Pages

Wednesday, October 27, 2010

Amalan-amalan ketika mengandung.

Assalamualaikum....

Sudah lama rasanya tidak berpeluang untuk mengupdate blog kesayangan ummi ini.Apa yang terjadi?Apa yang berlaku?Ummi tak sihat ker?Ummi ada masalah ker?

Hm...banyak perkara yang berlaku sejak dua menjak ini.Selepas hari raya Aidilfitri yang lalu,ummi sibuk menguruskan anak2 ummi masuk sekolah.

Kak Jannah dan Faqeh sudah mula bersekolah.Alhamdulillah.Mereka dapat belajar dengan baik.Malahan Kak Jannah pernah mendapat anugerah pelajar mithali kerana menunjukkan akhlak yang baik.Abang Faqeh pulak ..asyik dapat "bathol" dari Mama Batul dia..
( Bathol- hero maksudnya...)

Adik Faseh pun sibuk nak sekolah jugak.Tapi sekarang dah tak boleh panggil adik dah...kena panggil abang..sebab apa????hehe..adik dah nak jadi abang...

Alhamdulillah..kami bakal mendapat zuriat di bumi penuh barakah ini..Ummi sebenarnya tak boleh lama2 mengadap laptop ni..cepat pening sekarang.Asyik loya2 dan muntah jer.Badanpun cepat letih.Alahan mengalahkan anak sulung sekarang.Memang tak samakan alahan di negara sendiri dengan negara orang kan..mengidam macam2...Moga Allah mudahkan urusan kami sekeluarga...

Insya Allah...minggu hadapan...7.11.2010 ..ummi dan abi akan menunaikan haji selama 2minggu.anak2 ummi yang lain akan ditinggalkan bersama acik2 di sini.Moga Allah mudahkan urusan dan berikan ummi kekuatan untuk menghadapi semuanya...amin!

Di sini ummi C&P amalan2 ibu mengandung.Sumber dari sini.


1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
3. Membaca ayat-ayat Al-Quran

Surah-surah amalan ketika mengandung

o Al-Fatihah dan ayat Kursi
o Seluruh surah Yassin
o Seluruh surah At-Taubah
o Seluruh surah Yusuf
o Seluruh surah Luqman
o Seluruh surah Maryam

o Surah An-Nahl ayat 78

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

o Surah Al-A'raf ayat 189

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur
Link laman-laman web Al-Quran

* Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
* Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.

4. Membaca doa

o Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

o Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

o Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

o Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

5. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri

- Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga perkataan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

- Adab suami terhadap isteri

1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3. Selesaikan selisih faham
4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat




6 comments:

desperate mama said...

owh... baru etrbaca post ni.... tahniah izma!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! heeeppiiii sangat sangat!!!!!!! :-)

jaga diri taw!!!!!

ainshams said...

salam kak izma,
take great care yer. Smg slmt & dpermidah sgl urusan akak sekeluarga, doakan ain pon ade rezeki menunaikan haji juga. doakan dpt grad dgn cemerlang Jun 2011, ameen.

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

salam izma...dah makin ok tak mabuk2 tu?

senyap aje awak now. kat FB pun jarang ada. saje nak tanye camne plan nak gi haji ni? dah berangkat kah?

mama ilham said...

salam iz, tahniah ye bertambah lagi umat nabi muhammad. tak sempatla k.amy nak ngejor awok....huhu. sonoknye iz, bakal menjadi tetamu allah. pasni hajjah izmawati la pulok. doakan untuk ilham kat sane nnti iz supaya jadi anak yang cerdik, terang hati, cepat belajar and so on...

Ain Allen said...

kak izma, alhamdulillah. mabruk! :) Barakallahulakum! Semoga dipermudahkan semua urusan. seronoknya nak dpt ahli baru. hehe

ummu faqeh said...

fiza: alhamdulillah.....bertambah ummat nabi muhammad..doakan semuanya selamat dan sihat yer..

ain:insya Allah didoakan segalanya yang terbaik utk ain...amin!

ija:alhamdulillah..dah ok sikit mabuk2 tuh..skrg dah masuk musim sejuk,mulutpun asyik nak ngap ajer kerjanya.

kak amy: alhamdulillah..

ain:syukran....

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!