Pages

Friday, January 22, 2010

KHUSYUK DALAM SOLAT.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

jam menunjukkan 3.52 pagi.6 deg sekarang.Masih berdiri teguh di hadapan laptop menemani hubby tersayang study.Ummi baru jer tengok Al-Kuliyyah yang bertajuk KELAHIRAN.Banyak manfaatnya.Yerlah ummi duk kat Jordan nih mmg kena mencari ilmu.Di Malaysia banyak saluran yang boleh kita tambahkan ilmu.Alhamdulillah semoga Allah menambahkan ilmu2 yang bermanfaat untuk kita semua.

Alhamdulillah, anak2 sekarang amatlah seronok kerana dah dapat tengok TV musta'mal. Ada 400 ++ channel.Ummipun pening nak pilih mana satu nak tengok.Anak2 duk tengok kartun 24 hours.Ummipun ada gak sekali sekala tengok, itupun setelah diberi laptop ummi kepada anak2.Semua rancangan dalam bahasa arab.Ummi tengok CSI-NY pun translate dia dalam bahasa arab.Huhu..merangkak2 juga ummi nak baca.Insya Allah...lepas ni ummi kena sungguh2 nak belajar arabic n english nih.

Kat sini ummi C&P artikel2 ttg KHUSYUK DALAM SOLAT.Semoga kita semua dapat memperbaikii solat masing2-amin.





RAHSIA KHUSYUK SOLAT.Sumber dari
sini.
1. Jangan bersolat dengan menahan sesuatu seperti air kecil atau air besar..
2. Sentiasa lakukan solat berjemaah (yang paling afdal ialah di masjid)
3. Menjaga makan dan minum (terjamin halal)

4. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
5. Mengambil wudhu dengan sempurna supaya air mengalir mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang boleh mengganggu fikiran.
8. Mengingati mati dan beringat kemungkinan itu adalah solat terakhir dalam hidup.
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia dan segala yang tersirat di hati hamba-hambanya.
10. Memenuhkan hati dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang sentiasa memerhatikan gerak-geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk makna ayat-ayat Al-Quran dan segala zikir.
12. Membaca surah Al-Nas,selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, istighfar dan bacaan yang menjauhkan diri kita daripada syaitan sebelum mengangkat takbir.
13. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
14. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku' dan sujud.
15. Memastikan tiada gangguan di dalam kawasan solat.
16. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan(selain dari tempat sujud).



PETUA KHUSYUK SOLAT.Sumber dari
sini.

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-


yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-


"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-


yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].


7 PERINGKAT SOLAT.Sumber dari
sini.

Apakah sembahyang yang kita lakukan sejak baligh sehingga ke hari ini diterima Allah? Pernahkan kita menganalisa, sejauh manakah kita khusyuk di dalam sembahyang, kerana khusyuk merupakan salah satu syarat untuk sembahyang itu diterma Allah.
Bagi orang-orang yang soleh dan solehah, mereka sangat mengambil berat tentang sembahyang. Sekiranya pekerjaan seharian terganggu, atau tiada kelancaran semasa bekerja, perkara pertama yang dilakukan ialah memeriksa semula sejauh mana khusyuknya mereka dalam sembahyang. Ini adalah kerana sembahyang merupakan hubungan manusia dengan Allah.

Sekiranya hubungan dengan Allah pun tidak selesai, dengan manusia tentunya lebih susah lagi. Seterusnya, ketaatan kepada pemimpin tidak akan berlaku sekiranya tiada ketaatan kepada Tuhan. Sembahyang perlu dinilai dari segi berjemaah atau tidak, tepat pada waktunya ataupun tidak, khusyuk atau tidak dan kelurusan saf di dalam sembahyang. Untuk menilai sembahyang kita, mari kita bersama-sama meneliti peringkat-peringkat sembahyang berikut. Dalam golongan manakah kita dikategorikan.

Sembahyang Orang Jahil
Sembahyang seseorang yang tidak faham tentang rukun sembahyang, syarat wajib sembahyang, syarat sah sembahyang, persoalan suci dari hadas kecil dan hadas besar dan sebagainya. Sekalipun sembahyang itu kemas, tepat pada waktunya dan berjemaah, tetap tertolak kerana dilakukan tanpa ada ilmu.
Sembahyang Orang Lalai
Pada zahirnya adalah lengkap. Ini kerana sebelum sembahyang itu dikerjakan, ilmu mengenainya sudah dipelajari. Bacaan dalam sembahyang dijaga betul. Tapi fikiran orang orang yang bersembahyang itu melayang, memikirkan perkara lain, tidak menghayati sembahyangnya. Sedangkan khusyuk dalam sembahyang merangkumi khusyuk, akal, hati dan perbuatan. Golongan inilah yang dikatakan lalai di dalam sembahyang sepertimana firman Allah: "Sebab itu, celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang dan mereka lalai dari sembahyangnya."
Surah Al-Ma'un, Ayat 3 dan 4. Mereka ini akan Allah masukkan ke dalam Neraka Wail.

Sembahyang Kerana Selain Allah
Sembahyang yang dilakukan kerana adat dan budaya. Mungkin seseorang itu lahir dalam suasana Islam. Sejak kecil dia melihat orang sekelilingnya sembahyang, lantas dia pun sembahyang. Ini bermakna sembahyangnya bukan kerana syariat tapi kerana takut dimarahi ibu bapa, takut tersisih dan sebagainya. Sembahyang bagi golongan ini juga tertolak.

Sembahyang Peringkat Mujahadah
Golongan yang sembahyangnya diperingkat ini pula, mereka memiliki ilmu tentang sembahyang dan berusaha menghayati sembahyangnya. Mereka ada kesungguhan tetapi jiwa tidak hidup. akal sudah berperanan, tetapi hati belum dapat dibawa bersama di dalam sembahyangnya. Bahkan di dalam sembahyang, mereka bermujahadah untuk mendapatkan rasa khusyuk. Allah sayang pada orang yang bermujahadah. Allah menerima sembahyang golongan ini setakat yang mereka khusyuk sahaja. Walau bagaimanapun, mereka masih belum tentu selamat. Terpulanglah kepada Allah menentukannya. Kalau dengan rahmat Allah, Dia hendak mengampunkan dosa hambaNya, Dia ampunkan. Kalau Dia hendak siksa pun, itu adalah hakNya sebagai Tuhan.

Sembahyang Orang Soleh
Diperingkat sembahyang ini, akal fikiran sudah boleh ditumpukan supaya khusyuk kepada Tuhan di dalam sembahyangnya tetapi jiwa dan hati belum sepenuhnya dikawal. Akal sudah boleh disibukkan dengan mengingatkan makna-makna bacaan dan pergerakan sembahyang. Golongan ini sudah tidak lalai dalam sembahyang. Untuk sembahyang kita diterima, kita sekurang-kurangnya berada diperingkat ini. Ia peringkat paling minimum.

Sembahyang Para Wali
Di peringkat sembahyang para wali, akal, hati dan fizikal telah dapat dikawal. Golongan ini sudah dapat menghayati sembahyang. Apabila menyebut Alhamdulillah, hati terasa bersyukur dan akal memahaminya. Bila berdiri tegak, dia dapat merasakan bahawa dirinya sedang menghadap Tuhan. Bila bertasbih, terasa dirinya kerdil dan hina di hadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, hati sentiasa rasa mengharap. Sembahyang beginilah yang melahirkan rasa kehambaan. Bahkan dapat merasakan kelazatan di dalam sembahyang.

Sembahyang Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Golongan ini terlalu khusyuk sembahyangnya, dengan lain perkataan 'fana' dengan Allah. Roh mereka sampai ke alam yang tinggi. Sifat-sifat Allah dihayati sungguh-sungguh. Bahkan mereka boleh sampai ke alam malakut.
Begitulah di antara beberapa peringkat sembahyang yang boleh kita kategorikan. Sembahyang yang dapat dihayati sungguh-sungguh akan dapat memberikan kesan kepada orang yang melakukannya. Sebaliknya rugilah mereka yang lalai di dalam sembahyang. Sembahyang mereka seperti patuk ayam yang tidak tahu makna apa-apa tentang sembahyangnya.

HADITH PILIHAN.

Sebesar-besar surah di dalam Al-Quran ialah "Alhamdulillahi Rabbil A'lamin.
Fatihatul Kitab (Al-Fatihah) adalah sama dengan dua pertiga Al-Quran.
Kecelakaan keatas sesiapa yang membaca Al-Quran tetapi sebaliknya tidak memerhati dan memikirkan maksud serta tujuannya.
Sesungguhnya orang yang paling utama diantara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.
Bacalah Al-Quran, kerana ia akan memberi syafa'at kepada orang yang membacanya.
Solat Dhuha berkhasiat mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran
Tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan tali silaturrahim.
Berdoalah kepada Allah dan yakin akan termakbul doa itu.
Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai dan main-main.
Mimpi seorang mukmin itu adalah sebahagian dari 40 bahagian kenabian.
Sesungguhnya Allah itu tunggal. Dia suka pada yang ganjil, maka kerjakanlah solat witir wahai Ahlil Quran.
Jika fajar telah terbit, maka tidak ada solat kecuali dua rakaat yang ringan.
Solat dua rakaat sebelum solat subuh lebih baik ganjarannya daripada dunia dan semua yang ada di dalamnya.
Siapa tetap mengerjakan empat rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah solat zohor, Allah akan mengharamkannya dari api neraka.
Allah akan memberi rahmat kepada orang yang solat sunat empat rakaat sebelum asar.
Di antara tiap-tiap azan dan iqamah ada solat sunatnya.
Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu, pangkat kamu, tetapi Dia melihat hati kamu dan amal kamu.
Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya jika tidak hendaklah kamu merasakan bahawa Allah melihat kamu.
Sesiapa yang lupa mengerjakan solat atau tertidur daripada mengerjakannya, maka penebusnya hendaklah dia melakukannya apabila teringat akan solat yang tertinggal itu.
Sesungguhnya yang membezakan antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat.
Tiada ertinya solat bagi orang yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid.
Janganlah kamu larang wanita-wanita ke masjid, tetapi rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka untuk beribadah.
Jika seseorang itu meninggal dunia dengan beriman, maka dia mati dengan keredhaan Allah.
Sesiapa yang mempunyai rambut, maka hendaklah memuliakannya.
Allah melaknat kaum perempuan yang menyerupai kamu lelaki dan sebaliknya kaum lelaki yang menyerupai kaum perempuan.
Allah melaknat orang yang memakai rambut palsu dan orang yang meminta dipakaikan rambut palsu
Apabila anda masuk ke tempat tidur hendaklah baring, berwudhuklah sebagaimana wudhuk untuk solat.
Apabila seseorang antara kamu telah bersetubuh dengan isterinya kemudian ingin mengulangi semula, maka hendaklah dia berwudhuk.
Berwudhuklah kamu kerana makan makanan yang disentuh api.
Bersugi itu membersihkan mulut, mendapatkan keredhaan Ilahi dan mencerahkan mata.
Lakukanlah solat sebagaimana kamu lihat aku solat
Orang yang telah bertaubat daripada dosa itu nescaya dirinya bersih seperti orang yang tidak mempunyai dosa.
Akhlak buruk itu merosakkan amal sebagaimana cuka merosakkan madu.
Solat itu mi'raj bagi seorang mukmin.
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Jika fajar telah terbit, maka tidak ada solat kecuali dua rakaat yang ringan.
Solat dua rakaat sebelum solat subuh lebih baik daripada dunia dan semua yang ada di dalamnya.
Siapa tetap mengerjakan empat rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah solat zohor, Allah akan mengharamkannya dari api neraka.
Allah akan memberi rahmat kepada orang yang solat sunat empat rakaat sebelum asar.
Di antara tiap-tiap azan dan iqamah ada solat sunatnya.
Tidak akan kecewa bagi siapa yang beristikharah.
Tidak akan menyesal bagi siapa yang suka berunding.
Tidak akan kesempitan bagi siapa yang berjimat.
Siapa kekal mengerjakan solat Dhuha tiap hari, diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di laut.
Solat Dhuha berkhasiat mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran
Islam dibina atas lima perkara: Menyembah Allah dan mengkafiri lainNya, mendirikan solat, membayar zakat, haji ke Mekah dan Puasa Ramadhan.
Barangsiapa mati dalam keadaan dia yakin bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, maka dia masuk syurga.
Belum sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai bagi saudaranya atau bagi jirannya, apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri.
Tidak akan dapat masuk syurga, orang yang tidak membuat jirannya merasa aman dari perangainya yang tidak senonoh.
Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mungkir, apabila dipercayai ia khianati.
Sumber diambil dari Terjemahan Hadis Shahih Muslim terbitan KLANG BOOK CENTER




3 comments:

Anonymous said...

thanx for the tips..selama ni i ada tertanye2 pasal kyusuk ni tau.

from pembacaan kita, pernah tahu ada sahabat rasulullah, walau kaki terpacak dgn panah, dia boleh tak sedar..sebabkan kyusuk solat. tp ada jugak kita dgr kisah rasulullah, tidak bgn dr sujud dia kerana sedar cucu dia naik mengkuda atas dia..ada gak kita dgr rasulullah kluar dr posisi solat utk dukung cucu dia yg meragam, then kembali semula menyambung solat.

so i guess kusyuk ni bukanlah trance seperti yg commonly diajar dlm text pendidikan islam. kusyuk ni more macam ada direct connection kita dgn tuhan & betul2 ikhlas menyampaikan ibadah kita tu kepadaNya.

tq again..

Herdoni said...

Sebuah pencerahan menuju sholat yang khusyuk. Perjalanan yang panjang dan berliku untuk mencapai taraf tersebut, banyak lubang, jebakan dan godaan dalam upaya meraihnya. Sholat yang khusyuk bagaikan berlian yang mahal harganya.

ummu faqeh said...

mama-miya-u r welcome..apa yg ptg, keikhlasan !

herdoni-sama2 kiat berdoa agar hati kita sentiasa khusyuk ketika solat!