Pages

Monday, October 19, 2009

syawal dah habis!

assalamualaikum..
19 Oktober 2009.Jam 11.36 pagi.Faqeh dan faseh duk main conteng2.Kak Jannah kejap lagi balik dari sekolah.Abi pergi teman kawan dia nak cabut gigi di balad (bandar ).Insya Allah kita mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kita, insya Allah.Ummi...baru jer ok internet wi tribe ni.Tadi baru call service centre dia.Mujurlah ada bahasa Inggeris,boleh gak ummi berkomunikasi.Kalu bahasa arab, mahu ummi pening sikit.Kalu jawo?..( ada ker? ).Alhamdulillah, sekarang dah ok line dia.Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua yang terjadi.
Dan sekarang, dapur kami pulak rosak.Baru jer sebulan lebih kami guna.Hentahlah ganas sangat ker ummi guna?Yerlah tiap2 hari ummi masak.Kalu kat Malaysia dulu, 3 hari sekalipun payah nak masak.Itu yang dapur gas kami tahan hampir setahun tak pernah rosak.Ataupun barang di Jordan ni kurang berkualiti? hentahlah..Biarlah,abi dah nak beli yang baru dapur gas.
Itu yang ummi ada masa kat depan laptop abi ni.(huhu, laptop ummi masih tiada di samping diri ini.),Kalu tak, inilah masanya duk berperang kat dapur.hehe

oklah kat sini ummi nak tepek lagu yang memberi maksud yang mendalam buat kami sekeluarga dan ditujukan khas buat keluarga di Malaysia..sedeynyer!Syawalpun dah habis.huhu.Adakah kita akan berjumpa semula dengn ramadhan dan Syawal tahun depan?

Sudirman

Dari Jauh Kupohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh


MAK AYAH, MA ABAH..DOAKAN ANAK2MU DAN CUCU2MU DI SINI.MOGA KAMI DIBERI KEKUATAN DAN KETABAHAN SEPERTI PARA RASUL DAN NABI YANG PERNAH HIDUP DI BUMI YANG PENUH KEBERKATAN INI.AMIN..PERKENANKANLAH PERMINTAAN KAMI YA ALLAH.

No comments: