Pages

Monday, February 8, 2010

KUIH GULUNG.

MADAH MUQADDIMAH.



بسم الله الرحمن الرحيم



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Jam sekarang menunjukkan 2.57 pagi, 5 degree sekarang.Petang tadi Acik Mun ada datang dengan Acik Mai.Sukanya dapat barang kiriman dari Malaysia.Entri seterusnya adalah berkaitan.Hehe..

Kat sini ummi nak tepek resepi yang ingin ummi buat pagi esok,insya Allah.Sudah lama rasanya ummi tidak letakkan resepi di sini.Senang jer buat kuih gulung ni.Waktu di Malaysia dulu, anak2 amat sukakan kuih ini.Doakan menjadi kuih ummi ni yer.


RESEPI.


Bahan-bahan :







Inti:







1) ½ biji kelapa parut



2) ¼ cawan gula kabung



3) ½ cawan gula pasir



4) 1 helai daun pandan



5) ¼ cawan air







Kulit :



1) 1 cawan tepung gandum



2) 1 cawan jus pandan



3) ½ cawan susu segar



4) 1 biji telur



5) ½ sudu teh garam







Cara penyediaan :







Inti:



1) Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan masak atas api yang sederhana.



2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.







Untuk kulit :







1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapisk.



2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.



3) Tuangkan sesenduk adunan dan lengganglenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan



nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.



4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah-tengahnya.Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemaskemas. Buat hingga habis.







Sedia untuk dihidangkan.



3 comments:

Ahmad Zulfadhli said...

dah lame x makan kuih gulung nie.. mengidam la pulak.. aha!~ :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Nor Bahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

ummu faqeh said...

memang ..kami kat sinipun mengidam juga..payah nak cari kelapa muda kat sini..ada kelapapun mujur.Jadiknya akk bolehlah buat kuih kegemaran anak2 akk nih..

Shopping Blog said...

So, even though the links of london wedding attire is given the prime links jewellery focus, it is important to look into links of london uk issues like the choice of hair and make-up, cheap links of london shoes that compliment the attire and links london jewellery other such seemingly trivial yet very cheap watch charm important details.Things to Look Out for friendship bracelets by choosing, shoes that compliment your sweetie bracelets uk wedding attire perfectly. Make sure to not only Links london Chains focus on the look of the shoe but to also pay links london pendants attention to the material of the shoe.

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!