Hari ini 26 ebruari 2010 , bersamaan 12 Rabiul Awal 1431.Sambutan di Jordan tidak sama seperti di Malaysia.Di sini taida perarakan dan sambutan semeriah di Malaysia.
Namun apa yang ummi tengok di sini, budaya yang bagus.Apabila kita bercakap dengan orang arab nih, mereka akan berselawat apabila terlupa sesuatu perkara.Tidak kira dewasa mahupun budak.Alhamdulillah,budaya yang bagus ini telah meresap serba sedikit dalam kehidupan kami sekeluarga..termasuk Kak Jannah sekali.
Banyak sebenarnya budaya yang bagus oleh orang arab ini.Namun tidak terlepas juga dengan budaya buruk mereka.Apa yang baik kita ambil dan amalkan.Apa yang tidak baik kita tinggalkan.
Apa yang baiknya .. ( apa yang ummi nampaklah..ada sesiapa nak tambah dialu2kan wahai Jordanian! )
* ummuqusoi dan kawan2nya akan berpuasa setiap Isnin dan Khamis setiap minggu.
* Mereka amat menghormati azan.Kalau ke balad tuh,memang mereka akan pasang ayat2 suci A-Quran dan apabila tibanya azan,semua jeritan ( memang bising sangat mereka mempromosikan kedai masing2, siap buat lagu lagi ) akan berhenti secara automatik ketika azan berkumandang.
*Kalau tengok pakcik2 yang jaga kedai, pastinya ada tasbih di tangan mereka.Yerlah sambil2 boring menunggu pelanggan, mereka mengsisi dengan bertasbih, bertahmid kepada Allah.Subhanallah, sungguh indah pekerti mereka.
* Ketika mula2 kami sampai di Airport Jordan nih,ketika bulan puasa lepas, penjaga kaunter akan membaca AlQuran ketika tiada pelanggan.AlQuran sentiasa atas meja mereka.Ketika kami ke Mathaf Athfal di Amman juga, ada budak muda yang menjaga sebuah sudut , terkumat kamit membaca Al Quran dari telefon bimbitnya.Subhanallah , sungguh syahdu melihat perilaku mereka.
Situasi sebegini jarang kita lihat di Malaysia.
Namun tidak dinafikan ada jer perangai buruk mereka.Namun seperti kata ummi tadi,apa yang baik kita ambik, apa yang buruk jangan ambik..Ummi pernah lihat seorang perempuan yang free hair dan agak seksi jugalah..ketika naik bas, ummi lihat mulutnya membaca Bismillah.Suka ummi tengok.Kita yang bertudung litup ini, kadang2 terlupa nak amalkan bacaan
Bismillah dalam semua perkara.(peringatan untuk diri ummi juga ).
Ummi doakan perempuan tersebut mendapat hidayah dari Allah,mana tahu suatu hari nanti dia berubah jauh lebih baik dari sekarang?..amin!
Namun dalam peribadi RAsulullah semuanya baik,kerana Nabi Muhammad seorang yang maksum.Sedangkan nabi seorang yang maksumpun memohon keampunan 70 kali sehari..apatah lagi kita yang penuh dosa dan hina ini.Berapa kalikah sehari memohon keampunan dari Allah.
Di sini ummi nak letakkan nasyid beserta liriknya untuk dihayati bersama..Semoga beroleh roh semangat
MENYAYANGI KEKASIH ALLAH INI..
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".
Surah Al-Ahzab : Ayat 21
Nabi Anak Yatim
Album : Senyum
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Muhammad
Muhammad
Muhammad Musthofa
Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Mekkah Mukaromah
Ibu susunya Halimatus Sa`diah
Ayahnya meninggal dunia
Ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga bayinya
Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di 'Abwa
Kembali ke alam baka
Tinggallah Nabi seorang diri
Hilang insan yang dikasihi
Tinggallah Nabi seorang dari
Mengajarnya hidup berdikari
Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa
Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim
Shalallahu 'alaa Muhammad
Shalallahu 'alaaihi wassalam
Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu
Namun dialah manusia agung
Dia Kekasih Allah
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Records Sdn.Bhd
Lirik : Ito Lara
Gurindam Entertainment
No comments:
Post a Comment