Pages

Friday, October 28, 2011

Hikmah Tersirat.


Abi ada di Malaysia sekarang...

Mengimbas kejadian 5 hari lepas...

Mendapat panggilan kecemasan dari Malaysia..mengatakan ayah (panggilan kepada ayah abi-semua cucu2 panggil sebegitu).. terkena strok! 
Allahu Akbar! 
Hanya Allah sahaja yang  betapa cemasnya kami di sini.

Menurut ceritanya ayah pergi solat isyak di surau,setelah habis solat, ada sedikit jamuan...
ayah terlepas gelas dari tangannya..terus tak boleh nak bergerak..

Dan sekarang masih berada di hospital..

Setelah mendapat berita tersebut,
abi dengan segera mencari tiket malam tersebut juga untuk pulang ke Malaysia.
Ummi dan anak2 duduk elok2 di rumah, pesan abi.


Allahu Akbar!!!!!

Ummi tak tahu nak tulis bagaimana.Sungguh tiada idea langsung ubtuk menulis,namun ummi gagahkan juga.Maaf sungguh2..ayat ummi tunggang langgang.

Dan selama 5 hari ini,ummilah ketua rumah ini.Segala2nya dilakukan tanpa abi di sisi. Namun,alhamdulillah ramai yang membantu menghulurkan pertolongan di sini.

Memahami abi amat2 diperlukan di Malaysia..Semoga Allah ganjarkan pahala buat abi...Semoga Allah permudahkan urusan di Malaysia.Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk ayah.Ya Allah,permudahkan yang terbaik!

Ayah masih di hospital sekarang. Hasratnya memang ingin bawa pulang ke rumah untuk berubat secara tradisional,namun ayah demam pula.Suhu badan panas.
HAmpir seluruh badan sudah tidak mampu bergerak.Hanya tangan sahaja yang mampu bergerak sedikit.Susu di masukkan menggunakan saluran hidung.
Allahu Akbar!!!
Sungguh keluarga abi diuji sekarang..
Ayah seorang yang amat aktif orangnya..
Tidak pernah ada penyakit..
Namun,ketentuan Allah kita tidak dapat menolaknya..
Kita yang hidup segar sihat ini , beringatlah selalu..
Ajal maut tidak mengenal usia..

Ayah di sebelah abi..Ketika hari terakhir di Malaysia..Alhamdulillah dapat bertemu dengan ayah setelah dua tahun tidak berjumpa.Rupanya inilah hikmahnya kami pulang dengan tidak dirancang ..ada hikmahnya.Allahu Akbar!


Sebak melihat gambar ini..ayah seorang yang amat aktif.Tidak pandai untuk duduk diam.Mak,abi dan along di belakang rumah di cendering sedang dalam proses membuat kerepek pisang.


Allahu Akbar..barulah terasa kehilangan,ketidaksempurnaan hidup tanpa suami di sisi.
Ini baru seorang manusia..bagaima jika kita kehilangan rasa bertuhan?Ya Allah aku mahu sentiasa hampir dekat kepadaMU..amin!

Ya Allah..aku tidak kuat menghadapi semua ini tanpaMU di sisi.
Hanya dengan bantuanMU..segala2nya akan berjalan lancar.
Berilah kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi hidup ini.
Allahu Akbar!!!

Kepala ummi sudah terasa pening..
Badanpun rasa tidak sihat..
Pasti ada hikmahnya apa yang berlaku ini..
Berikan aku kekuatan Ya Allah..

Bersangka baik dengan Allah..
Mungkin selama ini aku terlalu leka..
dengan ujian ini..menjadikanku TERSEDAR!
Mungkin selama ini jarang menitiskan air mata..
Mungkin selama ini tidak terasa dekat dengan Allah..
Mungkin selama ini ummi jarang ingat MATI..
Mungkin selama ini kita terlalu banyak nikmat,
lantas jarang bersyukur..
Mungkin dengan cara ini Allah berikan PERINGATANNYA!!!
dan dengan cara ini Allah BELAI kita dengan ujianNya...
ALLAHU AKBAR!!
Ia...dengan ujian ini..
Allah inginkan yang terbaik untuk kami semuanya!

YA Allah..berikan yang terbaik untuk ayah mertuaku!!!

Oklah ummi undur diri dahulu...
Sudah tidak mampu menaip dengan kata2 yang elok..
Otak sudah tepu rasanya..
Maaf sangat2..sekadar meluahkan apa yang terpendam..
Mohon doa semuanya...
Allahu Akbar!!!

12.11 pg.
26 Oktober 2011.
Sungguh sunyi malam ini!
Sesunyi hatiku...hm...


No comments: