Pages

Thursday, November 15, 2012

Ummu Qusoi & Zaitun.

Bismillah Walhamdulillah..

Soifi telah melabuhkan tirainya..
Syita' pula menjelma sekarang..
Maka bermulalah epiod baru..
 
Ok,ummi ingin bercerita mengenai  Ummu Qusoi dulu yer...

Alhamdulillah..tuan rumah kami ini memang sangat baik orangnya..
Diapun dah pandai nak cakap melayu.
Banyak dah perkataan dia boleh hafal.
Selalu jer dia hantar makanan kepada kami.
Donut yang paling dia minat.
Ummi pula suka mulukhiya yang dia masak.
Memang sedap sangat.Dulu tak berapa minat..

Minggu lepas kami tolong kutip buah zaitun di ladang dia sebelah bangunan kami ni jer.
Ada 6 pokok semuanya.Lebat2 pulak tuh.
Ada zaitun hitam dan hijau.
Zaitun ini akan diproses untuk dapatkan minyak yang asli.
Juga buahnya akan dibuat jeruk.
Banyak khasiatnya buah zaitun dan minyaknya.

Ummi selalu guna minyak zaitun untuk goreng telur 
dan buat pop corn.
Malah kami gunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut dan boleh disapu di seluruh badan kami.
Alhamdulillah..amat2 mujarab.


Khubbaizi dan bunga ros yang wangi sangat2..pemberian dari Ummu Qusoi.

Khubbaizi dan foul-kacang kuda yang diblender halus dimakan dengan roti.Memang sedap!

Salah satu pokoknya.Dialas tikar di bawah pokok zaitun.


Faseh posing di belakang ummu qusoi yang tekun mengait buah zaitun.

Menggunakan cakar buah zaitun,memerlukan tenaga yang kuat.

Dari bawah pokok zaitun..Anak2 sebelum pergi kela taekwando.

Inilah cakarnya..Faseh dan A ah kutip buah zaitun.Kak Tasnim berposing bawah pokok zaitun.

No comments:

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!