Pages

Friday, January 16, 2009

se...lamat pagi cikgu!


salam..alhamdulillah.. 4 Januari 2009, anakku dua orang ni sudahku hantar bersekolah di TASKA DAR'HIKMAH, Tok Jiring, Terengganu..faqeh dan jannah pada hari pertama amat bersemangat dan teruja sekali..




ni posing paling menarik dari faqehuddin






ni faqeh masa hari pertama..baju tak dapat lagi..menguap mengantuk lah tuh..lama dah tak dikejutkan bangun pagi.. sekarang ni ada gak hari2 tertentu kedua beradik ni buat hal taknak ke sekolah..pelbagai teknik dan cara abi umi gunakan utk memujuk permata hatiku ni nak ke sekolah..


bb pun pagi2 buta dah sibuk bangun nak ke sekolah juga !

ini kak jannah yang susun sebelum nak pergi sekolah..disusun pada sebelah malamnya..
kat bawah ni pulak.. meja khas utk permata2 hatiku belajar dan membuat kerja...



Ibu bapa sila baca surah taha ayat 1-5 3x pada telinga anak semasa anak tidur 7hari berturut-turut..insyaAllah anak akan lembut hati dan mendengar kata..........

nih tips nak bagi anak2 mudah mendengar cakap...memang kat sekolah anakku pun diajar surah ni utk dihafal..
biasanya yang kami sekeluarga amalkan..baca surah Ash Syarh-Alam Nasyrah dan ayat kursi -utk melembutkan hati mereka..baca di ubun2 kepala mereka, insya Allah..
alhamdulillah..moga2 permata2 hatiku ini menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang bakal mendoakan umi dan abi di dunia mahupun di akhirat nanti, Insya Allah...


No comments: