Pages

Friday, September 17, 2010

EID MUBARAK 1431.

Bismillah Walhamdulillah...
17 September 2010,bersamaan 8 Syawal 1431.Sudah 8 hari Syawal berlalu.Kemeriahan beraya di Jordan tidakkan sama dengan kemeriahan beraya di tanah air.Dari segi makanan dan suasananya sudah pasti.

Di Jordan....
pergi beraya di rumah jiran arab,gula2 dan kek menjadi hidangan mereka bersama Qohwah(kopi) ataupun syai ( teh).Budaya mereka sebegitu.Dan jika diberitahu kepada mereka..Masya Allah..mereka akan terkejut.
Malizi ( orang Malaysia ) ni banyak makan.Dahlah suka guna air banyak kata mereka.Mungkin di negara kita terlalu banyak airkan...

Dan suasana itu sudah dua kali kami sekeluarga lalui beraya eid fitri di sini.Dan insya Allah..berbaki lagi 3 tahun kami di sini.Sudah pastinya akan dirindui suasana berada di bumi anbiya' yang penuh keberkatan ini apabila sudah pulang ke Malaysia.

Namun apabila berada di sini..pastinya akan merindui suasana di Malaysia bukan?Ketupat pulut,lemang,sambal belacan,rendang,lotong,nasi daganga,keropok lekor...semuanya dirindui...

Yang penting sekarang,kami sekeluarga amat bahagia dengan suasana berada di dataran syam ini.Bumi yang pernah dihuni oleh para anbiya' dan para syuhada' ini.Bersyukur kerana diberi peluang yang jarang2 diperolehi oleh orang lain.Alhamdulillah..amat2 bersyukur dengan kurniaan Allah ini.Ambil peluang sebanyak mungkin selama keberadaan di sini.Jangan sia2kan kurniaan Allah ini.Berusaha memperbaiki diri dari sudut rohani dan jasmani.Cari sebanyak mungkin mutiara2 ilmu yang banyak bertaburan di sini.Bumi ini bumi penuh berkat.Allah akan bantu hambaNYa yang ikhlas kepadaNya.Itulah ayat penguat semangat di kala kerinduan melanda kepada keluarga di tanah air..

Oklah ummi nak bercerita tentang raya kami di sini....Kita tengok gambar yer..




ini Kak Jannah yang rajin menolong ummi buat kuih.Sebelum ni kat Malaysia,main kuih tunjuk jer.Kat sini,tengok resepi kat internet,ejas sikit2,tengok bahan apa ada kat sini,terus jer buat.Alhamdulillah,menjadi juga...Syukur..


Ini hari ke 28 kami berpuasa di sini.Ada kawan arab hubby berbuka puasa di sini.Kami ingin menghidangkan kepada mereka nasi maqlubah( sejenis nasi yang digemari oleh orang2 Jordan nih ).Jadinya jemput UmmuQusoi( tuan bangunan kami yang tinggal di bawah rumah kami) tolong ajar ummi dan kawan2 ummi memasak.Alhamdulillah...Allah mudahkan urusan kami untuk menjamu keluarga arab kawan hubby itu.Seronok dan puas rasanya.Adik2 akhowat ( kat sini pelajar perempuan dipanggil akhowat, pelajar lelaki syabab ) ada yang datang membantu.Ukhuwah kami terjalin di sini.Ukhuwah islamiyah itu terlalu indahkan..Pastinya akan dirindui suatu hari nanti,.

Ini gambar kami pada hari pertama.Tema tahun ini putih.Gambar yang bawah sekali tuh,berlatarbelakangkan bangunan rumah kami.Kat sini..semuanya rumah bertingkat2,macam rumah flat kat Malaysia.Tapi tak banyak tingkatlah.Macam imarah ( bangunan) rumah kami kat sini ada 4 tingkat jer.Yang budak2 pakai baju merah tuh,jiran sebelah bangunan kami,anak Kak Abidah,yang baru sampai lebih kurang 2minggu di sini.


Ini pula gambar pada hari raya ke4,atas sekali tuh kawan2 Jannah.Israq,Rashel,Hamudeh
( nama dia Mahmud,tapi dipanggil hamudeh..nama manjalah tuh.Nama Muhammad,Ahmad,Mahmud..maka nama manjanya Hamudeh...Macam kita kat Malaysia,orang ganung pakai awang dan mek untuk nama manjanya.Kat Indonesia pulak,bujang!!!betul tak tok abahnya..bujang sokmo walau cucu dah masuk 8kan?? ). Kami kenal keluarga mereka ketika kami tinggal selama 2 minggu di Syajarah.Alhamdulillah keluarga  mereka amat2 baik.Nanti ummi ceritakan tentang pengalaman kami berada di Syajarah yer.

Ok,gambar seterusnya ..baju raya baru dapat dari Malaysia.Kiriman Tok Abah dan Tok Ma.cantik!Gembira sakan anak2 ummi nih.Siap dapat duit raya dari Pak Long lagi tuh.Baju Upin Ipin pun tak terlepas.Sungguh ...berjauhan dengan keluarga tersayang...mempunyai 1001 perasaan yang tidak dapat ditafsirkan..kerinduan..kesedihan...kegembiraan...kebahagiaan berjauhan..semuanya bercampur baur semuanya..Dan suasana yang ditunggu2 pastinya kepulangan kami sekeluarga ke Malaysia...

Namun..apabila menerima kiriman dari tanah air,terubat segala kerinduan.Terbau2 udara tanah air.Kalu boleh,minta diposkan orang2 tersayang dalam beg kargo!Huish..mana boleh kan???Namun sekarang,zaman sudah canggih.Setiapa hari boleh skype,boleh bermesej,boleh berFB.Jangan tak tahu yer,tok abah dah makin canggih sekarang nih.Zaman IT katakan.Sekurang2nya..terubat juga kerinduan kepada keluarga di sana.Namun,air mata tetapkan tumpah apabila teringat kepada mereka yang tersayang.

Sungguh RINDU itu PERIT !Namun..kena kuatkan semangat..utuhkan hati..Kata2 hubby tersayang penguat semangat.."Susah dalam masa 4 tahun sahaja,untuk senang 40 tahun,insya Allah.." Makanya hati2 di Jordan dan juga di Malaysia kena tabah..Bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian.Untuk senang , bukannya mudah bukan..Tabahlah wahai hati2...Mohonlah doa agar dipermudahkan segala urusan!amin..


Ha..dah puas meluahkan perasaan kat atas tuh..kita tengok makanan pulak..Alhamdulillah ini menu kami pada tahun ini.Rendang!!!Wah..tak pernah2 ummi buat kat Malaysia nih..( ummi tolong tok ma masak jer..tak buat 100% lah.) Kat sini..semuanya kena buat sendiri.Nasib baik hubby tolong sama.Tolong hiriskan daun kunyit tuh.Tolong goreng kacang untuk buat kuah kacang,dan tolong perhabiskan kacang yang digoreng!!!

Di sini semuanya kena berdikari.Semua kena buat.Hatta nak makan jemput2 pun buatlah sendiri.Takdernyer nak beli2 kat kedai.Bulan puasa pun,tiap2 hari masak.Alhamdulillah,bila kita selalu masak nih,lama2 kita akan pandai sendiri masak2 nih sebenarnya.Tak percaya cubalah try,test.Tapi mungkin di Malaysia..tidak berkesempatan untuk memasak tiap2 hari..Tapi..nak seribu daya,tak nak seribu dalihkan..

Nak buat rendang,siap tanya tok ma lagi tuh...Ingat2 lupa sebenarnya.Tanya tuh untuk akidkan ( kuatkan ) sebenarnya.Alhamdulillah..menjadi.Tahun depan boleh buat lagi,insya Allah.Seterusnya nasi hujan panas.Tapi ummi nak letak namanya nasi soifi syita' ( musim panas dan musim sejuk,salji gitu!).Pastu ayam masak pedas dan acar timun versi Malaysia punya.Kalu versi arab potong dia lain sikit.Arab letak bandurah (tomato ) dan baqdunis ( daun sup) dan laban ( susu masam).Perah asam limau sikit.Sedap juga..


Ini lagi gambar bersama kawan baru si Afnan.Sama2 hero !Sama2 cergas!Di bawah sekali,kami beraya di rumah akhowat di sini.Alhamdulillah..suasana beraya sesama pelajar2 Malaysia di sini amat2 meriah.Yerlah duduk berjauhan dengan keluarga dan saudara mara.Kawan2 lah yang dapat menghiburkan .Ukhuwah antara kami di sini juga terjalin erat.Dan suasana ini agak payah untuk ditemui ketika berada di Malaysia.Namun..semuanya atas diri sendiri sebenarnya...


ha..gambar apa pulak nih..ni pada hari raya ke3 nih.Gambar atas sekali,hubby dan anak2 bergambar di hadapan rumah sahabat kami sebelum bertolak ke Masjid Thaal.Yang pakai serban kat kepala tu,pegawai agama Jordan.Sebelum majlis bermula..hubby beri khutbah nikah dulu.Dalam bahasa Melayu yer..Selepas itu,pengantin lelaki diijabkalbulkan oleh my hubby!!!Terkejut juga kami.Sebenarnya ikut perancangan,hubby hanyalah wakil kepada pengantin perempuan,tapi pada hari kejadian...hubby disuruh akad nikahkan mereka..

Apalagi..jadi tok kadi bidan terjunlah hubby.Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan.Akad nikahnya dalam bahasa arab.Pegawai agama tuh baca, hubby dan pengantin lelaki ikut jer.Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur.Alhamdulillah!!

Budaya arab kawen berlainan dengan kita.Bertunang ,mereka sarungkan ciicin belah kanan, dan apabila kawen,cincin yang sama akan dipindahkan ke belah kiri pula.Beruntung Malizi kan..ada 3 cincin gituh!cincin merisik,cincin tunang dan cincin kawen gituh!Tapi mas kawen dia kat sini..mahal tak patut..siap ada mahar muajjal lagi..disebut semasa akad nikah.Mahar tersebut hanya disebut,namun akan diberikan kepada pengantin perempuan..andainya perceraian terjadi antara pasangan.Ada pro dan kontranya.Tak sedaplah masa akad nikah,dah sebut2 hal perceraian..namun bagusnya,pengantin lelaki akan berfikir 2,3 kali untuk malafazkan cerai kepada isterinya kerana akan terpaksa membayar mahar tersebut.Mahar tersebut boleh mencecah 30 ribu JD tuh = RM 150 ribu!Huish!!!

Ok,bercerita tentang pengantin baru di atas.Pengantin lelaki pelajar JUST (Jordan University of Scince Technology ) ambik bidang Kedoktoran,dan bakal menjadi doktor tahun hadapan,orang Selangor.Manakala pengantin perempuan pelajar Yarmourk,ambik bidang agama,orang Melaka.Berlatarbelakang yang amat berbeza...namun..itulah kemanisan rumahtangga..perbezaan menambahkan variasi dalam kehidupan,titik persamaan itulah yang mengeratkan kasih sayang sebenarnya...Semoga kekal bercinta hingga ke Firdausi kepada pasangan pengantin Firdaus dan Annis Athirah,amin!

Alhamdulillah..syukur diberi peluang untuk berbakti kepada orang lain.Dan jangan mengharapkan orang yang kita buat baik akan membalas dengan kebaikan yang sama.Mungkin Allah balas dengan perkara yang lain dengan orang yang lain.Berlapang dadalah dalam membuat kebaikan,yang penting niat kena IKHLAS.

Oklah rasanya setakat ini dahulu coretan ummi kali ini.Semoga ada manfaatnya bersama.Mohon doa dari Allah agar jauhkan kami dari sifat2 mazmumah..sinari kami dengan sifat2 mahmudah,amin!


...siap dinukilkan pada...
1.10 pagi.
21 degree.
16.9.2010 = 8 Syawal 1431.

Imarah Bukhori...Irbid,Jordan.
Anak2 dan hubby dah tidur.Ummipun nak tidur.


3 comments:

Baitul SMR said...

Subhanallah, pengalaman yang berharga. terima kasih berkongsi pengalaman.

Eid Mubarak buat seisi keluarga Ummu Faqeh. Taqabalallahu minna wa minkum.

Ummu Khaulah @ Berlin

ummu faqeh said...

terimakasih ummu khaulah..smg kita semua beroleh ketabahan dan kekuatan merantau di negara orang.Jauhari jug ayang mengenal manikam..

jshila said...

selamat hari raya izma n family.. cute sgt tgk anak2 izma ngn baju putih!! take a good care =))

p/s: krm slm ngn abg zaid