Alhamdulillah…lembaran 1 Februari 2010 dibuka dengan REHLAH KE AMMAN!
Seawal 8pagi kami bertolak dari Irbid ke Amman.Ramai yang turut serta.Antaranya, pilot, Ust Din & keluarga, co-pilot- Ust Ridwan & keluarga..para penumpang yang ikut serta..Ust Zaid & keluarga, Ust Heizal sekeluarga, Ust Suffian sekeluarga dan Ust Syed & zaujahnya..
Pertama kali sebenarnya rombongan sebegini dirancang.Hari ni sebenarnya Kak Jannah dah start sekolah, tapi ponteng sehari jer.Banyak juga tempat yang dirancang utk pergi.Antaranya, Mathaf Athfal-Muzium Kanak2, Carrefour dan Souq Balad.
Tempat pertama yang dituju ialah Mathaf Athfal-Muzium Kanak2.Sebelum masuk, kami mengisi perut terlebih dahulu.Makan jagung!Lama juga melalui proses negotiation utk dapat harga murah.Alhamdulillah kami semuanya dikenakan bayaran 2JD setiap sorang, termasuk kanak2 dan orang dewasa.Pakar memujuk, Kak Aizah!!! Hehe
Teruja sungguh sampai di sini.Semuanya ada.Tak menang tangan dan kaki nak tengok pelbagai bahan2 berbentuk ilmiah yang direkacipta dengan teknologi canggih bagi tujuan pembalajaran kanak2 di sini.Ummi tak menang tangan nak snap gambar2 kat sini.
Sampai ke Zuhur kami berada di sini.Setelah itu makan tengahari dengan mee goring Warung Din dan Nasi Kak Aizah lak!Semuanya sedap dan menyelerakan..perut lapar katakan!..Selepas itu, singgah di masjid utk bersolat, tapi tutup pula.Terus ke masjid lain pulak.Huish payah betul nak cari tempat solat!Ada masjid lak, airnya payah pulak.. Itulah duduk di sini memang kena tahan air sembahyang.Jangan bagi batal.Dahlah musim sejuk!Akhirnya kami bersolat di City Mall.Pastinya ada hikmah di sebalik semua ini.
alhamdulillah dah sampai ke Mathaf Athfal-Muzium Kanak2.teruja benar kanak2.Kaum ummi dan abi juga turut teruja sama!
posing kak jannah!
kaum ibu2 tengah makan!
lagi kaum2 ibu..kredit to Abu Amjad!
kaum bapa juga sibuk makan jagung!kredit to Abu Amjad again!thnx..
posing adik beradik comel!
posing abg faqeh!
semua bahasa ada..bahasa melayupun ada.."Jalan Masuk"
pintu masuk.Alhamdulillah group kami dikenakan 2JD setiap seorang.
kak jannah , adik faseh dan abg abqari-anak ust Heizal.
besornyer telinga!!!
syoknye abg faqeh main!
lagi syok adik main..
kak jannah dan kerangka tulangnya..bergerak seiring dengan pergerakan kita..
main apa tuh kak jannah?
manik2..kita tolak dari dalam dan akan keluar bentuknya di luar..muka dan tangan kak jannah.
faqeh dan lebahnya..
mari kita membeli sayur-sayuran..
kak jannah pembaca berita..adik penyibuk..hehe
ada gaya tak?
adik dgn trolinya..satu muzium ni dia bawa troli nih..
OKLAH UMMI SAMBUNG KAT ENTRI SETERUSNYA NANTI YER.BANYAK LAGI GAMBAR NAK UPLOAD NIH.NAK MASAK DULU..KAK JANNAH DAH BALIK SEKOLAH DAH NIH..
No comments:
Post a Comment