Pages

Friday, January 16, 2009

tali pinggang keledar

Pemakaian Tali Pinggang Keledar Belakang Kurangkan 50 Peratus Risiko Kematian Penumpang Belakang


KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pemakaian tali pinggang keledar belakang dapat mengurangkan risiko kematian bagi penumpang belakang kenderaan sehingga 50 peratus, menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lajim Ukin berkata kajian MIROS bertajuk "An Assesment of Rear Seat Belt Availability and Accessibility in Malaysia" yang diterbitkan tahun ini mendapati pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang belakang dapat mengelakkan kecederaan serius dan kematian.

"Pelaksanaan peraturan mewajibkan tali pinggang keledar belakang itu tidak akan membebankan rakyat kerana kajian MIROS mendapati 90 peratus kenderaan di jalan raya siap dipasang dengan tali pinggang keledar belakang dan 85 peratus penumpang di belakang dapat memakai tali pinggang keledar," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Wang Siong Hwee pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Wong ingin tahu mengenai bilangan kes kecederaan dan kematian yang diakibatkan oleh amalan tidak memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang sehingga tahun ini, selain langkah kerajaan bagi membantu pengguna kereta yang tidak berkemampuan agar tidak terbeban dengan penguatkuasaan polisi itu.

Lajim berkata kerajaan berbincang dengan industri permotoran dan mengenal pasti kenderaan-kenderaan yang tidak dilengkapi tali pinggang keledar belakang, antaranya model keluaran Proton, Perodua dan Honda, termasuk bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk memasangnya secara percuma.

Beliau berkata MIROS juga melaporkan bahawa daripada jumlah kemalangan maut tahun lepas yang meragut 6,282 nyawa, 350 daripadanya melibatkan penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar.

Sehubungan itu, Lajim berkata daripada jumlah 350 yang terkorban, 175 nyawa boleh diselamatkan sekiranya mereka memakai tali pinggang keledar.

Mengenai soalan tambahan Senator Heng Seai Kei berkenaan pengecualian kereta buatan sebelum 1995 daripada pemasangan tali pinggang keledar belakang, Lajim berkata kerajaan beranggapan kenderaan di bawah 1995 tidak lagi berada di jalan raya dan kenderaan itu mungkin tidak lagi diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Undang-undang pemakaian tali pinggang keledar belakang berkuatkuasa mulai 1 Januari ini dan kenderaan yang berdaftar sebelum 1 Januari 1995 dikecualikan daripada peraturan pemakaian tali pinggang keledar di belakang.

-- BERNAMA




alhamdulillah.. setakat ni anakku yang kecik masih lagi duk kat depan bersama diriku.. jadi tali pinggangnya memang aku ikat sekalidgn bb ni..
ataupun kalu takder orang pegang, mmg aku letak dalam seat bb ni, insya Allah selamat sikit..

sajer jer letak gambar ni..



nipun diletak sebagai penghias jer..bb ku sayang!




ha.. ni baru ada kaitan ni... abang faqeh..tertekan sebab dipaksa memakai tali pinggang keledar nih.. muka nak marah jer.. tapi bila diberitahu polis akan tangkap orang yang tak pakai , cepat2 dia pakai, tapi..muncungnya sedepalah..


inilah keadaan dalam kenariku.. dgn anak2ku yang dipaksa untuk memakai tali pinggang keledar ni.. tapi yang bb tu menyibuk pulak kat belakang..sabor jerlah..







ha.. adik larilah sikit..kak jannah dan abang faqeh nak pakai nih,abi dah nak gerak dah ning..





heheh.. ni topi keledar nih... kak jannah nak gak pakai..



abang faqehpun mulalah sibuk nak posing gak ..huhuhu



2 comments:

Unknown said...

Sedia payung sebelum hujan. Pakai 'sabuk keselamatan' sebelum terjadi kecelakaan di jalan. Keamanan standar bagi yang berkendaraan di jalan. Mulai sejak kecil, anak-anak sudah dikenalkan tertib berlalu-lintas seperti memakai 'sabuk keselamatan'. Langkah positif membina keluarga yang bahagia. Salam sukses.

ummu faqeh said...

Iya benar sekali ..demi keselamatan anak2,ibubapa sanggup lakukan apa saja..