Pages

Friday, March 13, 2009

SELAMAT HARI LAHIR HURUL JANNAH

n






alhamdulillah, hari ni 27.2.09, genaplah usia anakku yang sulung, hurul jannah , 5 tahun..huish dah besar dah anak dara ummi ni..ni gambar dia dalam kereta, otw nak beli kek permintaannya...

ni gambar kek pada kulit luarannya... tak sabar jannah nak makan bila balik rumah nanti..

tarrra..inilah kek yang diminta2 oleh jannah..comel..dia minat dengan bunga2 yang ada atas kek tu..memang jannah tengah obsesi dengan warna pink sekarang..barbie pun sama sekarang,kalu boleh semua barang dia nak gambar barbie..

inilah adik2 jannah yang akan melahap kek ini..faqeh mmg makan banyak kek.tengok tu matanya dah tak sabar nak makan kek tuh, adik bb steady jer..

sebenarnya ada satu perjanjian dengan jannah..bila dah masuk 5 tahun.. dah tak boleh minum susu dalam botol, dan kena minum guna cawan sekarang..dia bersetuju sebelum tiba masanya..maka abi dan ummi bersemangatlah untuk membeli cawan tersebut.siap dengan faqeh dan bb punya sekali..kalu tak beli nnt, berebut pulak..alhamdulillah setelah 5 jam membeli cawan ni, faqeh dan jannah setuju minum menggunakan cawan ..tapi malangnya masuk jer jam yang ke 10, dah lain macam bunyinya.. malamnya tak boleh nak tidur tanpa minum susu pakai botol, tak lena!!!..atas dasar kesian, maka botolpun diberi dengan syarat hanya pada waktu malam sahaja, siang kena pakai cawan....

ni pulak kek2 yang dibeli lagi sekali kerana di sekolah jannah akan diadakan sambutan hari lahir..maka dikehendaki membawa sebiji kek utk dimakan beramai2 di sekolah..faqehpun nak jg kek kecik utk dia..

inilah kek coklat yang dipilih oleh ummi tanpa kehadiran jannah.. nampak macam bestkan kek coklat nih... hi.. nantilah suatu hari nanti aku akan belajar juga cara2 nak buat kek ni, tak payah lah nak beli bila time hari jadi... tengoklah suatu hari nanti akan aku buktikan aku mampu buat sendiri..ceh.. angan2 tinggi tuh..moga dikabulkan ALLAH , amin.

No comments: