Pages

Sunday, November 13, 2011

La Tahzan.

Bismillah Walhamdulillah..

Jangan Bersedih..aku akan selalu di sampingmu kawan!











" Pengalaman sering mematangkan kita."

"Syukur itu makamnya lebih tinggi dari Sabar"

" Jangan bersedih wahai hati..Allah bersamamu..."

Menangislah !!!


Menangislah di Bahuku

Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com


kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)


عندما تشعر بالسعاده أشكر الله..
و في أصعب الأوقات أحسن الظن بالله..
وفي هدوئك أذكر الله..
وعند المصائب ثق برحمة الله..
(في كل أحوالك كن مع الله)


يا صاحب الهم إن الهم منفرج أبشر فإن الفارج الله.
اليأس يقطع أحيانا بصاحبه لا تيأسن فإن الكافي الله.
الله يحدث بعد العسر ميسرة لا تجزعن فإن الصانع الله.
فإذا بليت فثق بالله و ارض به فإن الذي يكشف البلوى هو الله.
والله ما لك غير الله من أحد..و في كل حال حسبك الله

Wahai diri yang dirundung kesedihan, ketahuilah sesungguhnya kesedihan kamu akan terungkai. Mohonlah kebahagiaan, sesungguhnya Allah lah yang maha Pembuka (meluaskan @ melapangkan). Kadang-kadang putus asa menguasai empunya diri, tapi janganlah kamu mudah putus asa kerana Allah maha Pelengkap (Penyempurna @ Pemenuh kehendak). 
Allah lah yang akan hadirkan kesenangan selepas datang kesusahan. Janganlah takut kerana Allah itu Maha kuasa. 
Jangan bersedih, letaklah kepercayaan pada Allah, Dialah yang menghilangkan kesedihan. 
Apa kena dengan kamu tak sandarkan (harapan) pada Allah? Janganlah bersedih, cukuplah Allah (sebagai pelindung @ penjaga) pada setiap keadaan.






2 comments:

UmiIzz said...

jazakillah... terima kasih kawanku

ummu faqeh said...

afwan ya habibty..ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah keranaNya..sungguh aku sayang kamu sahabatku!mg kita dapat menjadi sahabat dunia akhirat,amin!