Pages

Tuesday, June 25, 2013

Daripada Tanah Kepada Tanah Akhirnya!


|LAPORAN KEMALANGAN PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN|

Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Ekonomi.
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.

3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu-
Universiti Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal : Kelantan.

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Universiti Yarmouk
Tahun 3.
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal: Kuala Lumpur

5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi)
Universiti Yarmouk
Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal: Kelantan.

Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan.

Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Jenazah berada dalam keadaan baik.

Wakil MPMMJ, Saudara Arif Amin Bin Rushihi, Presiden MPMMJ. Saudara Abdul Hakim Othman, Setiausaha Agung MPMMJ. Bersama Prof. Madya. Dr Mohd Azidan bin Abdul Jabar, Pengarah EMJ. En. Mohd Harris bin Ali, Pegawai JPA. dan Ustaz Saifuddin bin Hussin, Pegawai Atase Pendidikan EMJ dalam proses menguruskan mangsa yang meninggal dan mangsa yang cedera. Apa-apa perkembangan akan kami update dari semasa ke semasa.

Sama-sama kita mendoakan mangsa yang terlibat terutamanya saudara Shukri Alias yang masih dalam keadaan kritikal. Al-Fatihah.

::Satu PERMAI Satu Hati ::
 

 Dari Fb Ust Hasrizal Abdul Jamil.


Kemalangan jalanraya membabitkan pelajar Malaysia di Jordan baru-baru ini mengimbas kembali kenangan sedih hampir 20 tahun yang lalu. Lima sahabat kami terbunuh, juga di selatan Jordan. Saya telah abadikan catatan cerita itu di dalam travelog saya, Rindu Bau Pohon Tin.

Untuk menjadi kenang-kenangan, saya juga telah karangkan sebuah lagu dan diabadikan dalam album kedua kami yang dterbitkan setahun selepas kejadian. Semoga menjadi pedoman kita bersama

KEHENDAK-NYA MEREKA PERGI

Tuhan telah menentukan segalanya
Kerana Dia kita bersaudara
Perantau hidup tanpa keluarga tercinta
Hanya teman, tempat meluahkan rasa
Mesranya hati bagai kembang puspa di taman
Harumnya pula semerbak syurga Tuhan

Semalam kita sama berjuang dan bekerja
Menunaikan janji kita kepada Tuhan
Mencari mutiara ilmu di Bumi Anbiya’
Pulang nanti ingin berbakti pada semua
Oh bagaikan terasa hari itu selamanya
Berganding tangan menyusur kehidupan

Namun aku hanya insan yang tak punya apa
Dialah yang menentukan segalanya
Hari ini tanpa ada yang mampu menduga
Kau dijemput Tuhan pulang ke pangkuan
Dunia dalam pilu menitiskan air mata
Mengiringi duka sebuah kematian…

“Ya Allah masih segar wajah mereka terbayang di mata
Masih hangat suara lembutnya di sisipan telinga
Apakah benar ini semua bukan mimpi
Gagahkah aku untuk menyambut sebuah realiti
Tuhan Pengasih
Terangilah pusara mereka dengan cahaya-Mu
Meriahkanlah dunia mereka dengan kunjungan rahmat-mu
Sampaikanlah doa kami kepada mereka
Amin ya Rabbal ‘Alamin”

Kepadamu kuhadiahkan doa
Moga tenang di dalam belaian Tuhan
Pada Allah kupohonkan kesabaran
Moga berkekalan kau dalam ingatan
Kupercaya kau kan bahagia di alam sana
Suatu hari nanti kita kan bersama

Kepada teman dan keluarga semua
Pasrahlah kepada Allah Tuhan yang Esa
Walau seagung mana kasih dan sayang semua
Pastinya Dia lebih menyayangi mereka
Dari-Nya kita datang berkelana di dunia
Kepada-Nya jua kita kan kembali

Lagu, Lirik dan Nyanyian: Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus, Jordan
Album: Dunia Ini, 1996
MP3 ada di link ini. 

Jenazah Allahyarhamah Sumaiyah Romli yang disemadikan di Alor Star.kredit pic~Nazim Amzed


Nota Ummi~ 
Allahu Akbar cukuplah mati itu sebagai peringatan kita bersama.
Amat sedih mendengar musibah yang menimpa mereka semua.
Namun pasti tersirat 1001 hikmah dan ibrahnya buat mereka yang hidup akal dan fikiran mereka di dunia ini.

Juga amat sayu mendengar dan menghayati lirik nasyid KehendakNya Mereka Pergi.
Allah..Allah..Allah..

Semoga kita semua sentiasa di  bawah lembayung rahmat dan kasih sayangNya..amin!


1 comment:

Unknown said...

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.

Lahir, hidup, dan mati
Menjadi lakon manusia
Di dunia yang fana ini
Lakon tengah ramai sekali

Ada tawa dan tangis
Ada bangga dan suka
Ada benci dan rindu
Ada harapan dan putus asa

Siapa yang lulus
Dalam ujian hidup ini
Diterpa badai dan gelombang
Tetap kokoh di bahtera Nuh