Pages

Friday, December 25, 2009

SYUKUR PADAMU YA ALLAH!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

jam sekarang menunjukkan 12.00 am.Sungguh lama sudah rasanya ummi tak berjaga selewat begini sejak dua menjak ini.Menyebabkan blog ummi telah lama tidak diupdate.Alhamdulillah, pagi ini diberi kesempatan untuk mengupdate blog ini.

Pukul 6.00 petang tadi pada waktu tempatan (12.00 am di Malaysia ), kami dapat berita ibu mertua kepada Syukri ( adik ketiga ummi ), menghembuskan nafas terakhirnya..Lalu ummi terus memberikan SMS kepada kedua pasangan tersebut..
" YA ALLAH KAU RAHMATI PEMERGIAN HAMBAMU YANG LEBIH KAU SAYANGI.BERILAH KEKUATAN DAN KETABAHAN KEPADA MEREKA YANG DITINGGALKAN.SEMOGA MENJADI IKTIBAR KEPADA YANG HIDUP, BAHAWA HIDUP INI TIADA YANG KEKAL!"...

oklah N3 kali ni ummi nak bercerita tentang selautan kesyukuran pada Mu Ya Allah..diberi kesihatan semula kepada adik faseh..Alhamdulillah..kembali seperti asal..

dulunya...makan dan minum tidak mahu, sekarang...semua makanan dia makan, siap ambik roti makan sendiri sebab rasa lapar.ALHAMDULILLAH!



dulunya..asyik tidur jer sepanjang dia demam, sekarang...nak suruh tidur kemain payahnya.."adik nak main lagilah ummi!".ALHAMDULILLAH!


dulunya...nak bercakappun malas..asyik tidur..dan kalu bangun hanya minta air sahaja,sekarang...semua kejadian masa dia sakit, habis dia cerita semula..siap start gaduh dengan abang faqeh dah.ALHAMDULILLAH.


dulunya...taknak bermain, ngantuk kesan ubat jer, sekarang..siap main unta2 lagi dgn abinya.ALHAMDULILLAH!


dulunya..bila ummi tanya nak tgk video atau main games..mesti geleng kepala dan menangis,sekarang..dah kembali main games dan tgk upin n ipin!
ALHAMDULILLAH YA ALLAH!


inilah adik yang dah semakin sihat..nak kuar gi balad nih pada 23.12.09

tengah khusyuk layan video.Video apa?

of course, upin n ipin!

sebelum keluar ke balad.


terpegun melihat banyaknya rekabentuk kasut2!


1st shoes of ummi..JD 5 !


kita makan aiskrim dulu!


rompers utk kak jannahh!

dah bersemangat nak bermain2 semula.Main apa tuh?Main unta2 joden kata adik!



No comments: