
Kadang-kadang dalam kehidupan ni kita rasa kita dah terlambat kan? Kita rasa kita dah jauh ketinggalan.
Betul kan?
Bila tengok kawan-kawan yang seusia kita pergi oversea (serius ni aku sangat jeles!), ada yang dah jadi penulis, ada yang dah jadi penyampai yang hebat, dan mereka mampu mencipta baaaaanyak sangat kejayaan membuat kita rasa kita dah terlambat.
Kita rasa kita telah tewas kepada mereka !
Kalau kita kaitkan dengan cerita tu, kita boleh kata kawan-kawan kita yang dah kedepan ni sama lah macam sang arnab. Banyak sangat kelebihan mereka berbanding diri kita yang baru terkial-kial ni. Kita? Aku sorang je kot~
Kita pula umpama sang kura-kura yang mempunyai kekurangan dari segi kepantasan dan..dan..kalau tengok dalam perlawanan ni, boleh kata sang kura-kura ni mesti kalah la kan?
Tapi kita tengok, betapa optimisnya sang kura-kura, walaupun dia tau sang arnab ni banyak kelebihan, dia tetap juga menyahut cabaran sang arnab.
Walaupun dia sedar dia akan ketinggalan, dan mungkin akan kalah, tapi dia tetap berjalan-berjalan dan terus berjalan hingga akhirnya dia menang.
Padan muka sang arnab. Sapa suruh tido masa belumba! Wahaha..
gambar ini tiada kaitan tahu?
Saudaraku,
Begitulah kehidupan ini mengajar kita. Agar jangan tidur ketika tengah lumba lari. Eh.
Kehidupan ini mengajar kita agar jangan mudah putus asa. Meskipun kita rasa kita tewas. Meskipun kita rasa kawan-kawan kita kedepan dalam banyak aspek, berusahalah agar terus mengekalkan momentum optimis.
Walaupun kita rasa kita terlewat, teruslah merangka strategi agar 10-20 tahun lagi dan paling utama di akhirat kelak kita mampu menjadi lebih kehadapan berbanding mereka.
Kerana walaupun pada hari ini mereka berada di hadapan, mungkin ada saatnya mereka tertidur seperti sang arnab.
Jangan putus asa.
Yakinlah, masa depanmu pasti kan bersinar.
Kesimpulannya : Jangan tidur ketika berlari
Jangan mudah putus asa, teruslah merangka strategi untuk membina kehidupan anda.
Dan ingat, kejayaan hakiki adalah saatnya kita melangkah ke syurga.
Jangan ukur diri kita dengan orang lain, walaupaun orang lain boleh jadi motivasi untuk kita berjaya.
#sungguh dalam cerita sang arnab dan sang kura-kura bnyak ibrahnya. Maka
nikmat Tuhanmu yg manakah kamu dustakan?
" Kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir" .An-Nahl [16:69]
SUBHANALLAH!
MASYA ALLAH!
SUBHANAL KHOLIQ!
sebelum berkembang..
si kumbang manakah yang telah merosakkan keayuan bunga ini?sudah hilang serinya..bagaimana pula dengan keayuan seorang gadis sekiranya terjadi sebegini?Oleh itu jagalah diri..hiasi peribadi sebaik mungkin..
YA ALLAH...sudah mekar harum di taman larangan..
ini pula bunga2 yang ditanam oleh ummuqusoi.
Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.Ar-Rad [13:3] .
vu c بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Jam menunjukkan 2.00 a.m, 9 degree skg.Menemani hubby nak final exam esok.Ya Allah, Kau permudahkanlah suamiku menjawab soalan peperiksaan esokk!amin.
Ngantuk tuh still ada..sejuk sangat nih..
Hm..dah lama ummi tak update blog nih.Tiada kesempatan waktu sebenarnya.Siang duk berperang dengan anak2 ummi.Malam berperang dengan mata yang mengantuk pulak.Sejak sobah( pemanas ) dipasang, mata ummi amatlah payah nak bukak.Kalu tak pasang sejuk, kalu dah pasang lak, mata amatlah mengantuknya..hehe..
Kali ni ummi nak bercerita lagi tentang abang faqeh!!!sebelum dan selepas kejadian yang menggerunkan itu..hari ni dah 6.1.2010..kejadian tuh berlaku 28.12.2009.Maksudnya hari ni dah 8 hari berlalu..
Alhamdulillah..2 hari lepas acik Anisah datang mengurut seluruh badan faqeh.Sejak hari ke3 dia berjalan terhencot2 sedikit.Kakinya sakit.Risau juga pada mulanya.Siap call Dr Feeza lagi.Insya Allah lepas hubby final, kami putuskan sama ada nak urut atau ke hospital.Dalam masa terdekat nih, ummi dan abi akan cuba urut slow2..
Sebenarnya masa faqeh jatuh tuh memang tak ada apa2 kecederaan luaran, tapi dalaman kami tak tahu apa yang terjadi pada urat saraf dia.Yerlah perkaranya terjatuh dari tingkat 2..insya Allah, kami berdoa dan berharap tiada kesan sampingan di masa hadapan, amin!
alhamdulillah selepas kejadian tersebut, nampaknya ada hikmah yang tersirat..Alhamdulillah..ukhuwah antara kami di perantauan , terutamanya di Irbid ini bertambah erat..yerlah sebelum ni tak pernah kenalpun adik2 akhowat sama ada syabab atau akhowat..sekarang semua orang dah kenal FAQEH SI JAMALMAN!!! huhu..kata acik fathiyah..
dan sekarang faqeh dah semakin 'mendengar kata'.Ummi juga sekarang meluangkan masa2 yang berkualiti dengan anak2 ummi ni.Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah..Kau lembutkanlah hati anak2 kami,jadikanlah dia sebagai penyejuk hati kami..yang akan membahagiakan dan membanggakan kami dunia akhirat!amin...
kepada semua pembaca blog ummi yang setia, ummi ucapkan terimakasih dan terus2lah mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga di sini..Semoga Allah sahajalah yang mampu membalas jasa baik anda semua..
inilah level akhowat arab nyer..siap baling biskut dan coklat dari sana..itu dululah..sekarang ummi dah larang mereka bermain2 kat area nih..jadiknya ummi suruh dia turun ke bawah terus! posing terakhir..ummi dah haramkan!!!inilah botol airnya yang dijadikan alas tempat dia berpijak!tak tinggi mana kan dividernya...ingat nak suruh sohibah pasangkan jejaring besi kat sini,insya Allah.Langkah2 keselamatan kenalah ada.. huhu..tgklah dia merenung jauh..memikirkan apa hentah!kasut dia dah tembus dah tuh!kena beli baru pulak nampaknya!
pandangan dari mabna kami... inilah bangunan kediaman kami..sepertinya rumah flat di Malaysia..tapi kat sini jangan pelik kalu ada rumah bawah tanah!panas pada musim sejuk nih..
SELEPAS!!! hadiah dari kawan hubby. selepas kejadian...duk main dgn abinya.. seronok sangat! hadiah dari ammu2 yang datang.jzkk. dari pandangan dekat..kejap jer nih..dah berterabur dah semuanya mainan nih.. kereta dari Abu Islam..kejap jer..malam pertama dapat dah tercabut tayarnya..boleh gerak2 dan berbunyi..tapi..made in china boh!huhu..skg dah hancus lebus! inilah akhowat2 yang sudi menziarahi kami.. juga akhowat2 bakal doktor2 nih..jzkk.
sekarang setiap hari kak jannah dan faqeh turun ke bawah, belajar bersama ummuqusoi. Alhamdulillah..belajar bersama2.Kak Jannah dah bercuti sekolah.Bulan 2 nanti baru masuk sekolah.
meh ummi dekatkan lagi pic nih..blurlah sikit..zoom in dari atas..flower bilenjlisi...wardah bilarabiyyah..bunga bilmaliziya..tapi org arab mmg payah nak sebut bunga..bun..ga..huhu
adik buat apa?hehe..tgk video nasyid raihan-doa makan!anak2 suka tgk video klip ni..ramai budak2 katanya. senyuman ala jamal kot nih..hehe