Pages

Wednesday, February 10, 2010

OPOR AYAM MERAH.

Jam menunjukkan 4.30 pagi,8 degree sekarang.Tak berapa sejuk dah.Masih menunggu azan subuh berkumandang..

Petang tadi ummi sekeluarga dan kak da sekeluarga ke Al-Mukhtar dan Safeway.Banyak jugak kami berborong,yerlah sekali sekala keluar dengan hubby masing2.Selama ini, pesan jer pada hubby agar beli ini dan beli itu.Kali ini, borong sendiri.Hehe, seronokkan kak da!!!

oklah kat sini ummi nak tepek resepi lagi.Sekarang ni kena cari banyak2 resepi untuk masak lauk pauk ini.Ummi dah ada new job sekarang!Apa dia? Tukang masak tak profesional...  hehe.kak da jer ada jawapannya.Apa2 halpun seronok sebenarnya.Tapi tak tahu sedap ker tidak masakan ummi nih.Tak pandai masakpun, datang Jordan ni baru start mencari2 dan mencuba resepi2 baru,hehe.Harap2nya adalah keberkatannya memberi makan kepada orang lain dan membantu meramaikan pengunjung setia kaki2 bola warung din,hehe.Mudah2 an yer,amin!

Esok,insya Allah ummi nak try resepi ini.Doakan agar menjadi.Ha..kuih gulung tak try lagi buat.Sebabnya?pewarna hijau dan pan besar takder.Tapi takper, tadi baru pergi beli kat Al-Mukhtar, so, insya Allah dalam minggu ini, ummi akan cuba try test buat..Huhu,banyaknya ummi nak try buat.Kepok lekorpun ummi nak try buatkan kak aizah..Insya Allah, dah buat nanti kita makan sama2 yer...



OPOR AYAM MERAH by Noreen UK .C&P dari sini.

1 ekor ayam - dibuang kulit dan segala lemaknya, dipotong 8

1 sudu makan kerisek

1 cawan bawang goreng - ditumbuk halus

1/2 tin tomato puree



2 biji tomato - potong dadu

1 biji bawang besar - dihiris

1/2 biji kelapa - ambil 1 - 2 cawan santan



sedikit minyak untuk menumis

garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar Halus:-



10 tangkai cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin



3 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu teh jintan manis

8 hiris halia (*ummi letak 1 inci)

3 hiris lengkuas (*ummi letak 1 cm)

5 biji bawang merah

Gaul rata ayam dengan rempah kisar, perap sebentar.

Panaskan minyak, tumis bawang hiris sehingga kuning.

Masukkan ayam yang bergaul rempah, balik-balikkan sebentar.

Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk halus dan gaul hingga rata.

Masukkan pula tomato puree, tomato dadu dan kerisek. Masak hingga kering.

Apabila sudah kering, masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa.

Biarkan sehingga naik minyak dan ayam masak..Balikkan ayam sesekali.

Bila agak pekat, tutup api. Hidangkan dengan sebarang nasi, pulut atau roti..


2 comments:

Herdoni said...

Opor Ayam menu makanan yang sangat lezat. Sangat cocok bila disajikan pada waktu makan siang bersama keluarga. Trims info resepnya.

ummu faqeh said...

iya..memang amat lazat herdoni..my hubby paling suka lauk ini..u r welcome..

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!