Pages

Sunday, March 3, 2013

Tetamu Dataran Syam

TETAMU DI DATARAN SYAM


Tetamu di Dataran Syam ini
Harus gagah seperti Abu Ubaidah
Tanah yang gersang ini disuburkan
Dengan darah jihad dan pahlawan

Di celah pohon zaitun yang rendang
Bersemadi Syuhada' pahlawan Islam
Menanti dan terus menanti
Hadirnya barisan waris perjuangan

Medan ini medan yang susah dan payah
Sesusah Medan Mu'tah di puncak sana
Dan penghuninya juga harus gagah
Segagah Kota Karak perakam sejarah

Di sinilah kau akan membina jiwamu
Jiwa pembela maruah agama
Berbekalkan ilmu berpandukan iman
Islam pasti akan kau merdekakan

Ketibaanmu adik2 ku
Kusambut dengan seribu pengharapan
Agar kau menjadi insan berilmu
Dan pembela nasib agamamu

Hatimu perlu cekal dan tabah
Sesabar tiga Sahabat Rasulullah
Jiwamu perlu subur dengan iman
Sesubur Dataran Syam bertuah

Kita diajar cintakan kematian
Bagai musuh kita cintakan kehidupan
Maka di Bumi Isra' ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan

Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan
Untuk Ummah melihat masa depan
Sebagai Ulama' sebagai pejuang
Islam pasti akan kau merdekakan

Selamat Datang Tetamu Dataran Syam

Persembahan: Usrah Al-Firdaus
Album: Gemilang 1995



 Lirik nasyid yang memberi 1001 inspirasi dan semangat di kala semangat lunturdan pudar.
Dari  tahun pertama sehingaa tahun terakhir di sini,memang lirik nasyid ini sentiasa dihayati dan dihadam.
Allahu Akbar....setiap kali mendengar nasyid ini, terasa bagaikan baru semalam menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini...
Allah..Allah..
merupakan tahun terakhir....sekejap sahaja masa berlalu..
Ya Allah mudahkan urusan kami di sini..amin!  

No comments: