Pages

Thursday, November 26, 2009

ANAK KHATULISTIWA VS ANAK MEDITERRANEAN


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم

Jam sekarang menunjukkan pukul 1 pagi, cuaca 10 darjah selsius( ejaan dalam bm ).
Petang tadi ummi dapat YM daripada pihak PERMAI

PMK PERMAI:
"HAMKA:

Penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman dan iman

yang kuat akan menambah baik dan tinggi mutu amalan." .
p/s: Sama-sama sahut seruan HAMKA di Dewan Al-Farabi jam 6.30pm hari ini!

Hajat di hati ummi memang ingin ke sana juga, tapi memandangkan cuaca yang amatlah sejuk ini, dan bimbangkan anak2, hanya my hubby sahaja yang pergi.Takper, selepas my hubby balik dari ceramah tersebut, dia ceritakan pula pada ummi apa intipati ceramah yang disampaikan oleh penceramah.

Antara yang menarik minat ialah..
" hendaklah kita mengambil peluang menambahkan ibadat di sepuluh hari pertama

Zulhijjah ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah"
dan
" dalam musim yang amat dingin ini..ketahuilah Allah Maha Mengetahui tentang

kepayahan dan keperitan untuk belajar di musim ini dan di bumi syuhada' ini

berbanding di Malaysia "

Di sini ummi titipkan pengalaman seorang hafiz yang sedang mengejar mutiara2 ilmu di bumi Mediterranean ini..

ANAK KHATULISTIWA VS ANAK MEDITERRANEAN.

Ummi ambik dari blog beliau di sini.





CERITA ANAK KHATULISTIWA.

P/S : Cerita ini cukup berkaitan dengan yang hidup, mahupun yang telah mati. Tujuan ianya diceritakan semula adalah untuk diambil iktibar oleh mereka yang masih hidup. Samada menghirup nafas dari oksigen bekalan Tropika di Khatulistiwa malahan yang menghirup udara di garisan ekstrim, Mediterranean. Iktibar yang baik adalah dengan membacanya dengan kaedah : Al-I'tibaar bi 'umuum al-lafz, laa bi khusuus al-Sabab...Terima Kasih.


Tepat jam 5.30 pagi. Jam surau berjenama Protime sumbangan ahli korporat berdecit-decit.

Azan berkumandang dari corong speaker TOA Model TC-650 M, buatan asli diimport dari negeri matahari terbit, Jepun. Jelas dan nyata. Menggerudi anak telinga yang masih nyenyak tidur. Ayam jantan Khatulistiwa pula sudah kering anak tengkuknya memanggil-manggil anak Adam ke masjid.

Namun, tentera syaitan yang berikrar dihadapan Allah, bahawa hidup dan matinya akan diwaqafkan untuk menyesatkan anak-anak Adam tidak akan lena. "Sejuk diluar sana, 27 darjah selsius...tidurlah.." Bisik anak murid Azazil.

Ya, Sejuuuuk...Lalu, selimut cotton cap Angsa yang berkerut di hujung kaki ditarik semula menutupi seluruh badan. Maka, nyenyaklah kembali. Bertepuk tangan dan 'bertakbirlah' tentera syaitan. Anak Adam ini tewas dengan bisikannya.

Anak Mediterranean

Tepat jam 11 malam, suhu sudah menjangkau 3 darjah selsius. Anak Mediterranean bersiap untuk melelapkan mata. Lampu dan pemanas udara dimatikan. Mata dipejam, ditekap pula dengan penutup mata kulit, mengelak dingin malam menggigit. Hampir sejam berhempas pulas dengan gigitan dingin malam, barulah anak matanya sudi dibawa beradu. Lantas nyenyaklah.

Pukul 3 pagi, azan subuh pula berkumandang. Mata baru dilelapkan tidak sampai 4 jam. Tiada ayam jantan yang menjadi loceng. Selimut setebal karpet dewan legar Hotel Sheraton di Zamzam Tower , Mekkah dicungkil-cungkil untuk diangkat. Selimut seberat 10 kilogram bukan sembarangan untuk dikalih ke tepi.

Suhu di luar rumah pula mencapai negatif. Pemanas air dinyalakan untuk bewuduk. Selesai wuduk, dilapkan tangan dan jari yang hampir kejang dan membeku itu.

Jaket tebal disarung ke badan sebagai benteng kelima selepas beberapa helai baju, singlet dan kemeja disarung. Stokin pula tiga lapis dikaki. Khuf yang dulu belajar sebagai teori bagi menghabiskan silibus Matan Ghayah, kini menjadi amali. Berkasut, membelah sunyi pagi yang bertemankan bayu sedingin freezer di pasar raya Tesco.

Wap air kelihatan setiap kali nafas terhembus keluar. Tangan disorokkan ke dalam jaket tebal, tengkuk disedut sependek mungkin dengan menjungkilkan bahu ke atas. Mengelak kesejukan. Kayuhan kaki terkadang melencong kerana gigilan semakin kuat lantaran kesejukan yang semakin menggigit.

Akhirnya tiba di Masjid. Sedikit haba dari 'aircond' memanaskan udara di ruang solat. Selesai solat, berfikir sepuluh kali untuk melangkahkan kaki semula ke rumah untuk bersiap sedia ke Universiti.

Pukul 7 pagi. Suhu masih terlalu sejuk. Yang seronok untuk dilayan adalah tidur dengan berbungkuskan 'karpet ruang legar Hotel Sheraton'. Namun, teringatkan bayaran yang tidak murah untuk ke bumi Syuhada' ini, kaki, mata dan seluruh anggota digagahkan untuk menahan sejuk, nafsu dan kerenah arab. Melangkah juga akhirnya ke dewan kuliah.

Anak Khatulistiwa

Matahari tergelincir ke barat. Bayang pula sudah memanjang ke timur. Azan berkumandang lagi. Hiruk-piruk kota masih dipuncak. Masing-masing anak kota mengejar dunia, seolah akhirat hilang nilaiannya.

"Ana baru habis kelas, nak salin baju dulu..kita jumpa di masjid lepas ni ye..insya Allah..." Insya Allahnya hanyalah sebagai tanda janji itu akan dinodai. Salin baju hanyalah alasan untuk melelapkan mata di katil empuk.

"Saya sibuk ni, kejap lagi la baru solat..tak makan lagi ni..kan kita baru je Lunch..." Akhirnya waktu Lunch tamat tanpa sempat menunaikan wajib Zuhur. Terus ke Office dek bimbang lewat lantas gaji terpotong.

Segelintir melayan kerenah anak matanya yang makin mengecil. Kelopak mata yang makin memberat. Sehingga wuduk zuhurnya masih basah saat ketika azan Asar berkumandang.

Usai Asar di garisan Khatulistiwa, makanan terhidang untuk disantap. Air tersedia untuk dihirup. Cuma pilihannya, apakah sebelum ke padang atau selepasnya. Meski itu bukan pilihan, daging kari, ayam merah, tomyam, Kuew Tiau Kungfu tersedia di kedai makan berhampiran. Pun begitu, masih ada dengusan yang tak enak di dengar berpunca dari makanan yang 'tak enak' dimakan. Menu, daging kari, sayur, sambal, kicap dan nasi tomato.


Azan Maghrib berkumandang. Anak Khaulistiwa lebih enak menunaikan fardhu itu di surau-surau persendirian dari menunaikannya di masjid.

Isya' pula bertamu. Panasnya... Mana la kipas-kipas di masjid ni...? Kenapa la tak pasang aircond...? Baik la solat kat bilik. Setengahnya pula sedang menyantap nasi goreng pataya dan air oren dengan ais kurang.

Anak Mediterranean

Tepat jam 11 pagi, perut mula bertutur tanpa tatabahasa. Dr. Muhammad (bukan nama sebenar) masih masyuk mengulas dan menerangkan tajuk-tajuk yang masih berbaki.

11:20, azan Zuhur berkumandang. Usai kelas, bergegas pulang dan akan tiba di rumah tepat jam 12:30. Perut lapar, namun Solat harus diutamakan kerana bimbang azan Asar akan berkumandang setengah jam kemudia. Kurang benar khusyuk solat kami, anak Mediterranean.

Asar pula berkumandang. hanya sempat menjerang nasi sebelum ke masjid bersolat Asar secara jemaah. Balik dari solat Asar, pastinya tidak akan ada makanan yang siap terhidang. Manna dan Salwa tidak ditakdirkan untuk kami.

Kupas bawang dengan begitu 'sedih', air mata berjejeran tumpah. Hiris lada dan airnya pula terkena pipi. Panas sampai ke malam. Dan akhirnya, barulah hidangan tersedia dan kami menyantapnya dengan nikmat dan syukur. Menunya, hanya telur goreng dan sos tomata yang dicampur sedikit kicap dan lada. Alhamdulillah.

Belum sempat talam berlapik plastik, (demi menjimatkan air) disimpan, azan Maghrib berkumandang dan akan disusuli dengan Iqamah 5 minit selepasnya. Jam baru menunjukkan 4.30 petang ( baca malam )

Isya' selesai dikerjakan. Jam baru menunjukkan 6.20 malam. (petang?) Kelas tafaqquh yang tidak diwajibkan atau murajaah tanpa mursyid pasti mengundang jemu dan malas. Ambillah yang berkenan.



Makanan rutin Kami, Anak Mediterranean..Buatan sendiri...

Usai, kembali ke rumah untuk mengalas perut yang semakin berkeroncong dipukul dingin bayu dengan ulian gandum arab yang digoreng ( cekodok aka jjeput mmalah ) Sebelum membuka kitab yang fully berbahasa arab untuk persedian kuliah keesokannya. Nasib baik kamus e Miftah menjadi teman yang setia. Mengelilingi meja bulat dengan suhu ekstrim.Bersabarlah..Hanya untuk tiga tahun kita di sini.


Muraja'ah rutin setiap malam..Kalaulah anak Khatulistiwa juga begini....

Ya Allah, kuatkanlah anak Mediterranean untuk menghadapi dugaan ini...Tanamkanlah dalam jiwa mereka kesabaran yang tinggi..

Ya Allah, syukurkanlah anak Khatulistiwa dalam menikmati hikmat dan nikmat dari-Mu...








2 comments:

hasanhusaini said...

Salam..Silakan..moga dapat manfaat bersama..

ummu faqeh said...

syukran jazilan...