Pages

Saturday, January 17, 2009

cecair emas 2

salam..ini merupakan entri kedua ttg penyusuan eksklusif diriku..alhamdulillah..sekarang umur anakku sudah 1tahun 8 bulan...dan masih lagi menyusu secara eksklusif...tidak dicampur lagi dengan sebarang susu formula... baby suka bangat minum susu ummi..gambar ni posing kat bilik salin di Mydin Mall, Terengganu.. baguskan disediakan tempat untuk menyalin pampers..sambil tu bolehlah nak menyusukan bb kan... yang ni pulak bilik khas utk penyusuan di Sabasun Hypermarket, Terengganu...agak kecil sikit.. tapi selesa..siap disediakan tilam utk memudahkan urusan penyusuan...hehe
inilah susu yang biasanya dapatku pam ketika waktu pejabat ...
setelah itu disimpan di dalam peti... esoknya dibawa ke rumah pengasuh utk diberikan pada anakku...




Tahukah Anda?
Posted on Mon 23 Aug 2004 (2485 reads)
Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? Polisi ini menyatakan...
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan.

Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu. Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.

Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksankan TANGGUNGJAWAB tersebut.


Perihal Penyusuan dan Anak Susuan - Bahagian 1
Posted on Thu 05 May 2005
PERIHAL PENYUSUAN DAN ANAK SUSUAN


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah



Penyusuan kanak-kanak yang baru lahir atau disebut dalam bahasa Arab sebagai ridha‘ atau radha‘ah merupakan satu cara kehidupan semula jadi manusia.

Sesungguhnya menyusukan anak damit mempunyai kelebihan yang amat banyak. Menurut hasil kajian pakar perubatan, susu ibu itu mengandungi kesemua zat makanan yang diperlukan untuk perkembangan dan kesihatan anak damit. Ia juga mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak dan daya intelek yang lebih baik. Susu ibu juga boleh mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik dan boleh mencegah penyakit lain seperti lelah, ekzema, sakit perut, sembelit dan sindrom kematian mengejut anak damit. Selain daripada itu susu ibu boleh mewujudkan dan mempereratkan hubungan rapat antara ibu dan anak damit.

Penyusuan dengan susu ibu kepada anak damit sangat digalakkan kerana ia bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada anak damit itu, malahan juga kepada ibu-ibu yang menyusukan. Di antara kebaikannya terhadap ibu-ibu, yang telah dikenal pasti oleh pakar perubatan, ialah oksitosin yang dikeluarkan semasa penyusuan boleh mengecutkan rahim dan membantu memberhentikan pendarahan selepas bersalin. Penyusuan ibu dengan sepenuhnya boleh melambatkan kedatangan haid, menjarangkan kehamilan, membantu ibu bagi memulihkan semula ukuran bentuk badan dengan segera dan dapat mengurangkan lemak dipinggang dan peha. Ianya juga boleh mengurangkan risiko kanser buah dada.

Menurut ajaran agama Islam pula, penyusuan anak damit ini memang telah disyariatkan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

(Surah Al-Baqarah: 233)



Yang dimaksudkan dengan Radha‘ah di sini ialah masuknya air susu perempuan ke dalam perut seorang kanak-kanak yang umurnya tidak lebih daripada dua tahun qamariah.

Hukum Penyusuan Anak



Menyusukan anak damit yang masih dalam peringkat umur penyusuan adalah wajib selama mana anak damit itu memerlukannya. Akan tetapi ke atas siapakah yang menanggung kewajipan tersebut? dan siapakah yang menanggung pembiayaannya?

Apabila lahir seorang anak damit, maka adalah menjadi kewajipan kepada bapa anak damit itu untuk mencarikan orang yang boleh menyusukan anak tersebut.



Manakala seorang ibu pula wajib menyusukan anaknya dengan air susu yang baru keluar dari sejak kelahiran (al-liba’). Al-liba’ itu dipanggil dengan nama saintifiknya sebagai kolostrum. Warna kolostrum itu kuning seakan-akan warna oren dan ianya menyerupai seperti mentega yang cair dan kolosturm itu pekat dan melekit seperti sirap maple. Menurut kajian saintifik ianya mengandungi protein yang tinggi, zat besi dan mineral yang lain. Ianya juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat dan kalori berbanding dengan air susu dada yang keluar selepas kolostrum.

Adapun jangka masa al-liba’ itu tertakluk kepada pengkajian ahli bijak pandai, ada yang mengatakan kadarnya selama tiga hari dan ada juga yang mengatakan selama tujuh hari. Hukum wajib itu berlaku kerana anak damit tidak akan hidup atau tidak akan kuat pada kebiasaannya tanpa penyusuan dengan al-liba’.

Sekalipun pada lazimnya seorang ibu akan menyusukan anaknya, namun perkara tersebut bukanlah wajib ke atasnya untuk berbuat sedemikian jika ada perempuan lain yang boleh menyusukan anak damit itu. Tetapi jika ibu tersebut menyusukannya pembiayaan penyusuan itu adalah wajib ke atas bapa anak damit itu sekiranya anak tersebut tidak memiliki harta. Oleh yang demikian si suami tidak ada hak untuk memaksa isterinya bagi menyusukan anaknya. Jika terjadi pertelingkahan antara suami dan isteri sama ada pada menyusukan atau pembiayaannya, maka bolehlah suami meminta perempuan lain untuk menyusukannya. Dalam hal ini suami juga berkewajipan membiayai penyusuan tersebut. Ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya."

(Surah At-Thalaq: 6)

Berlainan halnya, jika anak itu tidak berbapa atau bapa dan anak damit itu tidak memiliki harta atau pun anak itu tidak menerima susu perempuan yang lain atau anak damit itu anak zina atau tiada diperolehi perempuan lain yang boleh menyusukan, maka dalam hal ini penyusuan itu wajib ke atas ibunya.

Jika si ibu itu berkehendak untuk menyusukan anaknya, maka dia berhaklah menyusukannya. Menurut pengarang Al-Minhaj, berdasarkan pendapat yang ashah suami tersebut tidak berhak melarang isterinya menyusukan anaknya sendiri sebagaimana yang telah dishahihkan oleh kebanyakan ulama’. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya."

(Surah Al-Baqarah: 233)

Ini kerana larangan suami terhadap isterinya bagi penyusuan anak damit itu, boleh mendatangkan kesengsaraan kepada si ibu itu sendiri, kerana si ibu lebih rapat dan condong hatinya kepada si anak. Begitulah juga dengan susu ibu, ianya lebih serasi dan sesuai jika diberikan kepada anaknya sendiri. (Nihayah Al-Muhtaj: 7/222, Mughni Al-Muhtaj: 3/573)

Kewajipan suami membiayai penyusuan anaknya - sekalipun anak damit itu adalah anak isterinya sendiri - adalah berasaskan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu maka berikanlah kepada mereka upahnya."

(Surah At-Thalaq: 6)

Jika si isteri itu meminta upah yang tinggi daripada suaminya sehingga melebihi upah yang sebanding atau ada perempuan lain yang mendermakan susunya atau perempuan lain itu meminta upah yang lebih rendah daripada upah yang sebanding, maka harus bagi suami untuk tidak memenuhi kehendak isterinya itu sebaliknya mengupah perempuan lain itu untuk menyusukan anaknya. (Mughni Al-Muhtaj: 3/573)

Sesungguhnya amalan penyusuan anak damit oleh perempuan yang bukan ibu kandung anak damit itu telah pun menjadi amalan masyarakat sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri semasa kecilnya disusukan oleh Tsuaibah iaitu salah seorang hamba perempuan daripada Abu Lahab, dan Halimah As-S‘adiah iaitu ibu susuannya daripada Bani Sa‘d.


No comments: