Alhamdulillah..jam menunjukkan 1.28 pagi sekarang,15 degree sekarang.Sejuklah juga malam ini.Siang dah panas sikit.Hujan turun pada waktu sekarang!sejuknyer!!!
Ummi masih teguh di hadapan laptop menemani hubby tersayang.
Petang tadi hubby bawa faqeh ke hospital.Anakku demam masuk hari ketiga.Malam-malam meracau tetiba.Air masak sebotol habis dia teguk.Siang asyik tidur jer.Yerlah bila budak yang paling aktif sekali demam, sunyilah rumah ummi nih.Alhamdulillah, lepas Faqeh minum ubat tadi, kembali sihat sedikit.Insya Allah esok kebahlah demamnya,amin!
Hari ini 22 Februari 2010 bersamaan 8 Rabiul Awal 1431.Maksudnya tinggal 4 hari lagi , 12 Rabiul Awal, maulidurrasul.Ummi terfikir Rasulullah dilahirkan yatim piatu.Tidak dapat ummi bayangkan kehidupan tanpa ibuayah menemani kita.Tapi Rasulullah, telah menempuhi semua dugaan dengan jayanya.Marilah kita berselawat ke atas baginda SAW yang telah banyak berkorban untuk keselamatan umatnya di dunia dan akhirat.
Anak2 ummi sekarang suka sangat menonton Upin dan Ipin.Juga yatim piatu.Meneruskan kehidupan dengan Kak Ros dan Opah.Meneruskan kehidupan dengan penuh keceriaan.Namun apabila sambutan hari ibu, mereka menyambutnya di kubur ibunya.
Jadi, persoalannya bagaimanakah kita sebagai ummat Nabi Muhammad akan menyambut Hari Kelahiran Baginda?Di sini ummi ada C&P cara2nya.
22 Februari..juga bermaksud tinggal 5 hari lagi anak dara ummi akan berusia 6 tahun.Sekejap jer dah besar anak dara ummi...
Sedar tak sedar, kita telah memasuki bulan Rabiul Awal yang mana di dalamnya terdapat peristiwa penting di dalamnya. Kita sebagai umat Islam, sememangnya mengetahui pada salah satu tarikh dalam bulan ini akan ada sambutan tertentu pada bulan ini. Sambutan apakah ia? Saya yakin setiap dari anda mengetahui jawapannya…yakni Sambutan Maulidurrasul yang disambut oleh seluruh umat Islam di merata dunia.
Ada orang kata sambutan ini merupakan bid'ah(tambahan dalam agama). Ada yang mengatakan ianya bid'ah hasanah dan lain-lain lagi yang mereka kata. Kenapa? Hal ini kerana sambutan ini tidak pernah dibuat oleh Nabi dan para Sahabat serta generasi salafussoleh(3 kurun generasi selepas zaman Nabi). Bagi penulis (setelah mendengar beberapa pendapat yang lain), penulis menyatakan amat PERLU diadakan majlis seumpama ini. Mengapa? Berikut sedikit hujah yang dapat penulis simpulkan untuk sama-sama kita fikirkan…
1. Kita perlu ketahui kenapa para sahabat dan generasi salafussoleh tidak merayakan sambutan maulidurrasul. Sebabnya kerana mereka amat dekat masa mereka dengan Nabi. Jesteru, rasa kasih dan cinta mereka lebih 'power' berbanding diri kita ini. Yang mana kita terpisah zaman dengan nabi lebih kurang 1400 tahun yang lalu.
2. Selain itu, para sahabat dan generasi salafussoleh merupakan golongan yang banyak menguasai ilmu-ilmu yang diajarkan daripada Nabi sendiri. Lihatlah sendiri berapa banyaknya hadis yang mereka hafal, mereka mampu mengeluarkan fatwa yang sesuai pada zaman mereka, mereka ketahui sirah nabi dengan terperinci dan lain-lain lagi. Contohnya Abu Hurairah, Imam Bukhari dll. Nak dibandingkan dengan kita, hadis berapa keratlah sangat yang kita hafal dan lain-lain lagi ilmu yang kita miliki terlalu jauh bezanya dengan generasi terdahulu.
3. Jika tiadanya majlis maulidurrasul, mungkin kebanyakan masyarakat akan lupa mengenang kembali akan perjuangan Rasulullah s.a.w.
Jadi dengan beberapa hujah ana yang agak lemah ini, ana mengatakan amat PERLU untuk kita merayakan sambutan Maulidurrasul ini. Namun pengisiannya perlulah digariskan dengan betul supaya kita tidak menyambutnya sekadar ia sebagai satu rutin yang kita ulangi saban tahun.
Amat rugilah, kalau kita sekadar berarak ke sana ke mari namun tiada apa pun kesan di hati kita dengan sambutan ini.
Amat rugilah, kalau kita sekadar duduk di rumah, menonton TV menyaksikan sambutan Maulidurrasul secara langsung di TV1 namun tiada rasa apa-apa di hati kita.(ni antara yang penulis buat dululah ini…huhu)
Amat rugilah kalau kita terlibat dalam sambutan maulidurrasul, berselawat dan bernasyid bersama-sama dan mendengar ucapan-ucapan dari para ustaz namun tiada kesan apa-apa di hati kita.
Oleh itu, mari kita bermuhasabah bersama…
Jadi, penulis ingin mengajak anda semua bersama-sama dengan penulis untuk kita melaksanakan projek mencintai Nabi sempena bulan Rabiul Awal ini.
Tema:
Menghayati roh perjuangan Rasulullah s.a.w.
Objektif:
1. Menghayati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
2. Tanam rasa cinta terhadap Nabi s.a.w
2. Tanam rasa cinta terhadap Nabi s.a.w
3. Mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam setiap bidang aspek kehidupan.
Projek ini berkisar kepada 2 aspek:-
1-Diri sendiri
* baca kembali sirah nabi dan hayati bagaimana perjuangan Nabi dan para sahabat dalam menyampaikan Islam pada diri kita. Hadamkan dan contohi..
* Cuba menghafal seberapa banyak hadis nabi dan mengamalkannya
* Mencontohi peribadi Nabi dalam setiap aspek kehidupan. Jadikan Nabi kita sebagai idola kita. Perhatikan bagaimana akhlak Nabi sebagai seorang ayah, anak, suami, ketua negara, menantu, sahabat dan lain2.
* Amalkan sunnah Nabi dalam kehidupan kita seperti baca doa sblm dan slps makan, doa tidur,doa masuk rumah dan keluar, doa naik kenderaan, Al-Ma'thurat dan pelbagai lagi sunnah yang ada. (Perlu rajin baca dan cari ini)
2-Orang lain
· Sampaikan kepada rakan2, teman dan taulan akan kewajipan kita mencintai Nabi. Hidupkan suasana saling memperingatkan antara satu sama lain sebagaimana Nabi memperingatkan sahabat2nya.
· Berkongsi dengan orang lain, apa yang berkaitan dengan Nabi, cerita sirah nabi, tulis kat blog/wordpress berkaitan Nabi, beri hadiah atau bookmark yang menyebabkan apabila sahabat kita pandang benda tersebut, secara serta-merta akan teringat nabi. Ikutlah kreativiti masing2 macam mana. Buat video ke, sajak ke, nasyid ke, wallpaper ke(sekadar beberapa cadangan)
· Ajak baca doa berjemaah..baca doa sblm makan ke, doa naik kenderaan ke dan lain-lain..
· Buat sambutan maulidurrasul yang mampu memberi kesan yang lebih hebat kepada yang menyertainya supaya lebih mencintai Nabi. Bagaimana? Fikirkanlah sendiri..hehe…
Jadi itulah dia beberapa projek yang boleh kita lakukan untuk menanamkan lagi rasa cinta kita kepada Nabi dan jesteru mencontohi beliau dalam setiap aspek kehidupan. Selamat Beramal!!
sumber dari sini.
Malu untuk menulis entry ini, terasa tidak layak dan berdosa. Diri gagahi juga demi menyatakan kerinduan untuk belajar mencintai baginda SAW.
Terasa pentingnya mempunyai ikatan yang kuat dengan Rasulullah SAW. Di waktu ini hadis baginda mula terserlah benarnya; Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang yang asing..
Dan siapakah yang mengamalkan Islam tidak berasa asing dalam kehidupan akhir zaman ini?
“Belajar rajin-rajin, nanti hantaran boleh letak 20 ribu,” pesan seorang mak saudara kepada anak saudaranya yang baru masuk ke IPT.
“I mahu you tulis kisah nabi-nabi Kristian yang jahat. Dalam Bible diceritakan begitu, watak Yaakub ni you buat dia ada hubungan sulit dengan orang..” kata seorang penerbit Cina kepada penulis skrip Melayu untuk drama Melayu yang bakal disiar di stesen televisyen di Malaysia. Sambil itu dia turut memberikan Bible tersebut untuk rujukan penulis itu. (Pengakuan penulis ini kepada saya membuatkan saya hampir hilang kewarasan..masya Allah, teruknya kita dimainkan puak-puak kapitalis Kristian ini)
“You tulis cerita mudah-mudah saja. Tak perlu research. Orang Melayu suka drama yang ringan yang penting seronok,” kata penerbit Cina yang kaya (dan menjadi kesayangan pihak stesen televisyen) kepada seorang penulis skrip yang diupahnya. Dia melihat bangsa Melayu sebagai bangsa yang suka ‘berhibur walaupun hiburan yang tiada ilmu.
“Adik, pernah tak terfikir nanti, jika awak kahwin dengan dia, dia akan masuk Islam?” tanya saya kepada junior di UM yang bercinta dengan wanita Cina Kristian. Adik itu kemudian menggeleng kepala. Setelah bercakap dengannya, saya dapat menerka, dia seorang yang liberalis agama. Walaupun Islam boleh juga menerima agama lain tanpa perlu memaksa pasangan masuk Islam. Saya hanya mampu mendoakan junior itu dari jauh.
Kisah-kisah berikut hanya secubit garam dalam kehidupan moden kini. Cuba tanya kepada generasi muda Muslim sekarang, apakah tujuan dan matlamat kehidupan mereka? Apakah mereka tahu cara bersuci (buang air kecil misalnya) yang menepati syarak (niat beristinjak ketika membasuh)? Atau, cukupkah solat fardhu mereka sehari semalam? Ramaikah lagi yang menjadikan al-Quran sebagai hiburan hati berbanding televisyen? Dan berapa kerat yang tidak ’suka’ tidur selepas Subuh?
Budaya couple sebelum kahwin sudah menjadi tabiat dan amalan yang diterima baik dalam masyarakat. Malah, segelintir keluarga sanggup memanjangkan tempoh pertunangan asalkan pihak lelaki dapat menyediakan wang hantaran begitu tinggi kepada pihak perempuan. Dalam tempoh itu juga, ibubapa tidak gusar jika anak mereka ke sana ke mari dengan pasangan yang belum ada apa2 ikatan. Panggilan ’sayang’, ‘cinta’, ‘abang’, ‘honey’, ‘baby’, ‘papa- mama’ bagi pasangan bercinta sangat normal sebelum berkahwin. Tidak ada apa yang perlu ditegur, semua kita menerima keadaan itu. Yang tidak bersetuju, pasrah dalam hati tanpa ada kekuatan untuk menegur.
Dalam keluarga, ibubapa membiarkan televisyen mendidik anak-anak. Hasilnya, anak-anak hasil didikan televisyen ini menjadi orang yang anti akhlak, penentang arus, free thinker, bebas, poyo (istilah semasa), hedonis dan peniru watak barat. Tiada lagi unsur ketuhanan seperti sifat Allah SWT YANG LEMAH LEMBUT, PENYAYANG, PENGASIH, BIJAKSANA,PENGAMPUN dan lain-lain dalam diri generasi muda. Orang muda dikenal sebagai kaum pemberontak dalam kebanyakan buku-buku di pasaran kerana watak mereka itu.
Ya Allah..hanya berpegang kepada sirah RASULULLAH SAW sahaja dapat mengembalikan format sebagai Mukmin. Tanpa panduan baginda SAW, maka akan hanyutlah kita di bawa tsunami globalisasi. Dalam kegersangan akidah, akhlak dan syariat umat kini, terasa sepi hati tanpa pedomanNYA. Siapa lagi boleh menjadi pemandu kita semua jika bukan Nabi Muhammad SAW? Sirah bagindalah yang paling banyak ditulis dan disebarkan di seluruh dunia, ayuhlah kita membaca dan menghayati pedoman baginda SAW kepada kita. Marilah kita berselawat ke atas baginda SAW yang telah banyak berkorban untuk keselamatan umatnya di dunia dan akhirat.
YA RASUL, aku ingin berlatih mencintaimu. Aku malu.
No comments:
Post a Comment