Pages

Wednesday, February 17, 2010

PIZZA DAGING TURKI.

MADAH MUQADDIMAH.

Jam menunjukkan 3.00 petang.Suhu sekrang sudah mencecah...uish tak sabr menunggu saat2 ini.. 25 degree!!! sukanya ..alhamdulillah..mentari muncul kembali.Sudah kembali panas!Ummi pula semakin mengantuk pula jadiknya bila perubahan cuaca nih.Malam2 tak boleh langsung nak berjaga,asyik tidur jer.Mungkin letih sangat di siang hari..Sudah lama rasanya ummi tak update blog ini.Hari ni hubby ke kelas, ummi ambik masa sekejap nak update blog nih..

Oklah kali ini ummi nak tepek lagi resepi .Kali ni pizza pulak..


resepi, klik sini.


Bahan-bahan:




Doh:


½ bungkus (1 sudu teh) yis kering


1 sudu teh gula


2 sudu makan susu


5 cawan tepung gandum


4 sudu makan mentega pada suhu bilik


2 biji telur – pukul ringan


1 sudu teh garam




Topping:


2 sudu makan minyak zaitun


1 bawang besar, cincang


8 oz. daging kambing cincang/kisar


1 genggam daun parsley, cincang


1 biji kuning telur, yang putih tidak diperlukan


1 sudu makan mentega, cairkan






Cara penyediaan:




Kulit Pizza:




Satukan yis, gula dan susu did lam sebuah mangkuk kecil. Biarkan selama 10 minit untuk yis bertindakbalas.




Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar dan buat lubangdi tengah-tengahnya. Tuangkan yis tadi dan masukkan mentega dan telur. Gaul rata menjadi doh. Keluarkan doh dan letakan di atas permukaan meja rata yang telah ditaburi tepung. Gunakan tangan untuk menguli doh selam 10 minit atau sehinggan doh menjadi lembut. Masukkan semula ke dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap. Ketepikan selama sejam supaya doh kembang.




Bahagikan adunan doh kepada bebola sebesar bola golf. Letakkan bola doh di atas permukaan kertas lapik biskut yang telah ditaburi tepung. Gunakan tangan untuk meleperkan doh menjadi bulat setebal ½ inci.




Topping:


Panaskan minyak zaitun di dalam periuk leper atas api sederhana. Tumis bawang besar selama 5 minit. Masukkan daging dan masak selama 5 minit lagi, kacau sentiasa. Masukkan daun parsley.




Panaskan ketuhar pada suhu 450ºF.




Ratakan bahan topping setebal ½ inci pada bahagian tengah permukaan setiap lapisan doh. Lipat sedikit sekeliling doh anggaran ¼ inci ke tengah untuk membina tembok kulit pizza. Ketepikan selama ½ jam untuk kulit pizza naik lagi.




Gunakan berus pastry untuk menyapu kuning telur pada bahagian tepi kulit pizza.




Masukkan setiap keping pizza yang telah siap ke dalam ketuhar dan bakar sehingga masak dengan warna keemasan anggaran selama 5-10 minit.




Setelah masak, berus mentega cair dengan nipis.




Sedia untuk dihidangkan.




Nota:


- Jika suka makan pizza dengan kulit lembut, masukkan pizza ke dalam periuk bertutup selam 5 minit sebelum dihidangkan.


- Jika suka makan kulit pizza yang garing, terus hidangkan setelah keluar dari ketuhar.


4 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam

Menuntut ilmu itu adalah wajib, dan ilmu adalah yang paling setia pada tuannya, andainya jatuh ke laut sekalipun maka ilmu tetap akan ikut berenang dengan tuannya ketepian

ummu faqeh said...

salam kembali-sungguh mendalam maksud tersebut..terimakasih ..

ainshams said...

salam kak,
mmg xde campur kan air panas dengan serbuk yis kering tu ek? sbb ain pernah try letak air panas sket campurkan dgn yis, sblm dicampur ke dlm bhn2 pau, so that, pow naik dgn gebunya..hihi..
klu yis kt Msia yg kiter beli direct dr kedai2 bahan buat kek tu mmg dah sedia siap..senang keje! hehe.
btw, nice!! thumbs up..

ummu faqeh said...

ain- yer..akk ada campurkan sikit air panas dlm yis kering tuh..hari tuh akk buat time syita'..semalaman yak naik2 juga..yis sejuk agaknya..hehe

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!