Pages

Friday, April 23, 2010

SUJUD SAJADAH

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ

بِحَولِهِ وَ قْوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ

 

Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan KekuatanNya, Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. (HR. At-Tirmidzi 2/474. Ahmad 6/30 dan Al-Hakim)

Cara melakukan sujud tilawah:


 
Soalan:
Assalammualaikum...
Saya ingin tahu tentang Sujud Tilawah /Sujud sajadah
a) Niat
b) Sebab dilakukan
c) Cara melakukannya dan bila dilakukan
d) Hukumnya

Sekian ,Wassalam..

Jawab:

Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Berikut ini saya terjemahkan secara bebas dari kitab mazhab Syafi'i al-Iqna' oleh Syeikh Muhamad al-Syarbini al-Khatib. Yang bertanda (=>) adalah komentar dari saya:

Sunat melakukan sujud oleh orang yang membaca atau mendengar bacaan ayat-ayat sajadah yang disyariatkan. Samada dia mendengarnya dengan sengaja ataupun tidak. Dan sangat dituntut bersujud kepada pendengar dengan sujudnya pembaca.

Ayat-ayat sujud terdapat pada 14 tempat, iaitu:
1 . Dua tempat di dalam surah al-Hajj.
2 . Surah al-Najm.
3 . Surah al-Insyiqaq.
4 . Surah al-Alaq (Iqra’).
5 . Surah al-A’raf.
6 . Surah al-Ra’du.
7 . Surah al-Nahl.
8 . Surah al-Isra’.
9 . Surah Maryam.
10 . Surah al-Furqan.
11 . al-Naml
12 . Surah Alif Lam Mim Tanzil.
13 . Surah Ha Mim al-Sajadah.

Masalah:

Orang yang bersembahyang hendaklah melakukan sujud kerana bacaan ayat-ayat sajadah yang dibacanya sendiri, kecuali makmum. Mereka bersujud dengan sujudnya imam .

=> Makmum hendaklah mengikut imam. Jika imam melakukan sujud sejadah, dia hendaklah melakukannya juga. Jika imam tidak lakukan, dia tidak boleh melakukan. Jika bercanggah, batal sembahyang makmum. Itulah maksud maslaah di bawah ini:

Masalah:

Jika makmum tertinggal dari mengikut imam melakukan sujud tilawah, atau makmum bersujud tilawah sedangkan imam tidak, maka batal sembahyangnya.

-------
Sujud tilawah di dalam sembahyang:

Untuk melakukan sujud tilawah, sunat bertakbir. Iaitu ketika hendak turun/tunduk bersujud dan naik dari sujud. Tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud .

---------
Rukun sujud tilawah di luar sembahyang
ialah takbiratul ihram (disertai dengan niat), sujud dan salam.
Syaratnya seperti syarat sembahyang, dan tidak boleh bercerai jangka waktu yang lama menurut uruf antara sujud dan bacaan ayat sajadah.

=> Ucapkan `Allahu Akbar' (disertakan niat), sujud, duduk dan salam.
=> Niatkan di dalam hati mahu bersujud tilawah.
=> Bacaan yang sunat dibaca di dalam sujud ialah:
Rasulullah s.a.w. membaca di dalam sujud kerana mendengar al-Quran (tilawah):

(HR al-Khamsah kecuali Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.)



=> Syaratnya adalah seperti syarat di dalam sembahyang, antaranya ialah suci dari hadas besar dan kecil, mengadap kiblat, menutup aurat dbsnya.

Kesunahan sujud ini berulang dengan berulangnya ayat (mendengar dan membaca).

Sekian. Wallahua'lam.






Bolehkah Ganti Sujud Sejadah?

Soalan

Mengikut hukum, kita perlu sujud sejadah apabila terbaca ayat-ayat tersebut di dalam Al-Quran. Saya pernah diberitahu oleh beberapa sumber bahawa kita boleh menggantikan sujud sejadah dengan membaca ayat sejadah tersebut sebanyak 3 kali. Apakah itu benar? Ataupun ada cara lain yang boleh menggantikan sujud sejadah?


Kiriman Wardatun Salma

Jawapan Ust Zaharuddin:


Tempatnya di dalam al-Quran sekitar 15 ayat. Perbuatan sujud ini disunatkan bagi orang yang membaca dan mendengar, tetapi bagi orang haid dan nifas ia tidak di tuntut menurut pendapat yang disepakati (Al-Fiqh al-islam wa Adillatuhu, 2/1128)


Sujud semasa sampai ke ayat-ayat sujud adalah sunat sahaja menurut majoriti mazhab dan wajib menurut mazhab Hanafi (Rujuk Fath al-Qadir, 1/380; Mughni al-Muhtaj, 1/214; al-Mughni 1/616), Ini kerana Rasulullah SAW pernah tidak melakukan sujud ketika dibacakan satu ayat sujud dari surat an-Najm kepada baginda; ini menyebabkan semua sahabat yang ada ketika itu tidak sujud (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud Ad-Dar al-Qutni dan lain-lain - hadith Shohih).


Bagaimanapun secara umumnya Allah SWT menegur orang yang tidak melakukan sujud apabila dibaca ayat-ayat sujud sebagaimana firman Allah SWT : erti :"Dan apabila di bacakan kepada mereka ayat al-Quran mereka tidak sujud" ( al-Insyiqaq : 21)


Manakala hadith yang menyebut tentang kepentingan sujud ini adalah datangnya dari Abu Hurairah (ra) : Ertinya
"Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud , maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata : „celaka ia, di perintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah di suruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka"
(Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)


Alternatif jika si pembaca atau pendengar ayat-ayat sujud dalam keadaan yang tidak sesuai untuk sujud, maka harus kepadanya untuk membuat isyarat sujud sahaja (iaitu menundukkan kepala sedikit sambil membaca tasbih yang biasa. Ini disepakati oleh seluruh mahzab (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/301, cet Dar al-Fikr ) Ia berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ertiya :
"Sesungguhnya Nabi SAW membaca ketika hari pembukaan Mekah, ayat Sajdah, maka semua sahabat sujud, ada di anataranya yag berada di atas kenderaan dan dan di atas bawah, dan terdaat yang menunggang sujud di atas tangannya"
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Abu Daud, no 1411, ms 171)


Manakala berkenaan membaca doa sujud 3 kali sahaja tanpa melakukan sebarang isyarat sujud, maka tidaklah diketahui dari mana sumber yang mencadangkan amalan sedemikian. Wallahu a'lam




2 comments:

ainshams said...

salam kak! terima kasih atas perkongsian.. 'refresh' kembali yg telah diketahui ^^

ummu faqeh said...

yer..ingtkan kembali memori lama agar tidak luput..