Pages

Friday, February 19, 2010

SA'AH FI RAUDHAH TARBIYYAH ISLAMIYYAH.


Alhamdulillah , jam sekarang menunjukkan 3.00 petang.Azan Asar baru berkumandang.19 degree sekarang.Panas, memang panas sekarang.Tapi menurut penduduk tempatan, ini adalah musim syita' yang pelik, sebab sekarang ini sebenarnya masih musim syita'-sejuk lagi, tapi suasana panas.Syita' kebiasaannya akan habis bulan 5 biasanya.Dan kemungkinan untuk sejuk ada lagi.Huhu..ummi dah tak tahan dalam kesejukan.Tapi sekarang bila dah panas, anak2 pulak demam panas.Takper, insya Allh mungkin perubahan cuaca.

Kali ini ummi nak bercerita tentang hari semalam, Khamis, 18 Februari 2010.Kami sekeluarga ke sekolah kak jannah.Sebenarnya dah banyak kali pihak sekolah panggil ummi - kaum2 ibu ke sekolah.Tapi syaratnya tak boleh bawa anak kecik.Hehe..nak letak mana dua orang hero ummi  tuh?Lagipun abi ada kelas.

Jadi, kebetulan semalam, abi ada masa, jadik kami ke sekolah kak jannah.Bertemu Mama Khaulah.Alhamdulillah,sungguh mesra orangnya.Sudah lebih 10 tahun berpengalaman mengajar di sini.Alhamdulillah..kak jannah amatlah gembira apabila melihat ummi abi dia datang ke sekolahnya.

Penting sebenarnya peranan ibubapa mendekatkan diri ke sekolah.Banyak kelebihannya.Ditambah lagi kami ini berada di negara orang.Namun, alhamdulillah..Mama Khaulah amat mesra orangnya..






Sebelum ke sekolah kak jannah, singgah di balad dulu.
abi nak beli apa tuh?hehe
memang di sini banyak kereta2 sorong sebegini menjual di tepi2 jalan di balad ini.



tak habis2 makan aiskrim...



Di Souq Balad



berposing depan sekolah kak jannah.Inilah bas sekolah kak jannah.Banyak bas yang menjadi hak milik sekolah.Memang bagus strategi sekolah di sini.Aset mereka adalah bas sekolah.Hendak pergi lawatan ke mana-mana tak perlu sewa bas.Setiap bulan pelajar akan bayar kepada pihak sekolah untuk bayaran tambang bas.Bijak,bijak memang bijak!hehe ( kata upin n ipin ).





ahlan wasahlan ila Raudhah Tarbiyyah Islamiyyah..

kak jannah dan bayyan..


suasana dalam kelas raudhah kak jannah.



banin yang kegembiraan bila diambil gambarnya..
"kaman marrah"..ummi tak faham..
"ummi, dia suruh ambik sekali lagi"..kata kak jannah.
"oo..ye ker.."..
hehe, ummi kena belajar cakap arab dengan kak jannah lepas nih..




ok..ummi dah amik dah gambar..comel tak kami?



memang kreatif Mama Khaulah nih..


tempat gantung shantah-beg sekolah.




mana muka anda pada hari ini?hehe



reinforcement board,nak beri motivasi pada anak2 murid supaya berkelakuan bagus.
kawan2 banat kak jannah.


kawan banin jannah.


pintu masuk kelas raudhah kak jannah.


inilah Mama Khaulah kesayangan kak jannah.Mama Khaulah tengah khusyuk bercakap dengan abi.Tangan abi nampak separuh jer!huhu.




Mama Khaulah yang manis..tahi lalat macam..saper yer?


mari kita bergambar..cahaya mentari di belakang..gambar tidak memuaskan..


No comments: