Pages

Sunday, January 31, 2010

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jam menunjukkan 5.30 pagi.Selesai solat subuh.Huish..amatlah sejuk di pagi hari ini.Sudah beberapa hari ummi tak update blog.Kenapa yer?bz tengok tv.hehe..mata ini amatlah payah nak terbuka...Malam2 lepas tidurkan anak2 biasanya ummi akan bangun, temankan hubby kesayangan study stado. Tapi kalu ummi mengantuk sangat, hubby study sorang2 jerlah.Kesian dia...pastu startlah hubby kejutkan ummi buatkan air kopi kat dia.Takpun kalu ummi tak bangun juga, dia buatkan sendiri...huhu kesian..

Ummi sebenarnya dalam proses nak tukar template lagi.
Hehe..template ni ada kawan2 cakap lambat loading dan kalu lmbat loading header sedia asal yang seksi.. 
tu akan keluar..hehe..sogan eden nengok nyer..
dah tanya pakar blog ni , calipso..tapi mmg header tu tak blh buang.So cadangannya kenalah tukar template baru..tengah mencari2 gak sekarang nih.Nantikan kemunculan blog ummi yang berwajah baru yer..

ok, kat sini ummi C&P dari blog kawan baru ummi.
Nor Safinah.Semoga ada manfaat bersama..

PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

 
Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

 

Empat perkara merosakan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

 

4 CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka."Khairukum man ta'allamal quran wa'allamah" "Sebaik kamu ialah orang yg belajar Al-Quran dan mengajarkannya


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


 

2 comments:

Herdoni said...

Tips yang menarik. Sehat jasmani dan rohani menjadi idaman setiap manusia. Petuah tersebut menjadi salah satu referensi bagi umat Islam di dunia.

ummu faqeh said...

iya..semoga kita sentiasa sihat jasmani dan rohani..

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!