Pages

Thursday, November 19, 2009

KENTANG PUTAR-ALA KFC

assalamualaikum..cuaca skrg mencecah 9 darjah celcius!!!sejuknyer boleh membekukan tangan nih!jam sekarang 2 pagi.memanglah sejukkan..

kali ni ummi nak tepek pasal makanan pulak...insya Allah pagi nanti ummi nak buat resepi nih.Sebelum ni dah buat,tapi kurang bahan2nya.jadik ummi dah dapat resepi ni, ummi nak trylah..



ummi amik dari blog kawan ummi.





Bahan-bahan untuk kentang putar

10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk (boleh beli yang dutch lady punya)
garam secukup rasa
Cara-cara menyediakan kentang putar!!
Rebus kentang dgn sedikit garam
Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit bagi hancur
Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.
Bahan-bahan untuk sos (gravy) kentang putar ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (boleh guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara menyediakan sos (gravy) kentang putar!!
Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak jadi kental @ bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
*** rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Pastu..apa lagi..makan la!!!!!!

No comments:

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!