Pages

Saturday, March 13, 2010

DIARI LEPAS.

Bismillah Wal hamdulillah.
Jam menunjukkan 5.00 petang,suhu mencecah 27 degree,berbanding di Kuantan, Pahang 26 degree.Perubahan cuaca yang mendadak.Alhamdulillah,sudah lama tidak merasai suasana yang panas sebegini. Di sini ummi  ingin catatkan diari sepangjang bulan lepas.


1 Februari 2010- Ke Mathaf Athfal dan Carrefour di Amman.

5 Februari 2101 - Snow at Ajlun.Alhamdulillah,pengalaman pertama kali dalam hidup ini
7 Februari 2010- Terima kiriman sedikit barang dari Malaysia melalui akhowat yang balik ke Malaysia.

9 Februari 2010- Ke Mukhtar dan Safeway.Bershoping dengan Kak Da.

18 Februari 2010- Ke Raudhah Kak Jannah dan Mc Donald.

24 Februari 2010- Riadhah santai ( 1 ) di Madinah Hassan.

26 Februari 2010- Tafaqquh di Masjid Thal." Solat Jamak."









27 Februari 2010- Selamat Hari Lahir Kak Jannah.

28 Februari 2010 - Barang seberat 7.2 kg sampai dari Malaysia.Dalam masa 4 hari sampai ke Jordan.Kosnya RM 452.

5 & 6 Mac 2010 - Kursus Intensif Bahasa Arab Ammi.Di Bayt Salsabila.Ummi pergi bersama adik Faseh.Alhamdulillah.Terimakasih kepada pihak penganjur kerana sudi membenarkan ummi mengutip mutiara ilmu di bumi Irbid yang penuh keberkatan ini.Semoga dengan bermulanya minat ummi terhadap bahasa arab ini akan membawa ummi lebih jauh mendalami bahasa Al-Quran ini.Ummi teringin sangat untuk mengambil kursus pendek mempelajari bahasa arab fushaha di Jamiah.Namun banyak persoalannya yang bermain di fikiran ummi.Pukul berapa nak pergi?Anak2 siapa nak jaga?Berani ker ummi?Bayarannya mahal bangat mereka bilang! Tapi, Insya Allah..Allahu yusahhil..amin!






senyum apa tuh?



keletihan..tidur di bilik akhowat.Terimakasih banyak2.


Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan ummi untuk mempelajari ilmu bahasa arab ini.Syukran Jazilan kepada my hubby kerana memberi sokongan padu kepada ummi.Anak2 abi yang jaga.

8 Mac 20010 - Ke rumah Kak Da.Majlis kesyukuran sempena hari lahir.... ( siapa yer? cuba teka..siap dapat hadiah lagi tuh!ampun Kak Da!..).Pada hari ini juga ummi telah memberanikan diri buat pertama kalinya dalam hidup, membotakkan kepala dua orang hero ummi.Alhamdulillah.

9 Mac 2010 - Abi berkongsi ilmu di program Kau Milikku.

10 Mac 2010 - Riadhah santai ( 2) di Madinah Hassan buat kali kedua.Anak2 ummi amatlah gembiranya.

12 Mac 2010 - Adik Faseh demam.Ummi tak dapat menyertai Grand Riadhah pada hari ini.Takper, ada keizinan kami pergi lagi yer.

13 Mac 2010 - Ke Balad.Memborong kasut roda Kak Jannah, Faqeh dan abi.Ikut perancangannya, insya Allah ingin ke Madinah Hasaan esok.Teruja sungguh anak2 nak bermain.Abi diapun ikut sama teruja!








No comments: