Pages

Sunday, February 28, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN KE 6!!!

Bismillah Walhamdulillah..

Jam menunjukkan 5.44 pagi, 12 degree sekarang.Alhamdulillah, baru jer selesai menunaikan solat subuh..


6 TAHUN LALU.

6 tahun yang lalu, pada 27 Februari 2004, telah lahir seorang puteri yang dinanti2kan oleh sepasang suami isteri.Alhamdulillah cahaya mata ini diberi nama HURUL JANNAH BT MUHAMAD ZAID, yang membawa maksud 'Bidadari Syurga'-insya Allah semoga dengan nama tersebut, menjadi pendorong dan motivasi untuk puteri ini memandu arah hidupnya nanti ke SYURGA..seterusnya menjadi penghuninya,amin!.

BEBERAPA HARI LEPAS.

Mendapat berita beberapa orang akhowat ingin menyambut hari lahir Kak Jannah.Rasa terharu juga kami sekeluarga kerana ada yang sudi ingin meluangkan masa untuk anak kami ketika hidup di perantauan ini.Jadi, kami sebagai ibubapanya yang kadangkala terlepas peluang untuk menyambut hari gembiranya..dengan berbesar hati untuk menerima cadangan tersebut.Abi yang memang terlalu banyak tugasan yang ingin diselesaikan, ingin menunda ke hari lain, namun apabila difikirkan kegembiraan yang akan diperolehi oleh kak jannah , kami gagahkan juga diri untuk meraikan hari tersebut.Lagipun setiap hari dia asyik bertanya berapa hari lagi tinggal nak sambut harijadi dia.Besar sebenarnya pahala menggembirakan hati anak2 kita.Atas ingin memberikan kegembiraan pada anak kami, kami gagahkan diri juga dengan bantuan dari akhowat.

BEBERAPA JAM SEBELUM MAJLIS.

Ummi dan abi yang kelam kabut memasak kat dapur.Abi yang pada paginya ke perpustakaan kerana mencari bahan dan terus ke balad mencari barang2 masakan,pulang pada hampir masuk waktu asar.Ditambah dengan abi yang tidak berapa sihat.Ummi dah confirkan dengan Mardhiyah and the gang..alhamdulillah..selepas maghrib kita buat majlis tersebut.

Ummi rancang ingin buat kelainan sedikit untuk Jannah kali ini.Apa dia?hehe..Mula2 ummi suruh anak2 ummi ini semuanya masuk ke dalam bilik lain dan ummi beri mereka tengok cerita kegemaran mereka Geng -Upin n Ipin.Tetamu yang hadir datang tanpa diketahui Jannnah dan adik beradik yang lain...jeng..jeng..apa yang berlaku seterusnya?...

PERMULAAN MAJLIS.

Ummi dengan penuh berdebarnya..ceh..ummi dia yang lebih,macam bday ummi dia pulak... membawa anak2 ummi masuk ke bilik tetamu..Jeng!!!huhu..malu2 kucing Jannah dibuatnya..SUPRISE!!!Terkejut juga Jannah sehingga tidak terkata...macam sebakpun ada juga dibuatnya..Risau dah ummi dia, buat dia nangis nanti..Huhu...

Alhamdulillah abi memulakan dengan ucapan ringkas, dengan mengucapkan terimakasih kepada yang sudi hadir, Ust Din sekeluarga...Akhowat..Mardhiyah, Widad, Dania n Hidayah.Yang lain tak sampai lagi.Abi ucapkan terimakasih tak terhinngga kepada akhowat yang bersungguh2 ingin menyambut hari lahir dengan menghadiahkan kek yang comel untuk kak jannah.Semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.



Abi sempat juga bercerita tentang sambutan yang dibuat pada tahun lepas.Cerita tentang sambutan lepas ada di sini.Gambar ini diambil pada tahun lepas.Lainnya muka adik beradik ini..hehe.Bahagianya dapat pakai baju lengan pendek macam adik Faseh tuh kan?



kak jannah yang pada mulanya agak terkejut dengan sambutan ini..muka terkejut.Abi cuba menenangkan puteri sulung.Tengoklah alas meja ummi nih.Abi punya kerja lah tuh.Selimut emirates..huhu



Kak Jannah yang sudah mula tersenyum selepas disuruh berposing di depan keknya yang besar!



ni birthday anak ke abinya nih?abi menemani kak jannah nih.



besarnyer kek dia..Siap ada faraulah ( strawberi ) lagi .Terimakasih acik2 yer..esp..acik Mardhiyah.

inilaha acik2 yang sampai dengan membawa kek besar nih..acik Mardhiyah, acik Widad, acik Dania dan Acik Hidayah.

UMMI NAK KEJUTKAN KAK JANNAH KE SEKOLAH KEJAP. PAYAH NAK BANGUN NNIH.SEMALAM TIDUR LAMBAT..
SAT LAGI UMMI SAMBUNG SEMULA..

ok, jam menunjukkan 8 pagi.Ummi sambung semula .Tadi alhamdulillah senang mengejutkan kak jannah bangun.Sebab apa?hehe..umpannya pakai jam baru!Jam acik Dalilah silap, acik Hidayah yang beri.Acik Dalilah beri pelekat comel tuh.Teruja nak pakai.Umpan juga bawa lebihan kek semalam ke sekolah sekali dengan kuih yang acik Da beri, untuk dikongsi bersama Mama Khaulah dan kawan2.





ini famili kak aiza..siapa yang bersemangat makan tuh?hehe..





sedapnya acik2 makan..sampai tak sedar ummi snap gambar..hehe




inilah para tetamu yang hadir.Acik Fifah,Acik Dania, Acik Widad, Acik Mardhiyah, Acik Hidayah, Acik Dalilah dan super Acik..Acik Da a.k.a 'Mak Buyung',hehe ..jangan marah yer,nanti kena jual!
Terimakasih kepada semua yer.


SELEPAS MAJLIS.



inilah hadiah yang kak jannah dapat.Kak Jannah yang kegembiraan, abg faqeh yang kejelesan!hehe..siap tanya nanti kalu hari jadia abg faqeh ada tak dapat hadiah macam kak jannah?hehe..saper pula nak taja hero2 ummi nih?hehe





ini hadiah yang telah dibuka dari acik2 dan juga kawan2 kak jannah, Kak Khaulah, Nisrin, Nuha dan Iman..Terimakasih semuanya..Gembira sangat2 Kak Jannah.



edit semula pada 2.3.10.-baru ada masa nak sambung semula..hehe

yang ni hadiah acik Dalilah yang beri..boleh lekat kat tv, cermin ,laptop ummipun mereka letak juga..sabar jerlah..



yang ni pulak jam tangan acik Hidayah yang beri.Suka sangat Kak Jannah.Tak berapa pandai lagi tengok jam sebenarnya.."Jarum pendek pukul 7, jarum panjang pukul 6,ummi cepatlah bas sekolah dah nak datang!". Dialog Jannah hari pertama pakai jam.Insya Allah nanti lama2 dia akan pandailah..MASA ITU IBARAT PEDANG!




huhu..saper nak kemas nih?letih memang letih, tapi keseronokan tetap ada.Kak Jannah lah yang paling seronoknya.Abi dia demam malamnya.Sejuk sangat katanya.

Namun, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang menjayakan majlis yang sederhana namun memberi makna dan 1001 kenangan indah buat kami sekeluarga,terutamanya paga HURUL JANNAH sendiri.Pertanyaan abang Faqeh yang tak terjawab..."Hm..nanti harijadi Faqeh ada tak Faqeh dapat hadiah dan kek macam ini?"hehe..

8 comments:

ainshams said...

sanah helwah jannah, smg membesar dgn sihat & solehah, insya Allah~

my little bro, syahmi : mak, ahad depan brp hb?? haa..jgn luper taw.. nak kek doraemon besar..

hihi..mereka mmg excited dgn sambutan kelahiran masing2, mungkin hari lahir adlh slh satu cara menghargai insan itu & merapatkan kasih sayang sesama kita..

dalilah said...

syukran kak kerana menjemput kami..sgt best..hehe,actually bukan acik dalilah yg bagi jam2..acik dayah...acik dalilah bg pelekat warna-warni yg tampal kat cermin @ almari2 dan xseberapa2..hehehe..

UmiDAnisH said...

selamat hari ;ahir jannah, muga menjadi anak yg solehah

desperate mama said...

eppi bestday kak jannah... mesti terharu sgt kan.... n mesti dia ingat sampai bila bila.... :-) kak jannah mesti selalu dengar cakap ummi n abi tau... kak jannah makin comel....

ummu faqeh said...

ain- syukran jazilan..benar sekali, sambutan hari kelahiran utk mengeratkan ukhuwah..walau dah besar dan berjauhan boleh dikirm sms tanda ingatan berpanjangan..

dalilah- sama2..ok..ummi betulkan semula entri nih..tanya jannah saper beri?dia cakap acik yang pakai niqob tuh..hehe, rupanya acik dayah yang beri..pelekat tuh pun anak2 suka sangat main!

ummu faqeh said...

umidanish- terimakasih yer..doakan yang terbaik buat puteri ummi nih..

acik fidza a.k.a desperate mama-thanx a lot..memang amat2 terharu..kenangan terindah buat jannah dan juga ummi abi dia..kak jannah kena jadi anak yang solehah..amin!

aNNdiNN said...

Happy Belated Birthday to Hurul Jannah anakanda Izma :) Dekat2 la birthday kami, hehe..

May Allah bless her always

p/s: Sy masih ingat suatu masa kt skola dulu, Izma dtg kt sy & grp member mase tu dlm kelas ustzh wan rafiqah if x silap,
& tanya apa maksud nama kumpulan kami; "Hurul Jannah" ;)

ummu faqeh said...

adnin-terimakasih banyak2 adnin..insya Allah semoga termakbul doa tersebut...

memang manis kenangan tersebut..sampai sekarang bilateringat nama Hurul Jannah teringat our group dulu..hehe

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!