Pages

Wednesday, March 31, 2010

SOLAT SUNAT RAWATIB


Solat Sunat Rawatib

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu lima waktu. Solat ini amat digalakkan oleh Islam dan selalu diamalkan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Solat Sunat Rawatib berfungsi sebagai pelengkap ataupun tambahan untuk menampung supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa mengerjakan solat-solat fardu.

Hukum

Solat Sunat Rawatib ini adalah satu sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan. Solat Sunat Rawatib adalah sebagai sunat tambahan yang bertujuan menyempurnakan apa-apa kecelaan ataupun kekurangan yang terdapat dalam solat fardu pengamal. Solat sunat Rawatib ini dituntut ke atas orang Islam yang mukallaf dan dilakukan secara rela hati serta kemahuan sendiri dan apabila dilakukan dijanjikan pahala dan ganjaran oleh Allah S.W.T. dan jika ditinggalkan pula tidak membawa kepada apa-apa dosa.



Solat sunat Rawatib ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar. Solat sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah. Solat sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian (munfarid),dan tidak didirikan secara berjemaah.


Dalil

Dalil menunaikan solat sunat Rawatib adalah hadis berikut :



Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum salat Zhuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (HR Muttafaqun 'alaihi)



Sayyidah 'Aisyah dalam hadis muttafaq 'alaih menyatakan: "Tidak ada nafilah, solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi Saw. melebihi dua rakaat fajar." (HR. Bukhari dan Muslim)



 Rawatib Qabliyyah dan Rawatib Ba’diyyah

Solat sunat Rawatib terbahagi kepada dua jenis, iaitu Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah



Solat Sunat Rawatib Qabliyyah adalah solat sunat yang didirikan sebelum kita mendirikan solat fardu. Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah pula didirikan selepas kita menunaikan solat fardu.



Sunnah Muakkad dan Sunnah Ghairu Muakkad

Sembahyang sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Sunat Muakkad dan Sunat Ghairu Muakkad. Solat sunat Rawatib Muakkad amat besar fadilatnya dan dijanjikan ganjaran yang besar apabila menunaikannya. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya berbanding dengan solat sunat muakkad.



Solat sunat Rawatib Muakkad amat dituntut oleh Islam dan diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. sentiasa menjaga 10 rakaat Solat Sunat Rawatib Muakkad ini terdiri dari :



dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Subuh

dua rakaat Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur

dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Zuhur

dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Maghrib

dua rakaat Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Isyak

Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad kurang sedikit fadilatnya dibandingkan dengan solat sunat muakkad tetapi pengamal tetap dijanjikan ganjaran apabila melakukan solat ini. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad adalah solat sunat yang ada dikerjakan oleh Rasulullah S.A.W. pada waktu-waktu tertentu, tetapi di waktu yang lain baginda meninggalkannya. Solat sunat Rawatib Ghairu Muakkad terdiri daripada



dua rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur

dua rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Ba’diyyah Setelah Zuhur

empat rakaat Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Asar

dua rakaat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib

dua rakaat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Isyak

Rawatib Muakkad Qabliyyah Subuh

Bagi sembahyang sunat Rawatib Muakkad Qabliyyah Subuh (sembahyang sunat dua rakaat sebelum menunaikan sembahyang fardu Subuh), adalah sunat untuk berbaring selepas mengerjakannya, dan juga adalah awla (lebih utama) untukberbaring secara mengiring di bahu kanan, dengan menghadapkan muka dan bahagian depan badan ke arah kiblat seperti mana keadaannya di dalam kubur, kerana ini akan lebih mengingatkan seseorang itu kepada kematian, lalu dia akan berusaha melakukan amalan-amalan soleh dan bersiap-sedia untuk menghadapi kematian.



Hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. : “Bahawasanya Nabi S.A.W. apabila selesai mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat Fajar (Subuh), Baginda berbaring (mengiring) di atas bahu kanan Baginda.”



 Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Asar

Solat sunat Ghairu Muakkad Qabliyyah boleh ditunaikan sama ada 2 rakaat dengan satu salam ataupun sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.



 Perbahasan Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib

Ulama berselisih pendapat mengenai solat 2 rakaat sebelum Maghrib. Ada ulama yang mengatakan bahawa tiada ada solat sunat sebelum solat fardu Maghrib. Ini diasaskan kepada larangan bahawa tidak ada pendirian solat selepas menunaikan fardu Asar sehingga masuk waktu Maghrib.



Ada ulama membolehkan solat Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Maghrib ini, berasaskan dalil berikut : Dari Abdullah bin Mughaffal Ra. ia berkata: Nabi SAW bersabda, “Di antara azan dan iqamah ada solat, di antara azan dan iqamah ada solat (kemudian di kali ketiga beliau berkata:) bagi siapa yang mau.” Beliau takut hal tersebut dijadikan oleh orang-orang sebagai keharusan. (Bukhari dan Muslim)



Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Abdullah bin Mughaffal r.a. bahawa dia berkata, Nabi s.a.w bersabda; " Di antara azan dan iqamah itu ada sembahyang bagi sesiapa yang hendak melakukannya. Baginda s.a.w mengulanginya tiga kali."



Dan dalam riwayat Abu Daud, “Solatlah kalian sebelum Maghrib dua rakaat.” Kemudian beliau bersabda, “Solatlah kalian sebelum Maghrib dua rakaat bagi yang mahu.” Beliau takut orang-orang akan menjadikannya solat sunnah. (Abu Daud)



Ada juga ulama yang berpendapat bahawa solat Qabliyyah Maghrib itu hukumnya tidak sunat. Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah Imam Malik (pengasas mazhab Maliki). Bahkan ulama seperti Imam An-Nukha'i berpendapat bahawa solat Qabliyyah Maghrib itu bid'ah (baca kitab Syarah Sahih Muslim, Juz VI, halaman 123; dan kitab Nailul Authar, Juz I, halaman 407) Mereka berpendapat demikian, berdalil kepada sebuah hadis riwayat Ibnu Umar di bawah ini : Dari Thawus, ia berkata, "Ibnu Umar pernah ditanya tentang solat dua rakaat sebelum Maghrib. Beliau menjawab, "Saya tidak melihat seorangpun pada masa Rasulullah Saw. yang melakukannya. (Riwayat Abu Dawud; Kitab Sunan Abu Dawud, Juz II, halaman 26)



 Cara Mengerjakan Solat Sunat Rawatib

Kebiasaannya, jemaah yang akan berubah tempat untuk menunaikan solat sunat Rawatib, walaupun jarak satu tapak dari tempat asal. Solat sunat Rawatib ini didirikan dalam dua rakaat dengan satu salam. Sekiranya jemaah mengerjakan solat sunat Rawatib 4 rakaat, maka solat itu didirikan dengan 2 kali salam.



Niat



Rawatib Sebelum Subuh :



"Sahaja aku solat sunat Subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala"



Rawatib Muakkad Qabliyyah Sebelum Zuhur atau Solat Jumaat :



"Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor , dua rakaat kerana Allah Ta'ala"



Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Zuhur atau Solat Jumaat :



"Sahaja aku Solat Sunat Selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Ta'ala"



Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Sebelum Asar :



"Sahaja aku solat sunat Asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala"



Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Maghrib :



" Sahaja aku solat sunat Maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala"



Rawatib Ghairu Muakkad Qabliyyah Isyak :



" Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "



Rawatib Muakkad Ba’diyyah Sesudah Isyak :



"Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "



 Permasalahan Mengenai Solat Sunat Rawatib

Seorang jemaah sampai ke masjid pada waktu Zuhur dan bilal sedang melaungkan azan Zuhur, dan jemaah tersebut belum menunaikan solat Tahiyyatul Masjid. Dalam keadaan ini, apabila masuk waktu solat Zuhur, jemaah tersebut mempunyai dilema sama ada untuk menunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid ataupun solat Sunat Rawatib. Dalam keadaan ini, Islam mensyariatkan bahawa solat yang lebih berhak ke atas jemaah tersebut pada waktu itu adalah solat sunat Rawatib Zuhur dan bukannya solat sunat Tahiyatul masjid. Dengan mendirikan Rawatib Qabliyyah Zuhur, ulama mengira sudah memadai dan mendapat fadilat sunat Tahiyatul Masjid. (Mohd. Farid Ravi Abdullah - Utusan Malaysia Bicara Agama)

Solat Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat-solat fardu lima waktu. Solat ini amat digalakkan oleh Islam dan selalu diamalkan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Solat Sunat Rawatib berfungsi sebagai pelengkap ataupun tambahan untuk menampung supaya apa-apa kekurangan ataupun cela yang berlaku semasa mengerjakan solat-solat fardu.


1 comment:

BAYT AMZAR said...

slm..

syukran atas info berguna ni ummu faqeh.. :)

erm, dapat tak msg ayu pasal sukan tu..? hehe.. kot berminat nak join.. :)

syukran

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!