Pages

Friday, December 18, 2009

ANAK ABI!!!

jam sekarang menunjukkan 7.00 pagi..sudah lama tidak mengupdate blog ini..Minggu lepas ummi yang demam..minggu in pula adik faseh pulak yang demam.. Suasana hujan lebat di luar sana...

Hari ni satu muharram.Adik faseh demam kuat semalam..ummi dalam keterpaksaan menyumbat ubat ke dalam bontotnya..Sudah sepuluh kali ummi abi berfikir, nak masukkan ker atau tidak..

Ya Allah hari ni merupakan hari ketiga adik faseh demam..Ya Allah,sembuhkanlah dan sihatkanlah dia Ya Allah..

Hari pertama..dia minum susu jer sikit..lepas tu semua makanan dia tak mahu..
Hari kedua..kami paksa dia makan telur dan kismis..itupun sikit jer yang dimakannya..
dan hari ini hari ketiga..harap2nya ada perubahan ..

adik faseh tidur meniarap di atas abi..

abi yang khusyuk membuat assignment...pengorbanan seorang abi...



sembuhkan dia Ya Allah...Kau tukarkanlah kesakitan yang ditanggung anakku ini dengan diriku..seorang ibu sanggup berbuat apa saja untuk kesihatan anaknya...

hari ketiga..adik demam ditemani tidur oleh abinya..

tidur adik tidak lena..dada selalu berombak2 dan setengah akan bangun meminta air masak...bibirnya kering..Ya Allah..sembuhkan dan sihatkan dia seperti sediakala..

SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA!!!



Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati." (Riwayat Bukhari) Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati." (Riwayat Muslim) mari pertingkat amal!O:-



4 comments:

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

comelnye tido 2 branak..

dah sihat ke? get well soon..

selamat tahun baru. moga tahun ni kita semua murah rezeki & byk benda baik berlaku.

Aznika said...

Salam Izma. Dah ok ke anak tu? cam teruk je demam dia..

ummu faqeh said...

mama miya..hehe memang comel..nampak sgt sayang kat abi dia..yerlah ibunya dok sibuk ngan bb instant dia..
hari ni hari kelima dah ok sikit, alhamdulillah..

salam maal hijrah juga..

ummu faqeh said...

ika...
alhamdulillah..dah masuk hari kelima..dah bertambah ok nampaknya..memang nampak teruk..tidur dengan mulut ternganga..mata tak tertutup rapat..setgh jam sekali mesti minta air masak..
takper..1st timw pglmn demem kat negara org!

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!