Pages

Saturday, March 13, 2010

KAU MILIKKU!

Bismillah Wal Hamdulillah...

Jam menunjukkan 1.29 pagi.Suhu sekarang mencecah 20 degree.Alhamdulillah matahari di siang hari memancar2kan sinar bahangnya,mengeringkan semua baju2 di musim sejuk yang tebal2,bantal dan tilam yang agak lembap dijemur semuanya.Alhamdulillah,sekejap sahaja semuanya kering.Anak2 ummi juga sudah tidak berpakaian tebal dan yang penting sudah tidak memakai stokin lagi.Gembira yang amat sangatlah mereka semuanya.

Tapi apabila suasana sudah panas mendadak sebegini,membuatkan badan ummi cepat letih.Anak2 ummi pula selesema.Adik Faseh pulak siang tadi dah 3 kali muntah dan malam ini pula badan panas dan asyik meracau2 jer dalam tidurnya.Abang dan kakaknya tengah khusyuk melayan video Upin Ipin di laptop ummi.Ummi sekarang menggunakan laptop abi.Ummi akan benarkan anak2 ummi menonton video atau bermain game hanya pada hujung minggu sahaja.Itu yang mereka amat2 lah tidak sabar menunggu hujung minggu!


Oklah kali ini ummi ingin berkongsi dengan semua pembaca blog ummi tentang bicara ilmiah yang telah diberikan oleh  my hubby di program Kau Milikku yang lepas.Ini beberapa persoalan yang diajukan oleh pengerusi kepada Ustaz Zaid.Mohon ummi letakkan soalan2 nya di sini yer AJK forum.

1.Apakah persepsi atau faktor ustaz dalam memilih calon yang paling sesuai?
2.Apakah persediaan yang harus dilakukan bagi kaum lelaki untuk berkahwin?
3.Bagaimanakan cara2 untuk mengenali perempaun dalam kaedah yang dibenarkan syara'?
4.Bagaimanakah cara untuk merisik seorang perempuan mengikut adat istiadat melayu?
5.Bilakah ustaz kahwin dan bagaimana ustaz boleh mempunyai keyakinan untuk kahwin pada masa tersebut?
6.Berapakan anggaran kasar untuk membuat majlis perkahwinan dan bagaimakah ustaz boleh menguruskan keluarga ustaz dengan baik?
7.Apakah tips atau rahsia di sebalik kejayaan ustaz dalam mempertahankan rumahtangga ustaz?
8.Apakah cara yang paling sesuai sepasang suami isteri gunakan untuk mentarbiyah anak dengan berlandaskan Quran dan Sunnah?
9.Apakah nasihat dan harapan ustaz kepada mereka yang belum berkahwin tetapi dalam persiapan untuk berkahwin pada masa akan datang.
dan ada juga soalan tambahan dari pendengar....
10.Apakah pandangan ustaz tentang poligami?

Hm...banyak juga persoalan yang diajukan.Mana satu ummi nak jawab yer?Semua soalan sebenarnya telah dikupas dengan panjang lebar oleh Ustaz Zaid.

Antara faktor memilih calon..( merujuk kepada kisah kami ..).Kena cerita semunya ker?Hm..kalu ummi nak cerita kisah kami ..alamatnya sampai esoklah tak habis.Namun ummi ringkaskan.

Pemilihan calon semestinya berdasarkan agamanya yang paling penting, namun tidak dilupakan dari segi rupa paras, harta dan juga keturunan.

Alhamdulillah ...bagi kami agama yang menjadi perkara paling penting.Mengikut cerita nya..setelah dia beristikharah...akhirnya dia memilih ummi ( yang pada masa tu amatlah nakalnya. ) Alhamdulillah,fator jarak
antara kedua belah pihak keluarga juga memainkan peranan penting.Bagi seorang lelaki semestinya setelah dia berkahwin, ibubapanya tetap lebih diutamakan berbanding isterinya.Namun berbeza pula untuk isterinya.Suaminya lebih diutamakan berbanding ibubapanya.

Alhamdulillah..setelah kami berkenalan melalui orang ketiga ( ustaz kepercayaan kami berdua , dan sebenarnya memang ustaz kami berdoa agar ustaz zaid memilih anak muridnya menjadi calon hidupnya.), ustaz zaid pun datang ke rumah untuk memohon izin berkawan dengan anak dara ma dan abah ini... ( Masih teringat kisah yang manis itu..satu persoalan yang abah ungkapkan setelah ustaz zaid balik"Hm..kakak bila nak bertunang?"..)Mungkin daya tarikan dan perwatakan ustaz telah menarik minat ibubapa ummi pada masa tersebut.Setelah diminta izin ..tidak semestinya semua perkara menjadi halal.Malah seharusnya lebih dijaga kerana pada masa inilah syaitan akan memperhebatkan lagi godaannya!

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.Al-Hijr [15:39]

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Al-Isra [17:32]

Alhamdulillah..pada masa sebelum kami diijabkabulkan, tidak pernah ada lagi pertemuan setelah pertemuan di rumah ibubapa masing2.Dan saling berhubungpun mengenai perkara yang penting sahaja.Ustaz amat2 menjaga perhubungan sebelum berkahwin kerana prinsipnya.." Semua perbuatan sebelum berkahwin dan semasa berkahwin akan memberi kesan selepas berkahwin.Tidak kiralah dari segi keberkatan hidup dan juga keutuhan rumahtangga tersebut...".Sampaikan satu tahap ummi ditegur dengan secara berhikmah agar jangan selalu berhubung dengannya. ( Siap kena marah lagi..syadid betul.Namun nikmatnya terasa sampai ke sekarang!)

Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. Yunus [10:27]


Alhamdulillah..setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan dalam menuju gerbang perkahwinan, kami akhirnya diijabkabulkan pada 3.1.2003, setelah bertunang 3 bulan sebelum tersebut.Menurut perancangannya kami akan berkahwin 3 tahun lagi dari tarikh bertunang.Namun atas keizinan Allah jualah kami selamat bergelar suami isteri 3 bulan selepas bertunang!

Namun bukan sedikit halangan yang terpaksa kami tempuhi sebelum dan selepas perkahwinan.Sebelum berkahwin, keluarga di sebelah ustaz amatlah menentang kerana ustaz merupakan anak tunggal lelaki dan satu2nya anak yang belajar sampai ke tahap tertinggi.Sudah semestinya menjadi harapan keluarga untuk membela nasib keluarga yang hidup dalam kesederhanaan.Alhamdulillah setelah berbincang dengan penuh hikmah dengan keluarga ditambah dengan ke'berkenanan' ibu ustaz terhadap keluarga ummi, akhirnya mereka bersetuju.ALHAMDULILLAH SYUKUR!

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: Anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah? An-Nahl [16:72]

Di hari perkahwinan kami pula..Majlis kami amatlah sederhana sekali.Tiada pelamin indah, tiada kompang dan tiada segala2 yang mewah.Memangdangkan ustaz pada masa tersebut masih lagi bergelar seorang pelajar M.A dan juga seorang tutor di IPTA, mana mungkin mampu mengadakan semua kemewahan itu.Dan seandainya mampu juga tidak akan sesekali dilakukan perkara tersebut.

Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Al-Ahzab [33:2] .

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. Al-Baqara [2:223]


Selepas diijabkabulkan..pelbagai kesusahan yang kami tempuhi..Namun yang penting adalah kebergantungan yang tinggi terhadap Allah pasti menjamin segalanya.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Ar-Room [30:21]

Alhamdulillah..ummi telah ditemukan jodoh YANG TERBAIK.Yang lagi pentingnya adalah BERCINTA SELEPAS KAHWIN.Insya Allah percintaan ini sebenarnya lebih indah dan romantik!
Semoga kami akan berkekalan dunia dan akhirat...

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. An-Nisa [4:34]

Ada juga persoalan yang diajukan kepada ustaz mengenai poligami.Di sini ummi rujukkan Firman Allah..

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
An-Nisa [4:3]


Bagaimana pula hendak mengekalkan keutuhan rumahtangga yang dibina?Di sini ada jawapannya.Ummi dah pernah buat entri ini.Petua menawan hati pasangan.

Bagaimana pula hendak mendidik anak2.Juga ummi pernah letakkan entri 40 Kesilapan mendidik anak2.
Alhamdulillah..semunya menjadi memori terindah untuk dikenang bersama...Semoga sedikit kisah yang tidak sehebat mana kami berdua ini menjadi panduan dan pedoman untuk kita bersama.Apa yang baik semuanya daripada Allah dan apa yang kurang adalah dari kelemahan diri ummi sendiri.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al-Baqara [2:128]







4 comments:

Kehelan said...

kisah yg manis... moga sampai ke syurga!

ummu faqeh said...

alhamdulillahi robbil alamin..insya Allah..terimakasih kay..Moga Kay juga akan berbahagia dan bertemu jodoh dengan orang yang beriman dan yang penting dapat membahagiakan kita dan membawa kita menuju ke Firdausi,amin!

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

蛋餅不加蔥Amber said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!