Pages

Showing posts with label jordan 2013. Show all posts
Showing posts with label jordan 2013. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Daripada Tanah Kepada Tanah Akhirnya!


|LAPORAN KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN|

Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Ekonomi.
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.

3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu-
Universiti Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal : Kelantan.

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Universiti Yarmouk
Tahun 3.
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal: Kuala Lumpur

5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi)
Universiti Yarmouk
Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal: Kelantan.

Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan.

Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Jenazah berada dalam keadaan baik.

Wakil MPMMJ, Saudara Arif Amin Bin Rushihi, Presiden MPMMJ. Saudara Abdul Hakim Othman, Setiausaha Agung MPMMJ. Bersama Prof. Madya. Dr Mohd Azidan bin Abdul Jabar, Pengarah EMJ. En. Mohd Harris bin Ali, Pegawai JPA. dan Ustaz Saifuddin bin Hussin, Pegawai Atase Pendidikan EMJ dalam proses menguruskan mangsa yang meninggal dan mangsa yang cedera. Apa-apa perkembangan akan kami update dari semasa ke semasa.

Sama-sama kita mendoakan mangsa yang terlibat terutamanya saudara Shukri Alias yang masih dalam keadaan kritikal. Al-Fatihah.

::Satu PERMAI Satu Hati ::
 

 Dari Fb Ust Hasrizal Abdul Jamil.


Kemalangan jalanraya membabitkan pelajar Malaysia di Jordan baru-baru ini mengimbas kembali kenangan sedih hampir 20 tahun yang lalu. Lima sahabat kami terbunuh, juga di selatan Jordan. Saya telah abadikan catatan cerita itu di dalam travelog saya, Rindu Bau Pohon Tin.

Untuk menjadi kenang-kenangan, saya juga telah karangkan sebuah lagu dan diabadikan dalam album kedua kami yang dterbitkan setahun selepas kejadian. Semoga menjadi pedoman kita bersama

KEHENDAK-NYA MEREKA PERGI

Tuhan telah menentukan segalanya
Kerana Dia kita bersaudara
Perantau hidup tanpa keluarga tercinta
Hanya teman, tempat meluahkan rasa
Mesranya hati bagai kembang puspa di taman
Harumnya pula semerbak syurga Tuhan

Semalam kita sama berjuang dan bekerja
Menunaikan janji kita kepada Tuhan
Mencari mutiara ilmu di Bumi Anbiya’
Pulang nanti ingin berbakti pada semua
Oh bagaikan terasa hari itu selamanya
Berganding tangan menyusur kehidupan

Namun aku hanya insan yang tak punya apa
Dialah yang menentukan segalanya
Hari ini tanpa ada yang mampu menduga
Kau dijemput Tuhan pulang ke pangkuan
Dunia dalam pilu menitiskan air mata
Mengiringi duka sebuah kematian…

“Ya Allah masih segar wajah mereka terbayang di mata
Masih hangat suara lembutnya di sisipan telinga
Apakah benar ini semua bukan mimpi
Gagahkah aku untuk menyambut sebuah realiti
Tuhan Pengasih
Terangilah pusara mereka dengan cahaya-Mu
Meriahkanlah dunia mereka dengan kunjungan rahmat-mu
Sampaikanlah doa kami kepada mereka
Amin ya Rabbal ‘Alamin”

Kepadamu kuhadiahkan doa
Moga tenang di dalam belaian Tuhan
Pada Allah kupohonkan kesabaran
Moga berkekalan kau dalam ingatan
Kupercaya kau kan bahagia di alam sana
Suatu hari nanti kita kan bersama

Kepada teman dan keluarga semua
Pasrahlah kepada Allah Tuhan yang Esa
Walau seagung mana kasih dan sayang semua
Pastinya Dia lebih menyayangi mereka
Dari-Nya kita datang berkelana di dunia
Kepada-Nya jua kita kan kembali

Lagu, Lirik dan Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus, Jordan
Album: Dunia Ini, 1996
MP3 ada di link ini. 

Jenazah Allahyarhamah Sumaiyah Romli yang disemadikan di Alor Star.kredit pic~Nazim Amzed


Nota Ummi~ 
Allahu Akbar cukuplah mati itu sebagai peringatan kita bersama.
Amat sedih mendengar musibah yang menimpa mereka semua.
Namun pasti tersirat 1001 hikmah dan ibrahnya buat mereka yang hidup akal dan fikiran mereka di dunia ini.

Juga amat sayu mendengar dan menghayati lirik nasyid KehendakNya Mereka Pergi.
Allah..Allah..Allah..

Semoga kita semua sentiasa di  bawah lembayung rahmat dan kasih sayangNya..amin!


Tuesday, June 11, 2013

Wa Akhiran,Alhamdulillah!

Bismillah Walhamdulillah...



Allahu Akbar...
Selaut kesyukuran dipanjatkan atas segala nikmat kurniaanNya kepada kita semua...

9 Mei 2013 jam 1.30 tengahari..
Alhamdulillah abi telah selamat membentangkan dan mempertahankan tesisnya.
Alhamdulillah ramai syabab dan akhowat yang datang memberi sokongan moral.

Allahu Akbar....
Syukur ke hadratMu....

Peserta program abi yang tolong menghidangkan air dan memberi makanan kepada hadirin...
Manakala sahabat abi dari Syajarah menyediakan air kopi kepada tetamu khas.
Ammu Majdi pula menyediakan maqlubah untuk tetamu kami di rumah.

Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan kami...

Setelah diumumkan lulus,abi terus mengkhabarkan khabar gembira kepada mak abi yang berada di Kuantan,Pahang,Malaysia...

"Mak...alhamdulillah kita dah lulus PhD kita mak..."
"Alhamdulillah,baguslah nak..."
Walau jauh beribu batu..namun dirasakan mak berada bersama di dalam suasa kegembiraan ini.

Ayah.......
"Ayah,kita dah lulus,ayah...
...akan aku realisasikan harapan ayah untuk membela nasib keluarga kita ke arah yang lebih baik..
bersemadilah dengan aman di alam sana..."
Allah...Allah...Allah...
4tahun..sebuah perjuangan yang amat perit sebenarnya..
namun berkat doa mak dan arwah ayah yang ingin melihat abi menyambung pelajaran hingga ke tahap ini sebenarnya memberi 1001 kekuatan untuk terus kuat mengharungi segala2nya...

Allahu Akbar....
Bagaikan tidak percaya perjuangan kami selama 4 tahun di sini sudah berakhir....
Perjuangan suka duka..
Perjuangan jerit perih airmata....

Sekarang semuanya sudah berakhir...
Sekarang sudah masanya menabur bakti di tanah air...

Ya Allah..mudahkan urusan kami sekeluarga..amin! 





Tuesday, March 12, 2013

Aku Bukan Julaibib.

Bismillah Walhamdulillah...

Sebuah telemovie yang disiaarkan di TV A-Hijrah oleh Cinta Kasih Production  dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysis (SPRM).
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan telemovie ini.
Memang sebuah cerita yang hebat!

Juga sebuah cerita yang sarat dengan pengajaran yang tersurat dan tersirat.
Memang tidak rugi menonton cerita ini.
Semoga dengan menonton cerita ini menerbitkan keinsafan di dalam diri  kita semua,amin!




SIAPA DIA JULAIBIB???


....to be continued..
..nak catatkan apa yng menarik tentang cerita ini,tapi masa tidak mengizinkan,
nanti update semula yer.

PANDANGAN KANAK2.

Alhamdulillah minggu lepas anak2 ummi menonton cerita ini.
Jannah- "Kesiankan budak tu takder makanan,dia makan makanan yang orang dah buangkan..."
Faqeh- "Kesian dia tinggal dalam rumah tak der api elektrik,selimutpun tak ada..."
Faseh-" Kesian juga dia sebab abi dia takder..."
Faheem-(..tengok2 samnil ketuk2 laptop sambil slowkan dan kuatkan suara....)

Allahu Akbar...persepsi kanak2..semestinya bertumpu kepada watak kanak2.Dan itu sebenarnya hasrat ummi..
"Kita kena bersyukur dan hargai apa yang kita ada sekarang..
kita ada makanan..
kita ada rumah...
kita ada ummi dan abi..."
"Jangan membazir makanan...
rumah kena pastikan sentiasa kemas..
kena dengar cakap ummi dan abi.."

UMMI PULA.
Menonton buat kali pertama di malam hari ..tak sempat habis,kali ketiga tengok baru habis ke penghujungnya.
Memang intro, konflik dan penutup cerita ini memang kuat dan tersusun rapi...

Setiap perkataan yang dikeluarkan terasa ingin diquotekan..

yang paling ummi terkesan ketika En Kamal mengadu mengenai rezekinya tidak berkat,setiap bulan pasti ada masalah.
Adam berkata ..
"Mungkin banyak amanah yang diberikan kepada kita,
kita tidak laksakan"..

Allah..Allah...keberkatan rezeki itu sesuatu yang penting sebenarnya...


SELAMAT MENONTON!
 

Sunday, March 3, 2013

Pasport Ekspres~Short Film.

Bismillah Walhamdulillah.. 

Kali ini ummi ingin kongsikan sebuah Short Film yang bagus untuk ditonton.Banyak manfaat yang boleh didapati setelah menonton filem pendek ini.

Allahu Akbar...
memandang ciptaan Allah di bumi Perlis..
menggamit hati untuk cepat2 pulang ke Malaysia..

Allah....Allah..Allah..
indah sungguh negeri Perlis.Dan ummi sendiri tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke negeri Perlis.
Balik Malaysia nanti nak ke sana!!!Insya Allah..^__^

Antara perkara menarik dalam filem pendek ini diquotekan puisi Usman Awang ,
" Bukankah kecurigaan itu telah terbunuh ketika kita bersapa?"
Allahu Akbar...
ini merupakan rukun usrah yang pertama..berkenal-kenalan...

Pertemuan antara Umar,Ali dan Roslan merupakan sebuah pertemuan yang unik...
Di sinilah mereka berkenalan,saling kuat menguat, saling memberi inspirasi antara satu sama lain..

Kata2 dalam lagu Ahmad Jais juga diselitkan dalam filem ini..

"Hidup kita bukan untuk derita,juga derita tidak selamanya."

Allahu Akbar...jika kita fikirkan derita selamanya...tidakkan maju hidup kita..

Selamat menonton dan mengambil ibrah!!!

 



Diterbitkan pada 15/10/2012
Ali wants to be a filmmaker but he is feeling uninspired and pressured with other things that distracts him from pursuing his dreams. He decided to go back to his hometown, Perlis on a break which took him on a surreal time travel journey when he meets a fellow train passenger named Umar Ghazi who loves collecting vintage items. Will Ali get his mojo back in Arau and what is the connection with Umar, UFOs and Ahmad Jais?

A short film written & directed by Rewan Ishak for Astro My Hometown Channel to celebrate his hometown, Perlis this Merdeka Day.

PRODUCED BY RED FILMS.

IEDIL PUTRA as ALI
JOSIAH HOGAN as UMAR GHAZI
TUAN FAISAL as ROSLAN MAHMUD

DIRECTOR / WRITER: Rewan Ishak
EXECUTIVE PRODUCER: Lina Tan
PRODUCER: Idora Al-Habshi
D.O.P: Saifuddin Musa
EDITOR: Rewan Ishak
GRAPHICS / VISUAL FX / COLOURIST: Rewan Ishak
AUDIOMAN: Aween Adly
ASSISTANT DIRECTOR: Faliq Sharif
PRODUCTION MANAGER: Krip Zulkarnain
CONTI / MAKE UP: Mariana Shahira
PRODUCTION ASSISTAN: Jay Tan
2nd UNIT CAMERA: Rafiq Ghazali & Rohaizudden Abdul Hamid

Tetamu Dataran Syam

TETAMU DI DATARAN SYAM


Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang ini disuburkan
Dengan darah jihad dan pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada' pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu'tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik2 ku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubur Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cintakan kehidupan
Maka di Bumi Isra' ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk Ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama' sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam

Persembahan: Usrah Al-Firdaus
Album: Gemilang 1995



 Lirik nasyid yang memberi 1001 inspirasi dan semangat di kala semangat lunturdan pudar.
Dari  tahun pertama sehingaa tahun terakhir di sini,memang lirik nasyid ini sentiasa dihayati dan dihadam.
Allahu Akbar....setiap kali mendengar nasyid ini, terasa bagaikan baru semalam menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini...
Allah..Allah..
merupakan tahun terakhir....sekejap sahaja masa berlalu..
Ya Allah mudahkan urusan kami di sini..amin!  

عبارات ما أروعها!

Hikmah Dan Misal
عبارات ما أروعها!

الصادقون في عواطفهم .
لا يبالون بالمظاهر !
sebenar-benar sahabat, perasaan mereka....
ialah tidak mementingkan luaran seseorg

من السهل أن تحب الناس ..
ولكن من الصعب أن تجبر الناس على حبك !
sangat mudah untuk menyukai seseorg..
tetapi sgt susah untuk membuat seseorg menyukainya


النفوس القوية ..
لا تعرف اليأس !
jiwa yang kental.. tidak kenal erti kekecewaan

إذا أردت أن تعيش سعيداً ..
إنزع الحقد من قلبك !
sekira inginkan kehidupan y bahagia.. jauhilah perasaan dendam drpd jiwa kalbumu

الصحة مثل المال ..
لا تعرف قيمتها إلا حين تفقدها !
kesihatan umpama sebuah harta.. tidak dpt dinikmati melainkan setelah kehilangannya



الحياه تحب من يحبها ..
والتعاطف أساس الأخلاق ..
والصدق لغة التفاهم !
kehidupan akan lebih bermakna kepada yg menginginkannya..
kerendahan diri adalah asas akhlak yg mulia..
kebenaran berbicara adalah kunci kesefahaman

الحياة كالوردة ..
كل ورقة خيال ..
وكل شوكة حقيقه !
kehidupan itu bagaikan bunga yg mekar..
setiap helaian daun itu.. sebuah khayalan..
dan setiap duri itulah hakikat kebenaran..

الجهل هو الموت ..
والمعرفة هي الحياه !
kejahilan itu umpama kematian
keilmuan itu adalah kehidupan..

البكاء ضروري ..
ولكنه ليس حلاً !
tangisan itu perlu..
tetapi bukanlah satu jalan penyelesaian..

لنسعد أيامنا بالإبتسامة ..
بدلاً أن نملاها بالدموع !
sesungguhnya berbahagialah hari-hari kita dgn senyuman..
sebaliknya berdukalah hari-hari kita dengan titisan air mata


Sunday, February 24, 2013

TUTUP AURAT.

Bismillah Walhamdulillah....

Alhamdulillah..selaut kesyukuran dipanjatkan.
Sekali lagi anak2 ummi diberi peluang untuk memeriahkan penggambaran video Majlis Mahasiswa Yarmouk.
Sekalung penghargaan kepada pengarah dan krew2 penggambaran dalam melayan karenah dan gelagat Jannah dan Faqeh.
Semoga usaha ini adaganjarannya di akhirat kelak,amin!

Video ini berkenan pemakaian untuk ke Jamiah.
Apa yang penting menutup aurat.

"...Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, & hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya..." [an-Nur: 31]



Diterbitkan pada 14/02/2013
Sebuah sketsa mengenai etika pemakaian ke Universiti. Maksud yang ingin disampaikan tidak semata hadir dari dialog video ini, tetapi hadir dari mata hati kita yang menonton.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-'Aaraf ayat 26 :

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."

"MMY Menerajui Mahasiswa Berkualiti"
"Kominiti Inspirasi Permai"




Mak Teh kata cakap teganung pekat..ketak..
Faqeh tengah nganga mulut..

Thursday, February 21, 2013

Pesanan Beharga Buat Diri Yang Lupa.

Bismillah Walhamdulillah.. 

Allahu Akbar..manusia ini selalu terlupa.
Sentiasa perlu diingati dan mengingati..

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]

Di sini ummi C&P pesanan 4 Sayyidina.
Ummi ambil di sini.
Mohon share di sini yer  Syauqah Wardah.

Semoga ada manfaat bersama.
Redha Allah matlamat utama..

Ok,ini pesanan2, kata2 hikmahnya..

A. SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:


a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.
d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’
e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.

Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:


–Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
–Syukur perhiasan kepada nikmat
–Sabar perhiasan kepada bala.
–Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
–Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
–Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
–Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
–Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.


B. SAYIDINA UMAR AL KHATTAB

1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:


– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.


3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”


C. SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A.

Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:

1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:


a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:


a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.

3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:


a. Hatinya berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis.
d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.


D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.

Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:

1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.

2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.

3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya.


Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?”
Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).”
Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?”
Sayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.”
Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?”
Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”


4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.

5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).

6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.

7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.

8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.

9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.

10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.

11. Buta hati akan lupa zikrullah.

12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.

Wallahu 'alam..

Sunday, January 20, 2013

Salju Sakinah 2013.

Bismillah Walhamdulillah..


Bermula 5.1.2013,
hujan lebat selama 4 hari berturut2.
Hujan sahaja setiap masa.
Pada hari Rabu ,9.1.2013,
Irbid dihujani salji yang agak nipis2....

Anak2 sudah teruja ingin bermain..namun masih nipis2 lagi..




Malamnya sesudah maghrib....
Allahu Akbar...
Subhanallah...

Salji seputih kapas yang lembut dan suci turun dari langit mencurah2 membajiri bumi Irbid.

Apalagi menjeritlah budak2 arab.Memang bising sekali.
Anak2 ummi dan anak Kak Tasnim juga tidak terkecuali.
Sudahlah sarung tangan untuk bermain salji masih tiada.
Mereka main redah jer bermain kat bawah.






IMG_6183 





Akhirnya...

anak2 main salji dalam talam kat tepi balkoni jer..
Dapat dari mana salji?
oh..malam semalam si Faseh letak dalam plastik 
buat naik kat rumah...^__^
Tengok tengahari tadi tak cair lagi..
apalagi bermain salji bertalamlah kanak2 salji ini...
     
IMG_6262 IMG_6272



  Anak-anak main salji di Ajloun pada Jumaat ,  
11.1.2013 yang lepas.
Alhamdulillah..
mungkin ini kali terakhir sebelum pulang ke Malaysia..



Alhamdulillah..puas bermain,kita solat maghrib dulu..
Tinggal 4 hari lagi ..
Ardhul Kinanah...
nantikan ami..
Moga Allah mudah urusan,amin!