Pages

Monday, March 29, 2010

BACAAN DALAM SOLAT SEHARIAN.


Bacaan Surah dalam sembahyang.Sumber sini.

Nabi tidak pernah tinggal bacaan surah selepas Fatihah dalam sembahyang sunat (samada 2 atau 4 rakaat) dan sembahyang fardhu pada rakaat pertama dan kedua.

Sembahyang Fardhu 4 rakaat

Rakaat pertama: Al-Fatihah dan surah

Rakaat kedua: Al-Fatihah dan surah

Rakaat ketiga: Al-Fatihah sahaja

Rakaat keempat: Al-Fatihah sahaja


Sembahyang Sunat 4 rakaat

Rakaat pertama: Al-Fatihah dan surah

Rakaat kedua: Al-Fatihah dan surah

Rakaat ketiga: Al-Fatihah dan surah

Rakaat keempat: Al-Fatihah dan surah


SUSUNAN SURAH

Baca surah secara menurun susunan Al-quran, misalnya rakaat pertama Qul-Ya (Al-Kafirun) dan rakaat kedua Qulhuwallah (Al-Ikhlas)


JARAK ANTARA SURAH

Selang (jarak) antara surah pada rakaat pertama dan kedua sekurang-kurangnya dua surah. Misalnya rakaat pertama Qul-Ya, rakaat kedua Qulhuwallah. (ditinggalkan 2 surah diantaranya iaitu An-Nasr dan Al-Masad). Makruh jika hanya diselangi satu surah pada rakaat pertama dan kedua.

Jarak antara surah pada rakaat pertama dan kedua tidak terlalu jauh. Makruh jika bacaan surah rakaat pertama dan kedua terlalu jauh jaraknya, misalnya baca surah Al-Baqarah pada rakaat pertama dan baca surah dari Muqaddam seperti Qul-huwallah pada rakaat kedua..


MEMBACA SURAH YANG PANJANG

Baca awal surah rakaat pertama, akhir surah rakaat kedua – surah yang panjang

Jika baca satu surah yang panjang dan tidak dihabiskan pada rakaat pertama, hendaklah dihabiskan pada rakaat kedua. Jika tidak boleh baca semuanya, sekurang-kurangnya baca beberapa ayat pada penghujung surah. (sekiranya ingat semua ayat dalam surah tersebut). Makruh jika tidak dihabiskan surah dalam rakaat kedua, sekiranya ingat (hafal) surah tersebut.


PANJANG BACAAN SURAH

Baca surah panjang dalam sembahyang Subuh iaitu sekurang-kurangnya 20 ayat seperti surah Al-Ghasiyah pada rakaat pertama dan Surah Al-Lail pada rakaat ke dua..

Baca surah Al-Bayyinah (Lam Yakunill lazi) dan surah di bawahnya (seperti Al-Qaariah) dalam Sembahyang Maghrib.

Jangan tetapkan bacaan tertentu dalam setiap sembahyang. Pelbagaikan bacaan surah mengikut susunan dan panjang surah yang diterangkan diatas





 إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى اْلمُؤْمِنِيْنَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Jadual Bacaan Surah-surah Dalam Solat Fardhu Harian .Klik sini.



Membaca surah dalam solat.Sumber sini.

1.Rasulullah s.a.w. terkadang-kadang membaca surah yang panjang, terkadang yang sederhana, terkadang yang pendek apabila dikehendaki oleh keadaan.

2.Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca surah pada awalnya, tidak memulai dari pertengahan atau akhirnya.

3.Rasullulah s.a.w. pernah membaca surah Al A’raf di solat maghrib, sebahagian di rakaat pertama dan sebahagian di rakaat kedua.

4.Rasullulah s.a.w. pernah membaca Surah al-Zalzalah di kedua-dua rakaat solat Subuh.

5.Rasullulah s.a.w. pernah membaca dua-dua surat dari surah Al Mufashshal di satu-satu rakaat.

6.Rasullulah s.a.w. memanjangkan bacaan surat di solat Subuh.

7.Rasullulah s.a.w. memanjangkan bacaan di solat Subuh pada tiap-tiap hari, lebih panjang daripada segala solat fardhu yang lain pada hari itu.

8.Rasullulah s.a.w.pernah membaca dalam solat sir surah yang ada di dalamnya sujud tilawah. Baginda bersujud dan para makmum ikut bersujud.

9.Surah terpendek yang dibaca baginda dalam solat Subuh ialah surah Qaf dan surah-surah yang sepertinya. Lazimnya bacaan baginda 60 hingga 100 ayat pada tiap-tiap rakaat. Pada hari Jumaat Subuh, baginda tetap membaca surah As Sajadah pada rakaat pertama dan surah Ad Dahri/Al Insan.

10.Bacaan pada solat Zohor ialah surah Sajdah atau kira-kira 30 ayat pada tiap-tiap rakaat. Baginda pernah membaca surah Al-A’la dan Al-Lail atau Al-Buruj dan At-Tariq dan surah-surah yang sepertinya. Baginda juga pernah membaca surah Luqman dan Az-Zariyat. Pada suatu masa baginda pernah memanjangkan rakaat solat Zohor yang pertama hingga tidak terdengar suara telapak kaki pun.

11.Rasulullah membaca di solat Jumaat surah Al Jumuah dan Al Munafiqun, ada kala surah Al A’la dan Al Ghasiyah.

12.Rasulullah s.a.w. membaca di solat hari raya ialah Surah Qaaf dan Iqtarabat (Al Qamar) secara lengkap dan ada kala membaca surah Al A’la dan Al Ghasiyah.

13.Rasulullah s.a.w. membaca di solat Asar sekadar 15 ayat pada tiap-tiap rakaat. Tegasnya, sama dengan separuh Zohor jika dipendekkan dan sama dengan Zohor jika dipanjangkan.

14.Rasulullah s.a.w. pernah membaca di solat Maghrib surah Al A’raf, surah Ath Thur, surah Al Mursalat dan surah Ad Dukhan. Riwayat sahih menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. membaca surah Al Kafirun dan Al Ikhlas dalam sunat Maghrib.

15.Rasulullah s.a.w. pernah membaca dalam solat Isya surah Wat tini dan surah Wasy syamsi wa dhuhaaha dan surah-surah sepertinya.

Sesudah membaca surah berhenti sebentar.







2 comments:

Ir. Jamal said...

Salam Ziarah..

Al-faqir ingin kongsikan sedikit tentang bacaan dalam solat..ini adalah JADUAL BACAAN SURAH DALAM SOLAT FARDHU bagi AL-HABIB ABDULLAH BIN ALAWI BIN MUHAMMAD AL-HADDAD

http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/01/jadual-bacaan-surah-surah-dalam-solat.html

Anonymous said...

Salam, tolong post dalil mengenai jarak surah dalam solat.