Bismillah Walhamdulillh..
Antara budaya arab Jordan yang menjadi adat mereka di setiap kali hari raya menjelma...
1-Pagi raya mereka berbondong ke masjid untuk solat raya.
Anak2 semua diangkut bersolat.Kalau terlewat sikit untuk pergi solat hari raya,alamatnyaa solat kat luarlah...
2-Malam raya mereka tiada membuat apa2 persediaan.Malah menurut tuan rumah kami,Ummu Qusoi,mereka penuhkan malam raya dengan bertakbir bertahmid dan membaca Al Quran..
Allahu Akbar!
3-Puasa sunat sebelum raya haji amat2 digalakkan.Bahkn di sekolah juga cikgu2 akan mengingatkan supaya berpuasa di hari Arafah.Alhamdulillah,ada yang menggalakkan,anak2 akan mudah melaksanakan ibadah sunat ini.
Ummu Qusoi juga akan berpuasa bermula 1 Zulhijjah sehinggalah ke hari raya baru berbuka..Allahu Akbar.
Jannah juga sentiasa diingatkan oleh Ummu Qusoi untuk berpuasa..Allhu Akbar!
4-Pgi raya mereka tiada hidangan berat2.Hattakan kalau kita pergi ziarah rumah mereka,akan dihidangkan gula2 dan kuih makmur dan kopi atau syai(teh). Seperti dalam nasyid di bawah.Gula2 menjadi satu kewajiban bagi setiap rumah untuk dihidangkan kepada tetamu pada hari raya.
Hattakan promosi pasaraya sebelum raya memang banyak gula2 ni...Itu yang mereka pelik tengok kita pada malam raya sibuk memasak macam2..Budaya masing2 kan..
5-Hari raya untuk berhibur kanak2.Mereka ada budaya memberi duit kepada kanak2,tapi hanya keluarga terdekat akan diberi.Apabila kanak2 dapat duit,mereka akan ke taman2 tema untuk bermain.Kalau lihat video di bawah memang itu budaya mereka.Hari raya hari berhibur dan habiskan duit di taman2 tema.Itu budaya mereka.
Hattakan kalau kita ke pasaraya sebelum raya,malah malam raya..memang lengang jer ,tiada ramai yang berpusu2 ke pasaraya..Tapi kalau pergi selepas raya,Masya Allah..penuh orang..Hattakan orang kampung semua akan keluar ke pasaraya untuk berhibur..Iya..itu budaya mereka..
6- Rancangan tv juga semua berkitan dengan raya.Sudah masuk 2 minggu raya..namun tv Toyor Jannah masih memaparkan lagu2 raya.Allahu Akbar terasa suasana raya masih meriah di sini.Raya haji di sini lebih meriah berbanding raya puasa.
7.Nasyid2 dan lagu raya yang dikumandangkan semuanya ada pujian kepada Allah.Jika dilihat dalam nasyid2 raya di dalam Toyor Jannah ( nasyid Deemah Bayar di bawah) mereka akan ada memberi hadiah dan hidangan kepada fakir miskin.Alhamdulillah..dalam masa yang sama kami terangkan kepada ank2 penting berbuat baik kepada orang susah.Allah...
7.Nasyid2 dan lagu raya yang dikumandangkan semuanya ada pujian kepada Allah.Jika dilihat dalam nasyid2 raya di dalam Toyor Jannah ( nasyid Deemah Bayar di bawah) mereka akan ada memberi hadiah dan hidangan kepada fakir miskin.Alhamdulillah..dalam masa yang sama kami terangkan kepada ank2 penting berbuat baik kepada orang susah.Allah...
Allahu Akbar..masing2 ada budaya masing2.Apa yang baik,kita ikut. Apa yang tidak elok, kita tinggalkan..Wallahu A'lam.
Memberi hadiah dan gula2 di pagi raya kepada orang susah.Amalan mulia!
Berhibur di taman tema ,pagi raya dihidang gula2 dan kuih makmur.Memang mudah dan seronok!
Berhibur dan bergembira ...
2 comments:
Seronok kan raya kat sini. Adha terakhir saya di sini. Segalanya merupakan kenangan manis belaka.
selamat hari raya kak. :)
تقبل الله على طاعاتكم...
Adha Mubarak Fadh...
Juga bagi kami raya terakhir..Pecutkan amalan dan pencarian ilmu dan pglmn utk dibawa pulang ke tanah air..amin!
Post a Comment