Pages

Sunday, November 29, 2009

2ND DAY OF RAYA KORBAN...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




kami semua di raya ke 2!




abang faqeh yang hensem!


adik faseh yang selalu bermuka2..huhu


4 buah keluarga dari Amman datang ke rumah kami di Irbid nih.Syukran ala ziaratukum..ukhuwah fillah abadan abada...Kak Pah, ayu, yana n ain.semuanya mesra2 orangnya.Macam kami ni dah lama kenal..Itulah ukhuwah namanya..

rumah keduanya- u.ridwan.makan nasi minyak dan sup mushroom! sedap bangat!ni a.faqeh tgh berposing depan pokok limau.

abang dan adik yang ceria!

kak jannah pulak yang berposing.

abang faqeh buat aksi stuntman!


rumah seterusnya, kami makan nasi ayam.thanx jiha n syamil.syukran jugak pada lawyer in future, ayu!4 this nice pic!

destinasi terakhir di rumah adik2 akhowat..kami makan mee rebus aka mee jawa!hehe.insya Allah ada rezeki kami pula yang akan bertandang ke Amman.

UKHUWAH ITU INDAH APABILA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH SEMATA2!




SEMBELIHLAH SIFAT KEBINATANGANMU


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
jam menunjukkan 4.00 pagi.kejap lagi nak masuk subuh dah.hari ni dah masuk hari raya korban yang ke3.Masih lagi kedengaran takbir raya yang menyentuh sanubari.( pasang mp3 guna handset-takbir import Malaysia!!!)takbbir kat sini berlainan daripada Malaysia, kat sini lebih keras dan bersemangat!Kat sini ummi copy pastekan 2 artikel yang saling berkaitan.KEBINATANGAN!!!

SEMBELIHLAH SIFAT KEBINATANGANMU
sumber dari sini.


"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."
Surah Al-Hajj Ayat 37

Tafsiran Ringkas :

Allah tidak menginginkan sesuatu dari makhluk, samada berupa daging dan darah binatang korban mahupun hadiah.Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Kepunyaan Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi, juga antara keduanya. Sebaliknya makhluklah yang memerlukan pertolongan dan bantuan dari Allah.

Menyembelih binatang korban itu dihubungkan dengan sifat ikhlas dan taqwa. Keikhlasan adalah syarat sesuatu amalan diterima. Iaitu melakukan sesuatu hanya kerana Allah. Tidak kerana yang lainnya. Manakala takwa pula sifat berhati-hati dalam semua tindakan yang berkaitan hati, perbuatan dan percakapan, khuatir mendapat kemurkaan Allah.

Perbuatan menyembelih korban, dapat mempengaruhi batin manusia, iaitu hati, kerana dapat menjadikan hati menjadi gementar ketika nama Allah disebut. Mengakui kebesaran dan keagungan Allah, menyedari kekerdilan dan kelemahan diri.
Korban juga menjadi lambang kerelaan diri untuk mengorbankan hidup, dan segala sesuatu yang dimiliki untuk membela kebenaran atau yang hak. Tentunya berdasarkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Walau sesukar mana cabaran dan dugaan yang dihadapi dalam menegakkan kebenaran itu, hati tetap teguh dan tidak mudah goyah. Keazaman tetap kuat untuk menegakkan kebenaran, bibir tetap tersenyum dengan kesabaran yang indah.

Waktu korban yang telah ditentukan waktunya, ini bermaksud agar seluruh hati kaum Muslimin seluruh dunia berdenyut dalam waktu yang sama untuk melaksanakan satu cita-cita. Dengan demikian, ibadah korban memimpin manusia untuk mengembangkan cita-cita berkorban untuk kepentingan ummah secara keseluruhan. Tidak hanya memikirkan kepentingan peribadi.

Binatang yang dikorbankan melambangkan sifat kebinatangan dalam diri, maka dengan menyembelih binatang korban mengingatkan kepada manusia untuk menyembelih sifat kebinatangan dalam yang ada dalam diri. Biarlah sifat-sifat kotor seperti buas, tamak, rakus itu mengalir keluar dari tubuh kita sebagaimana darah yang mengalir ketika terputusnya urat marih dan halkum binatang korban.
Sembelihlah sifat kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Jadilah Manusia yang Allah Sayang.



CCTV rakam amah hempas bayi ke lantai

Sumber: Berita Harian Online
dari blog sini.
TANJUNG MALIM: Seorang bayi perempuan parah selepas dipercayai didera pembantu rumah yang bertindak menghempasnya ke lantai sebelum mengangkat bayi malang itu dengan menarik rambutnya yang kemudian dihumban keluar dari bilik tidur ke ruang tamu di Jalan Kempas, Proton City, dekat sini.

Perbuatan kejam pembantu rumah warga Indonesia berusia 30-an itu disyaki dilakukan kira-kira jam 6 petang pada Selasa lalu ketika bayi berkenaan nyenyak tidur di atas katil manakala ibu bapa bayi berusia setahun lapan bulan itu masih di tempat kerja masing-masing.

Ketua Polis Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan, berkata perbuatan terhadap bayi bernama Allysa Idrina Azizan itu dikesan ibunya selepas menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah mereka ekoran melihat kecederaan teruk pada tubuh anaknya.



Katanya, sebelum itu, bapa mangsa yang bekerja di sebuah bank di Teluk Intan diberitahu isterinya bahawa terdapat kesan lebam pada muka dan pipi anak mereka manakala biji mata kanannya berdarah selepas isterinya pulang dari bekerja.

"Ibu mangsa bersama pembantu rumah itu yang baru lapan bulan bekerja dengannya membawa Allysa ke sebuah klinik di pekan ini dan hasil pemeriksaan awal doktor mengesahkan kesan kecederaan pada muka dan mata bayi itu disebabkan terjatuh atau terkena hempasan atas permukaan keras .

“Oleh kerana tidak sedap hati dengan laporan doktor, , ibu mangsa melihat semula rakaman CCTV dalam rumahnya dan terkejut melihat pembantu rumahnya menarik kaki anak perempuannya yang tidur lalu menghempasnya ke lantai dan beberapa minit kemudian kelihatan wanita itu menarik rambut bayi perempuan itu sehingga terangkat kedua-dua kaki lalu mencampaknya dari bilik sehingga ruang tamu dengan kejam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Tanjung Malim, semalam.

Mohd Ali berkata, oleh kerana ketakutan ibu mangsa menelefon jiran meminta menemaninya dan menelefon suaminya di Teluk Intan sebelum membuat laporan di Balai Polis Behrang Stesyen kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Katanya, polis menahan pembantu rumah yang berasal dari Bandung itu kira-kira jam 2.15 pagi hari sama dan direman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.





Saturday, November 28, 2009

1ST DAY OF RAYA KORBAN!


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JAM SEKARANG 6.44 PAGI.CUACA DAH MENCECAH 7 DARJAH CELCIUS!!!!TAKDER MATAHARI DAH!AHLAN YA SYITA'.SEJUK DAH BERMULA!TANGAN UMMIPUN DAH BEKU NIH!
SALAM AIDIL FITRI DARI BUMI JORDAN...MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUANYA...
INSYA ALLAH PANJANG UMUR KITA AKAN BERJUMPA LAGI.
كل عام وأنتم بخير

HARI PERTAMA ( SEMALAM ) KAMI KE RUMAH SAHABAT ABI- U.JAMIL.KAMI BERJALAN KAKI KE SANA.DALAM PERJALANAN ADA SATU KAWASAN LAPANG UNTUK PENYEMBELIHAN KHORUF ( BIRI2).SERONOK TENGOK. KELDAI DAN KUDAPUN ADA.SIAP JADI MACAM SATU PESTA PULAK!



FAQEH TERSALAH LORONG!NAK CEPAT SANGATLAH TUH!


FAQEH TERUJA TENGOK KHORUF DISEMBELIH DAN DILAPAH!


2 anak beranakk tgh asyik tgk keadaan sekeliling!


alhamdulillah..3 buah keluarga datang beraya ke rumah kami..ni anak2 tgh seronok bermain!


alhamdulillah..inilah 3 buah keluarga yang memeriahkan rumah kami..kak aizah, kak dah dan kak emma..semuanya ceria2 belaka!syukran datang rumah kami yer!



oklah..ada 2 keluarga dari Amman nak datang nih..ummi nak gi masak nih!nak masak apa yer?nasi bukhori ker apa ker?ker nasi minyak?ker rendang daging unta?ker daging buaya mama miya?huhu


Thursday, November 26, 2009

BERJUANGLAH !!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم


DITUJUKAN KHAS BUAT SEMUA PERANTAU2
YANG SENTIASA DAHAGAKAN ILMU2 ALLAH.
SEMOGA SENTIASA TABAH MENGHADAPI
SEGALA TRIBULASI DAN MEHNAH
DALAM PERJUANGAN INI.
SELAMAT BERJUANG SAHABATKU!!!



TETAMU DATARAN SYAM

Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada’ pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu’tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik-adikku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubuh Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cinta kehidupan
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama’ sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam

Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995

sumber dari sini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Perantau -The Zikr

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatan anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
Bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





ANAK KHATULISTIWA VS ANAK MEDITERRANEAN


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Jam sekarang menunjukkan pukul 1 pagi, cuaca 10 darjah selsius( ejaan dalam bm ).
Petang tadi ummi dapat YM daripada pihak PERMAI

PMK PERMAI:
"HAMKA:

Penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman dan iman

yang kuat akan menambah baik dan tinggi mutu amalan." .
p/s: Sama-sama sahut seruan HAMKA di Dewan Al-Farabi jam 6.30pm hari ini!

Hajat di hati ummi memang ingin ke sana juga, tapi memandangkan cuaca yang amatlah sejuk ini, dan bimbangkan anak2, hanya my hubby sahaja yang pergi.Takper, selepas my hubby balik dari ceramah tersebut, dia ceritakan pula pada ummi apa intipati ceramah yang disampaikan oleh penceramah.

Antara yang menarik minat ialah..
" hendaklah kita mengambil peluang menambahkan ibadat di sepuluh hari pertama

Zulhijjah ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah"
dan
" dalam musim yang amat dingin ini..ketahuilah Allah Maha Mengetahui tentang

kepayahan dan keperitan untuk belajar di musim ini dan di bumi syuhada' ini

berbanding di Malaysia "

Di sini ummi titipkan pengalaman seorang hafiz yang sedang mengejar mutiara2 ilmu di bumi Mediterranean ini..

ANAK KHATULISTIWA VS ANAK MEDITERRANEAN.

Ummi ambik dari blog beliau di sini.





CERITA ANAK KHATULISTIWA.

P/S : Cerita ini cukup berkaitan dengan yang hidup, mahupun yang telah mati. Tujuan ianya diceritakan semula adalah untuk diambil iktibar oleh mereka yang masih hidup. Samada menghirup nafas dari oksigen bekalan Tropika di Khatulistiwa malahan yang menghirup udara di garisan ekstrim, Mediterranean. Iktibar yang baik adalah dengan membacanya dengan kaedah : Al-I'tibaar bi 'umuum al-lafz, laa bi khusuus al-Sabab...Terima Kasih.


Tepat jam 5.30 pagi. Jam surau berjenama Protime sumbangan ahli korporat berdecit-decit.

Azan berkumandang dari corong speaker TOA Model TC-650 M, buatan asli diimport dari negeri matahari terbit, Jepun. Jelas dan nyata. Menggerudi anak telinga yang masih nyenyak tidur. Ayam jantan Khatulistiwa pula sudah kering anak tengkuknya memanggil-manggil anak Adam ke masjid.

Namun, tentera syaitan yang berikrar dihadapan Allah, bahawa hidup dan matinya akan diwaqafkan untuk menyesatkan anak-anak Adam tidak akan lena. "Sejuk diluar sana, 27 darjah selsius...tidurlah.." Bisik anak murid Azazil.

Ya, Sejuuuuk...Lalu, selimut cotton cap Angsa yang berkerut di hujung kaki ditarik semula menutupi seluruh badan. Maka, nyenyaklah kembali. Bertepuk tangan dan 'bertakbirlah' tentera syaitan. Anak Adam ini tewas dengan bisikannya.

Anak Mediterranean

Tepat jam 11 malam, suhu sudah menjangkau 3 darjah selsius. Anak Mediterranean bersiap untuk melelapkan mata. Lampu dan pemanas udara dimatikan. Mata dipejam, ditekap pula dengan penutup mata kulit, mengelak dingin malam menggigit. Hampir sejam berhempas pulas dengan gigitan dingin malam, barulah anak matanya sudi dibawa beradu. Lantas nyenyaklah.

Pukul 3 pagi, azan subuh pula berkumandang. Mata baru dilelapkan tidak sampai 4 jam. Tiada ayam jantan yang menjadi loceng. Selimut setebal karpet dewan legar Hotel Sheraton di Zamzam Tower , Mekkah dicungkil-cungkil untuk diangkat. Selimut seberat 10 kilogram bukan sembarangan untuk dikalih ke tepi.

Suhu di luar rumah pula mencapai negatif. Pemanas air dinyalakan untuk bewuduk. Selesai wuduk, dilapkan tangan dan jari yang hampir kejang dan membeku itu.

Jaket tebal disarung ke badan sebagai benteng kelima selepas beberapa helai baju, singlet dan kemeja disarung. Stokin pula tiga lapis dikaki. Khuf yang dulu belajar sebagai teori bagi menghabiskan silibus Matan Ghayah, kini menjadi amali. Berkasut, membelah sunyi pagi yang bertemankan bayu sedingin freezer di pasar raya Tesco.

Wap air kelihatan setiap kali nafas terhembus keluar. Tangan disorokkan ke dalam jaket tebal, tengkuk disedut sependek mungkin dengan menjungkilkan bahu ke atas. Mengelak kesejukan. Kayuhan kaki terkadang melencong kerana gigilan semakin kuat lantaran kesejukan yang semakin menggigit.

Akhirnya tiba di Masjid. Sedikit haba dari 'aircond' memanaskan udara di ruang solat. Selesai solat, berfikir sepuluh kali untuk melangkahkan kaki semula ke rumah untuk bersiap sedia ke Universiti.

Pukul 7 pagi. Suhu masih terlalu sejuk. Yang seronok untuk dilayan adalah tidur dengan berbungkuskan 'karpet ruang legar Hotel Sheraton'. Namun, teringatkan bayaran yang tidak murah untuk ke bumi Syuhada' ini, kaki, mata dan seluruh anggota digagahkan untuk menahan sejuk, nafsu dan kerenah arab. Melangkah juga akhirnya ke dewan kuliah.

Anak Khatulistiwa

Matahari tergelincir ke barat. Bayang pula sudah memanjang ke timur. Azan berkumandang lagi. Hiruk-piruk kota masih dipuncak. Masing-masing anak kota mengejar dunia, seolah akhirat hilang nilaiannya.

"Ana baru habis kelas, nak salin baju dulu..kita jumpa di masjid lepas ni ye..insya Allah..." Insya Allahnya hanyalah sebagai tanda janji itu akan dinodai. Salin baju hanyalah alasan untuk melelapkan mata di katil empuk.

"Saya sibuk ni, kejap lagi la baru solat..tak makan lagi ni..kan kita baru je Lunch..." Akhirnya waktu Lunch tamat tanpa sempat menunaikan wajib Zuhur. Terus ke Office dek bimbang lewat lantas gaji terpotong.

Segelintir melayan kerenah anak matanya yang makin mengecil. Kelopak mata yang makin memberat. Sehingga wuduk zuhurnya masih basah saat ketika azan Asar berkumandang.

Usai Asar di garisan Khatulistiwa, makanan terhidang untuk disantap. Air tersedia untuk dihirup. Cuma pilihannya, apakah sebelum ke padang atau selepasnya. Meski itu bukan pilihan, daging kari, ayam merah, tomyam, Kuew Tiau Kungfu tersedia di kedai makan berhampiran. Pun begitu, masih ada dengusan yang tak enak di dengar berpunca dari makanan yang 'tak enak' dimakan. Menu, daging kari, sayur, sambal, kicap dan nasi tomato.


Azan Maghrib berkumandang. Anak Khaulistiwa lebih enak menunaikan fardhu itu di surau-surau persendirian dari menunaikannya di masjid.

Isya' pula bertamu. Panasnya... Mana la kipas-kipas di masjid ni...? Kenapa la tak pasang aircond...? Baik la solat kat bilik. Setengahnya pula sedang menyantap nasi goreng pataya dan air oren dengan ais kurang.

Anak Mediterranean

Tepat jam 11 pagi, perut mula bertutur tanpa tatabahasa. Dr. Muhammad (bukan nama sebenar) masih masyuk mengulas dan menerangkan tajuk-tajuk yang masih berbaki.

11:20, azan Zuhur berkumandang. Usai kelas, bergegas pulang dan akan tiba di rumah tepat jam 12:30. Perut lapar, namun Solat harus diutamakan kerana bimbang azan Asar akan berkumandang setengah jam kemudia. Kurang benar khusyuk solat kami, anak Mediterranean.

Asar pula berkumandang. hanya sempat menjerang nasi sebelum ke masjid bersolat Asar secara jemaah. Balik dari solat Asar, pastinya tidak akan ada makanan yang siap terhidang. Manna dan Salwa tidak ditakdirkan untuk kami.

Kupas bawang dengan begitu 'sedih', air mata berjejeran tumpah. Hiris lada dan airnya pula terkena pipi. Panas sampai ke malam. Dan akhirnya, barulah hidangan tersedia dan kami menyantapnya dengan nikmat dan syukur. Menunya, hanya telur goreng dan sos tomata yang dicampur sedikit kicap dan lada. Alhamdulillah.

Belum sempat talam berlapik plastik, (demi menjimatkan air) disimpan, azan Maghrib berkumandang dan akan disusuli dengan Iqamah 5 minit selepasnya. Jam baru menunjukkan 4.30 petang ( baca malam )

Isya' selesai dikerjakan. Jam baru menunjukkan 6.20 malam. (petang?) Kelas tafaqquh yang tidak diwajibkan atau murajaah tanpa mursyid pasti mengundang jemu dan malas. Ambillah yang berkenan.



Makanan rutin Kami, Anak Mediterranean..Buatan sendiri...

Usai, kembali ke rumah untuk mengalas perut yang semakin berkeroncong dipukul dingin bayu dengan ulian gandum arab yang digoreng ( cekodok aka jjeput mmalah ) Sebelum membuka kitab yang fully berbahasa arab untuk persedian kuliah keesokannya. Nasib baik kamus e Miftah menjadi teman yang setia. Mengelilingi meja bulat dengan suhu ekstrim.Bersabarlah..Hanya untuk tiga tahun kita di sini.


Muraja'ah rutin setiap malam..Kalaulah anak Khatulistiwa juga begini....

Ya Allah, kuatkanlah anak Mediterranean untuk menghadapi dugaan ini...Tanamkanlah dalam jiwa mereka kesabaran yang tinggi..

Ya Allah, syukurkanlah anak Khatulistiwa dalam menikmati hikmat dan nikmat dari-Mu...








Wednesday, November 25, 2009

HASIL BELIAN DI BALAD!

asaalamualaikum..jam menunujukkan kul 4 pagi.Kejap lagi dah nak subuh.Cuaca mencecah 9 darjah celcius.Teramatlah sejuknyer!Siang semalam pun 9 darjah celcius gak, tapi ada matahari.Pelik memang pelik.Suasana amatlah sejuk, tapi matahari muncul.

Ummi nak sambung entri sebelum ni..Inilah barang2 yang ummi sempat belikan untuk anak2 ummi yang disayangi!Juga sebagai hadiah kepada anak2 ummi.SEKARANG DAH TAK MINUM SUSU PAKAI BOTOL DAH! DAH PAKAI GELAS JER! Alhamdulillah..ketiga2 anak ummi pakai gelas termasuk adik faseh.Yerlah bila dia tengok kakak dan abangnya minum pakai gelas, diapun minta samala! Alhamdulillah..memudahkan urusan ummi, nak cari puting botol amatlah payah kat sini dan kalu adapun di farmasi dan amatlah mahalnya!



ni namanya legging..ummi beli sebab sekarang ni musim sejuk.Lagipun adik faseh dan abang faqeh amatlah payah nak pakai stokin!Jadi sekarang bila pakai legging ni, tak boleh nak cabut dah stokinnya.Lagipun legging ni ketat dan rapat pada kaki anak2 ummi nih,barulah angin sejuk tak masukkan..




man in black!




ok ini pulak kasut merangkap selipar dalam rumah.Anak2 ummi ni memang payah nak lekat stokin, dan kalu lekatpun selalu jer basah stokin nyer..jadi inisiatifnya ummi belikan kasut yang comel ini.dan sekarang alhamdulillah selalu pakai.


kak jannah berposing dengan DORA THE EXPLORER! kartun faberet dia.


abang faqeh dengan HOT WHEEL nya.Minat bangat dengan keter nih.Lagi satu sebab warna hitam.Dari kecik lagi memang minat sangat dengan warna hitam!


adik faseh dengan ELMO'S WORLD!adik suka sangat time elmo ketawa..hahahaha!







Monday, November 23, 2009

OUR 1ST JOURNEY TO BALAD!

bismillahirrohmanirrahim..assalamualaikum.. jam menunujukkan 10.40 am.cuaca 11 darjah celcius...sejuklah jugak..nak jemur baju kat luarpun memang tak sanggup.Terpaksa jemur dalam rumah jer.3,4 hari barulah kering!

kali ni ummi nak bercerita ttg pengalaman pertama kami sekeluarga ke balad!(bandar).
pada sabtu yang lepas,kami berlima menaiki teksi dari rumah.Kebiasaannya memang payah teksi nak berhenti sebab tengok kami bawa anak ramai!( huhu, memang sedih, org arab tak ramai anak, paling ramai 2 org jer!tak tahulah kenapakan?)

setelah menahan teksi yang ketiga barulah teksi berhenti, alhamdulillah..sampai jer di tempat yang dituju,pemandu teksi mengenakan bayaran JD 2 !huish biasanya JD 1 jer! memula hubby taknak bayar, tapi fikirkan nanti ada kesan tak baik kepada kami sekeluarga, maka dengan berat hatinya hubby bayar!

sampai jer, ramai nya manusia kat pasar nih.Ini antara pasar yang paling mahsyur di Jordan.Memang murah dan banyak pilihan yang disediakan.Tapi yang tak tahannya terlalu bising!Semua peniaga ingin mempromosikan kedai dan barangan masing.Maka bingitlah telinga dibuatnya.Jadi macam pesta nyanyian di tepi jalan pulak.Kadang2 seronook pulak nengoknya.Kelakar pun ada gak.Siap buat lagu dan berjoget2 tengah laluan orang ramai.hehe





ni gambar sebelum keluar ke balad!so excited!


jannah duk nak pilih baju mana nak dibeli


faseh tersengih kambing!


faqeh dengan mata boollatnyer!



antara barang2 yang dijual di sini.


kita minum dulu!dahaganya!


jannah berposing di belakang timbunan kain2!

ummi berehat dulu.Lunch hour!Malam nanti ummi sambung lagi..

SALAM EIDUL ADHA!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kelebihan Bulan Zulhijjah 10 Hari Pertama
www.iluvislam.com
Editor: deynarashid


Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. Esok (18.11.09) merupakan permulaan kepada bulan Zulhijjah pada tahun ini. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith. Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah



Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”

Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengmbil pandnagan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).


Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,

“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj


“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi


“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)



JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA

1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :

Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).


Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.


3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.

Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).


6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.


7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :


“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”


dan di dalam riwayat lain :


“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :


“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.


Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.


10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.



--------------------------------------------------------------------------------
diambil daripada: http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=14&parent=06



BABY IN ROMPER CONTEST

ASSALAMUALAIKUM..JAM MENUNJUKKAN 2 PAGI.CUACA MENCECAH 1O DARJAH CELCIUS.KALI NI UMMI LAGI2 DAN LAGI NAK MASUK CONTEST.HUHU.ANAK2 UMMI SEMUANYA ADA ROMPER MASING2..TAPI DAH TERLEBIH UMUR, JADINYA BB ASUHAN UMMI JER YANG LAYAK MASUK.
TAJUK KALI NI BABY IN ROMPER CONTEST.

CONTEST NI DIANJURKAN OLEH KAK NGAH. DAN KEDAINYA DI SINI.




nama:


ASIAH AWATIFF BT AIMAN


tarikh lahir:

28.6.09



NI UMMI COPY PASTE DARI BLOG KAK NGAH NIH.

setelah berkoyan-koyan saya joint kontes
kali ni saya punyer turn lak anjur kontes
saya memang minat romper
since dari adam kecik lagi suke beli romper
sampai la ke adief
tapi.. mak yong tak suke romper
baju gendong beruk katanya kehkehkeh!!
kalau hantar romper, sampai sudah la tak dipakaikannyer
sabau jek la kan..
ntah la... saya tengok kemas jek bila anak pakai romper
takde la kes perut terjojol hahaha!!



t&c

1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest' -sudah!
[hanya tajuk ini yang diterima]
2. upload gambar baby anda yang beromper ittew- beres!
[overall tak masuk senarai tau!]
3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah- 5 bulan, oklah!
[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...]
4. bermula dari harini hingga 24 nov - epi bday to adeeb!
[sempena birthday adeeb lewww]
5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper- dah jadik!
[tiada unsur paksaan]
6. pastikan ada link me & kodai me sekali - semuanya dah ader!
[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]
7. juga di bloglist anda --semuanya ada!silalah semak.
[wajip]
8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified
[nasib kome la yer...]
9. no votes, no slogan - bagus2!
[korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]
10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja
[senang saya nak jengah nanti]
11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer.. -tak lupe
[jangan luperrrr...]


sonang yo kan???!! -yup, memang sonang, nak monang jer susah!


Sunday, November 22, 2009

EGO


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sahabat2,

Kita perlu ingat ada satu sifat Allah yang tidak boleh diambil dan ditiru kerana ia hanya khusus untuk Allah sahaja.Sifat itu ialah sifat Al-Kabir, yang bererti sombong ataupun ego . Ini merujuk kepada sebuah hadis yang berbunyi :

“Kabir (sombong) itu adalah selendangku (pakaianku) dan barang siapa yang mengambilnya bererti dia telah menanggalkan pakaianku”.

Jesteru itu, ada baiknya kita menilai diri kita, adakah kita mempunyai sifat ego didalam diri kita atau sebaliknya.Mari kita lihat tanda-tandanya.

1. Kalau diberi sesuatu jawatan dia rasa seronok atau terhibur

Kalau seseorg itu diberi jawatan sama ada kecil @ besar, dia rasa senang hati atau bangga. Tidak pernah b’susah hati, sedangkan org yg tiada sifat ego dlm dirinya dia akn rasa takut utk menerima jawatan itu. Hendak ditolak tidak patut krn telah diberi kepercayaan, ttp dia takut & bimbang kalau-kalau gagal dlm memikul tanggungjawabnya dan akn dipersoalkan di akhirat kelak.

2. Kalau dia seorang pemimpin dia bersikap kasar

Kalau dia pemimpin, dia tidak pernah memikirkan perasaan anak buahnya. Arahannya lebih berbentuk suruhan drpd meminta bantuan. Dia tidak mengira sama ada anak buahnya tersinggung ataupun tidak asalkan kerjanya siap.

3. Kalau tidak terlantik rasa tidak senang

Dia akn merasa susah hati @ tergugat apbila org lain memegang jawatan yg dia rasakan m’pu utk m’jawatnya. Dia jg akan merasa tidak senang sekiranya ditukarkan jawatan ke bhgn lain apatah lagi jika diturunkan pangkat. Org yg tidak ego akan b’khidmat selagi mampu dgn tidak mengira jawatan apa sekalipun asalkan dpt mberi sumbangan dan tidak bertentangan dgn syariat.

4. Kalau dia pengikut susah hendak ikut cakap

Kalau dia menjadi anak buah, dia payah hendak patuh dan taat kepada ketuanya. Kalau patuhpun kerana segan dimarahi ataupun krn diperhatikan org. Dia t’paksa m’buat kerja krn rela paksa ttp bkn ikhlas krn Allah.

5. Mudah marah

Orang yang ego cepat marah dan mudah tersinggung atau melenting. Kata-kata orang lain tidak diambil kira lagi apabila marahnya memuncak. Kalaupun marah itu tidak dizahirkan, tetapi perasaan marah dan benci itu tetap terpendam di dalam hatinya malah sukar untuk memaafkan orang lain.

6. Mudah tersinggung

Didlm sifat org yg pemarah itu, dia jg m’punyai sifat yg t’lalu emosional & mudah tersinggung. Dia tidak boleh melihat org lain lebih baik drpdnya, tidak boleh ditegur dan tidak boleh ada org yg cepat buat kesilapan, dia akan mudah terasa malah lebih teruk lagi jika dia akn merajuk. Kononnya nak minta org pujuklah tu.

7. Suka Berkawan dgn org bawahan supaya dirinya lebih menonjol

Dlm berkawan, dia gemar memilih kawan dari kalangan yang tidak menonjol atau org yg lebih rendah taraf atau pangkatnya dan tujuannya bukanlah utk bermesra tetapi supaya kehadirannya akan dirasai oleh oranr lain. Agar kemana-mana dia pergi orang akan nampak dia. Dia tidak senang hati kalau di dlm sesuatu majlis itu, dirinya tenggelam dan tidak diperasani oleh org lain.

8. Sukar untuk menerima pendapat orang lain

Orang ego pastinya tidak dapat menerima hakikat ada orang lain yang lebih tahu atau lebih daripadanya. Lebih-lebih lagi sekiranya dirinya dikenali ramai ataupun seorang pemimpin, pasti dia sukar untuk menerima teguran daripada anak buahnya walaupun teguran itu benar. Juga sukar bagi seseorang yang lebih tua untuk menerima kata-kata seseorang yang lebih muda daripadanya.

9. Dlm majlis perbincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan

Tidak kira dalam majlis perbincangan rasmi atau tidak rasmi, dia tidak senang mendengar orang lain memberi pandangan atau pendapat.

10. Dlm majlis p’bincangan, tidak senang org lain m’beri pandangan

Apabila berada di dalam sesuatu majlis, dia suka menyampuk dan sering memotong percakapan orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya percakapan itu tidak bersesuaian dengan kehendak dan pandangannya. Mungkin juga supaya org nampak bhw dia banyak m’beri p’dapat dan pandangan di dlm majlis itu.

11. Di dalam majlis, hanya suka pandangannya sahaja diterima

Di dalam majlis juga, dia sukar mendengar apatah lagi menerima pendapat orang lain. Pendapatnya sahaja yang hendak didengar dan diterima pakai. Tambahan pula, kalau dia merasakan pendapatnya itu lebih baik.

12. Tidak senang kalau kemajuan tercetus di tangan orang lain

Walaupun org itu drpd kumpulan @ organisasi yg sama, dia tetap tidak senang kalau kemajuan itu t’cetus bukan dr hasil usahanya apatah lagi kalau org itu m’dpt pujian dan disanjung oleh orang lain. Dia ingin kemajuan dicetus ditangannya agar orang lain mengenalinya, memujinya dan menyanjunginya.

13. Sering bercakap dengan suara yang tinggi

Ketika berkata-kata, suaranya sering melebihi had yang sepatutnya. Ini lebih ketara apabila merah ataupun tidak puas hati. Dia tidak tahan dicabar, pasti dia akan mencabar semula.

14. Dia lebih gemar memperkenalkan dirinya

Kalau dia b’buat kerjanya @ dlm konteks yg lebih luas ruang lingkup serta peranan yg perlu dimainkan. Dia lebih gemar m’p’kenalkan tentang dirinya atau bhgn yg dipegangnya drpd m’perkenalkan ketuanya atau kumpulannya.

15. Sembahyang lewat serta tidak mahu berdoa selepas sembahyang

Melengah-lengahkan solat tandanya orang itu sombong dengan tuhan. Dia lupa bahawa tuhan yang menentukan masa depannya tetapi dia tidak mahu berdoa selepas solat walaupun sekejap. Lebih baik lagi jika dia sujud syukur setiap kali selepas menunaikan solat agar lahir rasa bersyukur memandangkan mungkin ketika membuat aktiviti harian kita terlupa atau terlalai untuk mengucapkan syukur atas nikmat Allah yg dikurniakan kpd kita.




PEMIMPIN KERAS, TEGAS DAN LEMAH LEMBUT SEMATA-MATA KERANA ALLAH

Saidina Umar R.A, khalifah yang kedua pernah berpidato ketika dilantik menjadi pemimpin umat Islam. Di antara kata-katanya ialah :

Alhamdulillah,

Aku diuji oleh Allah sbg pemimpin anda sekelian dan anda pun diuji Allah di bawah kepimpinanku. Sesungguhnya jawatan adlah cabaran. Jawatan adalah tempat ujian yg dtg bertubi-tubi. Wahai kaum muslimin ! Aku ini hanya salah seorg di kalangan kamu. Ya Allah ! Aku ini kasar berilah aku sifat lemah lembut, aku ini lemah maka berikanlah aku kekuatan. Aku dgn rakyat banyak takut dgn sifat kekerasan dan kekasaranku. Waktu aku b’sama Rasullulah, akulah yg m’jd pelayan dan hambanya, tidak ada seorg manusia yg dpt menyamai sifat lemah lembut dan kasih sayangnya t’hdp kaum muslimin. Kemudian aku memegang urusanmu. Wahai kaum muslimin ! ketahuilah bhw kekesaranku telah b’lipat kali ganda, ttp ia hanya akan ku gunakan t’hdp org-org yg suka kedamaian, jujur dan patuh maka aku akn b’sifat lemah lembut t’hdp mrk. Aku tidak akn m’biarkan sehingga b’lakunya seseorg mengenainya atau menyakiti orang lain. Aku akan letakkan pipinya ke tanah sehingga dia tunduk kepada kebesaran dan bersifat baik

Mari kita renung balik..adakah masih ada ciri2 yg dijelaskan tadi..

Sebagai muhasabah untuk diri ini,seorang insan biasa dan hamba Allah,dan juga untuk sahabat2...