Pages

Friday, October 28, 2011

AYAH.

Bismillah Walhamdulillah..

Entri ini didedekasikan khas untuk ayah mertuaku..

Ayah..
Masih terbayang di ruang mataku ketika pertama kali berjumpa sebelum ummi berkahwin dengan abi.Ummi pergi ke rumah ayah untuk menghantar baju melayu untuk dipakai pada hari akad nikah.

Ayah bertanya tentang cincin tunang.Ayah amat berpengalaman dalam soal kehidupan.Dicadangkan cincin perkahwinan hanyalah cincin belah rotan,kerana katanya cincin ini akan dipakai pada bila2 masa memandangkan tiadanya permata pada cincin tersebut.Apabila dipakai setiap masa tanpa dicabut,akan mengingatkan selalu detik2 indah sebuah perkahwinan.Sungguh simbolik!

Ia..satu pengamatan yang mudah untuk dituruti.Kerana menurutnya cincin belah rotan ni akan dipakai setiap masa berbanding cincin yang ada permata.Dan sehingga sekarang,ummi masih memakai cincin perkahwinan ini .

Setelah berkahwin banyak pengajaran boleh dipelajari dari semua tingkah laku dan tindak tanduk ayah.Semuanya jelas terbayang di ruang mata.

Ayah..
Bulan Ramadhan lepas,kami balik ke Malaysia dengan secara mengejut.
Tidak diketahui alasan yang kukuh,namun hati kami melonjak2 sangat hendak pulang ke Malaysia.

Dan sekarang,barulah terasa 1001 hikmahnya kami pulang ke Malaysia saat itu..

Alhamdulillah Ya Allah...
Allah beri peluang kami berborak dan berbual mesra dan memeluk dan mencium ayah.
Allah beri peluang ayah melihat dan memegang cucu Jordan ayah dan cucu2 yang lain.
Allah beri peluang kami menggembirakan hati ayah.
Allah beri peluang abi minum setiap pagi di kedai2 kegemaran ayah.Semua tempat dan makanan kegemaran diberitahu kepada abi.Dan sememangnya selera ayah kena dengan selera abi.

Allah Maha Mengetahui segala sesuatu...

Dan sekarang...
Ayah masih terlantar di hospital.
Ayah diserang strok sudah cukup seminggu.
Hampir seluruh badan tidak mampu bergerak.

Sebelum ini ayah tidak pernah duduk diam
Ayah merupakan orang penting dalam keluarga..
bahkan orang penting di kampung ..
Semua orang bagaikan tidak percaya dengan apa yang menimpa ayah.
Ayah tidak pernah ada penyakit berat..
malah sebelum terkena strok,ayah masih segar!
Namun,semuanya adalah ketentuan Allah.

Hasrat ayah dan mak ingin datang ke Jordan dan menunaikan umrah.
Namun belum ada rezeki..

Ummi berkesempatan berborak dengan mak mertua.
Mak sudah redha sekiranya Allah menarik nyawa ayah.
Namun Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYa..

Ada 2 perkara yang dirisaukan mak kata abi..

Pertama- 
pembelajaran abi,cepat2 mak suruh habis,cepat2 balik Malaysia.Mak tak sabar hendak melihat abi habis belajar dan pulang berbakti di tanah air sendiri.Abi,abi kena lebih bersemangat untuk belajar bersungguh2!

Keduanya- 
mak risaukan ummi dan anak2.Ya Allah amat2 terharu dengan ingatan mak.Memang tak dapat membendung air mata mengenangkan keprihatinan mak terhadap menantu perempuan sorang2nya nih. Oh Ya Allah..permudahkan urusan keluarga abi.

Mak sudah tidak risaukan keadaan ayah.Jika Allah mengkehendaki ayah pulih,mak gembira alhamdulillah. Namun jika Allah lebih menyayangi ayah,mak redha.


Ayah...
Sungguh  banyak pengajaran yang boleh diambil ketika ayah terlantar di hospital.

Yang mana sebelum ini jarang pulang bertemu ayah,
saat inilah menziarahi setiap hari sambil menyedekahkan bacaan alQuran.
Di samping memberi pahala kepada ayah dan pembaca...pastinya memberi 1001 keinsafan kepada mereka2 yang kurang mengambil cakna terhadap ayah.

Ambillah peluang menyayangi orang di sekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.
Yang mana sebelum ini jarang berbakti menabur jasa kepada yah,
saat inilah menabur jasa ..mungkin buat kali terakhir.

 Yang mana sebelum ini kurang mesra antara saudara maranya..
saat inilah berkumpul saudara mara ..mengeratkan ukhuwah.

Saat inilah boleh dilihat hati budi seseorang..
Menjaga ayah seorang...bukan semua orang boleh lakukan..
Ayah boleh jaga 10 orang anak,seorang anak belum tentu dapat menjaga anak.

Allahu Akbar....

Sakit ini memberi peringatan kepada yang hidup 
Sakit ini memberi pengajaran kepada yang alpa..
Sakit ini memberi kesan di hati kepada hati yang hidup.
Sakit ini memberi peluang kepada yang berbuat dosa, 
menghapuskan dosa ..
menghilangkan rasa terkilan seumur hidup 
sekiranya Allah menarik nyawa sekaligus..
Sungguh Allah Maha Mengetahui..
Sakit ini memberi 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat...


Ingin ummi bisikkan di telinga ayah..

Ayah ..
sungguh kami semua amat bangga dengan 
segala yang ada pada dirimu..
Ayah.. 
kami semua sudah redha sekiranya 
Allah lebih menyayangi dirimu..
Ayah..
tenanglah dan berehatlah dari kesibukan dunia ini..
Ayah..
sungguh kami semua amat sayangkan ayah!!!

Video klip ini memberi 1001 perasaan kepada ummi..





1.56 pagi.
Baru jer bertukar jam.
Perbezaan waktu dengan Malaysia sudah 6 jam.
Rasa seronok dapat putar2 jam nih.
Ahlan ya syita' (winter )
Abi masih di Malaysia.
28 Oktober 2011.
Irbid,Jordan.


6 comments:

UmiDanisH said...

moga Ayah Mertua ummufaqeh cepat sembuh dan dipermudahkan segala2nya.. amin..

Kehelan said...

semoga Allah permudahkan segala-galanya... :)

Kerikil Kehidupan said...

moga ayah zaid segera sembuh....dan moga izma sekelurga tabah dgn ujian ini....

insan kerdil said...

tatkala 'diperlihatkan' kisah 'nya'.....yang 'menyaksikan' suatu perjalanan kehidupan...tentang pengorbanan yang tidak terhitung......'terhimpun' menjadi suatu 'pengkisahan'....suka duka seorang bapa.....

pabila berbicara tentang kasih yang terbenih......bercambah mekar menjadi kefahaman...tentang hakikat nya suatu kehidupan.....dalam menuju redha Ilahi....

semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat...buat tiap hati yang teruji dan diuji.....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam....

ummu faqeh said...

UmiDanish:amin!mg kita semua tabah dankuat sekuat karang di lautan.

Kay:aamin.terimakasih atas doanya.

Kak Nanie:amin!setiap manusia diuji dgn tahap kemampuannya kan kak..ketabahan akk,inspirasi saya!

ummu faqeh said...

insan kerdil : benar...ketentuan Allah adalah rahsia Allah. KetentuanNYa mengandungi 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat.
Terimakasih atas nasihat yang penuh bermakna..
Moga kita semua diredhai Allah dunia akhirat,amin!

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!