Pages

Showing posts with label abang faqeh. Show all posts
Showing posts with label abang faqeh. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

HAYYA ILAL MADRASAH!

Bismillah Walhamdulillah..
Alhamdulillah..jam menunjukkan 2.00 ptg.Suhu agak suam sejuk di Jordan sekarang.Ummi nak bercerita tentang sekolah anak2 ummi di sini.

Melayari fb kawan2 ummi,ramai kawan ummi yang anaknya baru masuk sekolah baru2 ini.Alhamdulillah..sekejap sahaja masa berlalu...anak2 cepat membesar..kita ibubapa ini pula semakin menghampiri waktu2 perkabungan...

Di Jordan,berlainan cuti dan sisitem pembelajaran di sini.Kak Jannah mula2 masuk Raudhah ( tadika ) pada usia 5 tahun,iaitu pada bln 9 tahun 2009.(Masa kami mula2 sampai di Jordan).Di sini sesi persekolahan dibuat mengikut sesi kuliah universiti.maksudnya setahun ada 2 semester.Semester 1,raudah kak jannah bermula pada bln 9.2009 dan semester 2 bermula pada bulan 2.2010.

Manakala pada bulan 8.2010 semester 1 untuk Sof awwal ( darjah 1 ) bermula.Tahun lepas kak jannah baru berusia 6 tahun.Semester 1 , telah berakhir pada minggu ini.Dan sesi persekolahan untuk semester 2 akan bermula pada bulan 2.2011 ini.Maksudnya..apabila jamiah cuti,maka sekolah juga akan bercuti.Bahkan buku teks juga ada 2 fasal untuk setahun.

Pembelajaran di sini memang agak mencabar.  My hubby kata " Sekolah rendah di sini,umpama sekolah menengah di Malaysia.Dan sekolah menengahnya umpama universiti di Malaysia dari segi level pembelajarannya".Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah, kerana anak2 ummi datang ke sini dalam usia yang muda,yang mana memulai persekolahan dari peringkat yang mudah.

Bukan senang sebenarnya anak2 ummi untuk menyesesuaikan diri belajar dengan kawan2 arab yang mana bahasa dan budaya yang berlaianan daripada kita.Yerlah nak berkomunikasi,perlu berbahasa arab.Dari segi adat dan budaya juga berlainan.Budaya kat sini,anak2 perempuan tidak memakai tudung di usia yang kecil.Kelas kak jannah,hanya kak jannah seorang jer yang pakai tudung , selain cikgunya sendiri.

Mula2 dulu,kak jannah ada juga bersungut tak nak pakai tudung ke sekolah,nak ikat rambut comel2 macam kawan2 dia..tapi,sekarang,alhamdulillah..semuanya dah biasa.Alhamdulillah..ketika ummi dan abi ke sekolah kak jannah baru2 ini,Mama Abeer ( cikgu  dia) amat2 memuji kak jannah dari segi akhlak dan juga pelajarannya.Alhamdulillah.belajarlah elok2 anak ummi yer.Belajar ni pada permulaannya memang susah,lama2 mudahlah kalau kita rajin dan berusaha bersungguh2..

Itu cerita kak jannah.Faqeh bagaimana pula?huish..hero ummi nih..mula2 kami cuak juga adakah Faqeh dapat belajar dengan cepat dalam suasana belajar dengan pelajar2 arab.Pernah suatu hari faqeh tak nak ke sekolah,alasannya..budak2 arab selalu buat dan kacau kat dia.sabar jerlah.Memang agak ganas sikit sebenarnya arab nih.tapi ,alhamdulillah,sekarang dah ok.Dan baru lepas habis periksa hari ni. Alhamdulillah, semua madah (m/pelajaran ) dapat alamah kamilah ( markah penuh ).Belajar sungguh2 yer faqeh..nanti nak jadi tobib hayawan...( doktor veterinar)..amin!



Kak Jannah dan Abang Faqeh sebelum ke sekolah pada musim sejuk.Si Abang Faseh..baru bangun tidur,sibuk jer!
Makan roti sambil tunggu kak jannah naik bas.

melambai dari tingkat atas ke arah kak jannah.Abang Faqeh dah pergi kat kawan dia,Afnan,jiran sebelah rumah..suka sangat berlari2 di waktu pagi.

Inilah bas sekolah kak jannah dan abang faqeh.Suka sangat duduk seat belakang sekali.

Suasana pada hari pertama di kelas kak jannah.Masa ni belum pakai pakaian rasmi sekolah.

Abi sedang berbincang dengan guru kelas kak jannah.Kak Jannah sorang jer pakai tudung.Memang budaya arab,dia tak pakaikan tudung pada anaknya yang kecik..Zalim katanya..

Ini pulang dari sekolah pada hari pertama..Masa ni musim panas lagi..


ok..inilah kawan2 kak jannah ..warna hitam pakaian rasminya..tudung dan seluar,ikut masing2.Sekarang musim sejuk,itu yang pakai sweater kat luar tuh.
Abang faqeh menumpang jer amik gambar sekali.Kelas kak jannah semuanya perempuan.Memang masuk jer darjah satu,diasingkan lelaki dan perempuan,tapi stay dalam satu bangunan lagi,cuma berlainan kelas.
Kak jannah yang selalu jer ditampal stiker di mukanya.Memang stiker jadi satu perkara wajib di sini.Bahkan jaaizah ( hadiah) untuk murid2nya adalah stiker.Remaja di sini juga amat sukakan dengan stiker nih.


Hm..inilah coretan ummi tentang persekolahan anak2 ummi di Irbid,Jordan ini.Memang semuanya berbeza dengan suasana di Malaysia..namun..percayalah anak2 ummi sayang..
"Jauh perjalanan,luas pengalaman..hanya jauhari yang mengenal manikam"..
"Kesusahan hari ini akan dibayar dengan kesenangan di masa hadapan,namun harganya bukannya murah untuk meraih kesenangan di masa hadapan."

Semoga anak2 ummi menjadi anak soleh dan solehah yang dapat membahagiakan ummi dan abi di dunia dan akhirat nanti...amin!


...9.00 mlm baru siap dinukilkan..
..11 degree..
....nak tidur dah..
....kak jannah tidur rumah kawan dia 
seberang jalan bangunan kami ni.
Rumah Iman , Nuha..anak2 ust Ridhuan.
..Faqeh dan Faseh tengah syok tengok Upin Ipin..


Monday, July 26, 2010

SYUKRAN YA UMMI!


Bismillah Wal hamdulillah..

"Faqeh tolong ambikkan telefon abi atas meja dalam bilik sekejap"
..." ok,abi ini telefon abi"...

Abi pun terus mengambil telefon tersebut..namun pada masa yang sama Faqeh belum beranjak dari tempatnya..sambil memandang2 abinya...namun abi masih belum memahami apakah kehendak Faqeh sebenarnya..

"Abi sokmo gitu ok..dok ingak nak cakap syukrang!" 
( loghat teganung pekat,biarpun berada di Jordan!)...

"Dok ingak setarang abi nok kabo..syukran ya Faqeh!Abi minta maaf dok ingak!" 
(Bapa borek anak rintik!..yer  ker peribahasa nih..)

"'Afwan ya abi.." 


Pada situasi yang lain pula.

"Ummi,Faqeh nak makan nestum.Lapar"

"Faqeh,ini nestum Faqeh ..makanlah"

"Syukran ya ummi".
.Ummi tidak sempat menjawab apa2..kerana sibuk membuat kerja lain pula.

"Ummi..sokmo gitu..Faqeh cakap syukran,ummi kenalah cakap 'Afwan'."

"Ok..afwan " ^__^


Itulah karenah Faqeh yang membuatkan ummi tersenyum sebenarnya..Sekarang sudah seminggu Faqeh demam..Masih lagi kurang  bermaya dan masih tidak membuas seperti biasa.Insya Allah nanti hero kesayangan ummi akan kembali membuas. Nanti ummi pula yang tak terlarat melihat karenahnya.Itulah Faqeh,bila sihat,ummi selalu marah kerana suka menyepahkan rumah.Apabila sudah demam,sunyi pulak tanpa 'kebuasan' dia.Asyik nak tidur jer.


Apa yang ummi ingin berkongsi mengenai ucapan terimakasih/ syukran/ thank you/toche/syukriya.Perlu diajar anak untuk mengucapkan terimakasih,malahan ibubapa juga seharusnya menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Sebenarnya mengucapkan terimakasih ini memupuk rasa rendah diri. Kerana kita memerlukan bantuan orang lain sebenarnya dalam sesuatu perkara.Insya Allah apabila anak2 telah dididik daripada kecik untuk biasakan diri mengucapkan teriamakasih,insya Allah..anak2 akan mudah mengucapkan terimakasih dan rasa bersyukur dengan apa yang ada.

Di sini,ummi C&P dari sini.

Anak kecil yang mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membantunya atau memberinya sesuatu sangat jarang dijumpai. Alangkah gembira dan sejuknya hati kita apabila anak sekecil 3 tahun mampu menilai penghargaan yang diberikan kepadanya dengan mengucapkan terima kasih.

Pernah satu hari anak saya mahukan susu buat kali kedua. Akan tetapi dia tidak ingat di mana dia meletakkan botol susunya. Kemudian saya mencarinya dan anak saya memberontak kerana saya tidak menjumpai botol susunya. Penatnya ibu mencari botol susu tersebut, tapi anak pula marah-marah sebab ibunya tidak menjumpai botol susu yang dihilangkannya.
Kadangkala, rasa tertekan dan kadangkala ibu bapa boleh rasa stress dengan keadaan ini. Namun, tindakan mendidik anak adalah tanggungjawab kita. Bukan pihak nursery atau tadika. Kita yang perlu diperhatikan terlebih dahulu sebelum orang lain.


Baiklah, sekarang mari kita mengajar anak mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan kepadanya. Terdapat 2 perkara yang perlu dielakkan untuk mengajarkan anak berterima kasih.
Yang pertama, untuk mengajarkan anak berterima kasih akan menjadi sukar jika anak anda memperolehi setiap benda yang diingininya sejak kecil.
Yang kedua, terlalu banyak hadiah yang diberikan kepada anak kecil adalah keterlaluan dan sangat berat bagi dirinya. Anak kecil akan keliru dengan pemberian hadiah yang sepatutnya istimewa tetapi menjadi seolah-olah pemberian biasa seperti ibu memberi makan. Sebolehnya, berikan hadiah kepadanya di atas satu-satu pencapaian yang diperolehinya.


Untuk mengajarkan anak berterima kasih, pertama sekali ia mesti dimulakan daripada ibu bapa dan orang sekelilingnya. Ucapan terima kasih ini mudah sangat tertinggal atau terlupa, akan tetapi ia sangat penting. Ucapan ini dapat menghasilkan peribadi yang sering merendah diri dan tidak berbangga-bangga dengan harta atau sesuatu yang dimilikinya.

“Terima kasih sebab ambilkan buku untuk umi”
“Terima kasih sebab picit kepala umi”
“Terima kasih sebab jadi anak yang baik”
“Terima kasih sebab selalu tolong umi kemas rumah”
“Terima kasih sebab sayang umi”

Banyak lagi ucapan yang boleh diberikan kepada anak-anak kita. Dengan permulaan inilah, anak-anak kita akan belajar untuk menghargai sesuatu dan belajar merendah diri di hadapan orang. InsyaAllah…


dicatat pada jam 2.00 pagi.
Suhu: 21 degree
Menemani hubby study,esok exam!
Mood: Ngantuk,nak tidur dah.
Faseh dah bangun minta tidur sebelah dia.
Faqeh,alhamdulillah lena tanpa batuk2 dah,sebelum ni,selalu batuk malam2.

Ok,selamat malam!

Tuesday, January 5, 2010

BEFORE N AFTER !!!

vu c
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jam menunjukkan 2.00 a.m, 9 degree skg.Menemani hubby nak final exam esok.Ya Allah, Kau permudahkanlah suamiku menjawab soalan peperiksaan esokk!amin.
Ngantuk tuh still ada..sejuk sangat nih..

Hm..dah lama ummi tak update blog nih.Tiada kesempatan waktu sebenarnya.Siang duk berperang dengan anak2 ummi.Malam berperang dengan mata yang mengantuk pulak.Sejak sobah( pemanas ) dipasang, mata ummi amatlah payah nak bukak.Kalu tak pasang sejuk, kalu dah pasang lak, mata amatlah mengantuknya..hehe..


Kali ni ummi nak bercerita lagi tentang abang faqeh!!!sebelum dan selepas kejadian yang menggerunkan itu..hari ni dah 6.1.2010..kejadian tuh berlaku 28.12.2009.Maksudnya hari ni dah 8 hari berlalu..


Alhamdulillah..2 hari lepas acik Anisah datang mengurut seluruh badan faqeh.Sejak hari ke3 dia berjalan terhencot2 sedikit.Kakinya sakit.Risau juga pada mulanya.Siap call Dr Feeza lagi.Insya Allah lepas hubby final, kami putuskan sama ada nak urut atau ke hospital.Dalam masa terdekat nih, ummi dan abi akan cuba urut slow2..


Sebenarnya masa faqeh jatuh tuh memang tak ada apa2 kecederaan luaran, tapi dalaman kami tak tahu apa yang terjadi pada urat saraf dia.Yerlah perkaranya terjatuh dari tingkat 2..insya Allah, kami berdoa dan berharap tiada kesan sampingan di masa hadapan, amin!


alhamdulillah selepas kejadian tersebut, nampaknya ada hikmah yang tersirat..Alhamdulillah..ukhuwah antara kami di perantauan , terutamanya di Irbid ini bertambah erat..yerlah sebelum ni tak pernah kenalpun adik2 akhowat sama ada syabab atau akhowat..sekarang semua orang dah kenal FAQEH SI JAMALMAN!!! huhu..kata acik fathiyah..


dan sekarang faqeh dah semakin 'mendengar kata'.Ummi juga sekarang meluangkan masa2 yang berkualiti dengan anak2 ummi ni.Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah..Kau lembutkanlah hati anak2 kami,jadikanlah dia sebagai penyejuk hati kami..yang akan membahagiakan dan membanggakan kami dunia akhirat!amin...


kepada semua pembaca blog ummi yang setia, ummi ucapkan terimakasih dan terus2lah mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga di sini..Semoga Allah sahajalah yang mampu membalas jasa baik anda semua..

SEBELUM!!!







oklah..kita layan gambar dulu! tengoklah aksi beraninya..Na'uzubillahi min zalik..


inilah level akhowat arab nyer..siap baling biskut dan coklat dari sana..itu dululah..sekarang ummi dah larang mereka bermain2 kat area nih..jadiknya ummi suruh dia turun ke bawah terus!
posing terakhir..ummi dah haramkan!!!inilah botol airnya yang dijadikan alas tempat dia berpijak!tak tinggi mana kan dividernya...ingat nak suruh sohibah pasangkan jejaring besi kat sini,insya Allah.Langkah2 keselamatan kenalah ada..
huhu..tgklah dia merenung jauh..memikirkan apa hentah!kasut dia dah tembus dah tuh!kena beli baru pulak nampaknya!

pandangan dari mabna kami...
inilah bangunan kediaman kami..sepertinya rumah flat di Malaysia..tapi kat sini jangan pelik kalu ada rumah bawah tanah!panas pada musim sejuk nih..




SELEPAS!!!
hadiah dari kawan hubby.
selepas kejadian...duk main dgn abinya.. seronok sangat!
hadiah dari ammu2 yang datang.jzkk.
dari pandangan dekat..kejap jer nih..dah berterabur dah semuanya mainan nih..
kereta dari Abu Islam..kejap jer..malam pertama dapat dah tercabut tayarnya..boleh gerak2 dan berbunyi..tapi..made in china boh!huhu..skg dah hancus lebus!
inilah akhowat2 yang sudi menziarahi kami..
juga akhowat2 bakal doktor2 nih..jzkk.



sekarang setiap hari kak jannah dan faqeh turun ke bawah, belajar bersama ummuqusoi. Alhamdulillah..belajar bersama2.Kak Jannah dah bercuti sekolah.Bulan 2 nanti baru masuk sekolah.

meh ummi dekatkan lagi pic nih..blurlah sikit..zoom in dari atas..flower bilenjlisi...wardah bilarabiyyah..bunga bilmaliziya..tapi org arab mmg payah nak sebut bunga..bun..ga..huhu

adik buat apa?hehe..tgk video nasyid raihan-doa makan!anak2 suka tgk video klip ni..ramai budak2 katanya. senyuman ala jamal kot nih..hehe

Friday, January 1, 2010

UCAPAN SETINGGI2 PENGHARGAAN!!!



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jam menunjukkan 4.00 petang.SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA!!!JUGA SELAMAT MENEPUH PEPERIKSAAN KEPADA ADIK2 SYABAB DAN AKHOWAT!

Alhamdulillah..disaat catatan ini ditulis, faqeh sedang seronok bermain2 di bilik bersama adik beradik yang lain..Ummi sudah kunci serapat mungkin pintu yang menghubungkan beranda dengan rumah kami..Tidak bersedia lagi ummi melihat tempat kejadian.

Namun sebentar tadi akhowat arab yang tinggal di sebelah mabna kami bertanyakan keadaan faqeh...ummi terangkan dengan bahasa arab+english + bahasa isyarat..(huhu..arab ummi kurang faseh, english boleh sikit2, akhowat tuh pulak yang tak faham)..Ummi lihat tempat kejadian..terus tangan ummi terketar2-masih trauma dengan kejadian tersebut.Subhanallah!!!

Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia mencintai dirinya sendiri.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Di entri ini sebenarnya ummi ingin merakamkan sejuta penghargaan buat semua yang sentiasa memberikan sokongan dalam apa jua bentuk sama ada material ataupun sekadar sepotong doa...semoga Allah saja yang membalasnya di dunia mahupun di akhirat kelak...kerana..
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."


kepada jiran2 ummi yang baik hati datang menziarahi ummi, walau kita tidak sebangsa, namun addin itulah penyatuan kita...

kepada kawan2 mutazawwij di jordan ini, syukran jazilan atas sokongan yang diberikan..

kepada syabab dan akhowat - sungguh jasa baik kalian semuanya..moga Allah sahajalah yang membalasnya..semoga ukhuwah antara kita akan terus berpanjangan selepas ini..jemputlah datang umah akk bila2 masa untuk bermain2 dengan anak akk..hehe..buat persediaan untuk melangkah ke alam keibubapaan kan..

kepada sahabat2 di Malaysia sama ada yang pernah berjumpa atau sekadar di alam maya ini...-sungguh terasa dekat di hati atas semua doa dan komen2 yang kalian tunjukkan..tidak tergambar perasaan kegembiraan di atas semua doa2 yang kalian tunjukkan..entri khas untuk kalian semuanya..ummi C&P semula semua yang kalian nukilkan di dalam blog ummi..juga kawan2 di YM dan juga FB-terimakasih banyak2..

yang terakhir dan yang teristimewanya..untuk keluarga di Cendering & Balok, Kuantan, Pahang, Malaysia....thank you so much..insya Allah, lepas ni Faqeh akan tidak nakal2 lagi..

DI SINI UMMI C&P SEMUA KATA2 SEMANGAT DAN DOA DARI SAHABAT2 UMMI..SEMOGA ALLAH SAHAJA YANG MAMPU MEMBALAS DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT KELAK..AMIN.

Aznika: Sabar ye Izma..

kakzie: semoga faqeh sembuh seperti sediakala.mcm2 ujian dn dugaan yg allah beri dlm hidup kita ni..semuanya ats kehendakNYa. kita kena redha dn bersabar.semoga tie dn family sihat sejahtera...

siti: salam izma...menitik air mata saya..sedihnyee..semoga segalanya selamat..banyakkan bersabar

sha: salam.. ya allah izma.. menitik airmata saye baca en3 izma... banyakkan bersabar.. tabahkan hati.. insyaallah, semuanya akan selamat.. semoga faqeh cepat sembuh, dan jgn nakal2 lagi yer sayang...

hayati smkkgb: Salam.Tahniah atas pengorbanan seorang isteri terhadap suami.Kak yati baru dapat berita dr en zahid yg izma ke Jordan.Syabas.Alhamdulillah anak selamat.Moga dia cepat sembuh.

ummiluqman- semoga faqeh cepat sembuh.. amin

ummuasiah-Kami doakan Faqeh cepat sembuh & kembali spt sediakala. Moga Allah kurniakan ketabahan & kesabaran yg tinggi buat akk sekeluarga. Ameen.

muneer-salamathu..marratan thani.salamathu. semoga ummu faqeh dapat bersabar.

kak aizah-Alhamdulillah, semuanya telah selamat..seperti seorang yang menantikan hukuman berat..tetapi tiba2 dibebaskan dari hukuman..maka kesyukuran dan kegembiraan yang tak terucap dek kata2..indahnya bila dapat melepasi ujian Allah kerana kemanisan akan dikecap sesudahnya..Seronok baca blog Izma, baru berkesempatan menatapnya..ajar akak buat blog cuti nanti ye..

Ummu Asiah-Ya Allah, selamatkanlah Faqeh & berilah ketenangan pada Kak Izma sekeluarga..

Salam...Izma bawak bersabor yerk.i nie kalo budak sakit cepat tul tersentuh...sebak rasa..update me okey..Aikin

kay- meremang bulu roma... moga adik faqeh cepat sembuh! tabah yek Izma!

ummiluqman-semoga Faqeh cepat sembuh, sabar hadapi dugan ni ya. Izma

azilah- ya allah izma.. sedih zila baca entry ni..kuatnya dugaan izma sekeluarga..zila doakan faqeh cepat sembuh ye n smoga izma tabah mnghadapi ujian ni..AMINN

cikgu dima- Insyaallah...
moga2 adik Faqeh sihat seperti sediakali....insyaallah....doa dari Malaysia....

ainul arina-salam faqeh, moga cepat sembuh yer. terkejut achik dengar. alhamdulillah takde apa2..

kak izma, moga dipermudahkan semua urusan. ^_^


faqeh..pertama kalinya makan nasi goreng ummi.Lapar sangat katanya..Alhamdulillah.. baru jer sampai dari hospital...


permintaan sejak dari duduk di hospital lagi..ingin menonton video nasyid kegemarannya dan juga bermain games katanya...




inilah dia ummuqusoi..kami sekeluarga ke rumah beliau.Bertanyakan keadaan kaki dia.



akhowat JUST-bakal2 doktor dah ni..dan akhhowat bayt Insyirah.Syukran ala ziaratukum..



Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

DISAMBUT PARA MALAIKAT- BHG 2

jam 6.15 petang ( malam ) , 28.12.2009 di Hospital Ibnu Al Nafis..
Ummi sampai jer, faqeh tengah muntah.Susu yang dia minum pagi tadi terkeluar semuanya.Sedikit pucat mukanya dan kepala sebelah kiri agak bengkak dari luar.Mungkin hentakan ke lutut UmmuQusoi.Faqeh tersenyum melihat adik beradik dia datang.Ummi peluk dan cium dia.Ya Allah besarnya kurniaanMu...Syukur padaMu Ya Allah aku masih mampu memeluk dan mencium insan yang ku kandung 9 bulan dan dilahirkan secara pembedahan ini..

Mumarridhoh ( jururawat ) yang merawat Faqeh melihat muntah yang dikeluarkan memastikan tiada darah atau benda2 yang asing.Alhamdulillah faqeh kelihatan agak bermaya setelah muntah sebanyak 4 kali.Alhamdulillah...syukur dipanjatkan padaMu.

Kak Jannah berbicara lagaknya seorang yang dewasalebih dari usianya.Berpesan dan bercerita kembali tentang kejadian yang berlaku dengan faqeh.Sungguh ummi kagum dengan ketokohan seorang kakak yang ada pada kak jannah.
( macam kak ros yang amat garang -kata acik2 JUST yer..)

UmmuQusoi juga turut berkomunikasi dengan faqeh..namun faqeh sudah kehabisan bateri..dia sudah letih dan mengantuk..ubat juga telah diberikan.Faqeh pula dikehendaki berpuasa.

selang beberapa minit kami di hospital,segerombolan sahabat 2 mutazawwij datang ke hospital.Kami juga agak terkejut pada mulanya,siapa yang brth pada mereka semuanya?huhu..rupa2nya Ammu Din yang brth.
Alhamdulillah..
kami rasakan kami tidak keseorangan menghadapi ujian seberat ini dari Allah..

Ya Allah, walaupun kami tiada ibubapa, adik beradik dan saudara mara kami di bumi Jordan ini, namun Kau kurniakan kami saudara mara dan sahabat2 yang amat prihatin dan menyayangi kami seperti saudara mara kami sendiri..Syukur pada Mu YA Allah...Eratkanlah ikatan ukhuwah antara kami semua, amin.

Mereka datang membawa buah tangan dan juga memberi kekuatan semangat kepada ummi sekeluarga..alhamdulillah..begini caranya Kau memakbulkan doa ummi supaya diberi ketenangan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

jam 9.30 malam, di rumah ..Ummi pulang bersama anak2 ditemani Kak Aizah dan U.Riduan..tanpa kehadiran hubby dan juga Faqeh..Adik Faseh ingin bersama abinya dan Abang Faqeh..Menangis juga dia pada mulanya..Namun setelah dipujuk, adik kembali ceria..siap main komando2 lagi kata Ammu Din..hehe

Sampainya di rumah ummi terasa kosong ...sunyi sepi..sedih mula menyelubungi diri ini.Ummi panjat doa dalam solat hajat ummi agar terus2 diberi ketenangan dan juga kesihatan berpanjangan kepada kami sekeluarga..

"Ya Allah..Engkau kurniakanlah kami ketabahan dan kekuatan semangat sebagaimana telah Engkau kurniakan kepada para anbiya' dan juga syuhada'Mu yang berjuang fisabilillah di bumiMu yang penuh barakah ini.Sesungguhnya hanya padaMu lah tempat kami mengadu..Ya Allah..aku bukannya tidak redha dengan ujian yang Kau berikan ini..namun Ya Allah..aku sekadar ingin mengadu kepadaMu...Hanya Engkaulah Tuhan yang kami sembah..Perkenankanlah doa permintaan kami ini..Amin ya rabbal 'alamin..


sesudah azan subuh..29.12.2009..
Ummi mulakan hari ini dengan penuh kesyukuran di atas semua kurniaan yang telah Allah berikan..Ummi meluahkan perasaan terpendam di dalam blog kesayangan ummi, namun belum bersedia berkongsi apa yang terjadi...

Ummi kuatkan semangat untuk memberitahu khabar berita ini kepada keluarga di Malaysia.Bercakap dengan Tok Ma...airmata ummi memang tidak dapat dibendung lagi..jauh beribu2 baru dari keluarga tersayang..Mana mungkin mereka dapat datang menziarahi kami di sini.Namun ummi kuatkan semangat katakan bahawa semuanya akan kembali pulih sediakala dengan bantuan Allah dan juga sahabat2 kami di sini.

Ummi katakan pada diri ummi bahawa ada lagi orang lain yang lebih berat ujian yang diberikan Allah kepada mereka berbanding dengan ujian yang Allah berikan kepada kami sekeluarga..Syukur di atas semua yang berlaku..Tentu ada hikmah yang tersurat dan tersirat ...

Jam 1.00 petang..ummi ke hospital ditemani akhowat JUST yang baik hati...Ummi sampai ketika itu Faqeh baru sudah keluar dari bilik air..Alhamdulillah, sudah boleh berjalan sendiri ke tandas.Faqeh telah dikeluarkan dari bilik ICU dan sudah berada di bilik biasa.

Abi bercerita pada ummi..ketika abi masuk ke tandas , faqeh dibiarkan keseorangan dalam keadaan tidak berpakaian setelah membuang air kecil di tandas..Abi keluar jer..faqeh sudahpun memanjat tingkap di bilik hospital tersebut..BERTUAH PUNYA BUDAK..memang tak serik2..heheh, bila ditanya kenapa panjat..sekadar ingin tengok pokok zaitun yang berada di luar sana..Itulah budak2 yang sedang mengeksplorasi kehidupan mereka..

Faqeh pada hari ini dibenarkan makan makanan yang lembut pada mulanya.Sampai jer kami, Kak Jannah dan adik faseh duk sibuk nak makan nasi goreng.Macam mereka pulak yang sakit..Faqehpun dah makan sup, laban dan juga jelly.Alhamdulillah..diapun minta nak makan nasi goreng,tapi masih tidak dibenarkan.

Faqeh masih ditahan di wad kerana doktor ingin lihat sama ada selepas dia makan, dia akan muntah ataupun tidak..Alhamdulillah..dia normal.Syukur padaMU Ya Allah...

jam 9.30 pagi - 30.12.2009.Alhamdulillah..faqeh telah dibenarkan keluar..Alhamdulillah..kami telah melalui masa2 yang sukar ..selepas kesusahan pastinya ada kesenangan..insya Allah..




alhamdulillah..faqeh dah start boleh makan sikit2.


syabab yang datang menziarahi faqeh..sebenarnya ramai yang datang..seganlah pulak ummi nak snap gambar mereka..nanti apa pulak kata akhowat dan syabab nikan?hehe
inipun ambik gambar dari belakang..kiranya gambar curiklah nih..ampun ya syabab!!
(saper ni yer?cuba teka?huhu) nipun guna kamera handset jer, 2mp,..nak guna kamera betul, nanti nampak beriya sangat..hehe

alhamdulillah..syukur di atas pertolonganMu ini..Kalamullah jangan ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan kita..susah atau senang..insya Allah kita susah, Allah tidak akan lupakan kita...

alhamdulillah..faqeh sudah boleh tersenyum kambing..

abi duk khusyuk mengajar kak jannah bahasa arab..esoknya kak jannah pekse bahasa arab..alhamdulillah..disaat ummi menulis entri ni , semua pelajaran peperiksaan kak jannah 100%..matematik, arabic dan english..MUMTAZAH, YA SYATHIROH!!!

catatan di katil faqeh


berposing sebelum keluar dari hospital

senyuman yang selalu ummi rindukan..

Wednesday, December 30, 2009

DISAMBUT PARA MALAIKAT!


Jam menunjukkan 4.26 a.m.11deg sekarang.Ummi keseorangan pada pagi yang dingin ini tanpa hubby di sisi...Hubby sedang menemani buah hati kami di Hospital Ibnu Al Nafis.Hari ni masuk hari kedua bermalam di hospital.

Mengimbas apa yang terjadi 2 hari lepas..tapi masih lagi menjadi trauma pada ummi apabila terbayangkan suasana tersebut..sehingga ke saat ini ummi masih tidak dapat lagi membuka pintu dan menatap tempat kejadian tersebut...pastinya air mata ummi akan mengalir sederas denyutan jantung ummi..Sungguh Ya Allah berilah ketabahan kepada kami semua!

Waktu itu jam menunjukkan 3.00 petang,28.12.2009.

ummi dan abi baru sudah bersolat asar.Abi membuat assignment dan preparation untuk presentation keesokkan harinya.Asiah dah terkejut ketika itu, ummi angkat dia dan bermain2seketika...
Anak2 ummi sedang bermain2di beranda luar.Memang itulah aktiviti harian yang paling menyeronokkan bagi mereka untuk melepaskan kebosanan.
Terutamanya Muhammad Faqehuddin.

Kak Jannah dan Muhammad Faqehuddin beberapa kali minta izin untuk mereka bermain2 di bawah dengan budak arab.Tapi abi tak benarkan kerana tiada orang akan melihat dan menjaga mereka.
Abi sibuk dengan ass. dan ummi sedang menjaga Asiah.

Memang setiap masa kami selalu berpesan kepada mereka agar berhati2 dan jangan memanjat atas beranda tersebut.Mereka suka sangat berada di luar kerana ada kakak2 arab selalu berkomunikasi dengan mereka, kadang2 siap baling coklat dan biskut dari mabna mereka..Apalagi kesukaan yang amat sangatlah bagi adik beradik nih.Komunikasi Kak Jannah juga semakin baik apabila berkomunikasi dalam bahasa arab dengan kakak2 tersebut.

Nak dijadikan cerita..Faqeh datang kat ummi nak kencing katanya.Ummi pun cepat2 cabut seluarnya dan pakaikan semula semua pakaian tanpa memakai pampers.Faqeh ni memang payah nak pakai pakaian sendiri...selalu kena marah.

Makcik2 arab ramai tengah berborak kat bawah.Seperti biasa Ummu Qusoi bersama jiran2 kami.Ummi pernah juga join the club, tapi setelah ada tanggungjawab lain,ummi lupakan sementara waktu.

tiba2..."ABI..FAQEH JATUH KAT BAWAH!"..kami terkedu dan bingung memikirkan kemungkinan mereka membuang barang atau sampah ke bawah..Ya Allah..abi menjerit pada ummi beritahu lagi sekali yang jatuh ke bawah adalah anak kami..FAQEHUDDIN!!!

Ummi sempat ambik tuala jer letak atas kepala terus jengukkan kepala ke bawah.
YA ALLAH, ANAK AKU!Berderai dah air mata nih...makcik2 arab semuanya dah kerumun faqeh yang terbaring lesu atas lantai.
Ummuqusoi sempat ambikkan air sapu muka faqeh.
Kedengaran tangisan faqeh,ALHAMDULILLAH..dia menangis!

Abi dengan secepat mungkin mendakap dan memeluk faqeh dan bawa naik ke atas.Terus dibaringkan.Ummi membuka semua pakaian yang berlapis2 dia pakai untuk pastikan tiada cedera dan patah .Faqeh terus2 menangis dan menangis..mungkin trauma dan rasa takut lagi.
Tangisan faqeh seiring dengan tangisan ummi dan abi.

Ummu Qusoi datang menenangkan hati kami..
bahkan semua makcik2 arab datang ke rumah kami.
Ummu Qusoi terangkan bahawa Faqeh terjatuh tepat2 atas ribaan dia.
YA ALLAH KURNIAANMU ..
KANAK2 SEPERTINYA DISAMBUT OLEH PARA MALAIKAT!
Ya Allah besarnya kurniaanMu..
Kau gerakkan hati UmmuQusoi untuk duduk betul2 di bawah faqeh.
Sedangkan sebelum ini mereka selalu berkumpul di tempat yang lain sedikit.

Faqeh jatuh betul2 atas ribaan UmmuQusoi dan kepalanya terhantuk sedikit ke lutut UmmuQusoi dan selepas itu terjatuh lagi sekali ke lantai.
UmmuQusoi pun tergamam dan terkejut..ingatkan anak2 buang sampah..rupanya buang orang!!!
( huhu..nak jadi keluangman kot..kata acik Ika.)

Seterusnya ummi beri dia minum air.Pada mulanya faqeh menolak,namun setelah dipujuk, dia minum sedikit air.Abi dah call Ammu Din..
Alhamdulillah..secepat kilat dia datang!
Faqeh dibawa ke Hospital Ibnu Al Nafis.

Ummi terus ambik Asiah pulak.Kesian kat dia.
Menangis takut mungkin tgk makcik2 arab ramai kat rumah kami.
Semuanya berkumpul kat dapur.
Kedengaran semuanya makcik2 tu suruh ummi bersabar.
Allahu yusallimuhu-Allah akan selamatkan dia..
Biiznillah khoir-dengan izin Allah, semuanya baik.
You take care of another bb, insya Allah , Allah will care of ur son!!!
Allahu Yukhollik,Allah Maak- Allah with you!Alhamdulillah..hati ummi sedikit tenang dengan kata2 perangsang dan semangat yang diberikan oleh jiran2 tetangga..
Syukur padaMu Ya Allah..

Abi call, Faqeh terpaksa admit.Doktor nak tengok perkembangan dia selepas beberapa jam terjatuh.Doktor dah scan kepala faqeh, alhamdulillah..pendarahan tiada, namun ada sedikit keretakan pada tempurung kepalanya.
Namun alhamdulillah,otaknya tiada apa2.
Syukur lagi sekali kupanjatkan padaMu Ya Allah.

Ummi bersolat maghrib dalam linangan airmata.Ummi solat hajat mohon Allah beri kesihatan sebaiknya kepada anak ummi dan juga ketenangan kepada kami menghadapi ujian ini..

Ummu Qusoi datang dengan kaki yang terhencot2.Kesian dia,kaki dia bertambah sakit bagaikan terbakar katanya.Yerlah seberat faqeh jatuh atas ribaannya dan kepala faqeh betul2 terkena kepala lutut UmmuQusoi.Dia datang bertanyakan keadaan faqeh dan tanyakan kami perlukan bantuan apa2 daripada beliau.Ya Allah, betapa mulianya hati dia.Baantuan dari segi kewangan juga dia bertanya,dan memahami kami hantar anak ke hospital swasta, yang mana biasanya memerlukan JD 500 sebagai depositnya.

Namun ummi cuma meminta dia menghantar kami anak beranak ke hospital malam ini juga.Alhamdulillah,setelah azan isyak , kami ke hospital bersama kereta AbuQusoi.Alhamdulilllah..

jam 6.15 petang ( malam ) , di Hospital Ibnu Al Nafis..

Ummi sampai jer, faqeh tengah muntah.Susu yang dia minum pagi tadi terkeluar semuanya.Sedikit pucat mukanya dan kepala sebelah kiri agak bengkak dari luar.Mungkin hentakan ke lutut UmmuQusoi.Faqeh tersenyum melihat adik beradik dia datang.Ummi peluk dan cium dia.
Ya Allah besarnya kurniaanMu...
Syukur padaMu Ya Allah aku masih mampu memeluk dan mencium insan yang ku kandung 9 bulan dan dilahirkan secara pembedahan ini..

p/s..oklah ummi sambung kat entri seterusnya nanti.Nak taip assignment hubby pulak nih.Esok dah nak hantar.Tengok gambar dulu yer.Insya Allah ada masa ummi sambung lagi.


inilah suasananya faqeh di bilik icu.Kak Jannah tengah bercakap lagi dengan faqeh.Siap berjanji akan belikan biskut oreo apabila faqeh balik rumah nanti.




Alat dipasang didadanya untuk melihat denyut jantung faqeh.


kak jannah duk beri kata perangsang kepada faqeh.siap beritahu ummi asyik nangis jer bila ingat kat faqeh.



tertidur..kesan ubat.Lagipun faqeh diwajibkan berpuasa sehari.

adik yang duk sibuk makan kacang kuda.Ummi bawa untuk abg faqeh, dia pulak yang tukang perhabiskan..hehe abg faqeh kena pose..

faqeh..sampainya selepas 2jam..4kali dia muntah.semua isi perut dia keluarkan.

UmmuQusoi sedang bercakap2 dengan kak jannah dan faqeh.
muka yang agak pucat pada mulanya.Namun setelah muntah 4 kali, sudah kembali kemerah2an pipinya.Alhamdulillah!
kesian faqeh,dicucuk dengan jarum ini untuk dimasukkan ubat dan air.