Pages

Tuesday, February 2, 2010

DIARI BULAN JANUARI 2010.




1 Januari 2010.
Selamat tahun baru.Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya…

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




2 Januari 2010.
Selamat hari lahir mak teh.Dah tua dah mak teh nih.Dah nak jadi mak ummi dah yer.Nanti jadi ummi yang mithali yer.Beberapa hari lepas berkesempatan chatting dengan mak teh.Alhamdulillah..semuanya sihat termasuk baby dlm perut tuh.Cepat2 keluar yer baby,nanti dapat panggil mak ngah cepat2!!! Hm..makteh kata ramai silent reader blog ummi ni rupanya.Terimakasih semuanya. Hehe..cuma tak tinggalkan jejak rupanya.Termasuklah kak long Sham..kena tinggal jejak komen lepas nih.Apa khabar kak long dan kawan2 seofis?Harap semuanya sihat yer...Mana yang baik ambiklah dari blog ni, mana yang tak baik, buang jer..jangan ambik yer!



6 Januari 2010.
Hari ni hari terakhir ummi jaga Asiah Awatiff.Ada orang yang lebih layak dan lebih sepatutnya jaga si comel nih.Maafkan ummi, anak2 ummi memerlukan perhatian yang lebih daripada biasa.Ummi sentiasa doakan agar Asiah cergas dan sihat.
Cepat2 membesar yer…




hari pertama ummi jaga Asiah nih.Geram tengok pipi dia.


Seronok sebenarnya jaga si Asiah nih.Anak2 ummipun duk tanya lagi kenapa Asiah dah tak datang lagi sini...


7 Januari 2010.
Hari pertama hubby periksa.Ummi pula yang lebih2 berdebar.Semoga lulus dengan cemerlang.Memang perit sebenarnya nak lalui masa2 yang amat kritikal nih.Insya Allah selepas kesusahan pastinya ada kesenangan...



10 Januari 2010.
Hari terakhir hubby periksa.Lega rasanya…



11 Januari 2010.
Alhamdulillah..kami sekeluarga ke balad setelah hubby merdeka sekejap.hehe



14 Januari 2010.
Anak2 seronok bermain di KFC.Sekali dengan keluarga U.Din dan U.Heizal.Keluarga U.Ridhwan dalam proses melalui peperiksaan lagi katanya.Haram diganggu.hehe.
( Tak per kak Aizah..esok kita rehlah ke Amman yer.)
Tengah syok2 ummi makan, tiba2 adik faseh datang sambil menangis.Ummi tak faham pada mulanya.Bila dah balik rumah baru ummi ternampak kesan gigitan kat tangan adik.Huish..sabar jerlah budak arab nih.Garang ke main.
Nak kena ajar silat anak2 ummi nih.hehe



15 Januari 2010.
Selamat hari lahir Moksu.Semoga result SPM nanti bagus..dan cepat2 boleh datang ke Jordan nih..
Hari ni juga kami sekeluarga ke Irbid Mall.Lagi sekali bershooping barang2 dapur yang lama tertangguh nak beli.Buku2 anak juga ada di sini.Tapi tak banyak sangat pilihan.Nak dijadikan cerita faqeh memanjat atas troli,pastu terbaliklah troli tu.Sedangkan adik faseh ada dalam troli tersebut..sabar jerlah.Menangislah adik terkejut.Abang faqeh nangis juga ,sebab takut kena marah dek abinya.Geramnya ummi tak tahulah.Tapi sabar jerlah.Banyak juga ummi berborong pada hari tersebut.

inilah mok su yang manja..





17 Januari 2010.
Widad n the gang ajak Kak Jannah dan Abg Faqeh ke taman permainan, belakang Ibid Mall.Alhamdulillah suka sangat anak nih.Terimakasih yer acik2 yang baik hati.Siap belikan permainan lagi utk anak2 ummi.Terimakasih daun keladi, lain kali ajak lagi yer.












18 Januari 2010.
Kami sekeluarga ke Ibu Pejabat Polis di Balad.Gerun juga nak masuk ke sana.Nak buat urusan iqomah
( mustautin ) kami.Memang perit sebenarnya berurusan dengan pihak pengurusan Jordan nih.Ya Allah permudahkan urusan kami.Kami ke sana seawal pagi mungkin sambil meredah hujan renyai2.Sejuknya sampai ke tulang.Ummi dan abi diambil cap jari. Jangan terkejut yer..semua jari dia capkan dengan dakwat hitam tuh.Dahlah banyak kali.Mula2 jari satu persatu selepas tuh..keempat2 jari sekaligus.Sabar jerlah!Tapi inilah pahit maungnya yang terpaksa ditempuhi berurusan di Negara Jordan ni. Namun keberkatannya memang tak dinafikan.Bumi para anbiya’ dan para syuhada’..






inilah tangan ummi yang kehitaman.Sabar jerlah dahlah tak sediakan tisu.Kat tandas pulak tak ada sabun.Hehe..dugaan!Lain negara, lain peraturannya..Tapi bagus polis wanita dia..amat prihatin dengan anak kita.Siap suruh pakaikan topi kepala sebab suasana amatlah sejuk.Ummipun cepat2 pakaikan topi anak2..hehe...takut kena saman!


19 Januari 2010.
Alhamdulillah..hari pertama anak2 dapat tengok tv.Syukran jazilan untuk Ammu Din atas semua pertolongan.Semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.Ada 475 channel.Rancangan kartunlah yang menjadi kesukaan anak2.Tom & Jerry.Dora dan Wonderpets dalam bahasa arab!Baguslah anak2 dapat belajar bahasa arabkan..Ummi pula tengok CSI dan Criminal Minds.Translatenya dalam bahasa arab.Merangkak2 ummi membacanya.





26 Januari 2010.
Kami ke Amman.Ada jemputan ke rumah Ust Sulaiman. Memborong barang dari Malaysia.Keluarga arwah Ust Arman balik ke Malaysia.Semua barang2 makanan yang diimport dari Malaysia ada ditinggalkan di sini.Alhamdulillah, ummipun memboronglah sekali.Tepung beras, tepung pulut dan santan!huish..dah lama ummi mencari2 bahan ini di sini.
Malamnya kami bermalam di rumah Ust Syed dan Kak Pah.Syukran jazilan .. esoknya hubby ada urusan di MSD.Jadiknya ummi berbual2 dengan Kak Pah.Hebat orangnya Kak Pah nih.Sudah melalui zaman2 kesusahan..dan sekarang dalam proses mengecapi kesenangan.Betulkan Kak Pah?Semoga Allah permudahkan urusan kita, amin!
Hubby balik agak lewat, jadiknya perancangan utk berjalan2 di muzium kanak2, secara automatiknya terbatal! takper, insya Allah ada masa kami datang lagi yer..
Sebelum pulang ke Amman, kami singgah di rumah Ust Nasir dan Yana.Sedap makan mee kat sini.Ummi juga berkenalan dengan Kak Na.Selama ni bertemu di alam maya jer.Sekejap jer sempat berbual2.Baru jer jumpa tapi macam dah lama kenalkan?
Itulah ukhuwah namanya..

28 Januari 2010.
Jom kita makan satay dulu..Alhamdulillah..kami tempah satay dari omahbujang nih ..menggunakan teknologi Jordan katanya.Sedaaaap sangat.







sedapnya makan satay!!




Alhamdulillah..sudah berakhirnya bulan Januari 2010.Sudah 5 bulan kami berada di sini.Insya Allah di entri akan datang ummi nak bercerita ttg rehlah  kaum golongan mutazawwij ke Amman pulak.Tunggu ya!


 













3 comments:

Ahmad Zulfadhli said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Zulfadhli said...

kat jordan pun boleh buat satay cucuk yer.. saya teringat masa kami sekeluarga kat uk n jerman beberapa tahun dulu.. ayah saya buat roti canai n capati.. ramai yang mintak resepi.. aha!~

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

ummu faqeh said...

boleh jer dik buat satay nih..sedap pulak tuh..hehe..akak tempah dari budak2 bujang kat sini.nantilah akk nak buat sendiri pulak!bestnyer..roti canai dan capati..

pernah ke uk n jerman ?buat apa?

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!