بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..Sejuta kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Pengasih atas kurniaan yang melimpah ruah di bumi Jordan ini.
Jam menunjukkan 1.25 pagi,11 degree.Kali ini ummi nak bercerita kesinabungan daripada entri sebelum ini.Mengenai Jerash.Sudah seminggu lebih sebenarnya ummi pergi.Alhamdulillah baru pada hari ini diizinkan Allah untuk menukilkan sesuatu di dalam blog ini untuk perkongsian bersama.( Kak Da yang tak sabor sangak nih..sabor2! ^_^ ) Harap ada manfaatnya bersama, amin!
WANITA INI ADALAH KITA..PEMANGKIN UMMAH SEDUNIA.
(WIKIPEDIA )
SEHARI SEBELUM KE JERASH.
Alhamdulillah...setelah berbincang dengan hubby tercinta..akhirnya ummi diizinkan pergi ke program di Jerash ini dengan syarat membawa adik bersama.Kenapa kena bawa?Ummi nak bagi dia 'lasak' sikit dan supaya dia tidak takut berhadapan dengan orang lain.
Malam sebelum bertolak..sungguh ummi menyangkakan bahawa program akan berlangsung di dalam tempat yang selesa..( dewan ).Mungkin 'bahasa Allah ' terhadap ummi..Mengapa tidak tergerak untuk melayari internet mencari blog ppmaj?atau mencari maklumat mengenai geografi Jerash bagaimana?Naifnya ummi.Namun sebenarnya terdapat 1001 hikmah yang tersurat.Apa dia?Nanti dulu,ummi tak habis bercerita lagi.
JAM 5 PAGI.
Kalut ummi menyiapkan bekalan untuk dibawa dan untuk ditinggalkan untuk anak2 dan hubby.Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan ummi.Adik masih lagi nyenyak tidur.Kesian dia..dalam keadaan mengantuk lagi , ummi angkat dia.
PERJALANAN KE JERASH.
Alhamdulillah setelah hampir sejam ummi menunggu kehadiran adik2 .(Dimaklumkan AJK agar peserta menunggu pukul 6 pagi... ).Alhamdulillah kami ke Jerash dengan menaiki van.7 orang dimuatkan di bahagian belakang.Hanya separuh sahaja diisi dengan manusia, separuh lagi diisi dengan barang.Subhanallah..macam tin sardin.Tapi amat2 adventure kan Nik dan Mae?
SAMPAI DENGAN SELAMAT, ALHAMDULILLAH.
Alhamdulillah kami sampai awal sebelum ketibaan akhowat dari Amman.Kami diberikan roti untuk sarapan pagi.Alhamdulillah..sungguh segar udara di sini.Subhanallah bunga2 mekar menguntum di sepanjang perjalanan kami , awan biru berarak mendung mengiringi langkah kami para wanita yang bersemangat waja!!!
A column of the Temple of Artemis sways in the wind so much that you can feel it squeeze your fingers if you're brave enough to do this.View of the Oval Plaza, Temple of Zeus (foreground), and new city of Jerash.
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Ar-Room [30:9]

3 comments:
Join the Muslims on Madina.com
http://www.madina.com/
subhanallah..cantikkan..best dpt ke sana
struggle-Insya Allah..
Kak Ma-Alhamdulillah..syukur diberi peluang oleh Allah untuk ke sana.Moga ada manfaatnya bersama,amin!
Post a Comment