Pages

Showing posts with label jalan2 cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan2 cari makan. Show all posts

Tuesday, October 6, 2009

diari..kita makang dulu!!!

assalamualaikum..
6 Oktober 2009, jam sekarang menunjukkan jam 2.20 petang..cuaca dah bertambah sejuk sekarang..semalam hujan..mungkin musim soifi ( musim panas ) dah nak berlalu..maka akan muncullah musim syita' ( musim sejuk)adik faseh tgh seronok tidur..yang 2 orang lagi tgh layan tom n jerry...my hubby ke Jamiah, ada kelas..hari ni masak apa yer? pagi tadi makan jemput ikan bilis..kami guna thohin ( tepung gandum ) kat sini..sedap jugak..thari buat sup + ikan sardin jer...hehe makinlah kurus kan ummi makteh dan pak tehnya kan?huhu..cepat2lah pak teh baiki kapal, datang sini bawak semua stok makanan dari Malaysia..cepatlah pak teh 'nelayan' huhu..bertukar menjadi tukang masak pulork..

ok..nak citer pasal makanan kat sini..internet ni selalu lembap pada waktu siang..


wi-tribe..modem internet di jordan nih.

ok..pasal moyea (air) dulu..kat sini kena beli air untuk diminum..satu gelen ( 20 liter) berharga 3,rubu' dinar ..3.25 dinarlah maksudnya..so darab dgn RM 5 bersamaan RM 16.25 so..satu gelen ni tahan 4 hari jer...so sebulan 30/4 x RM 16.25 bersamaan RM 121.88...itu utk minum..utk lain2 keguanaan di sini bayaran dikenakan 10 dinar utk 3 bulan..api..hm..baru kejap tadi ummuqusoi datang beri bil..alhamdulillah bil kami berjumlah 6.87 dinar..maksudnya.. RM 34.35 sebulan... huhu itu tak masuk musim syita' lagi..nanti heater ( air panas ) kena pasang sokmo..sebab sejuk..sampaikan nak basuh pinggan pun kena pasang air panas..musim tuh nanti, mesti melambung bil..
internet lak...3 bulan sekali bayar ..67.5 dinar ..maknanya..RM 337.5 utk 3 bulan..sewa rumah kami 130 dinar..bersamaan RM 650 sebulan...
mahal tak living cost kat sini?..


moyea..segelen, 20 liter

pastu nak citer pasal susu anak2 dan pampers..maklumlah anak dah masuk 3, jadik cerita pasal anaklah banyaknya..kak jannah masih minum susu berperisa coklat..dan kat sini payah nak cari susu perisa coklat, jadi ummi pujuk dia agar minum susu yang tak ada perisa..( sama seperti faqeh ) ..mula2 tak habis dia minum..tapi sekarang alhamdulillah..dah kembali normal..dah makin suka pulak..

susu, nido, jenama nestle..tahan 2minggu-satu paket 9 dinar..darablah RM 5.


ni kak jannah tgh tunggu bas..

ok..sayur2 kat sini ada yang ada dan ada yang tak ada di Malaysia ..

buah delima


inabun ( anggur )


buah plum in arabic..apa yer?


batoto ( ubi kentang ) ..anak2 suka ..


basol ( bawang besar )


khiyar wa jazar


ini pula, minyak jagung yang digunakan kat sini.Kat Jordan tak ada minyak kelapa sawit tok ma dan tok abah.


dark sugar..beli kat sini sbg pengganti 'nissan kerek' ( faham ke dok?)nak buat bubur kacang ( my paberet )

barang2 yang kami import dari malaysia banyak gak..nanti kalu dah habis stok, kenalah suruh mak teh atau tok abah tolong poskan..hehe 2 bulan baru sampai..naik kapal katakan..kapal?kapal lagi pakteh..cepat2 lah baiki kapal yer pak teh

santan yang diimport..


bubur kacang yg baru nak diproses


sup bunjut, sekarang dah berkurangan dah.Tiap2 hari asyik buat sup jer, kak jannah danadik faseh suka.


ketupat mini, amat disukai oleh faqeh.


inilah ketupat yang dah dimasak dengan kuah kacang ( guna kacang putih yang besar kat sini tok ma..kacang tanah tak ada)

makanan arab ada gak..tapi anak ummi faqeh , amatlah payah nak makan..tak makan langsung dia, rela dia makan biskut jer..last2 minta nasi dgn telur jer..sian diakan...memilih sangat makanannya..

thohin- gandum kat sini


spagheti, yang digoreng menjadikan mee goreng,sedaaaap.nak cuba tak?macamana nak tambah sedap lagi?


jadi, kita kena makan dengan keropok ganu kiter lah..hehe


beras kat sini..tak ada kanji..beras basmathi macam kat Malaysia.Mula2 sampai dulu, tak berapa selera nak makan,sekarang..'alah bisa, tegal biasa'.Alhamdulillah sedap lagi menyihatkan lagi.Ummi siap buat nasi ayam, nasi minyak dan nasi lemak lagi.Semuanya sedap.Alhamdulillah, kena bersyukur dengan apa yang ada.

oklah..anak2 dah kelaparan.. ummi nak masak nasi ayam dulu,kita makang dulu!!!


Sunday, October 4, 2009

diari..jalan2 makan angin jordan

assalamualaikum..hari ni 4 Oktober 2009- jam 3.40 petang..cuaca, panas + sejuk dan suam2 kuku ( ada ker? )abi ke Jamiah ada kelas, anak2 tengah seronok main2..ummi? hehe 'bertukar'..hari ni masak sup..rempah sup yang tok ma kirim dah dapat..cd tom n jerry yang tok abah beri dah siap khatam berapa kali dah dek cucu2nya...kami ada tetamu di sini.. kawan my hubby.. dia baru samapai dari malaysia, sekeluarga..anak seorang.Mereka menumpang di sini sementara menanti rumah mereka siap dipasang karpet..alhamdulillah kalau kita bantu orang lain, insya Allah Allah akan mudahkan urusan kitakan?..

nak citer apa yer hari ni?..oklah ini catatan diari..bilmakna..yang dah lepaslah..


ok..pada 6 september 2009- kami mendapat jemputan berbuka puasa di ruma kawan my hubby di Amman..ceh.teruja bangat..yerlah 1st time kuarkan..anak2 lah yang terujanya..

ni kat luar umah ' transit ' kami .sebelum nak naik teksi..


ni depan umah


pun depan umah gak..


pemandangan dalam perjalanan ke Amman..


juga dalam perjalanan ke Amman.

seterusnya pada 17 september 2009- kami ke tempat yang murah utk call Malaysia,fuh..jauh jugak kena berjalan.Dalam 20 minit utk sampai ke tempat tersebut..begini rupanya my hubby tiap2 hari berjalan..kat sini majoriti akan berjalan jer..beskal? hm..jarang2 ada...
alhamdulillah dapat bercakap dengan keluarga tersayang..( masa ni internet kat umah kami tak masuk lagi, so terpaksalah call menggunakan perkhidmatan di kedai ini..)


abi dan anak2 nya..


kuih2 yang dijual di sekitar irbid..tapi yang paling popular, ialah shawarma..nantilah di entri lain kita bercerita dgn lebih lanjut lagi..


ini pula masjid bersebelahan Jamiah Yarmourk


ok..alhamdulillah..dah sampai dah kedainya..


"hallo, tok ma tok abah, tengah buat apa tuh?"


keesokannya pulak kami dapat jemputan dari kawan arab my hubby utk iftar ( buka pose) kat umah dia..pun kami berjalan kaki..exercise...



abi dah tak larat nak dukung..dah berat dah rupanya anak ummi nih..


inilah kawan my hubby..



anak dia beru jer berumur 10 hari..cute betul anaknya..siap dah tindik telinga dah.Memang menjadi tradisi di sini, masa kat hospital lagi, selepas bersalin, terus jer tindik telinga.sakit tak? kak jannah tanya..hehe


comel kan bb nih?


ini pulak hidangan yang disediakan..alhamdulillah, kenyang. NAsi beriani, makan dalam talam,sedap sangat.


pada 28 september 2009 pula kami ke wizarah assihhah ( kementerian kesihatan ) untuk ambik darah..( sakitnya..habis baju menitik2 darahnya..dah tu lebam kat tpt amik darah tuh..kenapa yer? hentah..) Darah diambil untuk dapatkan iqomah (mustautin ) di sini.


huhu Mc D ada gak ker kat sini?hehe


inilah coaster yang digunakan sebagai pengangkutan awam di sini..rupanya macam bas pendek di Malaysia.


adik yang kepenatan setelah puas berjalan..


inilah bangunan AlBukhori ( banguan yang tengah ) tempat tinggal kami sekeluarga..

ok..itu jer yang nak di citer pada entri kali ni ..nak gi masak jap..lapor dah perut ni..


Friday, August 7, 2009

balik kampung lagi..

hari ni 7 Ogos 2009-lokasi, kuantan, pahang, jam 5.50 pagi..alhamdulillah..

pagi2 buta= makan rambutan




pagi semalam juga - ku membotakkan kepala suamiku..



pastu anak2 ku seronok main kolam...



masa kesuntukan, nanti detailkan lagi kenapa kami balik kg minggu nih..

Monday, July 27, 2009

rambutan oh rambutan!

21 JULAI 2009-setelah berhempas pulas menjayakan kenduri makteh, kami ke cendering ...makan rambutanlah pulak.alhamdulilallah, banyak pulak menjadi tahun ni.



ini my hubby dan mak ,tengah mengait rambutan.



posing dengan rambutanlah,apalagi.hm..rambutan ker aku yang cantik? hehehe


ini dia tangkapan kali ini...banyaknyer...



petangnya kami bertolak balik ke terengganu,rancangnya nak ke kl, namun tak jadi.adalah tuh hikmahnya.singgah makan di kemaman.posing


adik faseh terjatuh ketika bermain.geram wasse!nampak tak our kenari?hm...kami balik ke kampung guna kenari sekarang...our livina ,pada 7 JULAI 2009, dah serah milik kepada pembeli..sedihnya rasa.agak seksa sedikit anak2ku nak tidur, tapi, alhamdulillah ok jer sebenarnya.

abang faqeh demam.kak jannah tgh tidur lagi.


adik faseh diangkat naik pangkat..buas bebenor.



ini pakteh dan makteh ber'honey moon' di kebun tok abah.



24 JULAI 2009-ma abah datang ke tganu, hantar nissan sunny..kami pinjam, kenari dah nak jual pada orang lain.ni gambar dalam kete pakteh, otw balik kuantan.pengantin lama keletihan bangat!!!kesian abah, sanggup bersusah payah demi anak2nya...jasamu dikenang dunia akhirat ma dan abah..semoga Allah merahmati dan memberikan ketenangan sepanjang kehidupan ma dan abah.