Pages

Monday, July 5, 2010

DI MADINAH ALMUNAWWARAH



Alhamdulillah..kami dapat menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi..Melihat payung elektrik buatan manusia ini..Subanallah.. Maha Agungnya pencipta kepada manusia yang merekacipta payung tersebut!




pintu hadapan Masjid Nabawi




FAqeh di hadapan Perkuburan Baqi'


Di bawah Kubah hijau inilah bersemadinya Rasulullah S.A.W.Ketika ummi nak tangkap gambar nih,penjaga pintu cakap "Mamnu' taswir"..Dilarang tangkap gambar .Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa mengharamkan gambar diambil.Namun, inilah rezekinya yang dapat diambil.

Alhamdulillah balik ke Jordan,rupanya kami dapat siaran Arab Saudi.Live dari Mekah dan Madinah.Alhamdulillah,sudah lama tercari,sekarang baru berjumpa.Kalu dari Mekah,suasana live dari Mekah berlatang belakangkan Ka'abah dan Sa'ie.Terubat rindu hati melihat suasana tersebut.Sambil dilatarkan dengan alunan ayat suci Al-Quran.Ummi selalu pasang channel tersebut.

Manakala di Madinah pula,live dari Masjid Nabawi.Dapat lihat Raudhah dan juga pintu Makam Rasulullah , Sidina Abu Bakar dan juga Saidina Umar Al-Khatab.Alhamdulillah, kamera menghala ke sana.Dahulunya di kawasan Raudhah,hanya lelaki dibenarkan bersolat dan berdoa,namun sekarang sudah dibahagi dua,separuh untuk perempuna dan separuh lagi untuk lelaki.Namun untuk melalui ke pintu makam, masih tidak dibenarkan untuk perempuan.Namun dapat bersolat di Raudhah dan berdoa di sini sudah menimbulkan rasa kesyukuran dan terubat rindu pada Rasulullah..Alhamdulillah!!! Di Raudhah ini, tempat mustajab uuktuk berdoa.






No comments: