Pages

Showing posts with label umrah 2010. Show all posts
Showing posts with label umrah 2010. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

LAGI2 CERITA UMRAH!-Last episode.

ini ummi ambik gambar dalam tv di mekah.Rupanya di Jordan juga kami dapat  siaran tersebut.
Ni solat Zuhur..ruang kosong itu kerana imam berada di ruang bawah bumbung.Jadi makmum tidak boleh di hadapan imam,sedangkan di tempat lain tidak mengapa kerana kiblat dari banyak arah.

Monday, July 5, 2010

YA ALLAH,AKU INGIN SEKALI LAGI DIUNDANG!


YA ALLAH..AKU INGIN SEKALI DI UNDANG UNTUK MENJADI TETAMUMU.
Mudahkan urusan kami,berkati rezeki kami dan sihatkan tubuh badan kami untuk kami ke sana sekali lagi.
Tidak puas rasanya mengalami ketenangan yang luarbiasa apabila berada di rumahMu.
Undangi  kami semua Ya Allah!



DI MADINAH ALMUNAWWARAH



Alhamdulillah..kami dapat menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi..Melihat payung elektrik buatan manusia ini..Subanallah.. Maha Agungnya pencipta kepada manusia yang merekacipta payung tersebut!




Saturday, July 3, 2010

TRAVELOG UMRAH 2010

Kak Jannah di hadapan Masjid Nabawi.


Bismillah wal hamdulillah..

Jam menunjukkan 4.00 petang .Angin soifiy berhembus menyejukkan suasana yang sedang kepanas.Suhu sekarang mencecah 33 degree sekarang.

Alhamdulillah..ada masa jugak ummi nak update blog ummi nih.

Hari Pertama dan kedua
9 & 10 JUN 2010.
Jam 8.30 pagi kami bertolak dari Irbid dengan menaiki bas.Perjalanan memakan masa selama 30 jam.Amat memenatkan badan.Kaki ummi naik bengkak.Namun alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


Monday, June 28, 2010

VIDEO JENAZAH DI MASJIDIL HARAM



Bismillah wal hamdulillah..

Jam menunjukkan 6.45 petang.Cuaca, alhamdulillah..mencecah 32 degree...sudah masuk musim panas di sini..suka dan bahagia sangat..anak2 sudah tidak memakai baju lagi ketika di siang hari..

Alhamdulillah...ummi baru ada berkesempatan untuk mengupdate blog ini..sebenarnya terlalu banyak yang ummi kongsikan bersama sepanjang berada di mekah dan madinah...

Video di atas merupakan salah satu fenomena biasa di Masjidil Haram.Setiap sembahyang fardhu,pasti adanya solat jenazah..suasana ini diambil ketika selesai solat asar.Ada 5 jenazah disolatkan.Alhamdulillah..bahagia dan beruntungnya barang siapa yang dapat disolatkan di Masjidil Haram.

Dalam video di atas juga ada seorang ammu( pakcik) arab,yang amat sukakan budak2.Masya Allah,Subhanallah..itulah perkataan yang sentiasa dilafazkan oleh mereka.Kebanyakkan masyarakat arab amat sukakan budak2..dan juga budaya mereka suka memberi salam walau kepada yang tidak dikenali.

Kami cuba juga untuk memberi salam kepada jemaah dari Malaysia..namun mereka amat pelik dan akan memandang kami buat kali keduanya...Mungkin budaya memberi salam jarang dilakukan di Malaysia.Sedangkan di Jordan ..sesiapa saja yang kita jumpai,pastinya ada yang akan memberi salam..Alhamdulillah.Semoga budaya ini akan menjadi suatu yang biasa di Malaysia nanti,amin!

ok..lain kali ummi sambung lagi yer..