Pages

Monday, October 19, 2009

Generasi pertama vs Generasi kedua.

Generasi pertama.


Terdengar perbualan seorang anak dengan ibunya yang jauh beribu2 batu.”Mak apa khabar?sihat?alhamdulillah..mak kita dah makin kurus duk kat sini.Makan banyak tapi banyak berjalan kaki pergi ke mana2.”

Hati ibu mana yang tak tersentuh mendengar rintihan pengaduan seorang anak yang dikandung 9 bulan, dibelai dengan penuh manja.Dan sekarang mengadu ketika tiada di depan mata,berjauhan beribu2 batu.

Dan dengan linagan airmata penuh kasih sayang, sang ibu menjawab “Biarlah kurus asalkan sihat tubuh badan, tak sakit.Senang nak belajar mencari ilmu.Mak selalu doakan anak mak ini dikuatkan iman mengahadapi kehidupan di tempat orang."
Hati anak mana yang tidak sedih dan gembira mendengar kata2 semangat dari seorang ibu tersayang memberikan semangat.Walau jauh di mata, namun dekat di hati.

Terdengar pulak anak berkata lagi,” Kita belajar kat sini susah mak.Tapi mak jangan risau, ummi dia banyak bantu kita.Mak tak perlu risaukan kita,Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.Dan kita sudah tahu kesusahan dan kepayahan belajar di sini.Cuma setara mana kesakitan itu sahaja yang tak tahu.” Rintih seorang anak yang ingin melepaskan keresahan dan kekusutan fikiran.Teringat dulu ketika masih kecil, seorang ibu akan sentiasa mencium ubun2 anaknya untuk meleraikan keresahan hati anaknya. Dan sehingga dewasa ini, ketika ingin berpisah masih memerlukan setuhan di ubun2 kepala untuk merasakan kemesraan dan kasih sayang seorang ibu terhadap dirinya.

Dan terdengan jawapan dari ibu tercinta,”Tak aperlah nak, baguslah ummi tolong anak.Yang penting tabahkan hati menghadapi segalanya.Doa mak sentiasa untuk anak”.
Tenang dan lega hati seorang anak mendengar kata2 dari ibunya.

Generasi kedua.


Ketika pulang dari sekolah, seorang anak kecil mengadu dipukul kawannya .Sambil teresak2 menangis di pangkuan umminya.”Ummi, ada orang pukul kakak di sekolah tadi.”

Seorang ibu muda memeluk erat anak tersayang dan mencium ubun2 kepala anak sambil menenangkan anak tersayang yang penuh kesedihan sambil menyapu linangan airmata anak.”Tak mengapalah kakak,dia tak sengaja pukul kakak tuh.Kakak minta maaf tak pada dia?”

Anak sudah tidak mampu bercakap hanya menganggukkan kepala sahaja.Namun merasa tenang di dalam pelukan seorang ibu.

Di malam hari seorang ibu memerhatikan anak2 yang tidur dengan penuh lena.Dan ibu tersebut mengambil kesempatan di setiap malam untuk mencium ubun2 anak2 dan membacakan surah An-Nasyrh dan ayatul kursi sambil berdoa agar anak2nya menjadi anak2 yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat…

Munajat seorang hamba di tengah malam...
“ Ya Allah Ya Tuhanku.Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.Ya Allah di malam sunyi sepi ini, hanya Engkau lah tempat ku mengadu memohon pertolongan dan bantuan…
Ya Allah, ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku , dosa2 ibubapaku.Ya Allah, berilah kekuatan dan ketabahan kepada suamiku tersayang.Berilah dia kefahaman para nabiMu dan ilham dari para malaikatMu yang hampir denganMu.Ya Allah berilah kesihatan tubuh badan kepadanya.Berilah ketenangan kepadanya.
Ya Allah, janganlah Kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami hadapi.Ya Allah, bukannya kami tidak reda dengan ujian yang melanda, namun ku hanya ingin mengadu kepadaMu.Hanya Engkaulah tempat kami mengadu… "

Kita akan merasakan keresahan dan kebimbangan terhadap orang tersayang.Itulah dinamakan kasih sayang.Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.Barulah kita tahu keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh seorang ibu terhadap anaknya apabila kita pula menjadi seorang IBU!!!Teringat kedegilan dan kenakalan yang kita lakukan dulu,semestinya kita tidak mahu anak2 kita membuat perkara yang sama, begitu jugalah ibubapa kita.Kita juga inginkan yang terbaik untuk anak kita sebagaimana ibubapa kita terdahulu.Bahkan kita inginkan anak kita LEBIH BAGUS dari kita.Betul tak kak irra?

Di sini juga ummi nak ucapkan tahniah pada mak adah..Semoga dapat menjaga dan memelihara perhubungan yang baru dibina ini dengan sebaiknya.Yakinlah sedikit kelalaian kita akan membawa kesan dan askibat di masa hadapan.Yakinlah dengan perkara itu.Maka berhati2lah dari sekaranag.Sentiasa bewaspada adikku.Teralalu banyak onak dan cabaran yang lebih hebat akan kau tempuhi setelah peristiwa pada hari sabtu yang lepas.

Dan untuk mak teh,salam tahniah dari kami sekeluarga..dah nak jadi ummi dah adik ummi ni tahun depan.Alhamdulillah..bertambahlah cucu ma abah kan?Amacam mak long dan mok der nak ikut jejak tak mak teh ni?ummi?huhu, sabarlah dulu...bagi peluang pada orang lain dulu..betul tak mak longnyer?Tahun depan mana tahu dapat menantu baru pulakkan mak adahnyer?hehehPesanan untuk mak teh, jagalah diri elok2, dari sekarang dah kena didik baby tuh.Banyakkan baca surah Maryam-mudah nak bersalin.Surah lukman-bagi anak cerdik.Surah Yusof-nak bagi anak comel macam maknya dan hencem macam ayahnya.( ye ker pak teh hencem?kalu x, masakan mak teh nak kawin dengan pak teh kan?heheh )..Hormat suami..Suami pulak kena bagi sokongan moral dan fizikal untuk sang isteri yang akan mengalami pelbagai masalah dalam suasana sebegini..Takper, kami sentiasa doakan semuanya selamat dan berjalan dengan lancar...

4 comments:

ummutalhah said...

sungguh cepat masa berlalu..masa itu tak akan kembali lagi..last jumpa mak teh,mak adah masing2 masih sekolah menengah..dan sekarang sumer dah masuk dunia baru..sebenarnya setiap anak tak akan tahu apa perasaan seorang ibu itu bagaimana sekiranya seorang anak itu membuat salah sehinggala si anak itu sendiri merasai menjadi ibu atau bapa pada anak mereka sendiri..sedih,gembira,amat terharu,amat tersentuh,amat tenag,amat sejuk hati bila apa2 yang berlaku keatas anak2 terutama seorang ibu yang mengandungkan sianak dengan pelbagai masalah..sesak nafas,crem kaki,muntah setiap hari,letih sepanjang hari,sakit sendi2..belum lagi debaran menanti bila dah masuk labour room..terpaksa berkorban malu,bertahan sakit dan bersabar dengan berhari2 menanti hari2 dalam pantang..hanya Allah saja yang dapat membalas pengorbanan seorang insan bernama IBU!! untuk itu ayuh!!anak2 yang masih ada ibu bapa..bahagiakanlah mereka dengan khabar2 gembira dari kita agar mereka sentiasa tenang dan tidak gusar apatah lagi gundah gulana memikirkan kita anak2 nya...

ummu faqeh said...

betul tuh kak , terlalu banyak pengorbanan dan keperitan yang terpaksa dilalui oleh seoarang ibu demi melihat anak tersayang.Segala2nya sanggup dikorbankan termasuk berkorban nyawa , mereka sanggup!Terima kasih atas komen yang amat menenangkan perasaan kami di perantauan ini.

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful said...

u know what, lepas i dah jd a mom. i started to realize & appreciate my mom & my mak mertua better. 2 women yg i kena yg telah curahkan kasih sayang tanpa meminta apa2 balasan. now kita pulak go thru that stage.

ummu faqeh said...

betul tuh mama-miya.mmg kena appreciate mereka kan?HArapnya kita mampu menjadi ibu yang mithali, melahirkan zuriat yang berkualiti.Berfaedah utk agama bangsa dan negara..

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!