Pages

Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Realiti Otak Wanita.

Bismillah Walhamdulillah.

Perkongsian yang menarik hati ummi untuk diletakkan di sini.
Memang benar ..inilah perempuan yang bergelar seorang isteri.
Suka cakap terbalik dengan suami.
Boleh diaplikasikan kadang2.
Kadang2 bahaya diaplikasikan.
Perlu lihat suasana dulu.

Ya Allah jadikan kami seorang isteri CERDIK SOLEHAH!



Satu perkongsian  menarik dari FB Ahmad Shafiai Uda Jaafar

PEREMPUAN SUKA CAKAP TERBALIK, ORANG LELAKI DENGAR MACAM PELIK



IMG_9428


Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. Siisteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.



Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.

Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu.



 Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”. Suara masing-masing mula meninggi.



 Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu. Bagi Sisuami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya.


 Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?




Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”.



 Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini. Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. 



Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa.



 Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik.



 Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.



Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.




Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

IMG_9425



Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.



1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.



2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.



3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.




Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta.

 Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain.

 Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.
IMG_9386



Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,



1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.



2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, 

“Apa maksud awak tadi?”.



3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.


4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya

Kepada isteri pula,

1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.

2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.




Selamat mencuba.

Pak Utih.





Sunday, February 24, 2013

Hidayah Perlu Dicari.

Ini perkongsian dari hati Wardina yang menyentuh hati.
 Ummi ambil dari sini.
 

Bismillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha penyayang lagi Maha pengampun. 

Assalamualaikum pembaca sekalian. Anggaplah luahan hati ini rintihan jiwa seorang hamba yang bermusafir yang terlalu ingin lebih dekat dengan TuhanNya. 

Moga kita semua diberi kesempatan untuk berkongsi lebih banyak kebaikan bersama.

Kata seorang rakan pada saya, “Hidayah perlu dicari, macam juga jodoh dan rezeki konsepnya ~Dina" . 

Benar sekali, hidayah tidak datang bergolek. Akan tetapi ramai yang cuma menanti hati mereka ‘dibuka’ tanpa sebarang usaha. Ramai yang menanti ‘seru’ hadir tanpa berbuat apa-apa. 

Seperti yang berkata “Aku nak kaya” namun duduk saja goyang kaki, tanpa usaha, maka mana mungkin harta turun dari langit begitu saja. 

Samada kita sedar atau tidak, setiap hari kita memohon hidayahNya. Setiap hari kita memohon Allah menunjukkan kita kepada jalan yang lurus. Berapa kali kita sebut, baca dan ulang dalam Surah Al-Fatihah. (ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ - Tunjukilah kami jalan yang LURUS) 

Berapa ramai yang benar-benar fahami dan bersungguh tatkala membacanya. Ini peringatan untuk diri juga!

Perkara yang paling menakutkan saya adalah apabila menyedari hakikat bahawa hidayah ini hak milik mutlak Allah SWT, Al-IIah, Ar-Rab, yang dianugerahkan kepada sesiapa yang Allah Al-Wahab mahukan. Allah Al-Hakim lebih tahu siapa yang berhak mendapat hidayahNya. Allah Maha Mengetahui kerana Allah itu Al-A’leem, Al-A’alim, siapa yang tidak patut memilikinya. 

Seperti bagaimana Rasulullah SAW sendiri memohon dan berdoa untuk bapa saudaranya, Rasulullah SAW merayu dan memujuk Abu Talib yang telah membantu baginda dengan masa dan tenaganya, dengan menjaga dan memeliharanya namun hidayah bukan di tangan kita. Itulah pengajaran yang paling besar. Itulah hakikatnya.

Hidayah kata Mufti Ismail Menk tempoh hari di dalam kuliahnya, perlu dicari dengan kesungguhan dan kepayahan. Struggle. Dengan keringat perjuangan. “Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah will open in their way” Mereka yang berjuang untuk ke jalan Allah, yang cuba dan berusaha akan dibukakan pintu kearahNya” InsyaAllah dengan izinNya, hidayah akan diberi. Apa dia kesan hidayah? Kesan hidayah ini maka kebaikan akan terasa mudah untuk dilakukan.


Saya simpulkan pengajaran yang saya perolehi mengenai bagaimana untuk kita terus Istiqamah setelah mendapat hidayah, ya walaupun sedikit. Semoga Allah yang Maha Pemurah, memberi lebih dan lebih hidayahNya kepada kita. Peringatan ini juga amat berguna untuk diri saya yang serba dhaif lagi jahil ini.  

Mustaqim dan Istiqamah asalnya dari perkataan yang sama. Untuk memastikan kita terus kekal Istiqamah dengan hidayah yang telah diberi, agar hidayah itu tidak hilang, lenyap dan sepi kata mufti Menk, ada beberapa panduan yang diberikan yang ingin saya kongsikan dengan anda semua:-

1) Pengajaran pertama - Jangan bimbang pandangan orang lain. Abu Talib ‘takut’ pandangan pembesar Qurasyh yang lain, begitu bimbang mengenai apa yang akan ‘diperkatakan’ setelah dia meninggal, sekiranya dia menjadi seorang Muslim, maka kerana ke’risau’an inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucap Syahadah.

2) Kedua - Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita ‘menyibukkan’ diri menilai orang lain kata Mufti Menk. Bergossip membuatkan kita sibuk dengan hal dan aib orang lain sehingga terlupa menilai diri. Bergossip dan berkata buruk sudah cukup berdosa, apatah lagi mengaibkan dan memfitnah. Sibukkan diri mengenai hal diri, kekurangan diri, keluarga, anak-anak daripada orang lain. InsyaAllah Allah akan beri kita hidayah. Kedua, sibukkan diri dengan hal sendiri bukan orang lain.

3) Ketiga- Hidayah akan kekal sekiranya kita sentiasa i) Beristighfar dan ii) Bertaubat. Beristighfar bererti kita memohon maaf setelah tersedar dan setelah melakukan apa saja dosa dan kesilapan, namun bertaubat bererti kita kembali kepada Allah dengan memalingkan hati dan diri kearahNya. Beristighfar sahaja belum cukup, namun memalingkan diri kembali adalah kunci untuk mendapatkan hidayah, seterusnya mengekalkan hidayah itu. Kita PERLU dan mesti sentiasa beristighfar dan bertaubat, Allah memberi Taubah itu sebagai hadiah kepada hambaNya, bayangkan jika tiada konsep taubah? Oleh itu saya sering ingatkan diri, jangan berputus asa, teruskan perjuangan dan InsyaAllah Allah akan menunjukkan kita jalan yang lebih baik dari sekarang.

4) Keempat - Amalan yang berterusan. Lagi dan lagi. Tambah dan tambah amal. Bagaiamana? Dengan mengikhlaskan hati, mencari dan mencari dan mengikut contoh dari Rasulullah SAW.

5) Kelima- Sampaikan kebaikan. Hidayah akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan. Konsep Amal ma’ruf nahi mungkar ini dapat mengingatkan diri dan orang lain. Ya, marilah kita sebarkan kebaikan, kasih dan sayang, bukan kebencian, keburukan dan kejahatan! Walaupun sedikit! Sedikit dan sekecil biji sawi sekalipun ianya akan dinilai Allah Al-Hasib.

6) KeenamCarilah kawan yang soleh. Pilihlah kawan kita, kawan atau rakan yang akan MENGINGATKAN kita sekiranya kita tergelincir. Rakan dan sahabat yang jujur memberi teguran. Seram sejuk apabila mufti memberikan contoh bagaimana nanti, apabila dibangkitkan kembali, sahabat karib kita akan menjadi musuh, bercakaran sesama sendiri, bertanya kepada kita – “kenapa engkau tidak menasihati aku dulu?” “Engkau tahu apa yang aku lakukan salah, kenapa engkau tidak ingatkan?” Na’zubillah. Mari kita ingatkan rakan kita, dengan penuh hikmah dan kasih.

7) KetujuhHidayah akan kekal dengan Ilmu. Kita perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar. Terus dan terus dan terus tanpa henti menggali ilmu dari sana dan sini. Dari sumber yang sahih lagi dipercayai. Lebih banyak kita tahu lebih banyaklah kita tahu yang kita ini tidak tahu.

Pesanan mufti yang terakhir benar-benar membuatkan dewan tergamam tanpa suara. Untuk mendapat hidayah, kata mufti “JAGALAH MATA” Jagalah mata, kerana khuatir pandangan itu pandangan syaitan. Tundukkanlah pandangan. 

Saya sedang cuba mempraktikannya walau saya seorang wanita. Saya yakin para lelaki mempunyai dugaan yang lebih. Menjaga mata dengan tidak melihat dan menilai apa yang orang lain pakai, tidak melihat kereta apa yang mereka bawa, atau melihat kelebihan mahupun kekurangan. 

Kenapa? Supaya lebih kurang rasa ingin membandingkan diri dan mengata. Supaya lebih kurang iri hati dan dengki hinggap di dalam hati ini. Semuanya bermula dengan mata. Akan saya pegang nasihat ini.



InsyaAllah semoga kita diberi semua diberi hidayah oleh Allah SWT. Kita semua sebenarnya sama saja, sedang berjuang dan berusaha untuk lebih dekat denganNya. Ingatlah Allah, itulah pesanan terakhir Mufti Menk. 

Ingatlah Allah pada setiap masa dan ketika, bukan hanya apabila bertasbih selepas solat di atas sajadah. Ingatlah Allah tatkala makan, melakukan kerja dan bermesra dengan anak atau isteri dan suami misalnya. InsyaAllah mari kita cuba. Ingatlah Allah dengan sengaja, apabila melakukan apa saja. Jika semua umat Islam dan semua orang memegang konsep Allah melihat apa sahaja kita lakukan, MasyaAllah bayangkan betapa banyaknya kemungkaran dan kejahatan tidak akan berani dilakukan. 

Kepercayaan bahawa Allah itu Ar-Raqeeb yang Maha Melihat perlu disematkan kembali didalam jiwa kita ini.
Wallahua’lam. Amin.

Thursday, February 21, 2013

Pesanan Beharga Buat Diri Yang Lupa.

Bismillah Walhamdulillah.. 

Allahu Akbar..manusia ini selalu terlupa.
Sentiasa perlu diingati dan mengingati..

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]

Di sini ummi C&P pesanan 4 Sayyidina.
Ummi ambil di sini.
Mohon share di sini yer  Syauqah Wardah.

Semoga ada manfaat bersama.
Redha Allah matlamat utama..

Ok,ini pesanan2, kata2 hikmahnya..

A. SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:


a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.
d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’
e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.

Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:


–Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
–Syukur perhiasan kepada nikmat
–Sabar perhiasan kepada bala.
–Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
–Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
–Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
–Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
–Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.


B. SAYIDINA UMAR AL KHATTAB

1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:


– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.


3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”


C. SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A.

Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:

1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:


a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:


a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.

3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:


a. Hatinya berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis.
d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.


D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.

Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:

1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.

2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.

3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya.


Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?”
Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).”
Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?”
Sayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.”
Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?”
Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”


4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.

5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).

6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.

7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.

8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.

9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.

10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.

11. Buta hati akan lupa zikrullah.

12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.

Wallahu 'alam..

Saturday, August 25, 2012

Hikmah Abadi

Setulus kasih... 
Hikmah Yang Abadi..

Anak2 ummi tengok video nih.. 

 Jannah :
 Kesian kat dia kan...
Dia tak boleh tengok dan dengar...
Dia nak jumpa mak dia..
Bersemangat betul..
dia sayangkan sangat mak dia

  Faqeh : 
Ala..mak dia dah mati...
dia sayang kat mak dia.
Faqehpun sayang ummi. 

 Faseh : 
Kenapa dia mandi kat masjid?
Macam best,nak mandi kat masjid jugaklah!

 Faheem : 
...........
( duk tekan2 laptop,sambil dimarah kakak dan abg2nya). 

 Abi :
Anak2 ummi abi kena doakan ummi abi bila kami sudah tiada..

 Ummi : 
Jangan nakal2..Semua orang sayangkan ummi abi dia..

Ulasan Ummi:
Video ini memberi 1001 kesan tersurat dan tersirat kepada yang menontonnya. 
Pasti penonton akan terfikir..
..anak2 yatim juga inginberaya gembira..
..mereka yang kurang upaya sedaya upaya pulang ke kampung halan berjumpa yang tersayang..
Malulah kepada yang berupaya tidak mahu pulang berjumpa yang tersayang di kampung...

Ummi terfikir..
Bagaimana pula jika ummi yang mati?
Adakah anak2 ummi akan mendoakan ummi?

Allahu Akbar...
Ya Allah..jadikanlah anak2 kami penyejuk hati..
Yang bakal mendoakan kebahagiaan kami dunia akhirat,amin!

Eid Sa'ied.

Eid Saied..
Eid Mubarak..
 Kullu 'Amin wa Antum Alfun Kheir


Pembangunan Minda Kendiri Permai
‎[Unit Bahasa]

Aidilfitri menjelang lagi.
Cara nak sapa rakan-rakan sepanjang Eid ini.

1) kullu 3am wa enta bikher :setiap tahun awak berada dalam keadaan baik.
 Jawapan - wa enta bi alf alf kher : dan kamu lebih lebih baik. - kullu saneh wa enta 6oyyib : setiap tahun awak sentiasa dalam keaadaan baik juga

2) taqaballahu minna wa minkum : semoga Alah menerima kami dan juga kamu 
Jawapan - minna wa minkum : daripada kami dan juga kamu

 3) 3eid mubarak : salam eid yang berkah 
Jawapan - 3alaina wa 3alaikum : keatas kami dan juga keatas kamu

*3- Huruf ain , 6-huruf tho.

Alhamdulillah...
Raya terakhir di perantauan, insya Allah.

Nukilan keluarga ummi banyak ummi catatkan di sini.

2 keping gambar yang ummi suka..



Sunday, July 29, 2012

RINDU POHON TAMAR KPD RASULULLAH.

Bismillah Walhamdulillah.. 

 Di sini ummi ingin kongsikan video tentang kerinduan pohon kurma terhadap Rasulullah.

Hanya baru 8 langkah berpisah dengan Rasulullah pohon tersebut sudah menangis merindukan Rasulullah..Allah.

.bagaimana kita manusia yang bernyawa siberi akal fikiran..khalifah di muka bumi ini.. Hayatilah video ini..

disampaikan oleh Alhabib Ali - keturunan Rasulullah. 

Marilah kita banyakkan berselawat ..Allahumma Solli ala sayyidina Muhammad.. 







Allahu Akbar... jelasnya bukti kemulian tinggi pekerti rasulullah s.a.w berinteraksi sesama alam..sehingga pohon yang telah mati pun merindui dan mencintai baginda. selawat dan salam keatas junjungan nabi saidina Muhammad dan ke atas keluarga baginda serta para sahabatnya.

 Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa,
 "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku. 

 Berkata Jibril A.S. : 
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

 Berkata pula Mikail A.S. :
 "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

 Berkata pula Israfil A.S. : 
 "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu." 

 Malaikat Izrail A.S pula berkata : 
"Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Thursday, July 26, 2012

TRAGEDI ROHINGYA!

 Bismillah Walhamdulillah...

......Moga Allah membantu saudara sesama Islam kita di sana...

Video yang dipaparkan menyentuh hati nurani..
Di mana sensitiviti kita..ALLAHU AKBAR!!!





Palestin..Syria..dan sekarang di Burma...





Ummah yang dilupakan…..

Posted on April 3, 2012 by Dr. Zainur Rashid  

Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand

Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.

Rohingya refugee1 Ummah yang dilupakan.....
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan

c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
anak anak rohingya Ummah yang dilupakan.....

Anak-anak Rohingya menagih simpati dunia antarabangsa

e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka

Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.

Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.
Boat people1 300x225 Ummah yang dilupakan.....

Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
pelarian rohingya di acheh Ummah yang dilupakan.....

Pelarian Rohingya di Acheh

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?
ummah yang dilupakan foto Ummah yang dilupakan.....

Kenapakah kami dilupakan ?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Beberapa saranan :

    Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
    Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
    NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
    Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
    Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
    Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.

nasib baik Ummah yang dilupakan.....

Keceriaan mereka, kegembiraan kita....

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”

Hadith riwayat Muslim

Jom, peduli ummah…..

Monday, May 21, 2012

Kesungguhan dan Usaha!

Bismillah Walhamdulillah...

 Kesungguhan dan Usaha..
Dua perkara penting yang perlu ada untuk merealisasikan semua perkara...

Ini video kedua yang ummi hasilkan ketika di bumi Jordan ini.

Kisah kura2 dan arnab.
Diceritakan oleh Jannah dengan dibantu oleh Ummu Qusoi- pemilik bangunan rumah kami.

Alhamdulillah ukhuwah kami sekeluarga dengan Ummu Qusoi amat baik.
Syukur dikurniakan jiran yang baik hati..

Semoga ada manfaat bersama!





Kisah Upin dan Ipin juga ada yang berkaitan dengan kura2 dan arnab.
Anak2 ummi suka sangat tengok kisah ini.
Banyak pengajarannya!




Juga di sini ummi kongsikan satu tulisan yang berkaitan arnab dan kura2.
Mohon kongsi yer adik penulis.
Semoga ada ganjarannya di ssi Allah ,amin!
Sumber dari sini.



Belajar dari kesungguhan kura-kura.

 Pernah beberapa kali aku rasa down sangat (menyerah kalah) bila tengok kawan-kawan yang semakin hari semakin jauh meninggalkan aku Semakin hari semakin banyak kejayaan yang diraih oleh mereka. Kejayaan-kejayaan yang mampu perhebatkan lagi dakwah mereka. Terasa sangat diri ni jauh tinggal di belakang.

 Bila tengok ada yang dah tinggal 2 tahun je nak habis degree. Ada yang dah mula buat master. Ada yang dah jadi penyampai yang hebat, yang mana menyentuh hati-hati manusia dan membuat manusia sekeliling ingin bersama dalam gerabak dakwah. Ada yang menjadi penulis dan ramai sangat lagi yang berjaya menempa kejayaan dalam hidup mereka saban hari membuat akusedih sendirian.

Seringkali hidup aku diisi dengan tidur yang berpanjangan kerana kekecewaan yang panjang. Pandangan-pandangan manusia di sekeliling aku dan desakan-desakan dari ibu ayah dan adik beradik membuat aku rasa saya tewas. Oh. Yelah, umur dah awal 20-an, tapi macam takda apa-apa pun. Rasa macam dah 20 tahun masa di buang macam tu je. Aku faham mengapa mereka mendesak begitu, tidak lain adalah agar di hari tua kelak aku mampu menyara mereka kembali. *ehem*.

Tidak lain tidak, kerana mereka mahu aku berjaya seperti orang lain. Hingga satu hari bila aku fikir-fikir balik, ternyata ada hikmahnya kenapa Allah susun hidup saya macam ni. Ofkos la setiap apa yang Allah susun tu ada hikmah kan? Tapi untuk apa yang berlaku pada aku ni, aku dapat satu ibrah (pengajaran) yang saaaangat hebat ! Allah susunkan aku gagal dari form 1 hingga form 5.

 Aku gagal dalam alam IPT. ( sekarang menunggu-nunggu jawapan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang baru.) Boleh kata semuaaaanya ada hikmah ! Dan Allah izin satu hari nanti impian aku tercapai, aku akan ceritakan kepada kalian apa hikmahnya.. :D

Sang kura-kura dan sang arnab. Aku yakin ramai yang tau cerita arnab dan sang kura-kura ni kan? Secara ringkasnya ia adalah kisah perlumbaan sang arnab dengan kura-kura. Yang mana sang kura-kura dicabar oleh sang arnab, dan di pengakhirannya perlumbaan dimenangi oleh sang kura-kura. Ketika aku fikir-fikir balik kehidupan aku yang tak nampak pokok pangkal ni kan, Allah izin terlintas difikiran aku mengenai cerita ini.

 Sang kura-kura ni, dia bagi pengajaran yang sangat hebat dalam hidup aku dan untuk hidup kalian juga semestinya. Yang mana dia telah buktikan, sikap konsisten dia akhirnya mampu membuat dia berjaya. Kadang-kadang dalam kehidupan ni kita rasa kita dah terlambat kan? Kita rasa kita dah jauh ketinggalan. Betul kan? Bila tengok kawan-kawan yang seusia kita pergi oversea (serius ni aku sangat jeles!), ada yang dah jadi penulis, ada yang dah jadi penyampai yang hebat, dan mereka mampu mencipta baaaaanyak sangat kejayaan membuat kita rasa kita dah terlambat.

 Kita rasa kita telah tewas kepada mereka ! Kalau kita kaitkan dengan cerita tu, kita boleh kata kawan-kawan kita yang dah kedepan ni sama lah macam sang arnab. Banyak sangat kelebihan mereka berbanding diri kita yang baru terkial-kial ni. Kita? Aku sorang je kot~ Kita pula umpama sang kura-kura yang mempunyai kekurangan dari segi kepantasan dan..dan..kalau tengok dalam perlawanan ni, boleh kata sang kura-kura ni mesti kalah la kan?

Tapi kita tengok, betapa optimisnya sang kura-kura, walaupun dia tau sang arnab ni banyak kelebihan, dia tetap juga menyahut cabaran sang arnab. Walaupun dia sedar dia akan ketinggalan, dan mungkin akan kalah, tapi dia tetap berjalan-berjalan dan terus berjalan hingga akhirnya dia menang. Padan muka sang arnab. Sapa suruh tido masa belumba! Wahaha.. gambar ini tiada kaitan tahu? Saudaraku, Begitulah kehidupan ini mengajar kita. Agar jangan tidur ketika tengah lumba lari. Eh.

 Kehidupan ini mengajar kita agar jangan mudah putus asa. Meskipun kita rasa kita tewas. Meskipun kita rasa kawan-kawan kita kedepan dalam banyak aspek, berusahalah agar terus mengekalkan momentum optimis.

Walaupun kita rasa kita terlewat, teruslah merangka strategi agar 10-20 tahun lagi dan paling utama di akhirat kelak kita mampu menjadi lebih kehadapan berbanding mereka. Kerana walaupun pada hari ini mereka berada di hadapan, mungkin ada saatnya mereka tertidur seperti sang arnab. Jangan putus asa.

 Yakinlah, masa depanmu pasti kan bersinar. Kesimpulannya : Jangan tidur ketika berlari Jangan mudah putus asa, teruslah merangka strategi untuk membina kehidupan anda. Dan ingat, kejayaan hakiki adalah saatnya kita melangkah ke syurga. Jangan ukur diri kita dengan orang lain, walaupaun orang lain boleh jadi motivasi untuk kita berjaya.

 #sungguh dalam cerita sang arnab dan sang kura-kura bnyak ibrahnya. Maka nikmat Tuhanmu yg manakah kamu dustakan?

Ahlan Wasahlan Ya Rajab!

Bismillah Walhamdulillah... 

Allahu Akbar!
Kerinduan pada Ramadhan menggamit hati..
Ramadhan terakhir di bumi anbiya'..
Sebelum pulang ke Malaysia tahun hadapan. 







Assalamualaikum ustaz, Seperti yang kita semua sedia maklum, sekarang sudah pun masuk bulan Rejab. Selepasnya Sya’aban & diikuti Bulan Ramadhan. Saya selalu terbaca atau mendengar dalil-dalil yang menceritakan tentang kelebihan bulan Rejab & ibadah-ibadah sunat yang digalakkan untuk dilakukan pada bulan ini. Tapi, dalil-dalil ini saya kurang pasti kesahihannya. Boleh ustaz kemukakan dalil-dalil yang sahih berkenaan bulan rejab? Wassalamualaikum wbt.

 Jawapan:

Persoalan di atas merupakan persoalan yang selalu ditanya termasuklah kepada ulama terkenal dunia, syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi. Oleh itu di sini saya ingin membawa pandangan beliau bagi menjelaskan persoalan di atas. Syeikh Qaradhawi berkata dalam kitabnya Fatawa Mua’sorah: “Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan haram (yang dimuliakan), dan telah disebut oleh Allah swt di dalam kitabnya. Firman Allah swt: (منها أربعة حرم (التوبة “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).” (al-Taubah:36)

 Empat bulan tersebut ialah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan. Tidak terdapat satu hadith yang sahih mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi saw banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban. Apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, baginda menyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada di antara Rejab dan Ramadhan.” Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan.

Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.” Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu… iaitu suatu yang didustai (atas nama Nabi saw), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa sembahyang sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala… semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta.

Antara tanda kedustaan hadith-hadith seperti ini ialah ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan melampau. Para ulama telah berkata: إن الوعد بالثواب العظيم علي أمر تافه أو الوعيد بالعذاب الشديد علي ذنب صغير يدل علي أن الحديث مكذوب Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar terhadap perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras terhadap dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu.”

Sebagai contoh lain mengenai apa yang didakwa dari perkataan Nabi saw: “Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik daripada membina 1000 buah masjid.” Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan untuk seorang yang lapar, pahalanya lebih besar daripada pahala yang diperolehi daripada membina 1,000 buah masjid.

Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk dalam jenis ini. Maka wajib bagi ulama agar dapat memberi perhatian terhadap hadith-hadith dusta seperti ini dan memberi peringatan kepada orang ramai tentang hadith-hadith seperti ini. Nabi saw telah bersabda: من حدث بحديث يري أنه كاذب فهو أحد الكذابين – رواه مسلم (Maskudnya):
“Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia mengetahui hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.” (riwayat Muslim). Akan tetapi kadang-kadang seseorang itu tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya adalah hadith palsu. Oleh kerana itu dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya.

 Terdapat banyak kitab-kitab hadith yang boleh dibuat rujukan, terdapat kitab-kitab khas yang memberitahu tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah” oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima yaduuru ala al-sinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba’, kitab Kasful khafa’ wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith ‘ala al-sinati al-Nas oleh al-‘Ajluni, dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib (penceramah) dan memahaminya, agar mereka tidak meriwayat satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya.

 Sesungguhnya termasuk dalam perkara-perkara yang merosakkan berlaku di dalam masyarakat kita ialah hadith-hadith yang palsu dan yang direka bercampuraduk di dalam khutbah, buku-buku dan percakapan manusia, hakikatnya ianya adalah hadith palsu dan hadis yang direka.

 Oleh kerana itu kita perlu membersih dan menyucikan masyarakat kita daripada hadith-hadith seperti ini. Semoga Allah swt memberi taufiq kepada para ulama yang menjelaskan kepada orang ramai perkara-perkara yang asli (benar) dari perkara-perkara yang direka, menjelaskan perkara-perkara yang diterima dari perkara-perkara yang ditolak. Dan kita hendaklah mengambil manfaat dari usaha mereka dan mengikut ilmu yang telah mereka terangkan. والله ولي التوفيق

Semoga dengan nukilan ringkas pandangan Dr Yusof al-Qaradhawi di atas dapat memberi kefahaman kepada kita semua mengenai permasalahan ini. Sekian والله أعلم Rujukan: 1) Dr Yusof al-Qaradhawi, Fatawa Mu’asorah. Disediakan oleh: Ustaz Ahmad Zainal Abidin Setiausaha MUIS