Pages

Saturday, July 3, 2010

TRAVELOG UMRAH 2010

Kak Jannah di hadapan Masjid Nabawi.


Bismillah wal hamdulillah..

Jam menunjukkan 4.00 petang .Angin soifiy berhembus menyejukkan suasana yang sedang kepanas.Suhu sekarang mencecah 33 degree sekarang.

Alhamdulillah..ada masa jugak ummi nak update blog ummi nih.

Hari Pertama dan kedua
9 & 10 JUN 2010.
Jam 8.30 pagi kami bertolak dari Irbid dengan menaiki bas.Perjalanan memakan masa selama 30 jam.Amat memenatkan badan.Kaki ummi naik bengkak.Namun alhamdulillah semuanya berjalan lancar.




AMJAD MENANGIS!
Ketika sampai di border untuk urusan imegrisen..ketika itu sudah maghrib.Tiba2 kedengaran suara Amjad( anak kak Aizah yang berumur lebih kurang 2 tahun).Menangis dengan suara yang keras.Sambil matanya melilau2.Seolah2..hentahlah.Alhamdulillah,setelah kami beramai2 mula membaca ma'thurat beramai..tiba2 Amjad senyap seolah2 tiada apa2 yang berlaku.Alhamdulillah,semuanya kuasa Allah belaka.

BAS ROSAK!
Dalam perjalanan juga tiba2 bas kami berhenti di tepi jalan.Diberitahu tali bas putus.Namun, alhamdulillah semuanya hanya sementara sahaja.

FAQEH NAK BUANG AIR BESAR!
Dalam perjalanan kami ke Mekah, banyak melalui kawasan padang pasir.Di mana tandas amat payah hendak ditemui.Alhamdulillah ketika bas berhenti tiba2 untuk membaiki kerosakan, abi turunkan Faqeh dan alhamdulillah selamat Faqeh dengan berbekal air sebotol.


SAMPAI DI MEKAH ALMUKARRAMAH.

Subhanallah..Masya Allah.Hanya itu yang mampu terlafaz dibibir tatkala melihat Kaabah di hadapan mata.Bagaikan bermimpi.Ya Allah syukur padaMu kami dapat memenuhi undanganMU ke rumahMu ini.

TAWAF BERSAMA ANAK2

Alhamdulillah..pada mulanya kelam kabut juga dibuatnya kami berdua.Anak2 semuanya minta didukung,orang pula terlalu ramai.Kami bertawaf selesai solat maghrib.Pada masa ini memang orang ramai.Namun,alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayangNYa kami dapat juga menyelesaikan tawaf dan juga saie dan akhirnya bertahallul.

SAIE BERGILIR.

Ketika di saie Faqeh dah start panas badannya.Muka juga sudah naik kemerahan.Adik Faseh juga sudah kepanasan dan kepenata.Kak Jannah jer agak maintain.Alhamdulillah sepanjang saie disediakan air zam2 .Alhamdulillah..dapat menghilangkan dahaga kami semua.

Strategi kami sekarang bergilir melakukan saie.Mula2 abi selesaikan dahulu,selepas itu ummi pula.Alhamdulillah dapat menyelesaikannya.

Ummi terfikir bagaimana pada zaman dahulu sejarahnya Siti Hajar mencari2 air sambil menahan kepanasan terik mentari?Sedangkan kita pada zaman sekarang dengan beratap dan berbumbungnya dan dengan kipas angin yang begitu banyak ditambah dengan bekalan air zam2 yang tidak pernah putus.Beruntungnya ummat Nabi Muhammad..segala2nya mudah dan senang untuk dilakukan.Namun berapa ramaikah mereka yang datang menunaikan haji dan umrah dapat menyusuri sejarah sambil mengambil iktibar??Atau sekadar mengikut apa yang orang lain buat?Na'uzubillah..Ya Allah..semoga kami tergolong daripada orang2 yang berfikir dan mengambil iktibar atas segala suruhan dan perintahMu ,amin!

MUJARABNYA AIR ZAM2.

Betapa mujarabnya air zam2.Minumlah banyak manapun air zam2,kita tidak akan rasa hendak pergi ke tandaspun.Malah memberi rasa kenyang kepada kita.Ketika Faqeh kepanasan demam, kami amik sapu muka dan badannya, sambil berselawat syifa'..alhamdulillah, seteleh semuanya selesai,Faqeh segar dan sihat.Subhanallah!..Dan upahnya ..aiskrim..walaupun jam menunjukkan 12.30 pagi ketika itu,namun menikmati aiskrim setelah kepenatan selama 30 jam perjalan dan akhirnya menyelesaikan ibadah umrah.ALHAMDULILLAH!!!

JAGA MULUT, JAGA LINTASAN HATI!

Benarlah pesanan orang 2 yang pernah datang ke Tanah Haram ini..Tanah ini tanah mulia..tempat Rasulullah dilahirkan,rumah Allah,Kiblat seluruh ummat Islam di serata dunia..Maka, semua anggota badan perlulah dijaga sungguh2.Malahan lintasan hati juga!!!Kerana semua perlakuan kita akan dibalas 'cash' terus!Tak percaya?...percayalah ini pengalaman kami sendiri yang telah melaluinya.

TARBIYAH HANDSET!

Di Mekah,kami tidak membeli no Mekah.Jadinya memang handset tidak kami guna.Namun apabila terpandang orang lain memegang handset,pelbagai andaian timbul di benak kami.

Rupanya Allah itu ingin menguji hamba2NYA.....Kami terpisah selama hampir 3 jam di Masjidil Haram..Semuanya ketentuan Allah.Amat berbahaya lintasan hati ..seolah2 kami dapat hidup tanpa handset.Ketika terpisah,barulah dapat memuhasabah diri bahawa semua anggota badan kita perlu dijaga bersungguh2.Hatta , lintasan hati sekalipun!




Adik sedang mengambil air zam2.Inilah tongnya yang disediakan amat banyak sekali di Masjidil Haram.Ada yang sejuk dan yang biasa.







Faqeh yang demam pada mulanya,namun, Alhamdulillah setelah diberi minum dan disapu air zam2 ,alhamdulillah,demamnya terus kebah!





Kak Jannah dan adik di dalam Masjidil Haram.


2 comments:

Unknown said...

Alangkah bahagianya bersama dengan orang-orang yang disayangi dapat berkunjung dan beribadah di tanah suci Mekah dan Madinah. Anak-anak yang cantik dan ganteng. Semoga menjadi anak yang shalih dan shalihah. Foto-foto masjid yang begitu megah dan indah. Saya mengagumi arsitekturnya. Salam sukses.

ummu faqeh said...

Alhamdulillah..semoga kita semua dirahmati Allah dunia akhirat,terimakasih atas kunjungannya..