Pages

Friday, October 28, 2011

Catatan Malaysia 2011.


18 Ogos 2011- Sungguh berdebar2 menunggu har ini.Ole2 yang ingin dibawa pulang ke Malaysia tidak banyak yang sempat dibeli.Namun,alhamdulillah adalah sedikit buah tangan dari Jordan.Kami ke Amman dihantar oleh Abu Ahmad.

Saat menaiki pesawat ...berdebar2 diiringi deraian air mata..mengenangkan keluarga2 tesayang.Ya Allah..sayunya rasa hati..tidak dapat digambarkan perasaan ketika melihat bumi Jordan yang dipenuhi padang pasir dan batu2 ditinggalkan sayup2...terbayangkan pula bumi Malaysia yang hijau dan mendamaikan!

Baru sebentar meninggalkan Jordan bumi anbiya' ini..hati sudah terfikir, bagaimana 2 tahun lagi, akanku tinggalkan selama2nya bumi ini..pastinya perasaan itu lagi sayu dan hiba.Ini baru sebentar meninggalkan bumi Jordan sudah dirasakan kerinduan itu..Allahu Akbar!

Kami menaiki pesawat Oman Air.Transit sebentar di Muscat,Oman.Alhamdulillah kami tiba jam 1.30 tengahari , Jumaat, 18 Ogos 2011.Saat pesawat mendarat,jelas kehijauan pohon2 menyambut kedatangan kami.

Kepulangan kami hanya diberitahu kepada Ayu dan suami,adik kepada abi.Hanya mereka yang menjemput kami.Memang perancangannya hendak membuat kejutan terhebat kepada kaum keluarga.

Saat sampai di hadapan rumah mak di Cendering.....
Hm..tiada siapa perasan kami di dalam kerana cermin kereta gelap.
Abi yang keluar dahulu...
Mak hampir hendak pengsan dibuatnya...
Alhamdulillah hilang segala kerinduan di hati ketika serangkul tubuh yang sentiasa dirindui siang dan malam dapat dipeluk degan deraian air mata..
Ya Allah..sungguh indah saat2 itu.

Setelah itu,keluarga sebelah ummi pula dijemput datang berbuka puasa pada hari yang sama.
Dari jauh....
Tok Abah: Nampak macam Faqeh tuh pakai baju upin ipin tu.
Tok Ma : Takkanlah orang Jordan balik pulak.
Mok Su: Yerlah tu ma..tu Jannah dan Faseh!

Memang semua orang terkejut dengan kepulangan kami.
Semua ini adalah idea abi yang ingin memberikan kejutan terhebat katanya..

Alhamdulilla..terubat segala2nya..
Berbuka puasa dengan penuh gembiranya.
Terubat rindu di hati melihat wajah kegembiraan keluarga2 tersayang!

Alhamdulillah kami berhari raya sekadarnya..
Menziarahi keluarga dan sahabat.namun tidak semua sempat diziarahi.
Insya Allah tunggulah kepulangan kami 2 tahun lagi.


11 September 2011 - Kami meninggalkan bumi Kuantan .Transit di KLIA.Keluarga ummi ada menunggu di sana.Sambil menjamu selera nasi lemak hasil masakan Pak Teh dan Mak Teh.

12 September 2011- Jam 6 pagi waktu Malaysia, kami terbang pulang ke Jordan.Ya Allah..sungguh indah perasaan ketika berada di Malaysia.Kami pulang ke Jordan berbekalkan semangat yang kuat untuk meneruskan perjuangan yang perlu diselesaikan dalam masa 2 tahun ini, insya Allah.Doakan kami semua!

Jam 4.00 petang 12 September 2011- kami selamat sampai di Amman, Jordan. Alhamdulillah.. 
Urdun.. ketenanganmu, keharumanmu sungguh2 dirindui. Aromamu menggamit hati,memberikan ketenangan.Sungguh Jordan ini ada aromanya yang harum, memberi ketenangan ketika menghirup udaranya.Masya Allah,bumi anbiya' ini bumi penuh keberkatan.Allahu Akbar!

16 degree- ummi dah start pakai selimut tebal!
11.50 malam
6 Oktober 2011.
Imarah Bukhori
Irbid, Jordan.

Hakim yang comel!Jangan nakal2 yer,nak dapat adik baru nanti tuh..















Seronok sangat dapat naik motor!Kat Jordan tak ada motor!



Bersama sepupu sepapat di rumah Mak Alang.







Seronok dapat main air puas2.Kat Jordan kena jimat air!



Jangan tak percaya yer..165 kg semuanya.Stok untuk 2 tahun.Hatta lesung batupun ummi angkut!^__^



No comments: